Level 5

Romance Series 5758

2 bulan telah berlalu, kejadian antara Imran dan Zafirah hampir dilupakan oleh pelajar2 Sekolah Menengah Tengku Indra tetapi tidak bagi Zafirah. Ianya seperti sebuah mimpi ngeri yang tidak dapat dilupakan begitu sahaja malah hubungan mereka berdua juga telah berubah seperti mereka tidak pernah kenal.


ooooooooooooooo

"Zaf!!! ada panggilan untuk kamu", panggil Wan sambil matanya melilau mencari kelibat Zafirah.

Zafirah terpinga - pinga apabila namanya dipanggil. Baru sahaja mahu mengelamun sampai ke Itali tapi ada pula panggilan untuknya.

"Ya Wan, Zaf datang ni", sahut Zafirah dan menuju ke arah Wan.

"Siapa Wan? ", tanya Zafirah bingung. Siapa pula yang menelefonnya. Pelik kenapa ada orang nak telefonnya menggunakan nombor telefon rumah dan kenapa tak telefon dia sendiri.

"Katanya kawan kamu.", jawab Wan dan berlalu pergi.

"Okey... terima kasih Wan.", kata Zafirah.
"Hello... siapa disana", Zafirah memulakan bicaranya.

"Hello... ni aku Sha", jawab Qhalisha setelah mendengar suara Zafirah.

"La, kau Sha... aku ingat siapa tadi, tiba2 jer call aku dengan guna telefon rumah. Kenapa kau tak call jer aku terus?", kata Zafirah. Terkejut juga panggilan tersebut daripada Qhalisha.

"Aku dah call kau banyak kali wey tapi asyik tak boleh... jer. Kenapa?. Kau campak phone kau dalam kolam ikan kat rumah kau ke?.", gumam Qhalisha geram. Bukan sekali dia call Zafirah tapi banyak kali, sakit pula hatinya.

"Ouh, aku lupa la Sha. Phone aku tadi habis bateri, tu kau call aku asyik tak boleh jer. Sorry la... tapi kau tak payah risau sebab aku dah cas phone aku tadi.", terang Zafirah.

"Argh tak apa la, aku ni bukan mudah ambil hati pun. Ni aku nak kau cepat pergi bersiap, okey?", Qhalisha mengesa Zafirah untuk bersiap.

"Hah? Bersiap? untuk apa?", soal Zafirah bertubi - tubi. Hairan kenapa tiba2 saja Qhalisha suruhnya bersiap bagai. Kenapa ada rombongan meminang nak datang ke?.

"Hesh kau ni kalau aku suruh kau pergi bersiap tu pergi jelah, banyak soal pula kau ya?", kata Qhalisha.

"Tak boleh ke aku tahu sebabnya. Aku ada hak untuk tahu. Mana tahu kau nak jual aku ke?", kata Zafirah dengan nada sedih.

"Ha'ah, memang aku nak jual kau, aku nak jual kau kat Siam tu. Kau ni agak2 la. Aku nak kau pergi siap sebab aku nak kau datang Cafe sekarang. Kita lepak.", terang Qhalisha.

" Ohhh... cakap la awal2 nak lepak. Ni berkias - kias bagai. Okey la aku nak bersiap dulu.", kata Zafirah.


**********************

"Eh Idrus pun ada juga", kata Zafirah sambilnya memandang Idrus hairan kerana dia ingat Qhalisha seorang saja rupa2nya Idrus juga bersama mereka.

"Ha'ah, aku yang ajak dia sekali", kata Qhalisha ringkas.

"Kau tak da masalah kan kalau aku join kau sekali?", suara Idrus sambil mengangkat - angkat keningnya memandang Zafirah.

"Tak", rolling eyes ditunjukkannya.

"Hai Zaf kau tak nak duduk ke atau kau lebih rela jadi tunggul kayu dekat sini", perli Qhalisha.

"Aku nak duduk la ni", Zafirah melabuhkan punggungnya de sebelah Qhalisha.

Makanan mula dipesan untuk mengisi perut yang asyik berlagu, minta diisi.

"Kem Motavasi minggu depan, kan?", Idrus tiba2 bersuara, telah memecahkan ketengangan mereka yang berlansung sebentar tadi.

"Kem Motavasi?. Sejak bila pula sekolah kita rancang kem motavasi?", tanya Zafirah kebingungan.

"Zaf, bukan ke cikgu Kamal dah bagitahu kita hari tu yang kita ada kem motavasi dengan pelajar kelas 5 Glover. Kau ni mengelamun ke apa dalam kelas hari tu? Sampai tak tahu apa2.", bebel Qhalisha dengan sikap Zaf yang suka mengelamun dalam kelas. Last2 menyusahkan dia juga untuk menerangkan balik apa yang Cikgu Kamal telah bagitahu semasa di kelas hari tu.

"Sha... relaks la, kau macam tak kenal yang minah ni memang suka berkhayal", Idrus cuba menenangkan Qhalisha yang hampir mengamuk dengan perangai Zafirah.

"Sedap kau je panggil aku minah", kata Zafirah geram.

"Ala kau memang minah pun", balas Idrus.

"Kau ni... sengaja buat aku naik angin, kan", Zafirah tidak menyerah kalah.

"Eh mana ada lagipun aku mana tahu angin kau naik ke turun"

"Haish kau ni", darah Zafirah sudah mula menyirap naik ke atas kepala.

"Korang berdua ni... dah2 la gaduh tu, aku ajak korang keluar nak have fun bukan nak tengok korang gaduh", Qhalisha mula bersuara apabila melihat 2 kawannya mula bertikam lidah kalau tidak dihalang olehnya kemungkinan melarat sampai esok.

"Ni korang dengar baik2 ya... aku dah tak nak ulang banyak kali. Kem motavasi tu akan diadakan di Gunung Ledang Resort selama 3 hari 2 malam dan minggu depan kita akan bertolak, understand!", suara Qhalisha naik 1 oktaf dihujung percakapannya.

"Yes understand", kata Idrus dan Zafirah serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience