SEJAK hamil,Intan rasa tertekan sangat.Mana taknya bentuk bandannya telah berubah.Macam dipam-pam.Dia mula rasa rimas.Seolah menyalahkan anak yang dikandungnya.Macam mana boleh mengandung pun tak tahu.Pada hal dia tak pernah skip makan perancang.Diam-diam di sorokkan dalam kabinet kecil dalam bilik air.
"Apa lagi ni?"tegur Harith sebaik memasuki bilik.Keadaan bilik agak bersepah.Bantal jatuh beteraburan bawah katil.Pantang Harith barang bersepah.
"I benci tau tak!Benci dengan bentuk badan I sekarang!I tak suka mengandung!"jerit Intan.Geram benci marah semua ada.
"Apa you cakap ni Intan.Nak marah pasal apa.Biasalah mengandung.Nanti lepas bersalin badan you okay balik lah."suara Harith mengendur.Tak mahu memburukkan lagi keadaan.Intan kalau mengamuk kalah bini Shrek.
"You senang lah!Yang mengandungnya I!Ke hulu ke hilir nak kena mengusung perut ni!I rasa terkongkong tau tak!I dah tak boleh nak lepak dengan kawan-kawan I lagi!"adunya dengan muka masam mencuka.Kecantikan yang dibangga selama ini makin pudar.Mana taknya,asyik muntah sebelum ni.Sampai kulit muka pun dah tak cantik.Jerawat pun banyak tumbuh di sekitar kulit muka.
"Sabarlah.Tak lama saja lagi.Tiga bulan saja lagi kan.You sentiasa cantik di mata I..."puji Harith.Walau dalam hati tipis saja kesabaran dengan sikap Intan.
"Sabar..sabar..sabar!Itu saja yang you tahu!You ingat I ni apa!?mesin keluar anak!I kalau boleh I tak nak mengandung!Habis bentuk badan I berubah.Sebab tu I makan pil perancang."Intan mengaku juga.
Harith dah agak.Memang Intan tak mahu mengandung.
"Jadi memang betul lah you tak nak mengandung?You tahu kan mama dah lama teringin nak cucu.Memang tak salah I tukar pil you dengan vitamin kesuburan."
Terus terbeliak biji mata Intan.Jadi ini kerana Harith!
"You memang sengaja kan!I tak nak anak ni!"jeritnya geram.
"Intan,boleh tak you jangan jerit.Nanti apa kata mama.Budak tu anak kita berdua.You jangan nak buat hal!"marah Harith.Dah lama dia bersabar dengan sikap Intan.Kalau lelaki lain dah lama angkat kaki.
"Arghhhh!aku benci semuanya!!!"Intan mengamuk lagi.Habis dibalingnya benda yang berdekatan.
Harith malas nak layan.Terus keluar menutup pintu.Balik saja dari kerja mesti berserabut.Ada saja yang tak kena dengan Intan.Dah la suka mengamuk,angin satu badan pula tu.Bukan masa mengandung saja.Sebelum mengandung pun dah teruk.Bila mengandung lagi teruk rupanya,Intan tak pernah berubah.Makin menjadi lagi ada lah.
Masa macam ni lah nak teringat kembali pada Iris.Tak pernah sekali pun Iris tinggi suara pada Harith.Malah pada mama.Diam-diam Harith pergi ke tempat kerja Iris.Tapi tengok dari jauh saja.Datang dan balik kerja Iris dijemput.Suami Iris sentiasa menghulurkan senyuman.Dan Iris sentiasa tersenyum.Sedikit cemburu melihat kemesraan Iris dan suaminya.
Menyesal macam mana pun dah tak ada gunanya lagi.Dia sendiri yang memilih jalan ini.Bukan Iris yang buat onak tapi dia sendiri.Terpedaya dengan dorongan hawa nafsu.Tanpa sikit pun dia fikirkan akan perasaan Iris ketika itu.
Harith mengeluh panjang dan terus duduk di ruang tamu.
"Harith,kenapa tak naik atas lagi?"tanya Puan Yasmin.Pakaian pejabat Harith masih belum berganti.
"Harith dah naik tadi.Ni turun balik.."gumamnya.
Puan Yasmin pandang ke tingkat atas.Pasti mereka bergaduh lagi.
"Intan buat perangai lagi ker?"
"Macam biasa lah mama.Entah apa lah yang tak kena lagi.Angin satu badan.Naik pening Harith dengan perangai dia.Kalah budak-budak.."luahnya geram.
"Harith kena banyak bersabar.Perempuan mengandung memang macam tu.Mood dia tak menentu."bela Puan Yasmin.
Ni bukan mood tak menentu dah memang tak boleh bawa bincang,dengusnya.
"Tapi Harith tengok isteri kawan Harith pun mengandung juga,elok saja.Tak ada lah angin macam Intan.Ni sebelum mengandung pun dah angin."
"Tak sama semua perempuan mengandung.Intan ni nak kan perhatian dari Harith.."
"Perhatian macam mana lagi ma?Setiap hari ada saja yang tak kena.Harith tak tahu nak pujuk macam mana lagi.."
"Sabarlah sikit.Lagi 3 bulan lepas anak tu lahir,elok lah Intan tu.Layan kan saja angin dia tu."bela Puan Yasmin lagi.Pada hal dia kadang naik rimas dengan sikap Intan.Tapi disabarkan hati sebab Intan mengandungkan cucunya.
"Hari-hari macam ni boleh hilang sabar.."tergeleng Harith.Tak tahu sampai bila dia harus bersabar.
Puan Yasmin serba salah,sebelah kanan anak sebelah kiri menantu.Dia sayang keduanya.Pada Intan lagi lah.Dia bangga sebab Intan cantik,sama taraf.Bak kata semuanya sempurna.Cuma bab perangai tu Puan Yasmin boleh tutup mata lagi.
Biasalah orang muda tak boleh nak kawal lagi perasaan muda.
Ya lah tu.Pada hal bibik pun rasa rimas dengan menantu baru Puan Yasmin.Bibik dah kemas cantik tersusun rapi,dia sepahkan.Lebih dari kanak-kanak tak cukup akal jadinya.Bukan tu saja,dia terjerit-jerit panggil bibik di meja makan.Ingatkan kecemasan apa lah sangat.Nak suruh bibik tuangkan air basuh tangan ke tangan dia saja pun.Memang betul-betul mengada dan sombong pulak tu.
Tak pernah nak cakap elok-elok dengan pembantu rumah.Muka tu memang tak pernah senyum.Masam macam asam saja memanjang.Nasib Puan Yasmin lah dapat menantu serba sempurna ni.
Kadang makan pun bibik kena bawa sampai ke bilik.Malas nak turun bawah.
Macam mana badan tu tak naik macam belon.Nak bergerak pun malas.Orang lain pun mengandung juga tapi tak ada lah teruk macam Intan.Bukan sikit malasnya malah berganda-ganda tahap kemalasan Intan.
"Dulu Iris tak pernah pun buat perangai macam ni.."tanpa sengaja Harith tersebut nama Iris.
Terus terjegil mata Puan Yasmin.Anaknya masih ingatkan janda dia lagi.
"Kan mama dah cakap jangan sebut nama pompuan tu lagi!Harith sengaja kan cari pasal.Dengar dek Intan lagi mengamuk lah dia!"marah Puan Yasmin.Pantang dia nama Iris meniti di bibir Harith.Pasal hal hari tu lah,dia terpaksa pujuk Intan bawa pergi shopping.Habis ribuan ringgit sebab sayang pada Intan.Intan kalau membeli lebih dari keinginan.
Harith mendengus kecewa.
"Harith rasa menyesal ceraikan Iris."luahnya lagi.Puan Yasmin nak marah ker pukul dia pun dia sanggup.Yang penting dia dapat luahkan isi hati.
"Harith ni kan sengaja kan!Mama tak suka Harith cari dia lagi!Isteri sendiri ada kenapa isteri orang juga yang Harith nak ingatkan!?"mencerlung merah mata Puan Yasmin.
"Mama tak kan faham perasaan Harith.Harith dah cuba lupakan dia tapi tak boleh."
"Cukup Harith jangan sebut lagi nama pompuan tu!Mama tak akan izinkan Harith berbalik pada dia.Ingat yang Harith dengan Intan akan dapat anak tak lama lagi.Fikirkan pasal Intan dan bukannya orang lain!"herdik Puan Yasmin.
Harith berdecit.Sampai bila mama nak atur hidupnya.Serabut kepala otak bila balik ke rumah.Sebab tu lepas kerja dia akan ke tempat kerja Iris.Mengintai Iris dari jauh.Jiwa dia rasa tenaag saja bila tengok muka Iris.
Prang!
Tertoleh Puan Yasmin dan Harith ke tingkat atas.Intan lah siapa punya kerja lagi.Entah apa yang dia baling.
"Ikut mama tengok Intan!"arah Puan Yasmin bangkit melulu menuju ke atas.Tiap kali Intan mengamuk dia lah yang kena pujuk.Harapkan Harith memang tak jalan.
Harith bangun lambat-lambat.Ada saja yang Intan akan buat.
"Bibik!naik,bawa penyapu sekali!"laung Puan Yasmin.
Terkedek-kedek bibik lari mengambil penyapu dan penyodok.Ni mesti Intan rosakkan barang lagi.Boleh sakit jiwa dengan Intan ni!
Share this novel