BAB 4

Family Completed 1453

Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu dapur melalui jalan belakang.

Hajjah Khatijah menyongsong denai yang gelap gelita itu dengan berhati-hati.

Dia bimbang tersadung kaki nanti.

Di sekeliling rumah pusaka milik arwah suamiya dipenuhi rumput yang tebal.

Boleh dikatakan hutan kecil.

Hatinya digayut resah kerana berapa ekor babi hutan turut berlegar-legar di situ.

Bulu romanya menegak.

Seperti selalunya, dia tidak seperti ini.

Adakah ini petanda?

“Ya… ALLAH, Kau peliharakan hambaMu ini. Aku berlindung dibawah rahmatMu ya… ALLAH!” Dia menitip sepotong doa kepada Maha Pencipta agar melindunginya walau di mana jua dia berada.

Lantas, dia membuka langkah deras untuk segera sampai ke pintu dapur.

Hajah Khatijah bersandar di dinding pintu dapur, bibir kedutnya tersungging.

Dia meraup wajah.

Lama sekali.

Hatinya lega sebaik sahaja kakinya mencecah lantai dapur.

“Alhamdulillah….

Syukur ke hadrat ALLAH!” Ucapnya sambil melangkah menuju ke bilik air.

Dia ingin membersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengambil air wudhuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience