EPILOG

Romance Completed 35261

“Sir, this bouquet is for you.” satu jambangan bunga ros diletakkan di atas meja Hafiz oleh pembantu peribadinya.

“Bouquet? Siapa bagi?” tanya Hafiz pelik.

“There is a small greeting card on the bouquet, sir.” pembantu peribadi itu menunjukkan satu kad yang ditampal itu.

“Alright. You may go now. Thank you.” balas Hafiz tenang. Jambangan bunga itu diambil lalu dibelek untuk mendapatkan kad kecil berbentuk hati itu.

“Ini mesti dari Tiara. Sudah lima hari tak jumpa, tak cakap langsung. Baru nak rindu dengan aku? Aku ni pulak rindu sampai tahap mahu mati. Susah sangat aku nak tahan rasa rindu aku. I know Tiara. You are missing me too much.” kad bentuk hati itu dibuka perlahan dengan satu senyuman kecil.

“Tak lama lagi you dan I akan kahwin. I can’t wait for our big day, Hafiz. I love you! - Sara.”

Hilang senyuman dari bibir Hafiz. Punah harapan bahawa jambangan bunga itu daripada isteri tercinta. Tiadakah rasa rindu dalam hati Wahidah Tiara? Hafiz mengoyakkan kad bentuk hati itu kepada kepingan kecil sepertimana hatinya hancur sekarang.

“Kenapa aku sahaja yang rindukan Tiara? Kenapa dia tak rindukan aku? Apa salah aku?” semua barang-barang yang disusun kemas itu ditolak secara kasar.

Tinggal dua hari sahaja untuk Hafiz dan Sara bernikah. Adakah Hafiz bersedia untuk kahwin dengan Sara? Mampukah Hafiz berlaku adil sedangkan Hafiz tidak mencintai Sara?


***************************

“Rizqin Harith, Yusuf Harith, Iqmal Harith. Bangun permata-permata papa. Dah tiba masa untuk mandi.” dengan manja Iskandar Faiz cuba mengejutkan ketiga-tiga anak lelakinya itu. Masing-masing dalam dunia mereka sendiri. Tiada seorang pun bangun dari tidur.

“Abang, dah kejutkan anak-anak kita?” Sofia Amelia masuk ke bilik. Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat wajah anak-anaknya.

“Sayang, kenapa tak panggil abang? How many time I have to tell you? Lepas mandi, panggil abang. Abang akan teman sayang hingga ke bilik.” tegur Iskandar Faiz. Tangan isterinya dipegang lalu menolong Sofia Amelia untuk duduk di atas katil sebelah anak-anak. Stoking dikeluarkan dari almari dan disarung ke kaki Sofia Amelia.

“Abang, tak payah lah. Sayang boleh buat sendiri.” halang Sofia Amelia.

“Sit quietly sayang. Dah habis dah pun.” bangkit Iskandar Faiz. Dahi isterinya dikucup.

“I love you abang.” ucap Sofia Amelia. Badan suaminya dipeluk erat.

“I love you more my sweetheart.” pelukkan isterinya dibalas.

“Is, Rizqin sudah bangun ke? Umi nak mandikan Rizqin ni.” laung Fatimah dari bilik mandi. Segala keperluan barang bayinya sudah disediakan oleh Fatimah.

“Kejap umi. Is datang ni.” balas Iskandar Faiz.

“Tak bangun ke anak kita ni?” soal Sofia Amelia.

“Tak de pun. Puas abang kejut diorang.” jawab Iskandar Faiz lalu bersedia untuk membawa anak sulung untuk mandi.

“Sayang, abang bawa Rizqin dulu. Sayang cubalah kejut Yusuf dan Iqmal.” arah Iskandar Faiz dan keluar dari biliknya.

“Kasihan Is. Nasib baik dia ada. Bolehlah aku rilek.” setiap malam, apabila anak-anak merengek untuk minum susu, Iskandar Faiz yang bangun dan menyusukan anak-anaknya. Tidak sesekali pun Iskandar Faiz menganggu isterinya.

“Aku beruntung sangat dapat Is sebagai suami aku. Aku tak akan sia-siakan dia. Aku tahu betapa susah dia jaga aku, menyediakan segala kehendak aku. Kini, jaga anak-anak dengan penuh kasih sayang. I love you full of my heart, Iskandar Faiz!” luah Sofia Amelia lalu mencium dahi anak-anak lelakinya yang lena dibuai mimpi.


***********************

“Hafiz, are you ready?” tanya ayah Sara.

Hafiz yang siap berpakaian baju melayu hanya mengangguk lemah. Wajah ibunya, Datin Mariam dipandang sekejap.

“Finally, you have achieved what you want mummy.” bisik Hafiz dalam hati.

Rumah Dato Hassan, ayah Sara dipenuhi oleh tetamu-tetamu. Sekejap lagi akan berlangsungnya majlis akad nikah.

“Abang! Abang!” dengar jeritan Datin Lily dari tingkat atas. Semua tetamu terkejut mendengar jeritan Datin Lily.

“Kenapa dengan Lily?” bergegas Dato Hassan dan juga tetamu-tetamu yang lain ke tingkat atas. Datin Mariam juga mengikut Dato Hassan ke tingkat atas. Suasana ceria tadi bertukar kepada suasana hening.

“Kenapa jerit-jerit Lily?” soal Dato Hassan sambil memerhati bilik Sara.

“Abang, Sara sudah tinggalkan kita semua.” kata Datin Lily sambil menangis.

“Apa?” tergamam Dato Hassan. Semua tetamu-tetamu mula berbisik antara satu sama lain.

“Apa maksud awak, Lily?” mencelah Datin Mariam.

Surat yang berada di tangan Datin Lily bertukar tangan. Datin Mariam membaca kata-kata terakhir dari Sara.

“Assalamualaikum semua. Saya tak akan ada di situ masa surat itu dijumpa. First of all, Sara nak meminta maaf kepada semua terutamanya mama, papa dan aunty Mariam. Sara terpaksa lari dari majlis nikah ini. Sara tak ada cara lain untuk menghentikan majlis nikah ini. Mama, papa, Sara bukan nak memalukan mama dan papa, tapi Sara rasa inilah cara yang terbaik untuk buatkan orang-orang sekeliling Sara hidup bahagia. Sara tak nak kebahagian orang lain musnah disebabkan kebahagian Sara sendiri.

Aunty Mariam, Sara tahu aunty kecil hati dengan Sara. Sara minta maaf banyak-banyak aunty. Cuma Sara nak cakap sesuatu. Tiara seorang wanita yang baik. Terlalu baik. Sanggup gadaikan rasa bahagia dia demi Sara. Aunty masih ingat insiden aunty serang astma? Kasihan Tiara. Dia terlalu risaukan kesihatan aunty masa di hospital. Walaupun Tiara tidak berapa sihat, dia sanggup menjaga aunty. She was totally tired on that day. Tapi, dia gagahkan diri dia untuk menjaga aunty. Sara pun tak tahu kalau Sara di tempat Tiara, adakah Sara menjaga aunty sebaik Tiara. Dia sabar sahaja walaupun aunty layan dia seperti aunty layan kucing kurap. Trust me aunty. Tiara is a nice girl. Seorang yang baik hati. Tolong terima Tiara sebagai menantu aunty. Please treat her like how you treat me, aunty.

Hafiz, Sara tahu you sayang dan cintakan Tiara sepenuh hati dan jiwa you. I tahu I tak dapat nak gantikkan tempat Tiara di hati you. You jangan risau. I tak akan pisahkan you dari Tiara. I nak you bahagia dengan Tiara dan juga baby you. Kalau ada rezeki, kita jumpa. Jaga Tiara elok-elok.

Mama, papa, jangan cari Sara. Bila sudah tiba waktu, Sara akan balik ke pangkuan mama dan papa. Until then I love you all. Take care. - With love Sara.”

Surat itu terlepas dari tangan Datin Mariam. Layanan terhadap menantunya bermain di hadapan mata. Selama ini Datin Mariam butakan mata walaupun dia sedar apa yang dia buat dekat Wahidah Tiara melampau.

“Mummy…” Hafiz menghampiri Datin Mariam.

“Hafiz, mummy minta maaf.”

“Mummy, tak payah minta maaf. Tolong terima Tiara dan anak Hafiz dalam kandungan Tiara, please.” merayu Hafiz.

“Mummy nak jumpa menantu mummy. Mummy nak minta maaf kat dia. Tolong bawa mummy ke rumah Tiara sekarang.” arah Datin Mariam. Akhirnya, Datin Mariam sudah menerima Wahidah Tiara sebagai menantunya. Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Nama Razim tertera. Tanpa menunggu lama, Hafiz menjawab panggilannya.

“Apa? Ya Allah!”

“Hafiz, kenapa ni? Cakap dekat mummy.” panik Datin Mariam.

“Tiara…”


**************************

“Doktor, macam mana dengan akak saya?” soal Razim cemas.

“Boleh saya jumpa suami dia?”

“Abang ipar saya on the way.” jawab Razim.

“Baik. Puan Tiara sepatutnya bersalin dua minggu lepas. Sekarang, sudah terlepas due date. Dia mengalami pendarahan yang agak serius.” doktor pakar wanita itu mula menceritakan kondusi Wahidah Tiara.

“Pendarahan? Allahuakbar.” hati seorang ibu tidak dapat menerima berita itu. Anak perempuannya bertarung nyawa di dalam dewan pembedahan.

“Sabar Puan. Saya cadangkan lebih baik buat operation. Lagi selamat. Saya risau Puan Tiara tak dapat tahan sakit kalau hendak bersalin secara normal. Dia agak lemah.” cadang doktor itu.

“Doktor, abang ipar saya sudah sampai.” bersuara Razim apabila melihat Hafiz yang tergesa-gesa menghampirinya.

“Dia suami akak saya, doktor.” Razim memperkenalkan kepada doktor.

“Saya doktor Kelvin. Boleh ikut saya? Kita bincang di bilik.” kata doktor itu kepada Hafiz.

Tanpa sebarang bantahan, Hafiz mengikuti doktor Kelvin.

“Ya Allah, tolong selamatkan menantu dan cucu aku.” doa Datin Mariam dalam hati. Ungkapan yang dicakap masa Wahidah Tiara keluar dari rumah bermain dalam kotak memori.

“Aku akan pastikan kau tak balik ke rumah aku lagi! Hanya Sara yang akan menjadi menantu aku. Jangan harap aku akan menganggap anak haram dalam perut kau cucu aku!”

“Tak! Aku nak menantu dan cucu aku sihat. Aku nak mereka kembali ke rumah aku.” Datin Mariam menyesal. Terasa malu dengan dirinya sendiri.

“Duduklah Datin.” pelawa Razim.

Tersentak Datin Mariam. Razim masih lagi ingat untuk memanggilnya dengan panggilan Datin.

“Tak payah panggil Datin. Panggil saya mak. Linda, Razim, saya minta maaf. Tolong maafkan saya.” ujar Datin Mariam dengan penuh rasa menyesal.

“Kami sudah lama maafkan, Datin.” kata Linda.

“Tak. Panggil saya Mariam je. Selama ini kekayaan, pangkat membutakan mata saya. Saya sudah menyesal.”

“Dah Mariam. Jangan ungkit kisah lama. Kami semua sudah maafkan Mariam. Kita doakan untuk Tiara dan juga cucu kita.” bersuara Linda.


************************

“Alhamdulillah.”

“Tiara.” Wahidah Tiara mengalihkan pandangan ke arah pintu wardnya.

“Mak.”

“Tiara, mak minta maaf. Mak tak sepatutnya layan awak macam itu.”

“Mak, Tiara tak simpan dalam hati pun. Setiap hari Tiara berdoa supaya mak terima Tiara sebagai menantu dan anak Tiara sebagai cucu.” luah Wahidah Tiara.

“Mak sudah sedar. Awak adalah menantu dan ini adalah cucu mak. Boleh mak gendong dia?” minta Datin Mariam.

“Comelnya. Hidung dia seperti hidung Hafiz. Apa namanya?” soal Datin Mariam sambil meneliti wajah cucunya.

“Damia Arissya.” jawab Hafiz dari arah sebelah.

“Cantik nama cucu mummy macam orangnya.” puji Datin Mariam.

“Macam mama dia.” tambah Hafiz sambil mengerling Wahidah Tiara.

“Terima kasih Ya Allah. Akhirnya doa aku termakbul juga. Kalau aku ada rezeki berjumpa dengan Sara, aku kena mengucapkan terima kasih kepada dia. Sara adalah sebab untuk kami semua bersatu sekarang. Ya Allah, Ya Tuhanku, kekalkanlah rasa bahagia ini dalam hidupmu ni.” bisik Wahidah Tiara dalam hati. Hatinya berasa sangat gembira. Dirinya berasa sudah tiba masanya untuk menghadapi detik-detik bahagia dalam hidup Wahidah Tiara.


-TAMAT!-

Finally, it's a wrap. Cerita Insaf melabuhkan tirai. Kikki nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua readers sebab sudi membaca karya Kikki. Kikki juga minta maaf sekiranya ada kekurangan. Kita semua pasti ada melakukan kesilapan dalam kehidupan kita. Itu firasat hidup. Yang penting, jangan sesekali melakukan kesilapan itu walaupun sudah tahu itu suatu kesilapan. Ingat! Nyawa kita adalah pinjaman dari tuhan. Apa yang berlaku dalam hidup kita adalah rancangan tuhan. Jadi, percayakan tuhan. Tuhan selalu ada dengan kita. Akhir sekali, Kikki nak jemput semua baca novel Kikki yang berjudul 'My Psycho Husband'. Kikki harap semua support novel My Psycho Husband sepertimana support novel Insaf. Jangan lupa untuk follow Kikki di ig. Selamat tahun baru. Stay safe. I love you all ! ig- miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience