Bab 5 : Rahsia Seorang Bidadari

Fantasy Series 1383

Badin terkejut dengan perbicaraan Felisa dan dia tunduk mengambil segelas kopi bagi meminumnya. Felisa merasakan tangannya ditusuk-tusuk dan menyedari cincinnya bercahaya, lalu Felisa memasukkan jemarinya ke dalam poket agar tiada sesiapa menyedari hal itu.
“Bagaimana..kamu tahu?”Kata Badin.
“Saya… saya tak boleh ceritakan, ni pasti mengejutkan kamu,”Kata Felisa, mengigit bibir.
“Baiklah, dengar ni,, tongkat tu.. pernah dibawa ke kampung ni,”kata Badin.
“Apa?”Kata Ronaldon.
“Tapi hilang, nenek saya membawa tongkat itu pada suatu malam…”
Begini cerita yang dibicarakan oleh Badin;
Malam itu, begitu gelap bagi Moon Night. Orang kampung sudah masuk ke dalam rumah, berehat, meluangkan masa dengan keluarga dan menjamah makanan malam. tetapi berbeda dengan nenek Badin, iaitu Sally.
Sally mendapati anak muda berkumpul di sebuah rumah besar, dengan cahaya daripada halaman rumah kerana lampu neon dipahat pada syiling pondok kecil.
“Nek, kamu nak ke mana?”Kata Badin, berselipar mendapatkan neneknya.
“Tongkat tu, merbahaya, kita mesti hapuskannya!”kata Sally.
“Tak tongkat tu, dijaga sebaiknya oleh Rahmat, dia pasti menggunakannya untuk mengalahkan musuhnya!”
“Kamu tahu sangatlah bahaya jika Rahmat memilikinya! Dia berhati busuk di belakang kita!”kata Sally lalu melepaskan genggaman tangan cucunya dan berlari ke arah rumah besar itu.
Seramai 10 orang anak muda antara umur 20-an, berbincang sesuatu diam-diam dan merahsiakan hal tongkat itu daripada orang kampung. Namun terlambat. Sally membunyikan suatu alat siren, lalu orang kampung keluar dari rumah, meragam dan mengadu Sally hanya mempermainkan mereka!
“Dengar ni. Ada tongkat dalam kampung ni berbahaya buat kita! Tolong sesiapa yang menjumpainya musnahkan ianya!”kata Sally kepada semua orang yang sudah keluar dari rumah.
Tiba-tiba ada seorang lelaki datang dia bernama Rahmat, memegang suatu tongkat besar, lalu menyuruh orang suruhannya mendapatkan Sally. Sally mengambil pisau dari dalam poketnya, menikam anak muda yang diarahkan Rahmat agar berhenti menyentuh tangannya!
“Nek!”kata Badin. Badin membawa pistol kecil, berjalan ke arah Rahmat.
“Rahmat, kamu harus kembalikan tongkat itu! Ianya milik siapa?! Jangan keruhkan keadaan!”kata Badin.
Tiba-tiba pada masa yang sama, tongkat itu bercahaya dan seluruh kampung menyaksikan asap putih keluar dari tongkat, keluar seorang wanita menjelma menjadi bidadari cantik, bergaun labuh, dengan tangan bercahaya emas.
“Apa perlu saya buat tuan?”Kata Bidadari itu kepada Rahmat.
“Hapuskan mereka!”kata Rahmat tamak.
“Takkkk!”kata Sally, lalu Sally membawa azimat hijau dilambungkan ke arah tongkat itu, lalu wanita yang menjelma dihujani butir-butir cahaya, meresap ke badannya dan letupan terjadi! Orang kampung yang terselamat berlari masuk ke dalam hutan menyelamatkan diri dan keluarga mereka, sementara Rahmat dan Sally yang terkena letupan itu terhempap ke tanah, berdarah kepala dan seluruh badan mereka.
Badin selamat kerana dia bersembunyi di belakang kereta yang menghalang Badin dari terkena api hasil letupan itu. Apakah yang terjadi? Fikir Badin.
Badin mengambil tongkat yang separuh hancur itu dan isterinya, Serina, menjadi tamak dalam sekelip mata.
“Kita harus jual tongkat berkuasa ni dan jadi kaya!”kata Serina, namun Badin melarangnya berbuat demikian.
“Kampung inilah mangsa hasil tongkat yang membinasakan orang kita, Ser. Kita mesti hapuskan tongkat ni!”kata Badin.
Kemudian, Badin membuang tongkat itu di waktu malam buta, di tepi laut dan menenggelamkan tongkat itu tanpa memberi peluang kepada dirinya untuk melihat nasib tongkat tersebut, samada terkubur ke dalam laut atau ada seseorang menjumpainya!
……….
“Saya harap tiada sesiapa ternampak tongkat itu,”Kata Roses, mengigit bibir, melihat raut wajah Badin yang sayu, lemah dan tiada sebarang harapan di dada dalam memastikan tongkat itu tidak jatuh ke tangan orang lain.
“Jadi siapa tulis ayat kiasan dalam kertas ni?”Kata Felisa, mendapati surat itu daripada Rahmat, bermakna adakah dia masih hidup atau ada seseorang menggunakan nama Rahmat untuk menyembunyikan identitinya di hadapan Latifah?
“Kemungkinan ada seseorang mengetahui kejadian tongkat tu,”Kata Badin.
“Hmm tak mungkin miss Latifah berbohong. Dia hampir bunuh diri!”kata Ronaldon menyebabkan Felisa mendapat idea.
“Tongkat Delima Bulan.
Mencari mangsa di sinaran bulan.
Mencari musuh di padang gurun.
Kuasai seluruh alam,”
“Saya rasa mangsa di sinaran bulan.. merujuk kejadian Rahmat dengan tamak menggunakan tongkat tu, kedua, mencari musuh di padang gurun.. kemungkinan ada sesuatu berlaku di tempat panas seperti gurun dan dari situ, tongkat dijumpai oleh seseorang, dijadikan kuasa menentang seseorang yang lebih berkuasa, sebab itu, kuasai seluruh alam merujuk hal itu,”Kata Felisa, dengan bijaknya berkata, menyebabkan Badin mengangguk.
“Boleh jadi,”kata Badin.
“Kamu nak cari tongkat tu?”Kata Badin lagi.
“Ya,”Kata Felisa mengetahui misinya belum diselesaikan di situ.
“Di mana kamu membuang tongkat tu, encik Badin?”kata Roses.
“Mari saya tunjukkan,”Badin membawa mereka bertiga ke tepi pantai dan melihat sebuah batu besar timbul dari permukaan laut yang cetek.
“Di situ!”kata Badin.
Mereka melihat ruangan laut dalam di tepi batu dan berharap tongkat itu masih ada di situ, lalu Felisa melihat cincinnya yang sudah pudar warnanya.  Roses dan Ronaldon masuk ke dalam laut yang cetek, mencari-cari tetapi tiada apa-apa mereka dapat perolehi kecuali ketam kecil tertimbun di mendapan pasir di tangan mereka.
“Hmm apa maksud gurun tu ya?”Kata Felisa.
“Kemungkinan, Desert Hill.. saya hanya membuat tafsiran sembarangan saja,”Kata Badin.
“Tempat tu di mana?”Kata Felisa.
“Hmm selepas melalui pergunungan Dollar, akan ada jalan luas menuju ke bukit tu, di sana ada orang asli Tenom,”Kata Badin, merupakan seseorang yang luas pengalamannya kerana sejak muda, dia pernah mengikuti bapanya mengembara.
“Ohh kami akan ke sana!”kata Felisa, lalu memanggil temannya keluar dari air laut cetek, menampakkan pasir putih masuk ke dalam kasut mereka berdua.
“Ohh harap tongkat tu jatuh ke tangan orang baik,”Kata Felisa, berharap dan membawa Ronaldon dan Roses menunggu kapal besar berlabuh di tepi pantai.
Selama menunggu, Roses duduk di sebelah Felisa di kerusi kayu itu menghayati angin sejuk pantai Moon Night. Ronaldon membeli minuman di sebuah kedai runcit berdekatan pantai dan memberikannya kepada Felisa dan Roses.
“Fel.. kamu ada sebut pasal tongkat tu.. macamana kamu tahu?”Kata Roses ingin mengali kebenaran daripada Felisa. Felisa senyum dan berfikir sedalamnya.
“Hmm kalau saya beritahu, saya pasti kamu akan terkejut,”Kata Felisa mengejutkan Ronaldon dan Roses.
“Beritahulah kepada kamu. Kami akan rahsiakannya,”Kata Ronaldon sambil meneguk minuman tin berperisa milo sejuk.
Felisa menampakkan cincin emasnya dan menyebut,”Sannne”, lalu cahaya terang keluar dari cincin itu, segumpal cahaya ala-ala ada pari-pari terbang ke udara, hinggap di bahu Ronaldon.
“Wow…!”kata Roses.
Ronaldon ingin menangkap cahaya itu, tetapi cahaya itu terbang, menuju ke cincin emas bagai menemui rumah untuk bertandang. Lalu Felisa mulai menyanyi;
“Serlahkan dirimu,
Kayangan menunggu dengan hati terbuka,
Serlahkan kegemilangan kuasamu,
Cahaya syurgawi membimbingmu!”
Nyanyi Felisa, lalu Felisa berdiri dan mengembangkan sayapnya. Roses dan Ronaldon terkejut besar dan hampir pitam.
“Kamu.. kamu…”Kata Roses bulat matanya.
“Kamu…”Kata Ronaldon turut terkejut. Sayap putih Felisa berhenti menjadi halimunan dan menyerikan keadaan senja pantai.
“Saya... bidadari Felisa.. dari kayangan,”Kata Felisa tersenyum lebar bangga dengan kuasa dimilikinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience