Rate

Bab 1: The Rake

Fantasy Series 127

Hari pertama sebagai pasukan Hydra...

Sebuah helikopter tentera berwarna hitam terbang menghampiri sebuah pulau bernama pulau Nest yang terletak di Laut China Selatan. Helikopter itu mendarat di atas tapak pendaratan helikopter dan selepas itu sekitar enam belas anggota tentera pelbagai negara keluar dari helikopter. Salah seorang daripada mereka ialah Fazli.

Kesemua mereka mengenakan seragam khidmat lengkap dengan lencana pada seragam. Kesemua mereka dibawa menuju ke arah sebuah dewan untuk diberikan taklimat. Mereka duduk di atas beberapa buah kerusi yang disediakan.

Taklimat diberikan dalam bahasa Inggeris. Kesemua anggota tentera yang baru sahaja tiba mendengar dengan teliti dan ada juga yang mencatatnya di dalam buku nota. Selepas diberikan taklimat, mereka dibawa untuk makan tengahari di sebuah kafetaria.

Fazli bagaimanapun tidak berselera menjamah makanan yang dihidangkan meskipun ianya makanan yang halal. Dia hanya meminum air coklat sejuk untuk membasahkan tekak dan menjamah sedikit roti sahaja. Selepas itu, mereka dibawa ke bilik mereka masing-masing.

Fazli ditempatkan dalam pasukan Skuadron 12. Pasukan ini ditempatkan di blok D. Fazli dibawa ke bilik dorm yang terdapat beberapa katil tingkat.

"Looks like we have a new man here." Ujar seorang anggota pasukan Hydra bernama Koperal Grover daripada Navy Seals.

Beberapa anggota pasukan Hydra bangun setelah diarahkan oleh pegawai memerintah Skuadron 12 bernama Leftenan Kolonel Jaka Adika daripada tentera nasional Indonesia.

"Alright boys we have a new man here."

Fazli pun memperkenalkan dirinya. "My name is Sargent Fazli Zainal from Malaysia Military Forces. I was 28 years old and from Kota Bharu Kelantan. Single and has no family."

Selepas sesi suai kenal, Fazli duduk bersama beberapa orang anggota tentera Hydra yang berasal daripada beberapa buah negara berbeza. Antara mereka ialah...

1. Koperal Grover, 27, bujang, anggota US Navy Seals.
2. Prebet Gupta, 23, Sniper, bujang, tentera laut India
3. Sarjan Abdullah, 34, bujang, Tentera Darat Arab Saudi.
4.Prebet Toshio, 29, bujang, Pasukan Pertahanan Diri Jepun
5.Prebet Kim Yong Hoo, 26, Combat Medic, Tentera Korea Selatan.
6. Prebet Adam Ahmad, 23, bujang, Angkatan Tentera Malaysia.

"You are from Malaysia?" Tanya Koperal Grover.

"Yes I was from Kelantan." Jawab Fazli.

"It's mean you are from the same country with Adam."

"Adam?"

"Saya Sarjan." Satu suara dalam Bahasa Melayu muncul. Berasal daripada seorang tentera yang masih muda.

"Kau orang Malaysia?"

"Ya Sarjan. Saya dari KL. Prebet Adam Ahmad, Batalion 2, RRD."

Fazli menganggukkan kepalanya. Jam menunjukkan jam 1400. Fazli, Abdullah dan Adam meminta diri untuk menunaikan solat zuhur bersama-sama.

Di sebuah bangunan kosong. Lokasi, Texas Amerika Syarikat...

Dua orang remaja sedang melakukan eksplorasi ke dalam sebuah bangunan lama yang sudah ditinggalkan selama lebih 20 tahun. Mereka banyak mendengar berita mengenai suara misteri dari dalam bangunan ini jadi mereka ingin membuat konten di bangunan lama ini. Bangunan itu merupakan bekas sebuah hospital yang pernah diserbu oleh FBI tanpa diketahui sebab yang jelas.

Mereka berdua menaiki tangga naik ke atas dan saat itu, mereka mendengar suara dari tingkat atas.

"Hrrh." "Hrrh." "Hrrh."

"What the hell is that?"

Saat itu, mereka menemui sebuah pintu yang dikunci. Mereka memecahkan pintu itu dan cuba melihat apa yang ada di dalam.

"What the fu*k is that thing!??"

Seekor makhluk menyerupai manusia berkepala botak dan kurus kering merangkak ke arah mereka dengan mengeluarkan suara yang mengerikan. Kedua-dua lelaki itu dengan kelam kabut berlari keluar dari bangunan itu. Dengan pantas mereka berdua berlari masuk ke dalam kereta dan terus beredar.

"All the personnel of 12 Squadron and 13 Squadron please be in the operations room at 2200 hours. This is not a drill. I repeat. This is not a drill."

Satu suara daripada pembesar suara kedengaran. Dengan kadar segera, semua anggota pasukan Skuadron 12 dan skuadron 13 yang sedang melakukan aktiviti seperti membersihkan kasut, menulis buku dan bermain gitar segera bangun dan menuju ke bilik operasi termasuk Fazli. Selepas sampai, kelihatan pegawai operasi bernama Mejar Grizz daripada Sepanyol berdiri di hadapan mereka.

Mejar Grizz pun memberikan taklimat "alright gentlemen. we have a little problem here. Yesterday morning, the Texas Police Department received a report from two teenagers who claimed to have seen a mysterious creature in an old hospital. The hospital had been closed for the past 20 years after the hospital was raided by Police and FBI. The reason for the raid is unknown to this day. So our mission is to find and capture this creature. Clear?"

"Clear!" Jawab kesemua anggota tentera Hydra serentak.

"Good, our mission will be carried out tomorrow at 8030. That's all from me."

Keesokan harinya...

Terlihat Fazli berada di dalam sebuah trak hitam yang diiringi dua buah kereta polis. Terdapat dua buah trak yang berisikan pasukan daripada Skuadron 12 dan 13. Tugas mereka ialah menangkap makhluk yang diberi nama "The Rake." Kesemua mereka memakai seragam hitam dan bersenjata lengkap.

Dua buah trak itu akhirnya tiba di hadapan sebuah hospital. Inilah hospital yang dimaksudkan. Kesemua pasukan segera keluar dan mengepung sekeliling kawasan hospital.

Leftenan Kolonel Jaka memimpin serangan. Skuadron 13 akan berjaga di luar dengan dibantu oleh polis dan sheriff manakala skuadron 12 akan melakukan serbuan masuk ke dalam. Selepas diberikan penjelasan, Skuadron 12 yang dipimpin oleh Sarjan Abdullah merempuh masuk ke dalam bangunan Hospital.

Dengan senjata terhunus, mereka melangkah naik ke atas untuk memburu makhluk itu. Pasukan mereka dibahagikan kepada dua iaitu pasukan A dan B. Pasukan A akan naik ke tingkat atas sementara B akan berada di tingkat bawah.

Fazli yang berada di dalam pasukan A melakukan serbuan ke tingkat atas. Toshio yang berada di belakang mendengar suara. Dengan pantas senjata diarahkan ke belakang.

"what's wrong with you Toshio?" Tanya Grover.

"I think I heard something."

Tanpa mereka semua sedari, makhluk yang sedang mereka cari berada di dalam kegelapan. Saat itu, makhluk itu memimpin keluar dan menyerang mereka.

"Oh Shit! Contact at 6!"

Beberapa tembakan dilepaskan namun makhluk itu terlalu pantas. Dengan pantas makhluk itu menerkam Toshio menyebabkan Toshio cedera. Dia mengalami kecederaan kerana dicakar.

"Man down!"

Mereka terus menembak ke arah makhluk itu namun malangnya makhluk itu sudah melarikan diri di dalam kegelapan.

"sergeant, I think we need to get inside and find that ugly bastard." Kata Koperal Grover.

Mereka kemudian menyerbu masuk ke dalam ruangan bangunan yang gelap gelita dengan menggunakan alat penglihatan malam. Dalam posisi senjata terhunus, mereka memecahkan pintu yang berada di hadapan bagi meneruskan serbuan.

"Clear!"

Saat mereka masuk ke dalam, tiba-tiba...

"HIAARGGGH!"

Makhluk itu tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Tembakan pun dilepaskan namun makhluk itu sungguh pantas. Makhluk itu melompat dan berjaya menyerang Prebet Kim yang menyebabkan dia cedera.

"Oh Shit, help me from this thing!"

Grover menghalakan senjata namun tidak dapat melepaskan tembakan kerana bimbang mengenai Kim.

"I can't get shot!"

Saat itu, satu tembakan taser gun dilepaskan oleh Abdullah mengenai makhluk itu. Makhluk itu mengerang kesakitan. Melihat makhluk itu menjadi lemah, mereka yang lain melepaskan tembakan taser gun ke arah makhluk itu menyebabkan makhluk itu tersungkur.

Dengan pantas mereka mendapatkan makhluk. Makhluk itu akhirnya berjaya ditangkap dan akan dibawa ke Pulau Nest. Makhluk itu dikurung dalam sebuah kurungan berbentuk kotak besi yang dirantai dan dikunci dengan begitu kuat dan akan dibawa oleh pasukan National Guard ke markas tentera Udara Amerika untuk dibawa ke Nest.

"Alright gentleman, you guys did a great job." Puji Leftenan kolonel Jaka.

Akhirnya kesemua mereka dibenarkan untuk pulang ke Nest. Mereka dihantar dengan menggunakan sebuah helikopter CH-47 Chinook berwarna hitam. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat berbual-bual.

"Macam mana sarjan hari pertama buat operasi?" Tanya Prebet Adam.

Fazli hanya menjawab "Boleh lah jugak. Cuma mencabar sikit. Maklumlah ni kali pertama aku hadap makhluk-makhluk ni semua."

"Lama-lama nanti biasalah tu. nanti Sarjan akan terbiasa." Ujar Prebet Adam.

Helikopter itu terus menuju ke arah Nest. Matahari kelihatan semakin tenggelam menandakan siang akan segera melabuhkan tirainya.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience