5

Drama Series 4104

Adeline dan Dyan berjalan keluar dari balai ketibaan antarabangsa di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) dengan bagasi mereka. Kelihatan Tengku Averine dan Tengku Irwan sudah menunggu untuk menyambut mereka. Kedua remaja itu menuju laju ke arah kedua ibu bapa Adeline. Tangan kedua orang tuanya diraih sebelum dicium lembut sebelum diikuti olrh Dyan.

Mata Tengku Averine tertumpu pada si anak gadis.

"You really change your appearance, young lady. I'm proud of you. You young man, getting more handsome, huh." Ujar Tengku Averine dengan senyuman. Tengku Irwan turut mengiakan kata-kata isterinya.

?

?

Penampilan anak gadisnya yang dulunya seperti Puteri Fiona, isteri Shrek dan bertukar menjadi puteri raja yang sebenar. Itulah perumpamaan yang boleh digunakan.

"Come let's go home. You guys must be really tired." Ajakan Tengku Irwan membuatkan Adeline menyambar lembut tangan si ayah.

"Daddy. Can Dyan and me go home separately? Kami nak pergi cari baju untuk reunion sekolah Lin esok." Adeline meminta kepada Tengku Irwan. Mereka hanya membawa barang keperluan untuk seminggu sahaja dan tidak termasuk pakaian untuk dipakai ke reunion itu.

Adeline sebenarnya ingin membatalkan sahaja niatnya untuk menghadiri reunion itu, namun dipaksa oleh Dyan.

"Lin. Flight lagi dua jam. Kita kena bertolak sekarang." Suara Dyan bergema kuat dari ruang makan memanggil sepupunya yang masih belum turun. Kedua grandpa dan grandma mereka serta Ashren, Danial dan Danny sudah menunggu di bawah.

Lima minit ditunggu tiada balasan diterima. Dyan terus mendaki tangga menuju bilik Adeline. Pintu dibuka sedikit kasar dan terlihat Adeline masih setia duduk di birai katil dengn beg yang masih terbuka di atas katil.

"Girl! What is wrong with you? We are late, Lin." Dyan masih mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Padahal gadis ini yang memintanya untuk mengikuti gadis itu ke Malaysia. Tapi sekarang terlihat seperti dia pula yang beria ingin ke Malaysia.

"I don't wanna join that reunion Dyan." Kata-kata yang keluar dari mulut Adeline membuatkan Dyan terasa sakit kepala tiba-tiba. Migrain aku macam ni. Sekejap nak join sekejap tak nak. Perempuan memang complicated eh?

Dyan menghampiri Adeline dan duduk di sebelah Adeline. Kedua bahu Adeline diraih.

"Stop hurting yourself please. I am begging you. Lin seronok ke seksa diri macam ni. You've been crying for 5 years. Apa kata Lin hadap dia, settlekan masalah ni. Tak kisahlah bertapa nonsensenya masalah ni. Just face it. For once I am begging you to confront him and think about your friends yang memang tunggu you balik." Dyan memujuk Adeline selembut yang mungkin. Dia sedar mungkin dengan cara ini sahaja dia boleh dapat sepupunya yang lama. Penerimaan dia terhadap Faiq masih 50-50. Dia masih bencikan lelaki itu tapi dia kasihan akan lelaki itu.

Lamunan Adeline terhenti apabila Dyan memanggil namanya. Matanya segera tertumpu kepada sepupunya itu.

"Let's go. Uncle gave me the car keys." Dyan berkata sebelum melangkah di hadapan Adeline. Adeline hanya mengekori langkah Dyan.

Setibanya di kereta Mclaren 570S metalic milik Tengku Irwan, bagasu dimasukkan sebelum kereta itu membelah laju menuju ke pusat beli belah Pavilion di ibu kota Kuala Lumpur. Fokus ditujukan kepada kedai pakaian untuk mereka berdua.

Masa yang diambil hanya sebentar memandangkan mereka tidak mencari baju yang terlalu mewah. Hanya sekadar cukup syarat sahaja.

Adeline meminta diri ke tandas apabila dia dan Dyan bercadang untuk pergi makan.

Sedang asyik dia mengemaskan rambutnya, dia ditegur oleh seseorang di sebelahnya.

"Excuse me. Adeline Christina?" Ujar gadis di sebelahnya. Lama ditilik wajah gadis itu sebelum dia turut tersenyum.

"Evanda!" Kedua gadis itu berpelukan sebelum Evanda menarik Adeline keluar dan memanggil Nadia, Aulia dan juga Iris.

"Ya Allah, Lin. Kau dah berubah duh. Makin lawa. Kalah kau Lia." Iris berkata sambil memandang ke arah Aulia. Aulia menggulingkan bola mata.

"Hello cik Iris. I lawa okay. Tapi I setuju la, tak boleh nak lawan Lin sekarang. Dia dah another level higher than me." Mereka ketawa dengan gaya Aulia yang seperti gadis gedik yang gemarkan populariti. Evanda masih setia memeluk Adeline. Sungguh dia rindukan kawan baiknya yang seorang ini. Lima tahun menghilang tanpa berita.

"Eh Lin. Kau datang sini seorang je ke?" Giliran Nadia pula bersuara bertanya. Adeline kemudia seperti baru tersedar. Dia tinggalkan Dyan keseorangan. Dah lah mamat tu baru pertama kali datang Malaysia.

Badannya terus dipusingkan dan tangan Evanda ditarik mengikutinya. Nadia, Aulia dan Iris juga turut mengekorinya.

"Dyan! Sorry I left you alone." Cemas wajah Adeline mendekati Dyan yang sedang bermain bersandar di dinding sambil bermain telefon.

"It's okay girl. Dyan dah besar, bukannya kecil lagi. Dyan pandai jaga diri." Dyan menghulurkan senyuman kepada Adeline meminta gadis itu untuk bertenang.

Wajah Adeline sedikit tenang mendengarkan kata sepupunya itu. Risaulah juga kena ngorat ke kena rompak ke. Malaysia ni lain macam sikit. Tourist ke tak tourist ke kalau nak buat jahat tu buat juga.

Deheman Evanda membuatkan dua pasang mata kemudiannya tertoleh fokus kepada dia dan tiga orang lagi di belakangnya.

"Ouh ya! Dyan, ini Evanda, Nadia, Aulia dan Iris. My best friends and guys, ini Dyan. My boyfriend." Ayat terakhir Adeline membuatkan anak mata keempat-empat gadis tadi membesar. Bapak ah minah ni. Mentang-mentang dia mat saleh, boyfriend pun mat saleh juga.

Melihatkan kawan-kawannya yang sudah keras kejung itu, Adeline terus menghamburkan tawanya diikuti Dyan. Muka mereka sangat kelakar. Sis kenot!

"Kidding guys. Dyan is my cousin." Adeline terus memaut tengkuk Dyan membuatkan Dyan segera memaut pinggang Adeline untuk menyeimbangkan badan. Kalau tak dipaut, mahu tersembam ke tanah. Sepupunya itu memang perempuan, tapi ganas dia tu dah macam lelaki.

"Ini ke sepupu yang kau selalu cerita dulu tu Lin. Yang sebaya dengan kita tu?" Pertanyaan Aulia mengundang anggukan di kepala Adeline. Keempat-empat gadis ini memang sedia tahu tentang latar belakang seorang Adeline Christina. Tentang mana asalnya, siapakah keluarganya, apakah status keluarganya. Mereka tahu dan mereka setia menjadi sahabat kepada Adeline dengan ikhlas tanpa mengira status dan pangkat kerana keluarga mereka sendiri pun sudah cukup berada kalau hendak dikirakan wang ringgit. Bezanya, Adeline mungkin mempunyai status dan kemewahan yang sedikit lebih berbanding mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience