BAB 12

Romantic Comedy Completed 8880

“Saya minta maaf pasal tadi. Saya sengaja sakitkan hati awak. Saya nak tengok awak marah sebenarnya tapi awak tetap diam.”

“Apa motif awak? Awak tak ada kerja ke, Andika?” Terdiam aku bila dia menyindir aku seperti itu. Sinis.

“Sinis.”

“So?” Dia buat muka kerek.

“Awak memang suka mintak saya cium awak, kan?” Usikku. Wajah itu berubah warna. Hailah, comelnya awak ni!

“Saya sangat sukakan awak. Saya mengaku, saya marah bila awak hancurkan gitar saya. Tapi pelik, saya masih sukakan awak. Walaupun bila Odie tanya saya masih sukakan awak, saya kata tak. Hati saya tetap nak awak.” Dia diam.

“Saya tak pernah suka perempuan macam saya suka awak, Adinda. Something about you, different from others.”

“Saya pun tak pernah suka lelaki macam saya suka awak, Andika. Sesuatu tentang awak, lain dari orang lain.”

“Copy paste ayat saya, nampak?” Aku bersuara, sinis.

“Eleh, kedekut!”

Tiba-tiba kami berdua dia. Aku pandang langit, dia pandang tasik. Kelu lidah tiba-tiba.

“Saya benci perokok tapi saya tak mampu nak benci awak,” ujarnya tiba-tiba.

Aku pandang dia. It’s okay, Adinda. Saya akan cuba berhenti. Untuk awak!

“Saya tak suka lelaki kurus. Terutamanya macam awak, tapi saya tersuka dekat awak walaupun awak macam rangka bergerak.” Aku tepuk dahi. Rangka bergerak?!

“Tapi peliknya, saya masih suka awak. Awak pakai guna-guna ke apa ni?”

Aku ketawa dengan kata-katanya, “Awak... orang sini kan?”

Dia mengangguk, “Kenapa?”

“Minggu depan saya hantar rombongan merisik, boleh?” Dan dia dah jatuh rahang. Hey, I like you Cik Adinda.

Aku masuk ke bilik pengantin yang sudah dihias indah. Setahun lima bulan tempoh pertunangan kami berdua dan hari ini, aku dan dia sudah terikat dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kalau ikutkan, bonda dan ayahandaku mahu buat majlis pada awal tahun depan kerana Adinda baru graduate manakala aku baru setahun bekerja. Ekonomi masih tidak stabil ketika itu tapi mungkin kerana rezeki aku, aku naik pangkat dan memegang jawatanyang agak besar walaupun baru berkerja.

Dan mungkin juga jodoh kami memang tersangatlah kuat untuk menikah lebih awal dari tarikh yang ditetapkan. Hehehe...Kad kahwin yang ada di atas meja solek aku capai. Suka aku tengok kad kahwin aku. Walimatulurus Andika dan Adinda. Tak ke nampak comel macam tu?

“Abang dah solat?” Entah bila, dia muncul. Aku pun tak tahu.

Aku mengangguk. “Adinda?”

Dia mengangguk. Dia berdiri kaku di kaki katil. Ada sesuatu yang pelik dengan dirinya malam ini.

“Adinda, kenapa berdiri kat situ? Sinilah!” Dia menggeleng. Heh, dia betul-betul dah berubah menjadi lemah-lembut.

Comelnya. Isteri siapalah ni?!

“Kenapa?”

“Tak nak.”

“Takut dengan abang?”

Geleng.

“Siapa nak takut dengan abang yang kurus keding macam ni?”

Aku bangkit dari duduk lalu aku hampiri dia, “Cuba ulang sekali lagi.”

“Siapa yang takut dengan abang yang kurus keding macam ni? Nak angkat Adinda pun belum tentu mampu!”

Aku ukir senyum sinis dan sekelip mata, tubuh itu aku cempung, “Puan Adinda, jangan pandang rendah pada kekuatan seorang lelaki. Kekuatan seorang lelaki itu bukan dari kurus atau gemuk seseorang itu. Ia datang dari dalaman, sayang!” Bisik aku lalu aku jatuhkan dia di atas katil.

‘’wah, super confident nampak, adinda tahu, saja je usik abang, selalu abang yang non stop usik, kalau benar apa yang dikata, tunjukkanlah,’’ usiknya manja dan menggoda.

Aduh dia ni buat aksi menggoda pula, kalah kanda, kanda tah tahan.

‘’Dah ready? ‘’

‘’Ready when you are sayang,’’ bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience