“Leganya dah sampai kat Pulau Pinang. Kepala pun pening. Tekak pun dah kering ni mak. Perut Ana dah kempis.” Ana mengeluh panjang sebaik sahaja keluar daripada kereta. Kepalanya dipusingkan kiri dan kanan, mencari gerai untuk mengisi perut. Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah sebuah gerai yang terletak tidak jauh di hadapan tempat ayahnya meletakkan kereta “Cendol!!”. Ana cepat-cepat berjalan ke arah gerai cendol tersebut dan meninggalkan orang tuanya di belakang.
“Abang tengoklah kerenah anak abang tu. Entah pernah makan cendol ke tidak. Dah macam kera tak makan pisang setahun. Loncat sana loncat sini. Hmm..” Puan Rohaya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja melihat Ana yang banyak ragam. Puan Rohaya ni nampak je garang, tapi kadang-kadang banyak kerenah jugak.
“Ha…biarlah si Ana tu loncat sane loncat sini. Jangan awak yang loncat sudah erk?” Encik Salleh sempat menyakat isterinya yang terencot-encot membawa beg sandangnya yang berat.
“Kau memang nak kena dengan aku ni Leh” Puan Rohaya memberi amaran kepada suaminya yang tak henti-henti nak menyakat dia saja.
“Ish mak ayah ni. Cam budak-budak je. Malulah orang tengok mak ayah gaduh. Tak sweet gitu. Hehe..”. Ana mencelah cepat-cepat takut nanti Puan Rohaya naik darah. Naye dibuatnye.
Puan Rohaya dan Encik Salleh tidak mengeluarkan suara setelah mendengar teguran Ana. Bergegas mereka berdua duduk atas kerusi dan berjelingan antara satu sama lain. Encik Salleh senyum sinis, memang tak puas nak menyakat isterinya. Puan Rohaya pula menunjukkan muka bengis sebagai tanda amaran kepada suaminya supaya berhenti buat hal. Ana pula ketawa terbahak-bahak melihat reaksi orang tua kesayangannya itu.
Agak lama mereka bertiga duduk di gerai cendol. Agak-agak 20 minit. Mana taknya, mereka bertiga asyik layap menikmati suasana pagi yang hingar-bingar di pekan itu. Mereka hampir terlupa akan destinasi mereka yang seterusnya.
“Eh! Dah pukul 10.30 pagi. Makan cendol tu cepat. Nanti lambat pulak sampai kat apartment” Encik Salleh bingkas bangun dari kerusi gerai dan bergegas menuju ke arah kereta. 5 minit kemudian, Ana dan ibunya pun menyusul. Setelah itu, enjin kereta dihidupkan dan tanpa membuang masa ayahnya terus memandu laju kereta tersebut.
5 jam kemudian…
“Fuh..sampai jugak. Kalau tak sempat sampai tadi, tidur dalam kereta lah jawabnye.” Encik Salleh berasa lega kerana mereka bertiga selamat sampai di apartment baru mereka. Encik Salleh dan Puan Rohaya bingkas mengambil bagasi mereka dan membawanya masuk ke dalam apartment. Namun mereka berdua belum lagi masuk ke dalam lif. Masih berdiri di hadapan pintu masuk utama, menunggu Ana yang masih di dalam kereta.
“Cepatla Ana oi! Tolong mak dan ayah angkat barang ni.” Puan Rohaya tak sudah-sudah berleter dengan Ana. Anak daranya itu memang macam tu. Nak diteriak baru punggungnya terangkat.
Ana cuma tengok je reaksi ibunya. Badannya rasa lemah. Perlahan-lahan dia keluar daripada kereta. Mukanya pucat. Seakan-akan melihat sesuatu yang aneh. Matanya terasa berat hendak memejamkan mata. Dia seakan akan tak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Kaki dan tangannya mulai kaku. Ibu dan ayahnya pelik melihat keadaan Ana. Mereka berdua risau kalau Ana ter
kena demam panas lagi.
Ana yang masih berdiri kaku di tepi kereta ayahnya menarik nafas panjang. Tidak sedikitpun dia berganjak. Mukanya semakin pucat. Titisan peluh mula menitis pada keningnya. Perlahan-lahan dia mencangkung dan menutup wajahnya dengan tangan dan dia bermonolog sendirian.
“Takkanlah apartmen ni lagi... takkanlah kena kacau lagi… aku nak balik… aku nak balik!!!”
Share this novel