BAB 3

Romance Series 135726

Anna turun tangga dengan siulan. Dia mengibas gaun pendek yang dia pakai di depan cermin. Dia melihat-lihat mekaup tipis yang di kenakan. Lip ice di sapu rata. Sebentar lagi Alif akan datang menemuinya. Dah lama tak jumpa member lama. Rindu juga walaupun Alif tu kasanova tersohor.

Kemudian langkah di bawa ke beranda. Tanpa di pelawa dia duduk di meja bersama Dani dan Rose duduk sementara menunggu Alif datang. Dani memandang sekilas setelah itu dia pandang lagi sekali muka Anna. Seolah-olah terpukau dengan kecantikan Anna. Anna bersandar dengan kaki bersilang, mata menghadap telefon pintar sambil tersenyum-senyum.

Hilang terus fokus Dani nak belajar. Mata kejap ke buku, kejap ke arah Anna. Dengan siapa dia chat tu ya? Bisik hati Dani. Eh kenapa pulak aku nak ambil kesah? Biarlah dia. Dani cuba tenangkan hatinya. Tetapi tak boleh. Dia tetap nak pandang Anna yang tersenyum-senyum seorang diri. Rose perasan hal itu. Dia berdehem untuk menarik perhatian Dani.

“Abang ni macam mana?” Tanya Rose dengan gedik sambil menunjukan soalan matematik. Automatik mata Anna juga teralih pada soalan yang Rose tunjuk. Dia senyum sinis. Soalan kacang pun tak reti nak jawap. Belum buat Add Math lagi. Dani terdiam. Otaknya tak mampu nak berfikir. Dia lebih memikirkan dengan siapa Anna chatting tadi.

“Soalan senang pun tak boleh jawap. Meh sini pen.” Anna meletakan telefon di atas meja dengan skrin terbuka. Pen di tangan Dani di rampas. Dia menunjukan jalan kerja pada Rose. Rose hanya mencebik. Tanya orang lain, orang lain yang jawap. Dengan sekejap Anna dapat selesaikan jawapan matematik itu dengan jalan kerjanya sekali. Setelah siap dia letakan pen kat atas buku.

“Tulah, pergi sekolah belajar bukan menggatal.” Sindir Anna pada Rose. Anna selalu juga terserempak dengan Rose dating dengan Borhan kat belakang sekolah. Siap raba-raba lagi. Rose mengetap bibir menahan geram. Dah lah hatinya bengkak setelah kehadiran Anna di rumah Abang sepupunya pun belum hilang. Kini di sindir pula.

“Cakap orang! Kau tu takde kerja sekolah ke? Ke menggatal sampai tak buat kerja sekolah.” Dani pula sindir Anna. Dia sempat curi baca perbualan Anna di dalam telefon itu.

“Hello, aku tak pernah bawa balik kerja sekolah. Semua aku akan siapkan di sekolah. Kat rumah aku nak enjoy.”


Memang tabiat Anna dari dulu. Lepas sesi sekolah dia akan singgah di kantin atau perpustakaan untuk siapkan tugasan atau ulang kaji. Sebab bila kakinya melangkah ke rumah, dia tak akan buka satu pun buku pelajaran. Baginya di rumah adalah masa untuk enjoy.

Pin! Bunyi hon di luar pagar rumah buat perbualan mereka terhenti. Terlihat Alif sedang melambai-lambai ke arah Anna. Dengan girang Anna berlari ke pagar. Kedatangan Alif di sambut baik. Mereka berpelukan. Berbulu mata Dani melihat aksi itu. Tak ada batas langsung!

“Hai baby.” Panggilan Alif selepas melepaskan pelukan. “I miss you so much.” Sambil tersenyum gatal. Panggilan Alif tidak di pedulikan. Di memanjang leher melihat-lihat ke arah kereta.

“Ju mana?”

“I lupa nak bagitahu you. Dia tak dapat datang because dia ada hal. So now, inilah rumah bestfriend your mom?” Mata Alif meliar sekeliling. Besar juga, tapi tetap tak boleh lawan rumah Anna dan rumah dia hahahaha.

“Ya, jomlah lepak kat laman.” Anna menarik lengan Alif berjalan beriringan ke laman rumah Ku Sandra. Seperti pasangan kekasih. Tapi mereka hanya teman mesra gitu!

“Lepak kat laman je? Tak jemput I masuk bilik?” Gurau Alif sambil ketawa kecil.

“You nak I mati kena sembelih dengan mama I ke? Lagi pun ni bukan rumah I!” Anna mencubit lengan sasa Alif. Tak habis-habis menggatal. Alif ketawa. Dia hanya bergurau saja. Rumah Anna pun dia tak pernah jejakan kaki ke bilik Anna. Inikan pula rumah orang. Jangan mimpi.

“So, you macam mana sekarang? Best sekolah kerajaan?” Tanya Alif sambil mengeluarkan alat kisar ganja. Anna mengeluh. Malas sebenarnya nak jawap soalan tu. Ennoying sebab kehadiran Dani.

“Okey je.” Anna mula menghidupkan rokok lalu asapnya di hembuskan ke udara. Alif tersenyum. Faham sangat. Kalau Anna merokok pasti ada sesuatu. Kalau Anna tak tertekan, Anna takkan merokok.

“By the way, whos that guy? Dari tadi dia pandang I macam nak makan I.” Alif bertanya soal Dani. Dari tadi dia perasan. Pandangan Dani seolah-olah mahu bergaduh. Lagi sekali Anna mengeluh.

“Pedulikan je dia. That guy so ennoying!” Jawap Anna. Alif tersenyum. Anna ni mesra dengan orang. Jarang nak menyampah dengan orang tapi kalau dah menyampah, menyampah betul. Tak mahu bahas soal Dani, Anna mula berbual tentang hal lain dan semestinya bukan Dani dan sekolah.

“You know what? Today I makan petai.” Anna bagitahu sambil tersenyum-senyum. Dia pasti Alif akan terkejut. Memang di duga. Terbeliak biji mata Alif.

“Seriously? Petai?” Memang bagi mereka ini petai itu adalah makan exotic agaknya. Tiba-tiba hidung Alif dapat menghidu satu bau yang busuk. Muka Anna selamba.

“You jangan cakap kat I yang you kentut?” Tanya Alif sambil menahan hidung. Dia ketawa. Ini lah sikap selamba Anna yang mencuit hatinya. Anna tidak menjawap. Dia cuma angguk. Kemudian tawa mereka pecah.

“Abang Dani, ni macam mana?” Tanya Rose sambil menunjukan soalan matematik yang lain. Namun Dani tidak mendengarnya. Dia sibuk memandang Anna yang sedang bergelak tawa bersama Alif.

Melihat Dani yang tiada respone. Rose juga memandang ke arah yang sama Dani pandang. Hatinya bengkak. Dia mula rasakan Dani ada hati pada Anna. Cara Dani memandang penuh rasa cemburu. Rose tersenyum. Dia nak tambah bara.

“Siapa agaknya lelaki tu kan Bang. Dah lah handsome. Kaya pulak tu.” Rose pasti lelaki itu bukan biasa-biasa. Dari kereta dan penampilan pun tahu Alif tu anak orang kaya.

Dani mendengus. Entah kenapa dia rasa marah. Dia menutup buku dengan kasar. Dia tak boleh nak fokus pada pelajarannya. Punggung di angkat dengan kasar.

“Rose, baliklah. Lain kali kita ulangkaji lagi.” Dani meninggal Rose yang terpinga-pinga. Semakin kuat kata hati Rose. Dani ada hati dengan Anna. Kerana Dani tak pernah bertingkah begitu.

Dani masuk ke rumah. Terlihat Ku Sandra santai baca majalah di hadapan TV. Dani mendengus. Dia duduk sebelah Ku Sandra. Dengusan Dani dapat di dengari Ku Sandra. Mukanya cemberut.

“Dani, whats wrong with U?” Tanya Ku Sandra.

“Tu! Anak kawan mummy tu berani bawa lelaki datang rumah kita! Tak sampai sehari dia duduk sini, dia dah berani bawa lelaki datang rumah!” Panjang muncung Dani menunjukan ke arah Anna. Ku Sandra hanya tersenyum.

“Mummy yang izinkan dia bawa kawan datang sini.”

“What?” Terbeliak bijik mata Dani. “Mummy, mummy tahu tak tindakan mummy ni buat dia berani nak buat dosa kat rumah kita! Tengoklah tu. Baju pun tak sopan.” Marah Dani.

“Dani, Anna minta izin awal-awal sebelum dia bawa kawan dia ke sini. Mummy bagi izin tapi dengan syarat lepak di luar saja. Then shes said okey. Lagi pun kita tak boleh serta merta bagi Anna tu biasakan dengan kehidupan kita. Dia dah di biasakan dengan life dia macam tu. Bagi dia masa okey.”

“Lagi pun mummy tak rasa Anna macam tu. Dia kalau nak buat, dia tak perlu minta izin. Dia boleh je keluar, buat di luar. Lagi pun nak risau apa, mummy ada, bibik ada, guard pun ada, you pun ada. Takkan Anna nak buat benda tak senonoh kat rumah kita.”

“Mummy ni open sangatlah. Jangan sampai dia pijak kepala Mummy dah lah! Dani naik dulu.” Dani terus bangun meninggalkan Ku Sandra. Ku Sandra hanya gelengkan kepala.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Jam di dinding di tenung tajam serupa mahu pecah kemudian matanya di alihkan ke tengah laman. Agak sakit matanya melihat kemesraan Anna bersama Alif siap bertepuk tampar. Budak lelaki ni tak reti nak balik ke? Dari balkoni tingkat dua dia dapat melihat pemandangan yang menyakitkan hatinya.

Jam menunjukan pukul lima petang. Berapa lama lagi budak lelaki tu nak lepak sini. Tak ada rumah ke? Tak boleh jadi ni. Dia turun membawa langkah ke laman. Semakin dekat semakin kuat telinga sakit mendengar tawa Anna. Dia bersembunyi di sebalik pokok. Ingin mendengar perbualan mereka berdua. Hidungnya juga terhidu sesuatu yang haram.

“You ni sampai bila nak hisap ganja? Tak baik tau untuk kesihatan.” Tegur Anna.

“Elleh. Cakap I. You tu, hisap rokok, tak bahayakan kesihatan ke?” Jawap Alif sambil layan khayalnya. Matanya merah. Dah stimlah tu. Dia hisap lagi lalu di hembus ke udara. Anna mengipas-ngipas wajahnya agar dia tak hidu asap ganja itu. Nanti dengan dia, dia sekali stim.

“I hisap rokok sekali sekala je. You tu, kerap sangat isap ganja. Its not good for your healthy ok.” Marah Anna. Bercantum keningnya.

“Okeylah. Nanti bila I dah bosan nanti I stop okey.” Jawap Alif sambil tersenyum. Tangan Alif mula merayap di lengan Anna lalu ke bahu. “Risau juga pada I kan? Do you love me?” Tanya Alif.

Tangan Alif mula mendarat ke peha gebu Anna. Tangan Alif di tepis. Tak sempat Anna buka mulut, namanya di laungkan oleh Dani dari belakang. Eh! Sejak bila mamat di ada kat belakang?

“Anna!” Teriak Dani. Anna mendengus. Pehal mamat ni, tengking-tengking depan Alif pula tu. Tak boleh panggil baik-baik ke?

“Kau nak apa?” Tanya Anna.

“Ikut aku kejap!” Dingin nadanya. Dengan terpaksa Anna ikut langkah Dani. Setelah jauh dari Alif. Langkah Dani terhenti lalu mencekak pinggang macam mak-mak.

“Budak lelaki tu tak reti nak balik ke?” Ada nada sindiran. Anna angkat kening.

“Kejap lagi dia baliklah. Dah kenapa?”

“Aku tak suka dia datang sini. Datang rumah orang hisap ganja pulak tu! Tak ada adap ke?” Tanya Dani dengan kasar.

“Hello, ganja je pun. Bukan syabu! Ganja tu macam rokok je.”

“Tak kisahlah. Yang penting aku tak suka di ada kat sini!” Tengking Dani. Anna memeluk tubuh. Tersedar dia hanya menumpang, akhirnya Anna mengalah.

“Okey fine. Lepas ni, aku takkan bagi dia datang sini.” Anna terus buka langkah mendekati Alif. Alif seperti mengerti apa yang di bualkan. Anna terus pimpin tangan Alif sampai pagar sebab Alif dalam keadaan khayal. Jalan pun terhuyung hayang. Stim sangat tu. Nasib baik datang dengan driver.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hairband bunny di tolak ke belakang agar ke semua rambut tidak ada yang jatuh ke muka. Masker cream berwarna putih di sapu seluruh muka. Walaupun kulitnya masih pejal tetapi dia harus menjaga dari sekarang. Nanti dah tua pun still cantik. Anna tersenyum senyum di depan cermin. Tiba-tiba tekaknya haus. Rasa nak minum milo lah. Agak-agak rumah ni ada tak ya?

Eh! Ku Sandra kan kaya. Takkan milo pun tak mampu beli? Anna menepuk kepalanya. Tanpa berlengah dia turun ke dapur. Suasana sunyi. Hurm, baru pukul sembilan rumah dah senyap sunyi sepi. Suiz lampu di hidupkan. Anna selongkar kabinet mencari milo. Tiba-tiba…

“Arghhhh! Hantu!” Dani menjerit setelah melihat susuk hantu berseluar pendek dengan muka serba putih dengan tanduk rabbit atas kepala. Segera dia baca surah kursi untuk menghalau hantu tersebut. Tubuhnya menggigil membaca doa yang patut.

“Woi! Kau dah kenapa? Aku Anna lah!” Aku punyalah cantik! Dia cakap aku hantu. Tak pasal kepalanya terhantuk pada cabinet di sebabkan jeritan Dani. Anna menghempuk kepala Dani. Dani mengaduh. Suara Anna tu. Dia tarik nafas lega.

“Yang kau pakai benda putih tu buat apa! Macam hantu tahu tak?” Tengking Dani. Eh dia ni! Suka hati akulah nak pakai apa pun desis hati Anna.

“Biarlah. Aku nak jaga kulit. Kau pehal masuk dapur memalam ni.” Pertanyaan Anna buat Dani bingung seketika. Dia mendengar bunyi yang agak bising dari arah dapur. Ingatkan pencuri. rupanya Anna. Nasib baik tak kena pelangkung.

“Suka hati akulah. Rumah aku! Kau buat apa kat sini?”

“Aku cari milo. Rumah kau ada milo tak?”

“Huh! Suruhlah pakwe kaya kau pergi beli untuk kau! Buat apa cari kat rumah Aku!” Jerkah Dani. Tak habis lagi pasal isu petang tadi. Hati Anna panas. Tak sempat Anna buka mulut Ku Sandra muncul.

“Hei, kenapa bising-bising ni? Huh Dani, Anna? Kenapa ni?” Tanya Ku Sandra. Dari atas boleh dengar suara mereka bertengkar. Anna terus buat muka comel. Dia mendekati Ku Sandra. Lengan Ku Sandra di paut.

“Auntie, tengok Dani ni. Dia tak bagi Anna minum milo.” Adu Anna dengan suara manja. Dani panas hati. Eh minah ni. Ada juga yang kena dengan aku kejap lagi ni!

“Dani! Kenapa layan tetamu macam tu! Now you buatkan air milo untuk Anna.” Perintah Ku Sandra. Dani mengetap bibir menahan geram. Ku Sandra menarik tangan Anna. Sebelum keluar, sempat juga Anna menjelir lidah pada Dani. Ishhh.. Dengan muka di penuhi tepung apa tah! Main jelir jelir lidah pulak!


Takpe, kali ni kau menang. Lain kali giliran aku pulak! Nak milo sangatkan. Aku bagi kau minum milo kaw punya! Desis hati Dani dengan senyuman jahat!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Anna baru keluar dari tandas. Masker di muka baru saja di cuci. Muka yang baru di cuci di lap dengan towel bersih. Dia melihat sekeliling. Tadi bukan Ku Sandra berada di biliknya ke? Hurm, dah keluarlah kot.

Selang beberapa detik Ku Sandra masuk bilik dengan beberapa helai baju kelawarnya. Anna mengerut dahi. Ku Sandra hanya senyum saja. Dia pegang erat tangan Anna. Sesungguhnya, dia sayang Anna seperti anak sendiri.

“Kalau Auntie tegur ni Anna jangan kecil hati ye?” Lembut tutur Ku Sandra.

“Kenapa Auntie? Anna ada buat salah ke?” Tanya Anna.

“Tak, Auntie percaya Anna anak yang baik. Auntie cuma nak tegur sikit. Boleh tak Anna berpakaian sopan sikit. Sebab rumah ni ada lelaki bukan muhrim Anna.”

“Oh. Sorrylah Auntie. Sebab Anna dah biasa pakai macam ni kat rumah. Lagi pun semua baju Anna pendek-pendek.” Sememangnya dia sudah terbiasa berseluar pendek sepanjang masa. Skirt pun semua pendek.

“Tak apa. Kalau Anna tak kisah, Anna pakai je pakai baju Auntie.” Ku Sandra menyerah baju kelawar yang di bawa tadi. Tanpa berlengah Anna segera menukar pakaiannya. Dia teruja. Buat pertama kalinya dia pakai baju kelawar. Kain sejuk dan selesa.

“Fuyooo Auntie! Best gilalah pakai baju ni. Sejuk sangat. Ni boleh terbang.” Anna mengembangkan tangannya ke atas dan ke bawah seolah-olah boleh terbang betul. Seronok sungguh dia. Siap berlari-lari dari ruangan bilik. Ku Sandra hanya ketawa.

Di sebabkan terlalu excited. Anna terpijak lebihan kain yang labuh itu. BAMM! Anna jatuh muka tersembam ke lantai. Udah bercium pulak dengan lantai. Tulah kan dah mendapat! Ku Sandra panik, terus datang mendekati Anna.

“Anna, are you okey?” Tanya Ku Sandra dengan panik. Anna Angkat kepala dengan sengihan.

“I’m okey Auntie.” Jawap Anna dengan senyuman. Tetaplah senyum walaupun dahinya benjol. Ku Sandra terhibur. Terus ketawa. Anna terus bangun di bantu oleh Ku Sandra ke katil. Dani baru muncul dengan membawa secawan milo panas. Huh! buat air pun lambat. Macamlah kena masak air. Padahal rumah ada coway.

“Kenapa ni mummy?” Tanya Dani setelah melihat benjol di dahi Anna.

“Anna jatuh tadi. Kamu tolong ambilkan air batu.”

Dani hanya mengikut perintah walaupun hatinya menyumpah. Menyusahkan betullah budak perempuan ni! Sajalah tu, tagih kasih sayang mak aku. Tak dapat kasih sayang dari mak sendiri tagih kasih sayang dari mak aku pulak!

Setelah dahi Anna di tuam. Ku Sandra menyerah air milo yang Dani buat tadi.

“Nah, Anna minum ni.” Pelawa Ku Sandra dengan lembut. Anna sambut dengan senyuman. Entah kenapa dia rasa di sayangi di sini. Masa dia jatuh tadi Ku Sandra nampak sangat risau. Perlahan air milo itu di hirup. Dani di sofa tersenyum. Memang dari tadi dia menanti saat ini.

“Uhuk… Uhuk!” Walaupun masin Anna cuba menelan, menahan rasa nak muntah sampai terbatuk-batuk. Tak guna! Air milo itu rasa masin melampau! Dia letak seguni garam ke apa? Anna melihat senyuman penuh makna dari Dani. Ku Sandra kerisauan. Dia menepuk nepuk belakang Anna.

“Kenapa ni Anna?” Tanya Ku Sandra. Anna tersenyum. Hurmm! Kau kenakan aku ya. Kita tengok siapa yang terkena!

“Auntie, milo ni kurang susulah. Auntie cuba rasa.” Anna menyerah milo itu pada Ku Sandra. Kelam kabut Dani mendekat. Tak sempat Ku Sandra minum, Dani merampas cawan itu. Anna ketawa dalam hati.


“Tak apa mummy. Nanti Dani tambah susu. Dani saja kurang susu sebab takut Anna kena kencing manis.” Dani tersenyum kelat. Pandai kau ya! Dani menahan geramnya. Mahu saja dia cubit-cubit Anna. Dari siang tadi buat hatinya bengkak.


“Dani! Buatlah ikhlas sikit. Pergi buat balik!” Marah Ku Sandra.


“Eh tak apalah Auntie. Anna nak tidur. Esok nak sekolah.” Anna menarik selimutnya. Ku Sandra isyaratkan Dani keluar dari bilik. Tanpa bantahan Dani keluar. Takpa Anna. Harini hari kau. Akan ada hari, hari Aku. Wait and see!


“Okey Anna. Goodnight. Jangan lupa baca doa tidur ya.” Sebelum keluar, sempat juga Ku Sandra hadiahkan kucupan pada dahi Anna kemudian keluar dari bilik.

Anna meraba tempat kucupan Ku Sandra tadi. Kenapa mama tak pernah buat macam ni? Tiba-tiba hatinya merindukan Ku Amri. Dulu Ku Amri selalu mengucupnya sebelum tidur. Papa, Anna rindu papa. Tanpa sedar air mata Anna mengalir. Pelukan teddy bearnya di ketatkan.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Awal pagi Anna turun bersama seragam sekolah. Di meja makan Ku Sandra dan Dani sedang bergurau mesra. Anna hanya mengintai. Hatinya cemburu melihat aksi ibu dan anak itu. Ku Sandra jauh beza dengan Ku Ana walaupun mereka sahabat baik.


Ku Sandra juga ada perniagaan besar tetapi ada saja masa bersama keluarga. Lain pula pada Ku Ana susah nak luangkan masa bersamanya. Kadangkala tak bersua muka walaupun satu rumah. Anna mengeluh. Salah ke kalau aku nak tumpang kasih Ku Sandra? Apa kata Dani pulak?

“Eh Anna. Kenapa berdiri kat situ? Meh sini makan.”

Anna tersentak dengan tegur Ku Sandra. Dia mula buka langkah meja makan. Muka Dani yang ceria bergurau senda kini ketat kembali. Ku Sandra menceduk sedikit nasi goreng pada pinggan Anna. Anna hanya tersenyum kelat. Duduk sini tak rasa macam menumpang pun. Rasa macam anak Ku Sandra pula. Layanan Ku Sandra sama seperti Dani. Hatinya mula kasih pada Ku Sandra. Salah ke kalau aku nak tumpang kasih pada orang lain? Anna bertanya pada hatinya.


“Anna, nanti pergi sekolah naik kereta dengan Dani ya.” Pesan Ku Sandra. Sememangnya, semenjak Dani dapat lesen, Dani bawa kereta sendiri ke sekolah. Sebab itulah Dani menjadi kegilaan para gadis di sekolah. Sebab lambang ‘kaya’ ada pada Dani. Anna hanya angguk.


“Cepat sikit makan. Lambat tinggal!” Dani segera bangun. Dia duduk di sofa memakai stokin. Kelam kabut Anna bangun, Stokin di beg di keluarkan lalu dia pakai. Dani bersalaman dengan Ku Sandra berserta ciuman di pipi. Anna agak ragu, nak salam ke tak nak. Sebelum ni dia pergi sekolah mana pernah dia salam Ku Ana. Masing masing buat hal sendiri.


Ku Sandra tersenyum saja. Dia terus menarik Anna dalam pelukannya. Anna tersentak. Agak janggal dalam hidupnya di peluk wanita seusia ibunya. Setelah meleraikan pelukan, Ku Sandra menghulurkan tangan. Lambat-lambat Anna menyambutnya. Tanpa di sangka pipi Anna juga di kucup.


“Belajar elok-elok okey.”


Anna hanya angguk. Rasa macam berbunga pula. Dia terus masuk kereta di sebelah Dani. Ku Sandra di luar melambai sehingga kereta mereka berjauhan. Anna pandang muka Dani. Tampak biasa. Separuh dari perjalanan ke sekolah Dani berhentikan kereta.

“Turun!” Perintah Dani. Anna blur.

“Huh?”

“Turunlah. Pekak ke? Aku cakap turun!”

“Agak-agaklah. Sekolah jauh lagi kot.” Marah Anna.

“Ada aku kisah. Kau kan ramai pakwe. Kau call lah pakwe kau tu suruh dia hantar pergi sekolah.”

Sengaja dia buat begini agar Anna datang ke sekolah lambat, boleh lah dia denda Anna lagi. Anna mengetap bibirnya. Okey find! Anna turun lalu menutup pintu kereta dengan kuat. Dani teruskan pemanduannya dengan senyuman penuh makna. Siaplah kau perempuan.

Anna hanya memandang kereta Dani yang kian menjauh. Aku ingat dia gurau je. Rupanya betul-betul dia tinggalkan aku! Tak guna! Siap kau! Anna teruskan dengan berjalan kaki. Tak lama kemudian ada kereta Mercedes berhenti. Adam turun lalu tersenyum pada Anna.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dani tersenyum senyum di depan pintu pagar. Dia mengerling jam. Tak lama lagi loceng akan bunyi menandakan sudah masuk waktu sekolah. Tak sabar dia nak denda Anna kutip sampah.

“Hei, kau pehal senyum-senyum dari tadi? Macam kerang busuk aku tengok!” tegur Farhan. Meluat juga dia melihat senyuman Dani. Macam kucing miang. Di lamun cinta ke apa?

“Shuhhh! Aku ada misi.” Dani bersandar pada tiang sambil menanti kedatangan Anna. Matanya tak lepas melihat pintu pagar. Farhan mencebik. Lain macam je mamat ni.

Tak lama sebuah kereta Mercedes berhenti di pintu pagar. Adam turun bersama Anna. Mereka berjalan beriringan masuk sekolah. Di depan mata Dani, Anna sengaja memaut lengan besar Adam. Adam agak kaku. Buat pertama kalinya dia begitu rapat dengan perempuan. Anna menjelir lidah pada Dani. Nak kenakan aku sangatkan! Padan muka kau!

Setelah Anna menjauh. Dani melemparkan buku tiga lima ke atas tanah. Bukan saja misinya tak berjaya, malah hatinya sakit melihat kemesraan Anna tadi.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Perut yang berkeruncung sedaya upaya di tahan. Dia hanya duduk di depan kantin sambil memeluk lututnya. Duit belanjanya habis di ambil oleh Borhan and the geng. Kali ini bukan dia saja di ancam, malah Borhan sengaja mengungutnya akan apa-apakan Anna. Lantaran itu Adam terpaksa menyerahnya kesemua wang sakunya.

Semenjak kejadian Anna menyelamatkannya dari Borhan tempoh hari, dia mula jatuh suka pada Anna. Sikap Anna spontan dan tak body shamming walaupun Anna mempunyai rupa yang cantik. Dia bertekad ingin mendekati Anna dengan lebih rapat.

“Nah!” Adam tersentak dari lamunanya apabila Anna menghulurkan roti padanya. Adam menyambutnya dengan senyuman kelat. Tanpa di pelawa Anna duduk di sebelah Adam. Wajah Adam beronah merah. Tubuhnya begitu dekat dengan Anna. Bau minyak wangi Anna menusuk hidungnya.

“Ni sebagai tanda terima kasih sebab tumpangkan aku pagi tadi.” ujar Anna dengan senyuman manis. Anna mesra dengan semua orang. Namun senyuman Anna di salah erti oleh Adam. Adakah Anna menyukai dirinya juga?

“Tak apalah. Tu sebagai tanda terima kasih sebab selamatkan saya dari Borhan dan sudi kawan dengan saya.” Disebabkan tubuh Adam yang agak besar. Dia tidak mempunyai kawan. Yang ada selalu mengejek tubuhnya.

“By the way, kenapa kau kat sini? Kau tak pergi kantin ke? Jangan cakap Borhan dah ambil semua duit kau?” Pertanyaan Anna buat Adam diam seketika. Adam hanya anggukkan kepala. Anna mendengus.

“Sampai bila kau nak biar diri kau di buli macam ni? Kau takut apa dengan diorang tu? Hei diorang tu pengecut, sebab tu diorang buli kau. Kau yang bagi ruang untuk diorang buli kau!”


Anna bangun setelah menghemburkan kemarahannya. Badan saja besar tapi pengecut! Namun langkah Anna terhenti apabila pergelangan tangannya di raih Adam.

“Anna, sorry. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat nak lawan diorang. Anna please jangan pergi. Tak ada siapa nak kawan dengan aku selain kau. Aku harap kau boleh jadi semangat aku. Boleh?” Rayu Adam.

“Okey, tapi dengan syarat!” Tegas nada Anna. Adam hanya angguk. Tanpa sepatah kata, Anna terus menarik tangan Adam ke bilik disiplin. Anna ingin adukan semua kesalahan Borhan. Biar padan muka. Kes buli ni bukan kes ringan. Boleh pengaruhi emosi seseorang jika tak kuat.

“Err… Kita buat apa kat sini.” Tanya Adam. Sepertinya dia mengetahui apa yang di fikirkan oleh Anna.

“Masuk dalam adukan semua salah Borhan atau kita putus kawan!” Ancam Anna.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kring!! Loceng sekolah berbunyi saja berpusu-pusu pelajar kegirangan mahu pulang. Namun Anna hanya tenang. Dia ingin ke perpustakaan untuk siapkan segala tugasan cikgu bagi hari ni.

“Dani!” Anna mengejar Dani ke tangga. Laju betul mamat ni jalan. Langkah Dani terhenti mengejut membuatkan Anna hampir saja terlanggar Dani.

“Apa?!” Jawap Dani dengan dingin dan menengking.

“Aku tak balik dengan kau tau. Aku balik dengan Adam je.”

“Hei, sekarang kau duduk dengan aku ke dengan Adam?”

“Dengarlah dulu. Aku dengan Adam lepas ni nak lepak perpustakaan. Lepas tu Aku dengan Adam nak pergi gym. So aku balik lambat.”

“No! Kau kena balik on time. Kalau tak mak aku marah.” Sengaja Dani menggunakan Ku Sandra sebagai alasan. Cukuplah pagi tadi dengan waktu rehat tadi dia sakit hati melihat Anna ke hulu ke hilir dengan Adam. Tu belum lagi Adam curi-curi pandang Anna dalam kelas.

“Hello, aku awal-awal lagi dah bagitahu mak kau. Mak kau okey je. Aku dah cakap dengan dia, aku akan balik before 6pm.”

“Abang Dani, boleh tak tolong hantar Rose balik.” Tanya Rose dengan menggeletis. Anna mencebik. Entah dari mana munculnya. Tiba-tiba macam cacing kena garam. Menggeletis!

“Okeylah, aku cau lu.” Anna terus beredar. Dia memaut lengan Adam yang dari tadi menantinya di belakang. Rahang Dani bergerak-gerak seperti ada sesuatu nak cakap tapi tak lepas. Tanpa kata putus, Rose terus menarik lengan Dani turun tangga. Namun mata Dani tak lepas menatap Anna berjalan beriringan dengan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience