LIF :Bab 2

Fantasy Completed 30932

Seorang gadis sedang ke hulu-hilir tidak senang duduk. Dirinya gelisah melihat pemandangan yang menjamu matanya sebentar tadi. Di manakah pemilik kedai ini? Kenapa keadaan kedai ini berselerakkan seperti dilanggar garuda? Hatinya mula resah mengenangkan nasib pemilik kedai itu tanpa mengetahui keadaannya.

Kling!

Terdengar pintu kedai itu ditolak dari luar membuatkan gadis itu terus berpaling untuk melihat gerangan yang masuk itu. Kelihatan seorang lelaki sedang memapah seorang lagi lelaki yang tidak bermaya dengan wajahnya lebam kesan dipukul. Terbutang mata gadis itu lalu terus meluru mendapatkan susuk tubuh itu.

"Apa dah jadi dengan you ni, Zayn?" soal Tiara panik sambil tangannya membelek wajah lelaki dihadapannya. Zayn tidak membalas. Sentuhan lembut itu membuatkannya meritih kepedihan.

"Aku tak tahu apa yang dah berlaku. Aku sampai je tengok dia ni dah terbaring kat depan tu." dijuihkan mulutnya menunjukkan tempat di mana dia menemukan Zayn.

"Errrr..Bagi dia duduk dulu." ujar Tiara itu sambil matanya melilau mencari kerusi untuk Zayn. Setelah menemukan apa yang dicarinya di ambil dengan pantas lalu dibawakan ke arah Zayn. Ghadi dengan perlahan mendudukkan Zayn yang masih merintih kesakitan. Apabila Zayn sudah selesa dengan posisinya, Ghadi terus meregangkan pinggangnya kerana terasa leguh memapah tubuh sasa Zayn. Tiara sudah mengambil tempat di sebelah Zayn dan masih membelek wajah itu.

"Tell me, apa yang dah jadi?" soal Tiara ingin tahu. Selagi dia tidak mengetahui apa yang sudah berlaku terhadap lelaki dihadapannya selagi itu hatinya tidak tenang.

"Tak ada apa-apa." Zayn berkata sambil meringgis. Dia membetulkan dirinya agar lebih selesa duduknya.

"I...cuma jatuh je tadi." dalihnya.

"Jatuh apanya. Muka sampai pecah macam tu kau kata jatuh. Kau kena pukul,kan?" tebak Ghadi sudah mendegus geram. Tiara terus berpaling memandang Ghadi dengan renungan tajam.

"Siapa yang pukul dia?" soal Tiara keras.

"Manalah aku tahu. Aku tak nampak siapa yang pukul dia tapi aku tahu Zayn ni dipukul bukan jatuh. Kalau jatuh takkan muka bengkak macam tu." Tiara memandang semula Zayn dengan pandangan sayu. Sakit hatinya melihat wajah kacak yang membuatkan tidurnya tidak lena beberapa hari ini berwajah lebam dan bengkak.

"Please Zayn,Tell me. Who do it this?" soal Tiara lagi tidak puas hati.

"Betul. I jatuh, Tiara. I angkat barang-barang tu tadi lepas tu I jatuh." jawab Zayn lemah. Tidak ingin memperbesarkan hal ini. Tiara merengus. Tiara tahu Zayn menyorokkan perkara yang sebenar. Zayn melihat wajah gadis dihadapannya terus memberikan isyarat kepada sahabatnya Ghadi.

"Tiara, aku rasa mamat ni tak ada apa-apalah. Alah kata anak jantankan takkan kena sikit dah jadi lembik macam pondan pula,kan. Kau tak payah risaulah." mulut laser Ghadi memang tidak boleh dikawal. Zayn hanya mengeleng mendengar kata-kata pedas itu keluar dari mulut Ghadi. Tiara terus menjeling memandang tajam ke arah Ghadi. Geram rasanya mendengar kata-kata Ghadi tadi. Orang tengah risaukan keadaan lelaki pujaannya dia boleh cakap lepas begitu.

"You...I ok. Don't worry. You baliklah dulu. I nak rehat." pinta Zayn kepada Tiara. Tiara terus memandang semula Zayn dengan pandangan penuh kerisauan.

"You pasti you ok? Nak I panggilkan doktor untuk cek keadaan you."

"I baru je balik dari klinik. I'm ok. Please Tiara." rayu Zayn.

"Tak pun I panggilkan nurse untuk jaga you sementara ni." cadang Tiara beria-ria.

"No. Jangan. I tak apa-apa. Sikit je ni. Lagipun Ghadi ada." tolak Zayn lembut.

"Tiara, kau jangan risaulah. Dia tak ada apa-apa. Aku ada boleh tolong jaga dia. Kedai dia ni pun aku akan jagakan. Lagipun pakwe kau ni bukan sakit nak mati pun. Malam nanti eloklah tu. Kau tengok malam nanti dia bukan setakat dah ok je silap-silap boleh berlari satu daerah nanti." perli Ghadi dengan selamba. Zayn memberikan jelingan pula pada sahabatnya itu.

Kurang asam betul kawannya berkata macam tu. Kenapalah dirinya boleh berkawan dengan kawan yang loyar buruk dan bermulut laser? getus Zayn di dalam hati. Walaupun Ghadi bermulut lepas dan kadang-kala tidak menjaga sensitiviti namun Ghadi seorang yang baik dan boleh diharapkan.

"Betul kata Ghadi tu. You balik dulu. Nanti tercari-cari pula family you." arah Zayn sekali lagi. Tiara tiada pilihan. Terpaksa akur dengan permintaan kekasih hatinya itu.

"Baiklah. Apa-apa hal you beritahu I ye." dengan lirih Tiara berkata sambil matanya menekur ke bawah.

"Ye... I akan text you apa-apa hal. Don't worry." Tiara terus bangun dari duduknya lalu memandang Zayn sayu. Ikutkan hati dia tidak mahu meninggalkan Zayn. Dia mahu menjaga dan merawatnya. Namun kerana batas antara mereka Tiara akur.

Tiara dengan lemah melangkah keluar dari kedai serbaneka milik Zayn. Tiara yang sudah berada di luar kedai itu terus mengubah riak wajahnya daripada sayu kepada geram. Rasanya Tiara dapat menghidu siapakah yang melakukan semua perkara ini. Ini tidak lain tidak bukan hanya seseorang yang sangat mengenali dirinya.

Eva Aurora membetulkan cermin mata yang dipakainya yang sudah melorot di batang hidungnya. Dia sedang menaip nukilannya untuk bab seterusnya begitu asyik hingga tidak sedar cermin matanya hampir jatuh. Sedang dirinya sedang asyik menaip, dirinya telah terganggu dengan panggilan telefon dari seseorang. Eva Aurora tanpa membuang masa terus menjawab panggilan itu kerana dirinya tahu siapakah gerangan yang menghubunginya itu melalui ringtone yang dipasangnya untuk gerangan itu.

"Ye, Encik Fahim. Ada apa?" soal Eva Aurora setelah meletakkan telefonnya di telinganya.

"Eva, boleh kita jumpa sekejap." pinta lelaki itu dihujung talian. Eva Aurora mengerutkan dahinya. Terasa pelik dengan editornya itu. Jarang sekali editornya itu ingin berjumpa empat mata dengannya. Mereka lebih selesa berbual melalui telefon sahaja. Eva Aurora menyandarkan badannya lalu sebelah tangannya menyilang ke dadanya.

"Kenapa pula nak jumpa?" soalnya tanpa menjawab pertanyaan Fahim tadi.

"I ada nak bincang sesuatu dengan You. Boleh kita jumpa?"

"Bincang apa tu? Tak boleh cakap dalam telefon ke? Bukan selalu You akan bercakap direct dalam telefon. Tak perlu berjumpa." soal Eva Aurora mula sangsi.

"Bukan tak boleh tapi I rasa lebih elok kita berbincang secara bersua muka. I janji I tak ambil masa you dengan banyak. Hanya 10 minit je. Please." rayu Fahim membuatkan Eva Aurora mengalah.

"Oklah. Jumpa saya di tempat biasa." akur Eva Aurora malas.

"Ok baik boss. Dalam 10 minit I sampai." ujar Fahim sebelum menamatkan panggilan mereka berdua. Eva Aurora mengeluh lalu tangannya memegang tetikus lalu ditarik tetikus itu ke arah butang simpan lalu dikliknya. Setelah itu, dia bingkas bangun dari duduknya untuk mempersiapkan dirinya.

* * *

Eva Aurora menolak pintu kafe tersebut lalu mencari-cari kelibat gerangan yang ingin bertemu dengannya. Kelihatan Fahim sudah menunggunya di satu sudut yang agak terlindung dari pelangan lain. Eva Aurora terus melangkah ke arah itu sambil memberikan arahan kepada Dayana untuk membuat pesanannya seperti biasa. Dayana yang berada di belakang kaunter mengangguk faham.

"Yes, Encik Fahim. Lama tunggu?" tegur Eva Aurora sudah melabuhkan punggungnya dihadapan Fahim. Fahim yang tersedar akan kedatangan Eva Aurora terus membetulkan duduknya. Ditegakkan badannya.

"Tak lama. Baru je sampai." ucap Fahim sambil tersenyum tipis.

"Ada apa You nak jumpa I ni? Selalu boleh je cakap dalam phone atau whatsApp. Kali ni tak boleh pula." tanpa buang masa Eva Aurora terus ke topik utama pertemuan mereka. Belum Fahim berkata perbualan mereka terhenti sekejap kerana Dayana datang untuk menghidangkan air ais mocha kepada Eva Aurora. Minuman kegemaran Eva Aurora. Eva dan Dayana saling berbalas pandangan lalu Eva Aurora mengangguk untuk mengucapkan terima kasih. Dayana terus meninggalkan mereka berdua memberi ruang untuk mereka berbincang.

"Macam ni Eva, I nak discuss pasal ending untuk watak Irvan ni."

"What? Maksud you?" Fahim menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan semula bicara.

"I tahu you akan matikan watak Irvan ini seperti yang you buat untuk watak antagonis you yang lain. Tapi boleh tak untuk kali ini You tak payah matikan watak itu. Sebab I tak nak readers You bosan dengan stail cerita You." pinta Fahim. Eva Aurora mendengus. Balik-balik perkara itu dibangkitkan.

"Encik Fahim faham tak karakter antagonis ni macam mana. Watak antagoniskan memang jahat. Why kita nak selamatkan watak tu pula?" bidas Eva Aurora geram.

"Tapi tak semestinya kita perlu matikan watak tu atau beri ending yang yang tragis. Ada sahaja watak macam itu diberikan ending yang elok dan berubah menjadi baik di akhir cerita. Lagipun I baca watak Irvan tu taklah teruk sangat. Dia tak jahat mana pun."terang Fahim mengharapkan Eva Aurora akan mengubah fikirannya.

"Sebab dia belum tunjukkan taring dia yang sebenar. Tunggulah bab seterusnya." gumam Eva perlahan membuatkan Fahim tidak dengar apa yang dikatakan.

"Sorry, apa You kata? I tak dengar."

"Tak ada apa-apa." jawab Eva Aurora selamba.

"So You nak I buat apa?" soal Eva Aurora meminta kepastian walaupun dirinya sudah tahu apa yang akan di minta oleh editornya itu.

"You selamatkan watak tu. Buat kelainan untuk cerita You yang ini. Lagipun readers You pun ramai yang nak watak Irvan itu bertemu dengan kebahagiannya juga. Tu je permintaan I. Bukan I suruh You ubah watak tu jadi hero pun." Eva Aurora mengosok pangkal lehernya dengan rahangnya bergerak-gerak.

"Tengoklah macam mana." balas Eva Aurora bersahaja.

"I harapkan You mempertimbangkan cadangan I tadi." Eva Aurora hanya mengangguk malas.

"Ok. I need to go right now. Untuk kali ni You ikut kata readers You dan kata I. Bolehkan?" Fahim meminta kepastian sekali lagi. Eva Aurora mengangguk dengan kuat memberikan jawapan. Melihat anggukan itu membuatkan Fahim berasa sedikit lega walaupun dia tidak mengetahui adakah Eva Aurora akan menerima cadangannya itu. Fahim pun bangun meminta diri lalu berura-ura ingin meninggalkan kafe itu.

Pergi sahaja Fahim dari kafe itu, Dayana datang menghampiri Eva Aurora yang sedang duduk seorang diri. Dia mengambil tempat yang diduduki Fahim tadi lalu terus menyoal,"Ada apa editor kau cari kau tu?"

"Suruh aku selamatkan watak Irvan." jawab Eva Aurora selamba. Terbeliak mata Dayana. Teruja dirinya apabila ada yang bersependapat dengan dirinya.

"Habis kau setuju nak ubah plot asal kau?" Eva Aurora hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Melihat jongketan bahu untuk membuatkan Dayana mencebik.

"Kau ni kan. Mesti kau tak nak ubah plot kau tu,kan. Aku tahu dah peel degil kau tu." teka Dayana geram sambil memeluk tubuhnya.

"Aku tak suka ubah plot cerita aku. Kau tahu kan?"

"Ye aku tahu tu. Tapi Irvan tu tak jahat sangat pun. Dia buat tu semua sebab untuk kebaikan Tiara juga. Yelah Tiara tu asalnya dari kalangan yang berada then kalau dia bersama dengan Zayn yang hanya cukup-cukup makan kau rasa dia boleh survive ke? Silap-silap dia tak tahan tinggalkan Zayn."

"Emo betul kau dengan watak Irvan tu,kan?" perli Eva Aurora.

"Mestilah emo. Dia watak antagonis yang tak boleh dibenci." bentak Dayana sambil menghentakkan tangannya di meja.

"Tolonglah, Eva. Ubah plot kau tu. Ikut je saranan editor kau tu." rayu Dayana sambil mengoncangkan lengan Eva Aurora.

"Ish...nantilah aku fikirkan." marah Eva Aurora sambil menepis lengannya dari menjadi mangsa Dayana. Dayana menjeling sahabatnya dengan geram.

"Apa salah watak tu sampai kau benci sangat dengan dia? Kau jangan nanti kau jatuh hati pada orang macam Irvan tu baru padan muka kau." sindir Dayana dengan geram. Eva Aurora membuat riak muka menyampah sambil menjulingkan matannya.

"Walaupun tinggal dia seorang je lelaki dalam dunia ni aku takkan terima dia. Kalau hati aku jatuh dengan orang macam dia tu, aku sanggup kerat tangan aku ni." sambil mengangkat tangan kirinya manakala tangan kanan pula membuat bentuk seperti pisau lalu dilalukan pergelangan tangan seakan-akan dia akan mengerat tangannya itu.

"Aku takkan jatuh hati dengan orang macam Irvan walau seribu tahun." sambung Eva Aurora bongkak. Dayana mengeleng melihat sikap sahabatnya itu.

"Jangan cakap besar, Eva. Aku takut apa yang kau kata sekarang ni terpalik semula pada kau. Baru time tu kau rasa menyesal." nasihat Dayana. Eva Aurora hanya mencebikkan bibirnya.

"Dahlah kau pergi buat kerja kau sana. Aku nak naik atas semula."

"Pekerja aku boleh buat semua tulah. Buat apa aku upah dia orang kalau semua aku kena buat. Tu lah bila aku cakap kau mesti nak lari, kan." Eva Aurora hanya tersenyum lalu terus bangun dari duduknya. Gelas yang masih berisi ais mochanya di capai.

"Hei, tu gelas tu kau nak bawa ke mana?"

"Bawa naik ataslah. Ada lagikan airnya. Sayang tau. Tak baik membazir." jawab Eva Aurora selamba terus berlalu pergi sambil membawa gelas yang masih mempunyai air. Mengeleng-geleng Dayana. Nasib sahaja kafe yang diusahakan oleh Dayana dan rumah yang mereka berdua duduki bangunan yang sama. Jadi tiada masalah untuk dirinya mengambil semula gelas tersebut.

Eva Aurora menatap skrin laptopnya. Dia perlu menyiapkan secepat mungkin novelnya agar tiada yang akan memaksanya mengubah plot cerita yang sudah disusunnya. Eva Aurora mematah-patahkan jari-jemarinya dan mengerakkan tekuknya ke kiri dan kanan agar lebih selesa. Lalu dengan semangat Eva Aurora menarikan jari-jemarinya di atas papan kekunci dengan laju. Dia bertekad untuk tidak tidur agar dapat menyiapkan draf novelnya itu.

Malam makin larut. Kelihatan Eva Aurora masih setia di meja belajarnya menaip di hadapan laptopnya. Suasana bilik itu suram hanya diterangi dengan lampu meja dan lampu biasan dari laptopnya. Sedang asyik dia menaip tiba-tiba tubuh Eva tersentak. Tangannya yang tadi laju menaip terus terhenti. Eva Aurora seperti mendengar sesuatu.

"Kenapa?"

Eva Aurora terus berpaling mencari punca suara yang asing baginya. Perasaannya mula berasa seram kerana hanya dia seorang sahaja di dalam bilik itu.

"Kenapa?"

Suara itu berkata lagi. Eva Aurora memalingkan wajahnya ke arah lain pula. Berkerut wajahnya.

"Siapa?" dengan takut-takut Eva Aurora cuba bertanyakan gerangan suara itu.

"Kenapa kau buat nasib aku begitu? Tidak layakkah aku untuk bahagia?" soal suara itu dengan keras.

"Siapa kau? Jangan main-mainlah. Kau ingat aku takut ke?" Eva Aurora mula marah. Difikirnya ada orang ingin mengenakan dirinya.

"Aku adalah orang yang kau cipta." tersentak Eva Aurora mendengar kata-kata itu. Terbeliak matanya.

"Apa maksud kau tu? Aku tak faham. Jangan nak main-main dengan aku. Baik kau keluar sekarang!" bentak Eva Aurora dengan geram. Walaupun dirinya takut namun dia perlu menunjukkan keberaniannya agar gerangan itu tidak berani mengacaunya.

"Aku ada di hadapan kau." ujar suara itu keras. Eva Aurora terus berpaling lalu memandang di skrin laptopnya. Tercenganng mukanya melihat paparan di laptopnya. Seingatnya dia tidak menaip patah perkataan itu tadi. Terus bangun dirinya kerana terkejut. Kerusi yang diduduki terus mengelongsor ke belakang.

Nafas Eva Aurora turun naik melihat paparan skrin itu. Tidak semena-mena beberapa patah perkataan tertaip sendiri membuatkan dirinya kaget.

"Aku ingin jadi watak hero di setiap cerita kau. Bukannya watak antagonis!"

"Argh....!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience