BAB 3

Family Completed 2427

“Yelah. Jangan lupa tengok-tengokkan bapa kamu sekali. Tengahari tadi balik sekejap sahaja. Lepas ibuan terus menghilang ke kebun sayur tu” bebelan Ibu Usna mula panjang apabila teringatkan suaminya itu. Dia merasakan kelainan pada kelakuan suaminya.

“Baik ibu, nanti Farisi singgah di kebun sayur dahulu”. Farisi mengangkat tongkat basikalnya dan mula mengayuh basikal laju ke hadapan jalan. Sufian sudah sedia menunggunya.

Ibu Usna hanya memandang kelibat anaknya yang mula menghilang. Ingatannya kembali pada Pak Ahmad, bapanya Farisi.

Ibu Usna tahu yang kebun pisang serta kebun sayur itu sahajalah tempat suaminya berada.

Cuma rasa bimbang pada suaminya ibuin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Semenjak Pak Ahmad asyik mengadu sakit-sakit dada, menyebabkan dia juga tidak senang duduk.

Bila dilarang ke kebun, ada sahajalah alasannya. Bosan hanya goyang kaki di rumah, letih kalau hanya duduk. Perangai suaminya sekarang banyak mengingatkan Ibu Usna pada arwah mentuanya, Haji Ujang. Dada Ibu Usna berombak kencang..

”Nauzubillah...” ucap Ibu Usna perlahan. Hatinya dipujuk untuk tidak terlalu banyak berfikir.

Bulan sudah beredar malu memberi laluan pada snag mentari. Farisi yang masih melawan rasa mengantuknya mula tersengguk-sengguk. Ulangkajinya malam ini sengaja diperbanyakkan lagi memandangkan peperiksaan SPM yang sibuin hampir.

Sesekali ibunya, Ibu Usna menjengulkan kepala di pintu bilik melihatnya belajar. Wajah tua ibunya kadang-kadang membawa hatinya diruntun hiba. Wajah yang selalu berjaga malam ketika dia sakit.

“Farisi akan berusaha ibu“ bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience