BAB 3

Humor Completed 10496

Hari ini aku gagahkan diri untuk bangun pada seawal pukul empat setengah pagi. Aku mahu membuat qiamulai. Mahu mengadu segala kekusutan yang sudah bersarang di kepalaku ini kepada Allah S.W.T. Mahu menaikkan semangat yang sudah gugur. Aku tidak mahu berfikir banyak. Tasbih di laci almari aku buka perlahan. Aku mengambilnya. Pemberian abah sewaktu abah di umrah setahun yang lalu. Rindunya pada mereka.

Saat aku sujud, aku meluahkan semua masalah dan meminta petunjuk serta pertolongan dariNya supaya segala permasalahan aku akan ada jalan penyelesaian. Beruntunglah kepada mereka yang sentiasa berdoa kepada Allah. Kerana Allah tidak memulangkan tangan hambanya yang kosong. Setiap apa yang kita hajati, semuanya Allah sudah ketahui.

Aku menutup al-Quran dan meletakkannya kembali di atas meja. Aku memandang langit sudah mulai cerah. Sekilas aku memandang jam di atas meja. Pukul 7.00 pagi. Tidak sangka begitu singkat sekali waktu berlalu. Kemudian, aku melipat telekung dan sejadah di ampaian. Otakku mula teringat tentang surat kiriman Fadil. Entah apa unsur di dalamnya.Aku sendiri tidak sabar untuk membacanya. Tapi setengah lagi, aku rasa tidak mampu untuk membacanya.

Aku bertekad untuk balik di negeri Johor. Kampung halamanku. Johor bukan negeri tempat kelahiranku. Perlis adalah tempat kelahiranku. Emak dan abah selalu berhijrah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Sudahnya, abah memilih johor kerana kawannya juga menetap di johor.

Aku membuka kereta Hyundai milikku. Masuk semua beg di dalam bonet kereta. Hyundai bukanlah salah satu kereta aku. Ini adalah kereta abang longku sendiri. Dia yang offer aku pakai kereta ini selepas dia membeli secara cash kereta Mistubishi. Abang longku memang baik kepadaku. Cuma kak ngah agar garang sedikit kepadaku.

Aku melihat Eda tergesa-gesa keluar dari pintu rumah dan merapatiku saat aku menghidupkan enjin kereta. Aku membuka tingkap kereta.

“Laura aku minta maaf sekiranya apa yang aku cakap semalam menguris hati dan perasaan kau. Aku tak ada niat nak buat macam tu. Aku tension semalam, pasal Iman reject aku. Jadi aku lepaskan kemarahan aku dekat kau. Maafkan aku Laura.” Eda tunduk.

Aku tak tahu siapa Iman. Aku juga tidak tahu siapa yang reject Eda. Padahal Eda langsung tidak berminat dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh Shamsul. Aku malas nak fikir tentang segala masalah cinta Eda. Masalah aku sendiri pun masih belum diselesaikan.

“Engkau maafkan aku?” aku serba salah melihatnya. Aku tahu Eda baik. Sangkaanku meleset apabila Eda dan Fadil ada hubungan rapat di belakangku. Aku mengigit bibir. Enjin keretaku sudah mulai panas.

“Aku maafkan. Lupakan jelah pasal semalam.Oklah,aku nak balik Johor ni. Lupa aku nak cakap dekat kau. Jaga diri bila aku tak ada nanti. Isnin ni aku balik. Aku dah bagitahu dekat Encik Imran yang aku cuti satu hari. Kirim salam dekat Tania.” Eda kerja satu tempat denganku Cuma diadi bahagian sumber manusia.

“kau dah nak balik Johor dah?” Eda memandang tepat anak mataku. Aku mengganguk. Dia kemudiannya memberikan senyuman kepadaku. Aku membalasnya. Aku tidak mahu bermain drama panjang di garaj kereta. Kepalaku kusut memikirkan hal Fadil. Hal majlis perkahwinanku yang Eda masih belum ketahui.

Eda melambai kepadaku saat aku sudah memandu keluar dari pagar rumah. Lepas itu, aku tidak nampak lambaiannya. Alhamdulilah Eda masih ok. Rupanya aku yang berprangsangka buruk terhadapnya. Aku menggelengkan kepalaku.

Sepanjang perjalanan ke Johor, pemikiranku melayang jauh tentang hubunganku dengan Fadil. Hanya dua tahun usia percintaan kami. Mulanya nampak indah. Namun sekarang hancur berderai. Aku tidak pernah sangka perkara seperti ini berlaku dalam perhubungan kami. Mungkin kali ini, aku harus berhati-hati apabila bercinta.

Keretaku menyusuri laluan Felda. Setidak sampai beberapa minit sahaja, kereta aku akan sampai di halaman rumah.

No 312 tertera di papan tanda, aku sudah sampai tepat jam 3 petang. Aku menekan brek. Membuka pintu kereta. Hyundai keretaku bersebelahan dengan kereta Honda City milik kak ngah. Kak ngah sudah balik rupanya. Agaknya.

Aku menutup pintu lalu memberi salam.

“Waalaikummusalam…” Kak ngah muncul di muka pintu. Ada sebaris senyuman di bibirnya. Aku membalasnya. Aku terus menaiki tangga dan bersalaman tangan kak ngah. Mendengar keriuhan suara Soreya dan Afiq di dalam. Anak kak ngah.

Kak ngah menjemputku masuk. Aku duduk di kerusi kayu. Bersandar melepaskan kepenatan.

“Bawa diri je?” kak ngah duduk bertentangan denganku. Di atas meja bersepah dengan pisang, kek moist coklat, air pepsi, kerepek ubi kentang dan tisu. Mesti Soreya dengan Afiq punya kerja.

“Ye.” Jawabku lemah. Aku membuka selendangku. Lega. Aku menuang air pepsi. Kelegaan mula terasa bila mengenakan air pepsi.

“Mak dengan abah pergi kedai beli barang.” Kata kak ngah tanpa aku soal. Memang aku nak tanya tadi. Tapi bila kak ngah dah bagitahu. Aku anggukkan saja.

Soreya dan Afiq yang sibuk bermain mula merapatiku.

“Mak Su dah balik! Mana kereta mainan Afiq?” aku terdiam. Aku pernah janji ke? Afiq ni comel betul. Aku mencubit pipinya. Dia mengaduh sakit. Soreya duduk di sebelahku sambil memegang anak patung barbie. Kak ngah hanya membiarkan anaknya merapatiku.

“Mak Su ada janji ke nak belikan kereta mainan Afiq?” sengaja aku meyakat. Dia terdiam. Aku menahan gelak.

“Ada!”

“Afiq dah lah tu. Berapa banyak kereta mainan yang Afiq nak? Baru semalam ayah beli kereta besar yang Afiq nak sangat tu. Kesian Mak Su dia dahlah penat. Pergi masuk tidur.” Afiq membuat muka sedih lalu masuk ke dalam bilik. Diikuti dengan Soreya di sebelahku. Aku tersenyum memandang mereka.

“Mana abang Li kak? Tak balik sama ke?” soalku sambil meneguk air pepsi lagi sekali.

“Dia ada kursus dekat sarawak. Malas akak nak duduk dekat Shah Alam. Sunyi betul tak ada abang Li kau tu.” Lawak betul kak ngah ni. Dah bertahun kahwin masih romantik. Itu yang aku suka.

“Surat Fadil ada atas meja bilik kau. Nyaris-nyaris semalam Soreya nak koyakkan. Geram betul akak. Dah pukul tangan pun masih degil nakkan surat engkau tu.”

“Ei akak ni, budak-budak mana tahu. Kesian Soreya. Nantilah Laura bukak. Sekarang ni tengah penat. Rasa macam nak tidur.” Aku mengeliat malas. Serius rasa nak mengantuk.

“Engkau ni kalau nak tidur masuk bilik. Jangan tidur dekat atas kerusi pulak. Baru semalam Afiq kencing atas kusyen yang kau duduk tu. Nasib baik lah akak dah basuh. Geram betul dengan budak budak ni. Selalu je buat hal.” Aku bangun dari kerusi. Macam-macamlah. Si Afiq ni pun satu. Yang si Soreya pun satu. Penat sungguh. Aku mengeliat lagi sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience