15 - Kesedihan Hanis

Romance Completed 45760

CEKLIK! CEKLIK!

Kedengaran bunyi camera setiap kali dia menekan button putih pada skrin telefonnya untuk menangkap gambar sendiri. Pelbagai macam gaya ditunjukkan untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik dan menarik. Dia berhenti buat seketika lalu memperbetulkan bulu mata palsu yang sedikit tercabut daripada matanya. Gam bulu mata itu tidak tahan lama, memang sesuai digunakan bergambar di rumah. sahaja.

Dia mengeluh seorang diri. Sudah mulai bosan agaknya. Mana taknya, sudah dua jam dia menangkap gambar sendiri di dalam bilik itu. Entah berapa ratus gambar tersebut. Dia merebahkan tubuh di atas tilam dan mula memeriksa galerinya. Gambar yang kurang cantik sudah tentu akan di padam.

Usai membersihkan galerinya, dia meletakkan telefon pintar itu di sebelah kanan. Fikirannya mula mengenangkan hubungan antara dia dengan suaminya, Aidil. Meskipun lelaki itu telah meminta maaf, tetapi tetap saja layanan yang dirasakan tidak sama seperti dahulu. Aidil yang dikenalinya sangat romantik dan sering bertanya tentang perasaan dirinya.

Sekarang? Aidil kini jarang membuka bicara kepadanya. Malah, lelaki itu juga selalu saja tidur tanpa mengucapkan kata-kata romantik seperti sebelumnya. Dia dapat melihat semua perubahan itu. Hal-hal itu membuatkan dirinya berfikir secara negatif. Dia ada simpan lain ke?

Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya. Perkara tentang suaminya di tolak ke tepi buat sementara waktu. Ada berita lebih menarik yang dia dapatkan kelmarin. Laju dirinya melangkah turun ke ruang tamu mencari kelibat ibu mentuanya. Biasa waktu macam ni, wanita separuh abad itu akan berada di ruang tamu membaca majalah atau melihat televisyen.

Dia tersenyum lebar. Ya, tekaannya tepat. Dia mengambil tempat bersebelahan ibu mentuanya. Kemudian, wajah wanita yang sedikit berkedut dek kerana di makan usia itu dipandang beberapa saat.

“Mesti ada sesuatu kamu nak tunjuk dengan ibu, kan?” teka Puan Kartini apabila melihat senyuman yang penuh makna dari menantunya. Bukan kali pertama wanita tersebut bersikap demikian. Setiap gerak-geriknya telah di hadam sejak dulu lagi.

“Tahu-tahu je ibu ni. Hari ni Neldia nak tunjuk satu gambar paling gempak. Kejap, Neldia cari gambar tu dulu. Tak sabar pula nak tengok reaksi ibu, macam mana...” kata Neldia separuh teruja. Dia membuka galeri pada telefon miliknya lalu mencari gambar yang dimaksudkan.

Puan Kartini menutup majalah lalu diletakkan semula pada tempatnya. Hilang fokus pula mendengar ayat Neldia sebentar tadi. Rasa ingin tahu melonjak di sanubari.

“Tada! Ibu tahu tak siapa ni?” tanya Neldia walaupun dia tahu ibu mentuanya akan menggeleng sebagai jawapan. Ya, tepat sekali. Puan Kartini menggeleng perlahan setelah menatap dengan teliti gambar itu. Dia tidak mengenali akan kedua manusia di dalam gambar itu.

“Inilah Hanis, anak saudara ibu. Neldia nampak dia berjalan berdua dengan kawan Aidil. Mesra pula tu,” kata Neldia. Dia ternampak wanita itu ketika dia sedang menuruni eskalator. Kesempatan untuk dia menangkap gambar apabila wanita itu tidak menyedari kelibat dirinya di situ.

“Lelaki tu kawan Aidil? Hanis keluar dengan kawan Aidil? Biar betul?” soal Puan Kartini tidak percaya. Setahu dirinya, semua kawan-kawan anaknya itu orang yang berada. Mustahil untuk memilih wanita yang tidak setaraf dengan mereka, lebih-lebih lagi wanita seperti Hanis.

Neldia mengangguk. “Betul. Neldia kenal semua kawan-kawan Aidil. Lelaki ni nama dia Haiqal Jason. Dia ada sebuah cafe dan ada tanah sendiri yang ditanamkan kelapa sawit dan beberapa pokok buah-buahan. Kaya, kan?”

“Bayangkan saja pendapatan yang lelaki tu dapat daripada kelapa sawit dia. Belum lagi dengan buah-buahan yang boleh di jual. Cafe dia pun semakin menjadi pilihan orang ramai. Saja je bagitahu ibu. Mesti ada sebab Hanis dekat dengan lelaki tu...” tambahnya lagi.

“Ada sebab? Maksud kamu?” tanya puan Kartini sedikit keliru dengan ayat Neldia.

“Ibu tak rasa ke dia sengaja dekatkan diri dengan kawan Aidil. Supaya boleh kikis duit lelaki tu. Lagipula, lelaki tu kacak tau. Ibu tak fikir ke semua tu?” Neldia mula menjadi batu api. Dia cuba untuk meracuni fikiran ibu mentuanya agar kebencian dalam diri wanita separuh abad itu semakin membuak-buak.

“Kikis duit kawan Aidil? Tak malu pula perempuan tu. Tak dapat anak aku, kawan anak aku pula dia nak sikat.” Ujar Puan Kartini, geram. Panas hati dengan perangai Hanis. Dengan semudah itu fikiran puan Kartini di kaburi dengan ayat-ayat Neldia.

“Exactly! Ibu tak tengok lagi gaya dia semasa terjumpa dekat majlis Datin Jumira hari tu. Dia semakin berani dengan Neldia.” Kata Neldia. Ruang matanya mula dihantui dengan wajah Hanis semasa di majlis tempoh hari.

Dahi puan Kartini mula berkerut. “Semakin berani, maksud kamu? Dia cakap apa dengan kamu?”

“Hari tu, Neldia tegur je dia tu. Eh, tiba-tiba dia tanya kita kenal ke? Lepas tu, yang paling sakit hati, dia kata mulut Neldia ni lancang. Aidil pun satu, diam je. Sakit hatilah bila bayangkan wajah dia tu,” Neldia merengus geram.

“Kenapa kamu tak tampar je dia tu? Kalau ibu ada, memang celaka hidup dia!”

“Kalau bukan disebabkan majlis orang, memang Neldia nak pijak-pijak kepala perempuan tu!” ujar Neldia sementara membayangkan wajah Hanis sudah berada di bawah tapak kasutnya. “Nanti majlis perkahwinan kawan Aidil, ibu nak ikut tak?” Soalnya pula. Dia telah mendapat kad undangan beberapa hari yang lalu.

“Kawal Aidil yang mana pula ni? Rasanya ibu malas nak ikut. Ibu tak tahan nak duduk lama-lama dekat tempat yang ramai orang...”

“Jayden, kembar kepada Jason ni lah. Alaa, ibu ikutlah. Sekejap je. Neldia yakin, Hanis mesti ada dekat sana. Bolehlah ibu beri pesanan yang berharga untuk dia. Supaya dia sedar diri sikit,” ujar Neldia panjang lebar. Dia cuba memancing wanita di sebelahnya itu.

Seketika, wanita itu tersenyum lalu mengangguk setuju. “Okay, ibu ikut sekali.” Lama dia tak nampak perempuan tu. Mahu juga dia melihat keberanian seorang Hanis seperti apa pabila bertemu dirinya yang seperti jerung itu.

“Yeay... Tapi, ibu jangan buat huru-hara pula nanti. Tak fasal-fasal majlis perkahwinan orang hancur. Kita berborak secara santai je,” Pesan Neldia. Pada masa yang sama dia juga tidak sabar mahu melihat wajah pucat Hanis nanti. Padan muka kau, Hanis! Ingat aku akan berdiam ke selagi sakit hati aku tak terbalas? Kau silaplah!

***

Hanis menghentakkan kaki sedikit kuat sambil menuju ke dalam bilik di mana Atiqah sedang mengemas pakaian. Wajah menahan kesedihan perlahan mengukirkan sebaris senyuman apabila Atiqah memandangnya. Namun, hanya beberapa saat wajah sayu itu kembali ditayangkan. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Atiqah.

“Janganlah kemas semua. Lepas kahwin baliklah sini lagi. Janganlah tinggal aku sorang diri...” kedengaran alunan nada Hanis yang sedih. Atiqah yang mengemas barang miliknya itu sekadar tersenyum dan menggeleng. Jauh di sudut hati, dia turut menahan sesak di dada. Tipulah kalau dia tidak sedih berpisah dengan rakan serumahnya. Mereka tinggal bersama hampir tiga tahun. Malam ini adalah malam terakhir mereka berdua tinggal sebumbung. Esok pagi, dia kena bertolak pulang ke rumah kedua ibubapanya.

“Takkanlah aku nak tinggalkan suami aku pula? Atau kau nak aku bawa dia tidur sini sekali?” Tanya Atiqah walaupun tidak masuk akal. Hanis menjeling dalam kesedihannya.

“Habis tu, aku nak tinggal dengan siapa? Nak meluah dengan siapa? Kau je tempat aku kongsi cerita bersama...” muncung bibir Hanis kedepan. Tak terbayang dirinya tinggal seorang diri di flat tersebut. Hanya ditemani kesepian di malam hari.

“Kalau nak meluah, telefon kan ada. Call je, aku sentiasa ada masa untuk dengar cerita kau.” balas Atiqah lembut cuba untuk menghilangkan rasa sedih di hati Hanis. Tidak sanggup mendengar alunan kehampaan wanita itu. Seolah-olah dirinya melalukan kesalahan yang susah untuk dimaafkan.

“Tak nak! Tak sama kalau cakap depan-depan. Baru ada feeling nak cerita. Nampak juga muka kau...” jawab Hanis. Patung milik Atiqah di ambil lalu dijadikan mangsa. Di tarik-tarik telinga patung tersebut. Tercabut saja tidak. Atiqah mengeluh seketika.

“Kalau tak sama, kau boleh je datang rumah aku. Bolehlah nampak muka aku yang cantik ni sambil cerita.”

“Tak nak! Tak sama...” jawab Hanis. Tiba-tiba saja tingkahnya berubah seperti budak kecil yang sedang merajuk. Atiqah menggeleng perlahan lalu mendapatkan rakannya itu. Tubuh Hanis ditarik dalam pelukannya.

“Hanis... janganlah macam ni. Aku pun tak nak tinggalkan kau seorang diri dekat sini. Kau fahamkan tugas aku selepas kahwin nanti? Seorang isteri mestilah taat pada suami dia, kan?” Terang Atiqah sambil menepuk perlahan belakang Hanis. Masing-masing sudah mengalirkan air mata.

“Janganlah sedih macam ni. Aku pun sedih jadinya. Rasa bersalah pula nak tinggalkan kau,” Dia mengelus belakang Hanis sebelum meleraikan pelukan itu.

“Si-siapa nak bagi aku semangat pagi-pagi kalau kau tak da nanti...” tersedu-sedan dalam mengeluarkan ayatnya.

“Hanis... sudahlah tu. Kau kena biasakan diri dengan situasi ni. Aku pun macam tu juga. Aku sedih tau, tak dapat nak tengok muka kau macam sekarang ni. Mesti kita jarang jumpa,”

“Kau janji dengan aku, jangan lupa aku tau lepas kahwin nanti...” kata Hanis sebaik air matanya diseka dengan hujung jari. Hal itu selalu bermain difikirannya. Jelas dia meragui sekiranya rakannya itu berubah sifatnya satu hari nanti. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.

“Ya Allah, siapa yang nak lupa kan kau? Aku sayang kau, tau. Aku dah anggap kau ni macam adik aku sendiri,”

“Janji dulu,” Hanis menegakkan jari kelingkingnya.

Atiqah mengangguk laju. “Aku janji,” seketika jari kelingking mereka bertaut. Lega hati Hanis apabila mendengar kata Atiqah. Masing-masing tersenyum lalu ketawa mereka menyusul mengisi ruang bilik tersebut. Rasa buruk pula pabila menyedari mereka baru sahaja menerbitkan drama di malam hari.Biarlah, sekurang-kurangnya ada kenangan terakhir sebelum Atiqah bertukar status sah menjadi milik orang.

“Nanti kau datang, tau. Kau orang pertama aku cari nanti. Kalau kau tak datang, aku tak nak kahwin...” kata Atiqah setelah tawanya mulai redah.

“Elleh... aku datang tak datang, kau tetap akan kahwin dengan tuan Jayden. Maklumlah, cinta dah mekar. Mana peduli dengan yang lain,” perli Hanis kemudian menjelirkan lidah. Atiqah menjeling tajam. “Tak sabar nak tengok anak korang nanti. Agaknya ikut muka kau atau muka tuan Jayden? Tapi, aku harap ikut muka aku...”

Atiqah membaling sebuah bantal ke arah Hanis. “Aku belum kahwin lagi, kau dah fikir fasal anak. Jauh kau melancong kan?” katanya sambil mencebik. Tergelak Hanis dibuatnya. Kemudian, dia membantu wanita itu menyusun baju-baju di dalam beg pada malam itu sehingga selesai.

****

Hai everyone! Have a Great day! Happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience