dua puluh sembilan

Romance Series 207093

Sehabis kerja, Shira mengemas mejanya dan mula menegur rakan-rakannya sebelum pulang.

Tas tangan dan fail-failnya dibawa bersama menuju ke lif. Butang ditekan dan dia menunggu seorang diri. Dialah yang datang paling lewat ke pejabat dan dialah juga yang balik paling awal dari pejabat.

Tabiat.

Shira berfikir sendirian, adakah perlu dia pulang bersama Khalish hari ini? Dia tak bawa kereta kerana menumpang si suami tadi. Atau dia pulang sendiri? Tapi.. Shira tak pernah menaiki grab atau uber sekalipun. Bas? Jauh sekali.. Teksi? Hmm.. Nope.

Sedang dia mengelamun berseorangan,

"Hai.. baru nak balik?" suatu suara menegurnya.

"Ah ye.. awak pun sama ke?" Shira cuba meramahkan diri berbual dengan lelaki berkulit cerah itu. Nampak seperti cina tapi seperti melayu juga. Mix mungkin.

Dia mengangguk dengan senyuman.

"Saya Nicholas. Just call me Nichole. You?" dia memperkenalkan diri ramah.

"Shirahani. Call me Shira. Awak kerja bahagian mana ye? Tak pernah nampak pun.." mereka mula berbual mesra.

Memandangkan Shira merupakan seorang yang peramah dan senang bergaul, sekejap saja mereka menjadi rapat bagai sudah kenal lama saja.

Pintu lif di depannya terbuka dan mereka masuk bersama diiringi gelak tawa tanpa sedar seseorang keluar dari pintu lif bersebelahan lif mereka.

Shira masih berbual bersama Nichole di dalam lif dan baru saja pintu lif hendak tertutup, dia menangkap wajah dingin suaminya melintasi sebelum pintu lif tertutup rapat.

'Abang buat apa dekat floor aku? Nak cari aku ke? Eh.. buat apa dia nak cari kau Shira.. dia nak jumpa En Azri la tu..' Shira mula berdialog sendirian.

'Tapi.. Sekarang kan dah habis waktu office.? Ala.. jumpa as a friend kot. Lagipun dia mane suka kat aku pun. Buat apa dia nak cari kan? Call pun tidak.. Hmm.' Shira terangguk-angguk sendirian.

"Owh.. awak single ye?" suara Nichole mengejutkan Shira. Dia terpinga-pinga sambil tersengih memandang lelaki mix itu.

"Eh tak tak.. saya berangan tadi. Awak cakap apa?" Shira bertanya semula.

'Haish.. aku tak bolehla jauh-jauh dengan abang lama-lama.. parah ni. orang bercakap dengan aku pun tak sedar, sibuk fikirkan die..' desis hatinya.

"Saya tanya awak dah berpunya ke?" Nichole bertanya perlahan dan lembut. Senyumannya manis menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

"Hai awak ni lah.. ni tak nampak inai semerah-merahnya ni. Of course la dah.. Saya baru je kawin minggu lepas. Hari ni baru start keje." Shira rasa lain macan dengan pandangan dan tutur lembut lelaki tadi.

Baik dia mengaku cepat-cepat sebelum ada orang fall in love dengannya.. sudahla dia sememangnya cun melecun gituw.. huhuhu. SANGAT

Riak wajah Nichole agak keruh apabila melihat inai yang masih merah di tangan Shira tapi cuba disembunyikan dengan senyumannya.

"Owh.. patutlah. Awak kawin dengan orang mana? Saya tak perasan pulak inai pada tangan awak tadi.. Apa-apapun selamat pengantin baru Shira." Dia bertutur lembut sambil tersenyum.

Cair.

'Senyuman dia ni cantik.. manis.. cair den, tapi aku still suka wajah beku laki aku. Haih..' Shira berfikir sendirian apabila melihat wajah jambu Nichole.

"Orang sini je. Awak Nichole? Kacak-kacak tak kan tak ada buah hati kot.." Shira mula mengusik.

Pintu lif terbuka di aras G, mereka keluar beriringan bersama-sama ke pintu utama syarikat.

"Saya ada pilihan hati.. tapi dia dah kawin. Melepaslah saya.." Nichole memandang Shira dengan pandangan penuh makna.

"Ala awak ni. Bunga bukan sekuntum lah.. mungkin bukan jodoh awak dengan dia.. mesti akan ada yang lebih baik tu..jangan sedih ek?" Mereka berbual dan terus berbual tanpa menyedari seseorang sedang memandang tajam ke arah mereka.

'Hati dia pada siapa sebenarnya..?' si dia mengeluh berat.

'Tapi aku nak dia..'

~~~~~~~~~~~~~~

Khalish cuba menelefon Shira agar menyuruhnya pulang bersama beberapa kali tapi langsung tak berjawab. Dia buntu. Akhirnya Khalish mengambil keputusan untuk menjemput Shira di office nya.

Tapi niatnya terbatal setelah terdengarkan gelak tawa dan suara ramah Shira berbual dengan seorang lelaki sebaik saja pintu lifnya terbuka.

Shira beramah mesra dengan lelaki itu sambil masuk ke dalam lif yang kosong. Entah nengapa dadanya dirasakan berat tiba-tiba.

Khalish tak pedulikan wanita itu lagi, kaki pantas saja melangkah melepasi lif Shira tadi dan terus menuju ke bilik pejabat Azri.

'Patutlah angkat call aku pun tidak.. tengah sibuk bergembira rupanya..'

Walaupun Khalish tak berapa faham perasaan sebenarnya, tapi dia kenal perasaan yang dia alami tika itu.

Sedih.

Ya. Dia sedih.

Sedih apabila Shira mengabaikannya dan melebihkan lelaki lain selain dirinya.

Khalish ke pejabat Azri dan mengajak lelaki itu makan malam bersamanya di luar. Dia tak mahu berhadapan dengan Shira waktu dinner nanti. Sakit hatinya..

Setelah itu barulah Khalish keluar dan terus menuju ke keretanya di parking. Dia memasuki keretanya dan kereta dihidupkan.

Aircond dibuka sedingin-dinginnya, tapi masih tak mampu menyejukkan hatinya yang membahang hebat.

Khalish bersandar sambil cuba mengawal pernafasannya yang sudah berubah rentak. Emosinya mula terganggu.

Khalish menggeledah habis dashboard di bahagian penumpang di sebelahnya mencari ubat penenang. Pil diambil dan dimasukkan ke mulut lantas ditelan tanpa seteguk pun air.

Amarahnya kembali setelah beberapa tahun dia memendam dengan belajar cara-cara agar tak berantagonis dengan perasaan yang melampau. Dia tak boleh hilang kawalan. Dia tak mahu perkara buruk akan terjadi lagi jika dia naik angin. Bukan sekali lagi..

Yang Khalish tahu.. perasaan amarahnya boleh membawa kepada bunuh jika tidak dikawal. Sebab itu dia kembali mengambil ubatan yang telah lama dia tinggalkan agar peristiwa hitamnya tak berulang lagi.

Semuanya..

Semata-mata untuk dia.

Shira.

Setelah perasaan Khalish terkawal, juga rentak nafasnya, dia termenung melihat keadaan sekeliling yang sudah mendung dan agak gelap. Hujan turun selebat-lebatnya.

Timbul perasaan risau juga pada gadis itu tapi seperti biasa, Khalish tak faham perasaan yang dia alami.

Sayangkah dia pada Shira?

Entahlah..

Phone dikeluarkan dan dia mahu menghubungi Shira lagi tapi tangan yang memegang phone diletakkan kembali ke dashboard.

'Ah kenapa aku nak sibuk dengan urusan dia? Terang-terang yang dia tak nak angkat call aku.. Kenapa aku pulak yang kene beralah dan terhegeh-hegeh pada dia sedangkan dia langsung tak kisah tentang aku? Buang masa je..'

Tak menunggu lama Khalish terus memandu ke rumahnya dalam kelebatan hujan tadi. Traffic jam membuatkan Khalish tiba agak lambat di rumah sekitar enam lebih. Hampir ke angka tujuh.

Kereta di parkingkan dan dia terus melangkah masuk membawa beg laptop dan bimbitnya bersama.

Sandal Shira di muka pintu menunjukkan bahwa wanita itu sudah pulang dahulu. Khalish tak hiraukannya. Hatinya sakit apabila pelbagai spekulasi dibuat sendiri oleh fikirannya.

'Entah-entah laki tadi yang hantarkan.. huh.'

Khalish masuk ke biliknya dan dapati Shira terlena di atas katil sambil memeluk bantal dengan memakai t-shirt miliknya dan berkain batik.

'Macam tak ada baju lain nak pakai.. baju aku jugak dirembatnya..' gumam hatinya.

Khalish tak hiraukan Shira. Dia terus melangkah ke wardrobe nya dan mengambil pakaian persalinannya. Beg laptop dan bimbit diletakkan di atas sebuah meja di dalam bilik itu sebelum melangkah keluar.

Khalish mandi di bilik sebelah dan solat maghrib di situ tanpa Shira. Dia malas mahu menjenguk wanita itu di biliknya walaupun sudah hampir ke waktu isyak.

Masanya hanya diluangkan bersama Bob saja di ruang tamu bawah. Sebenarnya jauh di dalam sudut hati Khalish, dia menunggu Shira turun dan menegurnya seperti biasa.

Hidupnya tak lengkap tanpa adanya suara mengusik dan ceria gadis itu. Tapi hatinya menidakkan.

Sesekali bermain bersama Bob, Khalish akan memaling ke arah tangga, mengharapkan figura yang amat dinantikan muncul tapi hampa..

'Sudahla.. dia bukan ikhlas pun kat kau.. dia tak sayangkan kau dan dia tak pernah akan sayangkan kau.. don't you get it Khalish? Stop hoping for something that is impossible.'

Suara hasutan delusi dan ilusinya muncul. Khalish menggelengkan kepala. Dia tak nak berbual dengan suara itu. Bob di sofa didukungnya bagaikan bayi dan dia berbual dengan 'anak angkat' nya itu.

Itu lebih baik dari melayan suara di otaknya. Selepas solat isyak bersendirian, Khalish terus keluar tanpa mempedulikan Shira yang masih di dalam bilik. Tidak langsung keluar.

Dia meluangkan masa bersama Azri dan beberapa orang lagi rakannya sambil makan malam. Tak mahu memikirkan masalahnya dan Shira. Pada 10.30 malam barulah Khalish pulang.

Sebaik keluar saja dari kereta, pintu dihampiri. Dia mahu sangat Shira menyambut kepulangannya seperti biasa.

Dengan lafaz basmallah, loceng ditekan sekali sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Sengaja dia membunyikan loceng supaya Shira sedar dia sudah pulang.

'Mesti dia tercari-cari aku..' fikirnya tapi kelibat Shira langsung tak kelihatan sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam, pandangan dibuang ke sekeliling.. di ruang tamu mahupun dapur.

Meja makan juga kosong seperti tadi tanpa ada tanda-tanda Shira memasak. Khalish musykil.

'Mana perempuan ni?'

Tak menunggu lama Khalish kembali ke tingkat atas. Pintu bilik dibuka perlahan bagaikan penghendap dan dia dapati Shira tiada di situ.

Keningnya terjongket sekali.

"Shira... Shira.. awak.." Khalish masuk ke dalam bilik dan memanggil Shira.

Sunyi.

Diam.

Bilik air dan wardrobe juga kosong. Tapi sebaik saja dia melangkah ke balkoni biliknya, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas lantai, terselindung bersebelahan katilnya.

"Shira!"

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-07-08 06:47:34 

pagi hans


NovelPlus Premium

The best ads free experience