BAB 11

Crime Completed 12625

HARUM ZAWANI leka memilih pelbagai barangan dapur di pasaraya berdekatan rumahnya. Sudah berhari-hari dia tidak menjejakkan kaki keluar dari kawasan rumahnya. Namun pada hari ini seperti ada seseorang yang menyerunya keluar. Dia tidak pasti siapa tetapi hatinya kuat mengatakan bahawa suaminya ada berdekatan dengannya kala ini. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati seperti ada yang sedang memerhati dan mengekori setiap derap langkahnya. Harum Zawani memerhati setiap orang di sekelilingnya. Tiada apa yang pelik. Dia terus berjalan sambil menyorong troli ke hadapan. Sewaktu dia cuba mengambil satu tin susu yang berada jauh ke atas, ada seorang lelaki datang membantunya.

“Err... terima kasih encik.” Harum Zawani tersenyum ke arah lelaki itu sambil menunduk. Lelaki itu memakai topi dan cermin mata gelap. Wajahnya tidak begitu jelas kelihatan.

“Sama-sama... Wani...” lelaki itu berbisik lantas melajukan langkah meninggalkan Harum Zawani. Suaranya tenggelam timbul namun masih dapat didengar oleh Harum Zawani.

“Abang?” Harum Zawani hampir tidak percaya.

“Abang ke tu? Kenapa abang nak tinggalkan Wani lagi? Abang, tunggu Wani...” Harum Zawani menguatkan suaranya sambil berlari mengekori lelaki tadi.

“ABANG, TUNGGU WANI!!” Harum Zawani berusaha mengejar lelaki misteri tersebut sehinggalah mereka tiba di satu lorong. Dia tidak berputus asa. Sehabis daya dia mencuba untuk mencapai belakang baju lelaki itu. Akhirnya dia berjaya juga. Lelaki itu berhenti dan hanya berdiri kaku sambil memandang ke lantai. Cuba menyorokkan wajah sebenarnya.

“Abang, pandang Wani abang.” Air mata sudah bercucuran mengalir membasahi pipi Harum Zawani. Dengan nafas termengah-mengah, Harum Zawani mengangkat wajah lelaki itu. Kaca mata hitam ditanggalkan.

“Kau!” Harum Zawani terkejut. Lelaki yang disangkakan adalah suaminya itu rupa-rupanya Zack, pembunuh kedua ibu bapanya. Dia terundur beberapa tapak ke belakang. Zulfaqar Warid hanya terdiam. Dia merenung isterinya tanpa berkelip. Topi ditanggalkan dari kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience