Rate

BLACK ROSE (broken inside) 6

Drama Completed 921561

Mawar menyediakan bahan-bahan memasak menu khas malam itu untuk para peminat Aydean. Jamuan di buat di ruangan terbuka restoran. Jadi, sebahagian ruangan restoran telah ditutup atas tujuan itu. Adam selaku ketua, sudah pun mengagihkan setiap tugasan kepada krew kumpulannya. Manakala Khai pula sibuk menyiapkan menu dessert bersama krew kumpulannya juga. Jadi, dapur masakan melayu dan barat sangat sibuk dengan tugas masing-masing.

Memandangkan pengunjung walk in juga tidak ramai, jadi mudah bagi kesemua krew kitchen melakukan tugas mereka. Cuma sekali sekala sahaja akan ada pesanan yang diterima jika terdapat beberapa pelanggan yang masuk ke restoran.

Mawar menguatkan volume di telinga. Dia memang suka mendengar muzik sambil melakukan kerja-kerjanya. Kepala diangguk perlahan mengikut rentak. Sekali sekala mulutnya mengikut lirik lagu rancak dari kumpulan Muse - Bliss. Mawar tersenyum sendiri. Teringat akan kenangan lalu setiap kali lagu tersebut bermain dicorong earphonenya.

FLASHBACK

Rokok diselitkan ke celah bibir munggil itu sambil diperhatikan Syakir. Lelaki itu tersenyum melihat gaya Kie yang bersahaja. Lighter di tangan Syakir di ambil kasar. Wajah masam mencuka Kie menghiburkan hati Syakir. Ini pertama kali wanita itu merajuk dengannya.

"Sorrylah, you. I teman Dean pergi test seluar jeans dia tadi," pujuk Syakir sambil cuba mengambil batang rokok yang sudah menyala di mulut Kie itu. Kie mendengus kasar sambil menghembus asap rokok ke udara. Dia menghalang Syakir dari mengambil rokoknya. Dean yang berada di belakang Syakir hanya memandang tajam ke arah Kie.

"Mengada!" gumam Dean perlahan. Syakir menoleh sekilas ke arah Dean memberi arahan agar dia tidak bersuara. Bimbang Kie semakin marah. Mujur wanita itu tidak dengar apa yang Dean ucapkan sebentar tadi. Jika tidak, mahu mereka berdua bergaduh di situ. Dean dan Kie ibarat anjing dengan kucing. Asyik bergaduh!

Bibir Kie yang dicalit lipstik berwarna hitam itu semakin muncung. Matanya di hala ke arah Dean yang sentiasa bersama Syakir sejak akhir-akhir ini. Terbit rasa menyampah dalam dirinya.

"Dia tu memang kembar you ke? Ke mana saje you ada, melekaattttt je dengan you!" bebel Kie sambil menyedut dalam rokok yang masih berada di bibirnya. Meledak tawa Syakir terhibur dengan bebelan Mawar itu. Dean di belakang sudah mula panas telinga. Wajah selamba Kie direnung tajam.

'Eh..eh minah ni. Sekali aku hayun penumbuk baru dia tahu!' gerutu hati Dean. Penumbuk dikepal geram. Riak wajah bersahaja Kie menyebalkan hati Dean.

"Ha...ha..ha.... You ni kelakarlah Kie. Tak kan dengan Dean you nak jelous," pujuk Syakir dengan tawa yang masih bersisa. Kie menjeling. Masih dengan rajuk yang belum terpujuk. Dengusan kasar dilepaskan sekali lagi tanda menyampah melihat lelaki di belakang Syakir itu.

"Cepatlah! Bila nak gerak asyik pujuk memujuk. Loya aku ni!!" rungut Dean yang sudah mula kepanasan. Bukan panas dibawah terik matahari sahaja, malah hatinya turut panas melihat pasangan kekasih di depan matanya itu.

Mata galak Kie yang bercelak hitam pekat itu merenung Dean sekali lagi. Benci melihat wajah lelaki yang asyik berkepit dengan buah hatinya, Syakir. Sampai dia sendiri nak bermesra dengan Syakir pun hilang mood. Cis betul!

"Jommm gerak," Syakir meraih tapak tangan Kie. Rokok yang masih belum habis dijentik masuk ke dalam longkang. Asap yang masih berbaki di dalam mulut dihembus ke atas. Dean mengibas-ngibas asap tersebut dengan tangannya. Tidak tahan dengan bau rokok tersebut.

'Dah macam naga aku tengok!' bebel Dean di dalam hati. Tautan tangan antara Kie dan Syakir direnung tajam. Susuk tubuh Kie dari belakang diamati setiap kali dia menjadi peneman mereka berdua.

'Macam perempua! Tak suka bau asap rokok! Kisah pula aku!' gerutu hati Kie apabila melihat Dean seakan tidak selesa dengan asap rokok yang berkumpul di sekeliling mereka.

Syakir mencium belakang tangan Kie sambil matanya memandang Kie dengan penuh rasa cinta. Cinta pertamalah katakan. Kie tersenyum manja apabila bibir basah lelaki itu melekat ditangannya.

Hari ini, hanya mereka bertiga sahaja yang melepak di Bukit Bintang.Geng-geng yang lain semua sibuk dengan peperiksaan Spm, Pmr dan lain-lain peperiksaan. Bosan berkawan dengan budak sekolah!

Tiba-tiba langkah kaki Kie berhenti di depan seorang pakcik buta yang sedang menyanyi sambil meminta sedekah. Perut Syakir ditepuk perlahan. Tapak tangan di sua ke muka lelaki itu.

"Derma," tutur Kie ringkas. Syakir mengukir senyum. Note berwarna merah di letak ke telapak tangan Kie. Kie membalas senyum. Pipi Syakir dikucup. Duit tersebut di masukkan ke dalam bakul lusuh berwarna biru muda di kotak muzik pakcik buta itu. Kemudian, Kie mengeluarkan pula note berwarna hijau pucuk pisang dari poket seluarnya dan di letakkan juga ke dalam bakul tersebut.

"Jom lah. I tak sabar nak dengar you nyanyi ni," tangan Kie ditarik Syakir. Dean pula hanya mengikut rentak pasangan itu. Sebelum dia membontoti Kie dan Syakir, Dean mengeluarkan note rm50 dan di campak ke dalam bakul pakcik buta itu. Kemudian, kakinya melangkah laju mengikut jejak Kie dan Syakir.

SEBAIK sahaja mereka sampai di tempat band yang biasa Kie sertai, Kie menghampiri salah seorang dari ahli band tersebut. Manakala, Syakir dan Dean mengambil tempat di tangga. Mereka berdua melabuhkan punggung sambil menunggu Kie menyanyi di situ.

Kie berdiri di tempatnya. Mikrofon di cuba dua tiga kali agar suara kedengaran jelas. Mata galak Kie memandang ke arah Syakir yang merenungnya sambil tersenyum. Kie memberi flying kiss kepada Syakir tanpa segan silu. Dean pula...... buat muka menyampah.

'Ek'eleh. Menggelebah macam cipan tulu dua ekor ni!' bebel Dean di dalam hati. Matanya di alih ke arah lain. Malas mahu melihat kemesraan pasangan sejoli itu. Kie yang perasan riak wajah menyampah Dean itu, menjeling tajam.

Pemain drum mula mengetuk stick tanda muzik mahu dimulakan. Kie bersedia sambil tangannya menongkat mikrofon. Lagu dari kumpulan Muse - Bliss menjadi pembuka persembahan.

Muzik di mulakan. Penonton mula bersorak dan berkumpul untuk melihat persembahan. Syakir tersenyum lebar melihat kekasih hatinya yang sudah bersedia untuk menyanyi.

Everything about you is how I'd want to be
Your freedom comes naturally
Everything about you resonates happiness
Now I won't settle for less

Give me
All the peace and joy in your mind

Syakir menggoyang kepala mengikut rentak nyanyian lagu tersebut. Wajah Kie yang menyanyi penuh perasaan itu di renung puas. Tersenyum bangga seketika.

Everything about you pains my envying
Your soul can't hate anything
Everything about you is so easy to love
They're watching you from above

Give me
All the peace and joy in your mind
I want the peace and joy in your mind
Give me the peace and joy in your mind

Dean kembali menatap wajah Kie. Suara Kie membuatkan Dean tertarik untuk menghayati nyanyian wanita itu. Senyuman Kie, membuatkan Dean terpaku seketika. Keluhan terlepas dari mulutnya. Wajah Syakir yang masih menyengih memandang si kekasih hati direnung.

Everything about you resonates happiness
Now I won't settle for less

Give me
All the peace and joy in your mind
I want the peace and joy in your mind
Give me the peace and joy in your mind

Setelah mengakhiri lagu tersebut, Kie terus menyanyikan lagu berikutnya sehingga beberapa buah lagu. Dan akhirnya dia berhenti apabila datang sekumpulan remaja cuba menganggu mereka. Cepat-cepat Syakir menghampiri Kie apabila melihat wanita itu cuba membaling mikrofon yang dipegang ke arah kumpulan remaja itu.

"Lek aarrr.. Lu orang buat persembahan sini, bayar dulu. Ni kawasan kitorang," salah seorang dari remaja itu bersuara ala-ala mat pet. Kie merenung tajam ke arah budak lelaki yang berpakaian ala-ala skinhead.

"Bayar pebenda?? Sejak bila jadi kawasan kau???" soal pemain drum, Dany dari kumpulan band tersebut. Dany bangun dari duduknya. Hilang sabar melihat tingkah laku kumpulan remaja itu.

"Mulai hari ini, lu orang nak buat persembahan ke, nak buat sarkas ke, kena bayar. Kalau tak, blah!!!" balas salah seorang dari mereka. Kie mula ke depan sambil memegang batang mikrofon.

"Blah!! Sebelum aku hentak korang dengan besi ni!" selamba Kie menutur kata. Gayanya ala-ala gangster kampung dusun. Syakir cuba menarik tangan Kie agar tidak berbicara lagi. Dia tidak mahu Kie menjadi tumpuan kumpulan remaja itu. Kie merentap semula tangannya dari pegangan tangan Syakir. Dia marah kerana Syakir cuba menghalangnya.

"Wahh..ada bunga sekuntum dekat sini. Tapi macam pailang," celah salah seorang dari mereka yang rambutnya di highlight kan dengan warna merah biru.

"Lu perempuan, jangan masuk campur hal lelaki," tambah remaja itu lagi. Kie tersenyum sinis sambil menarik nafas dalam.

"Rambut macam ayam sabung. Kau ingat aku takut dengan kau??" balas Kie masih berani melawan. Orang ramai yang berada di situ ada yang sudah beredar, ada yang masih berkumpul untuk melihat pergaduhan dua kumpulan remaja tersebut.

"Kie, please. Enough. Jom," Syakir cuba menarik tangan Kie. Dean yang berada di belakang Syakir menggeleng kepala melihat kedegilan wanita itu. Geram dibuatnya. Bukan pandai berlawan, tapi, mencabar lebih-lebih! Perempuan dengan lawan mulut, tak boleh dipisahkan!

"You pergi sanalah!" Kie menolak Syakir ke belakang. Dia geram kerana Syakir asyik menghalangnya. Sekali lagi Dean menggelengkan kepalanya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia angkat kaki tidak mahu campur pergaduhan itu. Tetapi, apabila mengenangkan Syakir bersamanya, terpaksalah dia tetap menunggu di situ.

"Blah lah.. Balak dah panggil tu. Balak kau takde te**r. Penakut nak mampus!" celah seorang lagi. Telinga Kie berdesing. Sakit hatinya apabila Syakir turut diejek oleh mereka.

"Ba**!!!" carut Kie dengan jeritan yang kuat. Tersentak mereka yang berada di situ. Kumpulan remaja tersebut sudah mula mengeluarkan pisau dari belakang seluar. Berubah riak wajah Kie apabila melihat mereka membawa senjata. Dia menelan air liur.

"Dah.. Dah.. Kie.. Jom..Jom.. Blah," Dany cuba menenangkan keadaan. Kie yang masih memegang batang mikrofon itu mula berundur sedikit demi sedikit. Takut!

Tiba-tiba salah seorang dari mereka cuba mengacah-acah Kie dengan pisau yang dipegang. Kie buat muka rileks. Namun, di dalam hatinya berdoa agar pisau itu tidak terkena pada tubuhnya.

"Kau nak lawan sangatkan?? Tadi macam kak long kawasan. Sekarang macam tikus dekat lorong sampah tu!!" jerkah remaja yang berambut seperti ayam sabung itu. Kie mula geram lantas batang mikrofon dicampak ke arah kumpulan remaja itu. Sedang elok batang besi tersebut terkena pada si jambul ayam sabung. Nasib kaulah!!

"Sial lah lu!!" jerit si ayam sabung. Pantas Syakir menarik tangan Kie sambil berlari dari situ. Dean turut berlari pantas mengikut langkah Syakir dan Kie. Larian semakin laju apabila melihat kumpulan remaja tersebut semakin menghampiri mereka.

Tiba-tiba Dean memberhentikan larian. Dia cuba mengalih perhatian kumpulan remaja tersebut. Dean berhenti betul-betul di tengah-tengah menghalang laluan mereka.

"Dean!! Run!!!!! Kau buat apa???" jerit Syakir yang sudah agak jauh dari situ. Dia melihat remaja tersebut mula mengelilingi Dean. Kie menarik tangan Syakir agar terus beredar dari situ. Dia langsung tidak mempedulikan Dean yang sedang terancam tika itu.

"Go!!!" jerit Dean turut menghalang Syakir dari berpatah semula. Dia tidak mahu kumpulan itu mengejar Syakir dan Kie.

"Dean!!!" jerit Syakir lagi. Kie merentap tangan Syakir yang mula berhenti dari berlari. Tercungap-cungap Syakir menarik nafas. Dadanya terasa mahu meletup.

"You!!! Jom!!" Kie memaksa Syakir mengikut langkahnya. Syakir memandang wajah Kie. Dada Kie turun naik cuba mencuri nafas. Kemudian matanya beralih semula ke arah Dean yang sudah mula dipukul oleh kumpulan itu.

"Tak kan I nak tinggalkan Dean!" balas Syakir dengan wajah yang pucat. Dia mahu membantu Dean. Tetapi, tangan Kie tetap menariknya pergi dari situ.

"You nak kena pukul juga ke???" marah Kie. Dia tidak peduli apa pun yang terjadi pada Dean. Apa yang penting dirinya dan Syakir. Akhirnya Syakir akur. Sebelum dia dan Kie beredar dari situ, sempat dia menoleh ke arah Dean yang sudah pun terbaring di kaki lima. Tanpa memberi peluang, Dean di belasah sekumpulan remaja tersebut.

Lamunan Mawar terhenti disitu. Dia tersenyum sinis. Lagu sudah pun bertukar dicorong earphonenya.

'Padan muka kau, Dean. Sampai sekarang asyik menyakitkan hati aku! Elok aku join budak-budak tu pukul kau dulu!' detik hati Mawar dengan geram. Dia teringat peristiwa semalam. Boss gila macam Aydean harus di ajar. Dari dulu hingga sekarang tak reti hormat perempuan!

~~~~~~~~~~

Malam itu , seusai Mawar menunaikan solat Maghrib, dia bersiap semula untuk ke ruangan restoran. Letih dari siang tadi bertungkus lumus menyediakan makanan untuk peminat-peminat Aydean. Kalau mengenangkan wajah Aydean, mahu sahaja dia letak ubat cirit dalam makanan tersebut. Eh, entah rasa sakit benar hatinya tika ini.

Kepala digelengkan. Cuba menghilangkan bisikan syaitan yang menjelma sejak dari tadi. Sepatutnya selesai solat, malaikat membisik perkara yang baik-baik. Tapi, setan pula yang melekat. Nampak sangat tak kusyuknya si Mawar sorang ni ketika solat tadi. Mawar tersenyum sendiri. Monolog seorang diri perkara biasa bagi dirinya.

Kakinya melangkah sedikit laju apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan boss gila tu. Aydean!

"Mawar!!!" jeritan itu melajukan langkah Mawar. Dia mencari arah suara itu muncul. Apa lagi yang tak kena kali ini.

"Ada apa?" soal Mawar sebaik sahaja melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di muka pintu dapur dengan wajah tidak puas hatinya. Soalan dan wajah dingin Mawar membuatkan Aydean panas hati.

Bila perempuan ni nak belajar hormat aku hah?? Gaya tanya macam nak makan pelempang sulung aku je!!!

"Ada apa?? You pergi mana???" soal Aydean dengan wajah yang membahang menahan marah. Mawar melihat ke arah tangan Aydean yang sedang memegang sepinggan nasi.

"Apa you masak ni?? Semalam masa discuss, otak you pergi jalan-jalan ke???" suara Aydean mula meninggi. Mawar menahan rasa geramnya. Giginya diketap kuat.

Kalau tak fikirkan mamat poyo ni artis dan boss, mahu aku bagi hook kick dekat perut dia ni. Biar keluar semua makanan yang dia makan tadi!

"Apa yang boss tak puas hati? Boleh cakap baik-baik dengan saya," tutur Mawar cuba bertenang walaupun jantungnya tika ini sudah mula berdegup laju selaju 200km/sejam. Wajahnya cuba dikawal dari memberi pandangan tajam ke arah si lelaki.

"Dengan you nak cakap baik-baik? Jenis tak faham bahasa! Jenis tak reti hormat I. You don't deserve it!" balas Aydean dengan bongkak. Pinggan di tangan dihentak ke meja yang berada di sebelah pintu dapur.

PRANG!!

Pinggan terbelah dua. Mawar sudah tidak tahan lagi. Dia pantang orang yang tidak reti hormat dengan rezeki yang ada. Biadap!!

Mawar terus meluru ke arah Aydean dengan wajah yang mula membahang kemarahan. Leher baju Aydean dicekak kuat. Aydean tersentak saat leher bajunya dipegang oleh wanita itu. Wajah bengis Mawar membuatkan Aydean kecut perut. Tangan Mawar yang mencengkam leher bajunya dipegang cuba melepaskan cengkaman. Namun gagal. Aydean buat muka berani walaupun saat itu dia sudah menggelabah. Mata mereka bertembung hebat. Berlawan pandangan mata. Seolah ada panahan petir di antara mata mereka. Mawar masih tidak mahu mengalah. Begitu juga Aydean. Semakin kuat Mawar mencengkam leher baju Aydean, semakin kuat juga Aydean mencengkam pergelangan tangan Mawar.

Don't let my looks fool you, I may look like a lady, but i can fight, I don't pull hair, I break bones!

Happy reading yu alll....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience