BAB 19

Romance Completed 4317

“Kenapa awak buat macam tu? Sekarang apa saya nak cakap pada mereka?” Dahlia mundar-mandir di dalam bilik. Buntu mencari jalan penyelesaian.

“Kahwin dengan saya, Lia,” lamar Yusra untuk kesekian kalinya. Dahlia terdiam. Tiada apa yang mampu dibalas. Bersungguhkah Yusra mahu mengahwininya?

“Saya nak tebus setiap kesalahan saya pada awak. Kahwin dengan saya dan saya akan buktikan semua tu pada awak,” janji Yusra.

“Jangan berjanji, Yus... Saya takut awak tak mampu nak tunaikan...” Air mata Dahlia menitis lagi. Yusra terdiam seketika. Mendengar esakan Dahlia, hatinya meruntun.

“Kita jumpa?”

“Sudahlah tu, Yus!”

“Kita jumpa, saya janji saya akan jelaskan semuanya pada awak. Please?” Dahlia mengesat air matanya. Ya Allah, benarkah apa yang sedang terjadi ini? Benarkah ini semua bukan mimpi?

“Kenapa awak pilih saya? Saya tak layak untuk awak. Awak boleh dapatkan perempuan yang lebih baik daripada saya. Lagipun saya mualaf, tak takut ke nak bimbing saya nanti?” Terselit nada menyindir dalam nada suara Dahlia. Tetapi dia benar-benar mahukan jawapan untuk soalannya itu. Yusra tersenyum nipis dengan kepala yang tergeleng-geleng.

“Saya cintakan awak, Lia.” Dahlia menunduk.

“Yus, tolong jangan ucap kata-kata itu kalau awak sendiri tak pasti dengan perasaan awak. Saya tak nak kata-kata itu nanti memakan diri awak sendiri. Saya juga tak mahu perasaan suci yang Allah kurniakan untuk saya ini diletakkan pada orang yang salah.

Saya tak mahu kecewa lagi. Dan yang paling penting, saya tak mahu mencemarkan perasaan ini. Saya tak mahu cinta yang tak pasti, Yus...” Kata-kata itu meresap jauh ke dalam hati Yusra. Makin meyakinkannya bahawa pilihannya memang tepat. Dahlia memang diciptakan untuknya. Janji Allah kini telah sampai. Dia yakin antara dia dan Dahlia, ada jodoh yang mengikat hati mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience