Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 17

Humor Completed 61915

Awaisha Laila terjaga sebaik sahaja terasa matahari menyilau masuk melalui jendela pejabatnya, kepalanya berdenyut-denyut, dapat melelapkan matanya sebentar mampu menghilangkan mengantuknya, fail-fail di atas meja di susun, mesyuarat dengan para lembaga pengarah akan di mulakan setengah jam lagi,

Awaisha Laila membuka laci mengeluarkan sebuah cermin, kedua pipinya di tekap dengan makeup supaya kesan bebekas merah tidak kelihatan, ikutkan hatinya, dia tidak larat hendak menghadiri mensyuarat namun bila memikirkan masalah tentang kes pembelian tanah di perak yang belum di ketahui Dato sri Hassan kamarudin, dia gagahkan jua

**

Tingkat 25

Seluruh ahli lembaga pengarah sudah mula memenuhi kerusi di dalam bilik mesyuarat, Fuad sobri, Fadil Fitri dengan Farid Husin turut hadir, tidak beberapa lama kemudian Dato sri Hassan kamarudin bersama Awaisha Laila selaku peguam Teguh holding masuk ke dalam bilik mesyuarat

Sebagai peguam Teguh holding, Awaisha Laila menerangkan beberapa permasalahan berkenaan dengan kes pembatalan kontrak penanaman sawah padi di kelantan oleh kerajaan negeri, mengikut siasatan yang di lakukan oleh Said bohkari sebelum ini memang benar kerajaan negeri ingin mengunakan tanah itu untuk membangunkan ladang tanaman durian musang king dengan kerjasama sebuah perusahan dari china, pembatalan itu tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada Syarikat namun permasalahan yang paling berat adalah pembelian tanah di perak

"Tanah di perak? besar sangat ke masalahnya?,"

Awaisha Laila mengangguk dengan pertanyaan Fuad sobri

"Kita dah kena tipu,"

"Ha?,"
Terkejut Dato sri Hassan kamarudin di buatnya, begitu juga Fuad sobri turut terkejut

"Tapi penipuan tu bukan melibatkan perkerja dari Teguh holding tetapi lebih kepada kecuaian,"

"Apa maksud awak Awaisha?,"
Tanya Fuad sobri, dia selaku pengurus besar turut ada kena mengena dengan pembelian itu, para ahli lembaga pegarah pula berpandangan satu sama lain

Awaisha Laila bangun, kertas di atas meja di ambil di berikan setiap seorang yang berada di dalam bilik mesyuarat kemudian dia berdiri di belakang kerusinya

"cuba lihat nama-nama pemilik tanah, mereka semua adalah adik beradik yang menerima tanah pusaka dari arwah ibu mereka,"

Awaisha Laila mengayun beberapa langkah sebelum kembali semula berdiri di belakang kerusinya

"Saya dah siasat masalah nie, saya juga ada hubungi setiap nama yang tertera di sini, anak nombor tiga iaitu Puan Rohana tidak pernah bersetuju menjual tanah tersebut,"

"Kenapa pula dia tak setuju, kan semua ahli keluarga dia termasuk dia jugak dah tanda tangan bersetuju untuk jual tanah tu,"
Soal Fuad Sobri ada raut bimbang di wajahnya

Awaisha Laila mengeluh pelan,
"Macam saya katakan tadi, itu kecuaian dari pihak kita,"

"Woi lahabau cakap jelah terus apa masalahnya!,"
Herdik Farid Husin tiba-tiba, memeranjatkan Awaisha Laila bahkan Dato Sri Hassan kamarudin, Fadil Fitri kesemua ahli lembaga pegarah turut terperanjat

"Ya ma.. maafkan saya,"

Semua yang ada di dalam bilik mesyuarat hanya diam, satu orang pun tak berani mengeluarkan suara

"Saya ada hubungi puan Rohana, dia cakap dia tak pernah tanda tangan apa-apa borang, saya ada minta seorang staf dari cawangan kita di ipoh untuk menemui puan Rohana minta contoh tanda tangan dia, bila saya hantar ke makmal untuk kajian forensik dan mereka mendapati tanda tangan itu jelas sangat telah di tiru,"

Fuad sobri mengosok-gosok ubun-ubun kepalanya

"Aduh.. macam mana diorang tak perasan?,"

Awaisha Laila hanya diam,

"peguamlah yang salah, kenapa tak periksa,"
Farid Husin menyampuk

"Siapa yang Encik Farid Maksudkan?,"
Tanya Awaisha Laila, berkerut keningnya

"Tentulah ayah angkat kau,"
Farid Husin menyenget bibirnya

"Farid?,"
Tegur Dato Sri Hassan kamarudin agak terkilan dengan Farid Husin memandangkan said bohkari masih lagi koma di hospital

"Yelah Ayah, kan semua urusan membabitkan jual beli memang perlu berurusan dengan peguam syarikat, tak akan dia tak periksa kot, atau mungkin dia ada dapat komisen dari pembelian tu,"

"Encik Farid!, tolong jangan cakap macam tu pada Encik Said,"
Jerit Awaisha Laila, bola matanya merenung tajam ke arah suaminya, dia tak perduli jika dia di marahi suaminya, hatinya benar-benar geram bila Said bohkari di tuduh

Farid Husin menghempuk meja dengan kuat sambil bangun dari kerusi
"Kurang ajar betul!, berani kau jerit kat aku,"

"Hey Farid!,"
Dato sri Hassan kamarudin serta merta bangun sambil mencekak pinggangnya

"Farid keluar sekarang,"

Berkerut kening Farid Husin memandang Ayahnya
"Kenapa ayah suruh Farid keluar?,"

"Keluar sekarang,"
Dato sri Hassan kamarudin tetap bertegas menyuruh Farid Husin keluar

Wajah Farid Husin berkerut bengang, kakinya menolak kuat kerusi di belakangnya sehingga kerusi itu melanggar dinding, ketika kedua kakinya di ayun, matanya tajam memandang Awaisha Laila

"Tunggu jelah nasib kau nanti, aku patah-patahkan tulang kau,"
Kata Farid Husin sebelum keluar dari bilik mesyuarat

Awaisha Laila tidak gentar, dia membalas pandangan suaminya, dia tak kisah tulangnya patah, dia hanya ingin mempertahankan maruah said bohkari sudah di anggap seperti ayahnya sendiri

Selepas hampir satu jam menerangkan punca masalah pembelian tanah di perak, Dato Sri Hassan kamarudin sangat berpuas hati dan lega begitu juga dengan Fuad Sobri kerana tindakan Awaisha Laila telah membatalkan transaksi pembayaran kepada pembeli jika tidak Teguh holding akan mengalami kerugian puluhan juta ringgit

Awaisha Laila tersenyum bila di puji ayah mertuanya, abang iparnya pula tak habis-habis mengucapkan terima kasih, Beberapa ahli lembaga pengarah juga ada memujinya namun semua itu tidak bererti bagi Awaisha Laila, dia harus bersedia menghadapi amukan suaminya akibat tindakannya tadi

**

Awaisha Laila melihat jam di skrin laptop miliknya,

"Dah 05.30, cepatnya masa,"

Awaisha Laila menyandarkan badannya sambil mendongak merenung siling, bekas di pipinya masih belum hilang, apalah nasibnya nanti

"Pak!!,"

Pintu pejabat Awaisha Laila di buka kemudian di sepak dengan kuat, bagaikan gugur jantung Awaisha Laila saat itu melihat suaminya menyepak pintu pejabatnya

"Kemas barang kau cepat celaka, aku dah tak sabar nak belasah kau,"
Kata Farid Husin berang sambil berdiri tegak di hadapan meja Awaisha Laila

Setiausaha Said bohkari pula kelihatan terketar-ketar berdiri di luar pintu, beberapa staf menjenguk-jenguk dari luar ingin melihat apa yang sedang belaku

Awaisha Laila menarik nafas panjang, dia redha apa yang akan belaku padanya nanti, dengan tenang tangannya menutup laptop, kemudian menaruh laptop dengan telefon pintarnya ke dalam beg, dia bangun dari kerusi, mengayun langkahnya melewati tubuh suaminya namun

"Cepatlah celaka!,"
Jerit Farid Husin, tubuh isteri keduanya di tolak dari belakang dengan kuat

Akibat tolakkan kuat dari suaminya itu, tubuh Awaisha Laila jatuh tersembam di lantai, tindakan Farid Husin membuatkan seluruh staf di dalam pejabat peguam tergamam namun tiada siapa yang berani menolong atau masuk campur

"Bangun!,"
pekik Farid Husin

Awaisha Laila seperti ingin meraung sekuat hati, tapi dia cuba menahan diri, belum pun sempat dia bangun, tudung belakangnya di rentap suaminya dengan kuat mendorong badannya dengan paksa supaya bangun

"Aku bagi amaran kat korang semua, siapa yang berani mengadu atau buat cerita kat luar sana, aku akan pecat korang semua, ingat tu,"
Tegas Farid Husin sambil mencengkam belakang leher Awaisha Laila

**

Ampang jaya

"Hahahaha.. apalah kak farah nie tak senonoh tau,"

"Kak gurau je,"

"Cepatlah kahwin, baru kak tahu,"

Farah memuncung bibirnya
"Takde yang minat,"

"Bukan takde yang minat, kak Farah tu yang memilih sangat,"

Farah dengan Fazura tergelak bersama, selepas menemani fazura membeli barangan dapur, Farah dalam perjalanan menghantar Fazura pulang

"Tadi tengahari, terkejut juga kakak, tiba-tiba je Farid call suruh tolong bawa Zura beli barang dapur,"

Fazura memaling memandang Farah
"Sebab pagi tadi abang Farid kata nak bawak Zura pergi beli barang dapur lepas balik dari kerja, mungkin sibuk, yelah apa lagi zura boleh buat cuma tahu mengemas dengan memasak je,"

"Itu kan bagus ada isteri pandai mengemas pandai memasak, daripada dapat isteri, balik-balik kerja je penat, tidur, makan semuanya order luar, cantik time kerja je, kat rumah hodoh,"

"Tapi perempuan zaman sekarang kena pandai cari duit juga kak, Zura pulak cuma tahu kerja cleaner je,"

Farah memaling, seimbas saja dia memandang fazura kerana sedang memandu, dia seperti tahu apa yang di fikirkan Fazura ketika ini

"Zura, Farid tu telebih mampu, walaupun zura tak kerja dia masih mampu tanggung Zura, tanggung ibu dengan adik Zura,"

"Zura tahu, tapi Zura takutlah kak, kalau satu hari nanti abang farid tak nak lagi pada Zura,"

"Hiss.. janganlah fikir macam tu,"
Farah mengeleng dalam masa yang sama kereta yang di pandunya semakin dekat dengan rumah adiknya

"Tu? kereta farid ada,"
Kata Farah sebelum berhenti di tepi pagar luar rumah adiknya

Kening Fazura bertaut
"Ah.. ah,"

Farah mengecil matanya, berniat untuk mengusik
"Kot-kot?,"

Fazura cepat-cepat memaling membulat matanya memandang Farah

"Hiss kak farah nie, biarlah, itukan halal,"
Kata Fazura seakan tahu apa yang sedang di fikirkan kakak iparnya

Selepas sahaja mengeluarkan barang yang di beli, Fazura melambai kakak iparnya sebelum masuk ke dalam pekarangan rumah, bola matanya memerhati di dalam kereta suaminya, bibirnya tersenyum walaupun sedang melihat kasut milik suaminya berada di sebelah kasut Awaisha Laila

Fazura mengayun langkah menuju ke arah dapur ketika melewati anak tangga dia sempat mendongak memandang ke atas namun barangan yang di pegang serta merta terlepas dari tangannya bila mendengar jeritan Awaisha Laila

"Ya Allah, kenapa pulak tu?,"
Getus hati Fazura, langkahnya laju menaiki anak tangga

"Kau memang celaka, sial, bangsat!!,"
Maki Farid Husin, tangan kirinya merentap rambut Awaisha Laila, tangan kanannya pula menampar

Awaisha Laila menjerit-jerit kesakitan, kedua tangannya cuba melindungi mukanya namun Farid Husin akan menyepak dan memijak-mijak badannya

"Ya Allah sakitnya, Ya Allah sakitnya,"
Rintih Awaisha Laila pengelangan tangannya kemerahan menahan beberapa pukulan kuat dari suaminya

"Ooo sakit..! kau tahu takkkk.. hati aku nie lagi sakit, dasar perempuan bangsat!,"

"Aduh!! Arghk Aduh.. Ya allah sakitnya.. sakitnya!!,"
Jerit Awaisha Laila, Rambutnya di rentap, mukanya di tampar, perut di sepak tanpa balas kesihan,

Rambut yang di rentap di lepaskan sambil menolak kepala Awaisha Laila sehingga isteri keduanya terbaring, Farid Husin mengankat kakinya berniat ingin memijak perut Awaisha Laila, namun di saat kakinya mahu di turunkan secara tiba-tiba Fazura memeluk badan Awaisha Laila, kaki Farid Husin mengenai belakang isterinya itu

"Buk!,"

"Aduh,"
mengerang Fazura, bila belakangnya di hentak tapak kaki suaminya

"Zura?,"

Alangkah terkejutnya Farid Husin bila mendengar rintihan fazura, bergegas dia merangkul lalu mengankat tubuh isterinya keluar dari bilik Awaisha Laila

Tubuh Fazura di baringkan di atas katil namun Fazura terus bangun, dia menangis teresak-esak memandang suaminya

"Kenapa Bang, kenapa abang pukul Kak sha macam tu sekali, apa sebenarnya salah dia bang?,"

Farid Husin duduk di birai katil diam tidak menjawab, dahi isterinya di cium penuh kasih sayang, sebelum mengeluh pelan

"Kan abang dah cakap, dia tu Pembunuh nenek abang,"

"Kalau Kak sha betul-betul bunuh nenek abang kenapa tak lapor je pada polis, kenapa abang pukul dia sampai macam tu, abang tahu tak sakit kalau abang pukul, belakang zura nie sakit sangat,"
Rintih Fazura dengan tangisan esaknya

"Abang minta maaf, abang tak segaja,"
Farid Husin memeluk isterinya sambil mengosok-gosok belakang isterinya itu

"Tolonglah Bang... Zura rayu pada abang jangan pukul kak Sha lagi, kesihan dia bang,"

"Zura jangan risau, nanti abang carikan rumah lain, lepas nie apa abang buat, zura tak akan nampak, zura tak akan dengar lagi,"

Fazura melambai-lambai tangannya
"Tak.. tak.. tak.. bukan tu maksud Zura bang, jangan, jangan cari rumah lain,"

Farid Husin tidak menjawab, dia bangun, sebenarnya dia agak terkilan dengan sikap Fazura kerana menghalangnya dari terus memukul Awaisha Laila, lebih-lebih lagi isterinya itu seperti menyebelahi Awaisha Laila berbanding dirinya

"Abang nak keluar,"

"Abang nak pergi mana?,"

"Mana-mana je,"

"Abang, zura minta maaf kalau Zura ada buat salah,"
Rayu Fazura sambil memegang lengan suaminya

Farid Husin memandang sekilas wajah Fazura, ada kekecewaan pada riak wajahnya, Farid Husin terus mengayun langkahnya keluar dari bilik, tapi dia biarkan saja lengannya di rangkul Fazura

"Abang, Zura minta maaf, Zura minta maaf,"
Zura memeluk belakang suaminya tapi Farid Husin tetap melangkah

walaupun Farid Husin sekadar diam dengan rayuan Fazura, ketika menuruni anak tangga, dia memeluk isterinya, bimbang jika fazura terjatuh nanti

"Abang keluar sekejap je,"

"Zura tahu, abang marahkan Zura, Zura minta maaf,"

Farid Husin mengeleng
"Tak, abang tak marah, abang keluar sekejap je,"

Farid Husin mencium dahi isterinya sebelum keluar, Fazura berdiri di balik pintu kereta sambil menangis, selepas menghidupkan enjin kereta, Farid Husin terus memandu keretanya meninggalkan pekarangan rumahnya

Fazura terus memerhati kereta suaminya hilang dari pandangan kemudian bergegas masuk semula ke dalam rumah, tangannya mengesat-ngesat air mata sambil kedua kakinya di ayun naik ke atas

Awaisha Laila terbaring lesu, darah mengalir dari hidung dan mulutnya, bola matanya melirik ke arah susuk tubuh Fazura sedang masuk ke dalam biliknya,

"Zu.. zura buat apa?,"
Terketar-ketar Awaisha Laila bertanya bila melihat fazura membuka beg pakaiannya sebelum membuka pintu almari pakaian

"Kak sha kena lari dari abang Farid, jangan duduk sini lagi,"
Jawab fazura sambil mengeluarkan pakaian-pakaian Awaisha Laila

"Ja.. ja.. jangan Zura, kakak tak boleh lari,"
Awaisha Laila menangis

Fazura terduduk di lantai memandang Awaisha Laila

"Sampai bila kak sha, sampai bila kak sha boleh tahan, zura yang tengok kak sha kena pukul rasa macam nak gila tau tak, kak sha lari jelah,"
Rayu Fazura dengan tangis esak

"Mari sini Zura, tolong kakak bangun,"

Fazura merangkak mendekati Awaisha Laila, tangannya sempat menarik beberapa tisu di dalam kotak, darah yang meleleh dari hidung dan mulut Awaisha Laila di kesat, badan Awaisha Laila di rangkul, di angkat supaya duduk, bersandar pada dinding

Air mata Awaisha Laila masih menitis kerana kesakitan pada muka dan perutnya, fazura menangis teresak-esak bila melihat muka madunya lebam teruk sehingga mengecil mata madunya itu

"Sakitnya Zura, sakitnya,"
Rintih Awaisha Laila, termegah-megah nafasnya menahan sakit

"tunggu, biar Zura telefon kak farah, minta dia tolong hantar kak sha pergi hospital,"

Awaisha Laila mengeleng, tangan Fazura di pegang
"Tak usah, biarkan je, kak boleh tahan,"

"Tolonglah kak sha, muka kak Sha dah lebam, baik kak Sha pergi hospital,"

Awaisha Laila melepaskan nafas pelan, bibirnya melirik senyuman paksa

"Zura nak tahu tak kenapa abang Farid benci sangat pada kakak,"

Fazura mengesat-ngesat air matanya sebelum kepalanya terangguk-angguk

"Tapi Zura kena janji, jangan ceritakan pada sesiapa apa yang Zura dah dengar,"

"Kak Sha jangan risau, Zura janji,"

Awaisha Laila menarik nafas namun mengerang perlahan kerana perutnya sakit

"Dulu, waktu kakak tingkatan tiga, abang farid dengan kakak satu sekolah, satu kelas,"

"Satu sekolah? kat melaka ke?,"

Awaisha Laila mengangguk sedikit

"Kalau zura nak tahu, abang farid dulu selalu buli kakak, boleh di katakan setiap hari ada saja cara dia buli kakak, tapi kak tahan je, sebab waktu tu kakak tiada kawan,"

"Abang farid jahat sangat ke kak?,"

Awaisha Laila terbatuk-batuk
"takdelah jahat cuma terlalu nakal je,"
Awaisha Laila tersenyum
"Tapi waktu tu abang farid tak berapa pandai, kalau ujian je, mesti dapat nombor paling corot,"

Fazura tersenyum sambil mengesat titisan darah yang mengalir ketika Awaisha Laila batuk

"Nek ja?,"
Awaisha Laila merenung atas siling
"Itu panggilan Arwah nenek abang farid, orangnya baik, kakak sayang sangat pada Nek ja,"

Awaisha Laila menangis bila terkenangkan arwah nenek farid Husin

"Habis tu kak, kenapa abang farid tuduh kak sha yang bunuh Arwah nenek dia,"

"Sebelum kakak naik tingkatan empat, Arwah nenek abang farid ada jumpa kakak kat sekolah, dia nak upah kakak supaya belajar dengan Farid, kakak terima sebab waktu tu kakak memang perlukan duit, mula-mula memang seksa sangat berlajar dengan abang Farid, tak kira kat sekolah, kat rumah, dia selalu je buli kakak, tapi semua tu tak lama, abang farid mula berubah sedikit demi sedikit, lama kelamaan kami berdua semakin rapat,"

"Kak sha bercinta dengan abang farid ke?,"

Awaisha Laila mengangguk
"Kami berdua bercinta tanpa pengetahuan Arwah Nek Ja, waktu tu kakak betul-betul cintakan abang Farid, kakak turutkan sahaja kehendak dia, satu hari kami berdua terlanjur,"

"Ter.. terlanjur?,"
terkejut Fazura, bola matanya terpaku memandang madunya

Awaisha Laila mengangguk
"Itulah punca segalanya Zura, apa yang belaku pada kakak sekarang adalah dosa-dosa yang pernah kakak buat dulu, Abang farid memang tak nak anak dalam kandungan kakak, dia berusaha mencari duit untuk gugurkan kandungan kakak,"

Fazura menekup mulutnya, seakan tidak pecaya apa yang dia dengar sekarang

"apa dosa anak tu kak, kenapa abang farid sanggup nak gugurkan anak tu?,"

"Kami muda sangat waktu tu, Abang farid pula takut kalau Arwah Nek ja tahu, sebab Arwah Nek Ja mengidap sakit jantung, abang farid suruh kakak jangan datang atau jumpa dengan Arwah Nek Ja tapi Arwah Nek Ja dapat tahu kakak mengandung,"

"Macam mana Arwah nenak abang farid tahu?,"

"Dari mesej abang farid dengan kakak, Arwah Nek Ja telefon kakak suruh jumpa dia, tapi kakak tak nak, lepas tu Arwah Nek Ja ugut kakak, dia nak laporkan pada polis sebab abang farid dengan kakak curi barang kemas dia, kakak jadi takut,"

"Berapa bulan kandungan ka Sha waktu tu?,"

"Tiga bulan,"
Awaisha Laila menangis
"Kakak terpaksa pergi jumpa Arwah Nek Ja, lepas Arwah Nek Ja tengok perut kakak, arwah Nek Ja terus pingsan, kakak jadi panik, kakak tak tahu apa nak buat sebab waktu tu tiada orang lain kat rumah, kakak pergi rumah jiran minta tolong, lepas tu kakak terus balik, sebab kakak takut,"

"Waktu tu ke Arwah nenek abang farid meninggal?,"

Awaisha mengeleng
"Tak, Arwah Nek Ja di masukkan ke hospital, abang Farid pulak mengamuk, tuduh kakak punca Arwah Nek Ja masuk hospital, lepas tu dia cuba bunuh kakak, dia nak tolak kakak dari balkoni hotel,"

terbeliak mata Fazura, dia tak menyangka suaminya sanggup melakukan hal seperti itu

"betul ke kak Sha?,"

Awaisha Laila mengangguk
"Tapi nasib baik perkerja hotel sempat selamatkan kakak, kakak pingsan waktu tu, bila kakak sedar arwah Nek Ja dah meninggal, abang farid pula masih dalam lokap,"

"Habis tu macam mana dengan Kandungan kakak?,"

Awaisha Laila menatap wajah Fazura agak lama, dia tidak mahu memberitahu pada Fazura jika anaknya itu selamat bimbang jika fazura terlepas cakap, andai kata fazura melihat dirinya di pukul farid Husin lagi

"Kandungan kakak gugur,"

(Bab akan datang)

Fazura dengan Awaisha Laila di masukan ke dalam hospital

Puan syakilah akhirnya memberitahu kepada Dato sri Hassan kamarudin, fuad sobri, fazilah dan fadil Fitri siapa Awaisha Laila sebenarnya

Puan syakilah dapat tahu siapa yang mengambil sampul surat peninggalan Arwah Nek Ja

Datin Sri Sahara besama Farah berjalan melewati kaunter jururawat Selepas melawat Fazura, ketika itu ada seorang wanita sedang berdiri di depan kaunter sambil mendukung anak kecil

"Comelnya, nama siapa?,"
Tanya salah seorang jururawat di balik kaunter

"nama saya Muhammad Farhan,"

"Nama ayah?,"

"Ummm.. Nama ayah Farhan, Farid Husin,"

Langkah Datin Sri Sahara serta-merta terhenti begitu juga Farah bila mendengar nama yang di sebut anak kecil itu tadi

TUNGGU!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience