Bab 5

Drama Completed 5973

"Ermmhhhh!" Saraa menggeliat di atas katilnya. Tangannya mencapai telefon bimbit yang berada disisi bantalnya. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat nama Iqwan terpapar di skrin telefon tersebut.
"Dia ni tak tido ke malam tadi? Kenapa spam aku?" omelnya sendiri.
Saraa membuka aplikasi Whatsapp untuk membaca mesej yang dihantar oleh Iqwan.
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
This message was deleted
"Laaaa kenapa delete?" tanya Saraa hairan.

'Awak nak cakap apa kat saya malam tadi? Kenapa delete mesej?'
'Hahaha takde apa. Tak penting pun. Sorry.'
'Ala cakap je laaaaaa'
'Takde. Nak tanya boleh tak kalau saya nak mintak nombor telefon Syafiqa? Nombor dia hilang pulak masa saya servis telefon haritu'
'Oh. Boleh. Ni mesti nak mengorat dia, kan?'
'Awak tak kisah ke kalau saya mengorat kawan awak? Hahaha takde gurau je'

"Kau nak mengorat, mengorat ajela. Buat apa aku nak kisah. Ish!" bebel Saraa sambil mencapai tuala untuk mandi.
Dia mengecas telefon bimbitnya sebelum keluar dari bilik.
Apabila dia lalu di bilik arwah Makngah, dia ditegur oleh Maklang.
Kelihatan Maklang sedang membelek pakaian arwah.
"Baru bangun ke?" tanya Maklang sinis.
"Mama tak tau ke? Saraa memang selalu bangun lewat pun," sampuk Mila sambil memandang Saraa dengan pandangan yang mengejek. Syaza hanya mengangguk.
"Saraa awal tadi dah bangun. Malasla pulak nak keluar bilik awal sangat," terang Saraa tenang.
"Maklang buat apa kat bilik arwah Makngah ni?" sambungnya dengan pertanyaan.
Syaza mendekati Saraa secara tiba-tiba lalu menolak bahunya.
"Kenapa? Tak boleh ke? Kami takde hak ke nak masuk bilik Makngah?" tanyanya dengan nada yang tidak berpuas hati.
Saraa memandang wajah Syaza dengan penuh geram. Dia seperti biasa hanya menggenggam tanggannya ketika amarah menguasai diri.
"Sukahati korangla," jawab Saraa lalu berlalu ke bilik mandi.
Setelah memasuki bilik mandi, Saraa menumbuk dinding bilik mandi tersebut bertubi-tubi dengan sekuat hati. Hatinya sakit. Matanya berair menahan marah.
'Apa yang korang tak puas hati sangat kat aku?!!' katanya dalam hati.
...
Bip! Bip!

'Aku nak jumpa kau'
'Kenapa?'
'Saja. Aku bosanla. Lepakla dengan aku.'
'Kawan kau yang lain mana?'
'Taknakla lepak dengan diorang. Aku nak lepak dengan kau. Ada something aku nak cakap.'
'Japla aku tanya ibu'

"Ibu, Saraa nak keluar jap boleh?" tanya Saraa kepada ibu.
"Nak pegi mana?"
"Nak jumpa Adam jap. Dia kata ada something nak cakap,"
"Nak dating la tu," sampuk Mila. Syaza hanya mengiakan semua cakap kakaknya.
'Menyibuk betul la diaorang ni. Mimpi apa entah tiba-tiba nak duduk lama kat atas ni.' marah Saraa dalam hati.
"Pergilah. Jangan balik lewat sangat. Jaga diri, Saraa tu perempuan," pesan ibu.
Saraa hanya tersenyum. Dia membuka aplikasi Whatsapp kembali dan terus menghantar mesej kepada Adam.

'Okey jom. Kat tempat biasa.'
'Kat sungai?'
'Ye la. Kat mana lagi.'
'Nak aku ambik ke?'
'Takpayah. Aku boleh jalan sendiri. Jumpa kat sana.'
'Okey set'

"Terima kasih ibu," ucap Saraa. Dia mengambil tudung di bilik dan terus berlalu pergi.
Sungai hujung kampung. Di situlah tempat dia selalu berjumpa dengan Adam. Ibu bapanya juga tahu jika dia tiada dirumah, maka disitulah tempatnya.
"Lambatnya kau?" tanya Adam apabila melihat Saraa mendekatinya.
"Aku jalan kaki kot. Kau senangla pakai motosikal," jawab Saraa tidak berpuas hati.
"Itulah kau. Aku nak ambik kau taknak,"
"Lepastu aku jugak yang kena sindir. Kau suka ke tengok aku kena sindir?" luah Saraa.
"Sapa nak sindir kau?" Adam mengerutkan dahi.
"Macamla kau tak tahu,"
"Ohh. Mila dengan Syaza?" tebak Adam.
Saraa hanya mengangguk.
"Ala kau rilekla. Diorang jealous kat kau tu sebenarnya," pujuk Adam.
Adam melabuhkan punggung di bangku yang terdapat di tebing sungai dan mengajak Saraa untuk duduk bersama.
"Takdela. Diorang tu dah melampau sangat," keluh Saraa.
"Melampau? Sebab?" Adam tertanya-tanya.
"Takde sebabla. Kau ajak aku kat sini nak cakap tentang apa?" Saraa mengubah topik perbualan.
"Oh tu. Takdela. Aku tipu kau je. Aku nak jumpa kau sebab aku rindu kat kau," jawab Adam selamba.
"Eee kau ni. Aku balik kang," kata Saraa yang tidak selesa dengan jawapan yang diberikan oleh Adam.
Adam sudah menjangka reaksi yang diberikan oleh Saraa begitu.
"Kau ni kan. Sebab tu la sampai sekarang kau takde pakwe,"
Saraa membalasnya dengan jelingan tajam.
"Hari Rabu ni kolej aku ada buat aktiviti. Terbuka untuk semua orang. Kau nak join tak?" sambung Adam.
"Aktiviti apa?"
"Bengkel memanah. Aku salah seorang fasilitator bengkel tu nanti. Jadi kalau kau nak aku boleh daftarkan terus nama kau. Bolehla nanti letak nama kau terus kat kumpulan aku," jelas Adam.
Saraa menunjukkan wajah teruja.
"Aku nak. Tapi kena tanya ayah aku dulula sebab nanti dia yang nak hantar aku," kata Saraa.
"Aku dah tanya ayah kau dah. Dia okey je. Aku pun dah mintak izin yang kau pergi dengan aku,"
"Bila kau jumpa ayah aku?" Saraa hairan.
"Ayah kau pergi rumah aku tadi sebab nak jumpa ayah aku. Aku tanyala terus,"
"Ooooh. Okey," jawab Saraa ringkas.
Suasana menjadi senyap.
"Eh tangan kau kenapa Saraa? Kau tumbuk apa sampai teruk sangat ni?" tanya Adam kerisauan apabila melihat tangan Saraa. Lebam.
"Eh.. tak..takdela. Mana ada aku tumbuk apa-apa. A..aku jatuh dalam bilik air tadi," jawab Saraa tergagap-gagap.
"Tak macam lebam sebab terjatuh pun. Meh aku tengok,"
Adam menarik tangan Saraa untuk melihat lebam itu dengan lebih dekat. Saraa yang terkejut dengan tindakan Adam itu terus menarik tangannya semula.
"Kau ni dah kenapa nak pegang-pegang tangan aku pulak?!" marah Saraa.
Adam yang sedar akan tindakannya terus melepaskan tangan Saraa.
"Maafkan aku Saraa. Aku tak sengaja. Aku risau je tengok tangan kau,"
"Dahla aku nak balik. Dah nak asar dah pun. Hari Rabu nanti kau nak ambik aku pukul berapa?" tanya Saraa.
Adam mengeluh.
"Pukul 8 pagi," jawabnya.
Setelah mendengar jawapan tersebut, Saraa terus berlalu balik ke rumah. Dia meninggalkan Adam yang masih diselubungi rasa bersalah begitu sahaja.
Setibanya di rumah, Saraa terus menunaikan solat asar. Selepas habis membaca doa dia terus mencapai telefon bimbit dan membuka aplikasi Whatsapp.

'Aku dah maafkan kau. Maafkan aku jugak sebab tinggalkan kau macam tu je tadi.'
...
Telefon berbunyi menandakan mesej masuk. Adam melihat skrin telefonnya. Dia tersenyum apabila melihat nama Saraa terpapar di skrin telefonnya. Dia berasa lega kerana  Saraa telah memaafkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience