BAB 1

Romance Series 81452

DIAM! Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau Delia! Kau milik aku. Let's kita mulakan...

"Tolong! Delia tak nak! Abang jangan!" peluh mula merintik pada dahi. Seluruh tubuh mula mengigil hebat.

KLAK!

Mia Aleesya merempuh masuk ke dalam bilik lalu menghampirinya.

"Inara. Bangun! Hei!" ditepuk beberapa kali pada pipi gadis itu supaya sedar.

"TOLONG!" jantung Inara Adelia mengempang laju. Dia memeluk erat Mia Aleesya disebelah sambil menghamburkan segala tangisan di situ.

"Inara sudah. Dia tak ada dekat sini. Aku akan selalu lindungi kau. Aku janji" diusap kepala Inara Adelia berulang kali secara lembut.

Matanya tertancap pada figura sedang berpeluk tubuh sambil merenungnya tajam. Terus kepala menunduk ke bawah.

Ammar Hafiy berjalan mendekatinya dan melabuhkan punggung ke birai katil.

"Mia. Kau ambil air dekat dapur sekejap. Biar aku yang jaga Inara" arah Ammar Hafiy.

Mia Aleesya mengangguk sekilas dan berdiri semula. Dia baru sahaja ingin memusing ke belakang, namun ditahan oleh Inara Adelia.

"Aku nak ikut" kata Inara Adelia.

"Tak perlu. Kau kena rehatkan badan. Sekejap sahaja aku ambil. Abang aku ada. Kau tunggu okay" balas Mia Aleesya dan terus meninggalkan mereka berdua.

Suasana menjadi sunyi dan hening. Dia masih dalam posisi sama. Takut dia mahu berpaling ke tepi atau bertentangan mata dengan Ammar Hafiy. Baginya, lelaki itu sungguh berbahaya.

Ammar Hafiy memastikan Mia Aleesya keluar, terus dia tarik gadis itu supaya berada dalam dakapannya. Dicium ubun-ubun kepala Inara Adelia berkali-kali. Melepaskan rindu terpendam.

"Berani kau ingkar arahan aku, sayang? Kali ini kau selamat. Malam esok aku pastikan kau jadi patung aku balik" bisik Ammar Hafiy sambil mengigit cuping telinga Inara Adelia perlahan.

Dia menolak dada bidang Ammar Hafiy ke tepi supaya menjauh.

"Awak tak ada hak nak buat saya macam tu, Ammar. Lepaskan saya dari dunia awak. Saya bukan pelacur sesuka hati nak lakukan apa pun" Inara Adelia mula menitiskan air mata.

Mengingatkan peristiwa hitam itu, membuat dia trauma dan sedih. Apa salahnya pada lelaki itu sampai diperlakukan seperti itu sekali?

"Kalau kau bukan pelacur. Macam mana kau dah tak ada 'dara' masa aku sentuh kau, hah?" tanya Ammar Hafiy dengan nada suara terkawal.

Tidak mahulah kantoi.

"Awak tak ada hak nak cakap macam tu pada saya. Kalau awak tak tahu apa-apa tentang saya, lebih baik awak diam!"

"Hei, kalau diri tu pela... Inara. Kau jangan risau. Aku akan pastikan kau selamat. Aku akan cari lelaki siapa yang menghantui mimpi kau tu" ujar Ammar Hafiy dan senyum bila Mia Aleesya melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kau minum dulu. Maaf lambat. Aku pergi tandas tadi" kata Mia Aleesya dengan menghulurkan segelas air kosong.

"Abang. Kau keluarlah. Aku temankan Inara tidur" Mia Aleesya melihat Ammar Hafiy sambil menunggu balasan.

"Okay" Ammar Hafiy terus mengatur langkah ke pintu. Sempat dia memberi amaran pada gadis itu sebelum menutup pintu bilik.

"Inara, kau okay tak ni?" soal Mia Aleesya.

"Ak..aku takut. Dia akan muncul dalam hidup aku balik, Mia. Aku tak nak jumpa dia. Aku takut" rintih Inara Adelia sambil menangis teresak.

Mia Aleesya mengambil gelas tadi lalu diletak ke atas meja. Dia memeluk erat Inara Adelia dan senyum nipis.

"Dia tak boleh sakiti kau lagi. Dia tak akan muncul lagi dalam hidup kau. Sekarang kau tidur balik. Aku teman kau" kata Mia Aleesya dan baringkan tubuh Inara Adelia ke atas katil.

Dia mula menutup mata dan tidur balik.

Harap hari esok lebih baik daripada sebelum ini.

•••

Ammar Hafiy mencapai bag kerja dan membuka pintu bilik. Matanya bertembung dengan mata Inara Adelia. Dia mula menguntum senyuman sinis bila gadis itu tergesa-gesa ingin mengunci pintu tatkala dia mula menghampiri.

"Lena semalam tidur? Malam ni siap kau. Aku pula yang tidur lena. See you is tonight" sempat Ammar Hafiy berbisik dan beredar pergi.

Inara Adelia diam. Dia pejam seketika matanya dan hembus nafas lemah. Tanpa membuang masa, terus kaki menghayung ke arah tangga.

"Inara. Turun pun kamu. Sini, sarapan sama-sama dengan kami" sapa Datin Zizah.

"Tak apalah, Mama. Inara dah lewat nak pergi kolej. Inara sarapan dekat sana okay" ujar Inara Adelia.

Bukan apa, malas mahu menatap wajah lelaki itu.

"Kelas kau pukul berapa mula?" celah Mia Aleesya.

"Err... Pukul  9:00" balas Inara Adelia.

"Habis itu kenapa awal sangat kau nak pergi? Sekarang baru pukul 7:45 pagi" kata Mia Aleesya.

Matanya melirik pada Ammar Hafiy sedang mengunyah makanan itu. Dia menelan air liur dengan kesat.

Apa lagi dia mahu memberi alasan?

"Aku saja pergi awal. Banyak kerja aku tak siap lagi. Aku pergi dulu okay" pamit Inara Adelia.

"Inara!" panggil Ammar Hafiy.

"Abang hantar Inara pergi kolej. Mia, Pak Mat hantar kau pergi kolej nanti" kata Ammar Hafiy.

"Elok juga tu Ammar. Lagi pula nanti kamu ada meeting kan? Okay tu kamu hantar Inara sekali" sambung Dato'Norman.

Dia mengangguk sekilas dan menuju ke pintu utama.

•••

Keadaan dalam kereta sunyi, hanya bertemankan radio sahaja. Dia memaling wajah ke luar tingkap. Ammar Hafiy disebelah itu melihat sekilas ke arahnya. Dia terkejut bila tapak tangan lelaki itu meraih kasar tangannya.

"Apa awak ni, Ammar? Lepaslah. Saya tak suka" Inara Adelia cuba lepaskan genggaman itu namun tidak berjaya.

"Kenapa kau ni sombong sangat, huh? Ingat sikit yang kau tu 'bekas' aku sahaja" perkataan 'bekas' ditekan.

Dia menunduk ke bawah. Bibir dikemam dan sedaya upaya menahan air mata dari terus jatuh menitis di hadapan lelaki ini.

"Kenapa kau menangis? Dah sedar. Kau tu milik aku, sesuka hati aku nak buat apa pun" ujar Ammar Hafiy.

"Kenapa mesti saya, awak pilih? Saya bukan perempuan seperti awak fikirkan tu. Saya ada hati dan perasaan juga" Inara Adelia mengesat air mata sudah menitis keluar.

"Sebab aku cinta kau, Inara. Tapi sayangnya... Kau bukan perempuan seperti aku fikir. Jantan mana dah sentuh kau sebelum aku?" Ammar Hafiy berhentikan kereta dibahu jalan. Tajam sahaja dia merenung ke dalam anak mata gadis itu.

"Siapa jantan tu!" kedua belah bahu Inara Adelia dicengkam kuat.

"Awak tak perlu tahu siapa. Awak dengan dia sama sahajalah! Dua-dua nafsu binatang!"

PANG!

"Jangan nak kurang ajar sangat! Tak apa, kau tak nak beritahu. Lambat atau cepat, aku tetap akan dapat cari siapa jantan tu!" Ammar Hafiy mendengus kasar sebelum menyambung semula memandunya.

Thank you sudi baca story saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience