BAB 7

Humor Completed 10496

“Tiket penerbangan di Kota London?” soalku. Semacam tak percaya. Suamiku menganggukkan. Aku senyum lebar. Tak sabarnya pergi London! Best sangat. Dah lama aku impikan kota London. Mahu pergi, tapi tak ada duit.

“Ini hadiah bulan madu. Mahal kan? Sebenarnya kawan abang semalam tu datang nak bagi tiket ni pada abang. Itu yang lama sangat semalam.”

“Patutlah sampai ke pagi baru abang nak masuk tidur.” Aku meneliti tiket penerbangan. Ada dua. Rasa hati tak sabar mahu pergi.

“Tak la. Malam ni baru kita tidur awal ye sayang.” Fadil mengenyit matanya. Gatal sungguh. Menyesal aku bagi tahu dia.

“Apa pun thanks abang!”

“Thanks je? Kiss tak ada?” Fadil menunjukkan jari telunjuknya di pipi. Aku menahan gelak.

“Seganlah. Kak ngah dengan abang long ada.” Memang segan. Dekat dapur pula tu.

“Malam ni abang tunggu. Janji tau!” dia mengenyit mata lagi sekali. Suka buat aku naik malu. Ishh!

“Sayang tak janji.” Aku main tarik tali.

“abang pun tak janji kita pergi honeymoon dekat London. Baik honeymoon dekat rumah je.”

“Ok fine.” Aku mengalah juga. Demi London aku turuti juga kehendak suamiku.

“Yes!” apa-apa jelah. Asalkan aku dapat pergi kota London. Bestnya.

Aku mendapati kak ngah di meja. Aku meneliti sarapan hari ini. Durian crepe? Pagi-pagi sarapan durian crepe? Aku memandang durian crepe pejam celik pejam celik. Rasa tak percaya.

“Apahal kau pandang durian crepe ni lain macam? Makan jelah. Ini permintaan suami kau. Suami kau makan durian crepe. Kau tak. Kau kena belajar makan apa yang suami kau suka makan. Nanti nak pergi London kau ingat suka-suka je? Laki kau tu nak ke London sebab ada perniagaan durian crepe. “

Aku terdiam dengan penjelasan kak ngah. Patutlah suami aku tu ajak aku pergi London.

“Si Afiq dengan Soreya pun suka durian crepe. Hah, kakak ipar kau dengan abang long kau pun suka. Tapi mak dengan abah jelah tak suka. Jadi kau kenalah cuba makan dan rasa. Kalau tak rasa tak tahulah kan? Belum cuba belum tahu. Belum kenal belum cinta.” Aku pening dengan ayat kak ngah ni. Lantaklah. Perut pun dah lapar.

Aku cuba rasa dengan garfu. Bismillah. Aku terdiam. Mengunyah sedikit demi sedikit. Aku rasa dunia ni ana yang punya. Sedapnya! Tak tipu. Patutlah suami aku gilakan durian crepe. Memang cinta durian crepe betullah suami aku ni. Em, sedap! Aku rasa dan rasa. Tapi bukan dah namanya rasa. Terus makan!

“Amboi lahapnya isteri abang ni makan. Sampai tak perasaan abang dekat sebelah ni. Air abang mana? Tak buatkan ke?” aku memandang Fadil. Aku diam. Alamak! Lupa nak buat air. Aku menelan durian crepe. Sedap tak tipu!

“Sayang, kelengkapan suami kena jaga tau. Jangan asyik makan je tak ingat dunia. Tak kan abang nak makan durian crepe je tanpa air. Nak tercekik abang ni. Kang abang mati, sayang jadi janda pula.” Aku menepuk bahu Fadil. Tak sayang mulut betul. Mulalah tu nak mengugut aku. Memang salah aku pun tak buatkan suami aku air.

“Abang nak air apa?” aku meletakkan garfu di pinggan. Dah tiga durian crepe aku makan.

“Air kopi dengan rasa kasih sayang.” Ada-ada je suami aku ni.

Tiba tiba emak dengan abah datang dari pintu. Nak terjatuh balang gula di tangan.

“Kau dah kenapa ni Laura? Sini mak buatkan air. Duduk sana teman suami kau makan.” Alamak.

“Mak, biarlah Laura buatkan. Laura ni isteri Fadil. Apa-apa pun, biar Laura buat.”

“Tahu, mak saja je nak tengok gelagat kamu.” Mak kemudiannya beredar dari dapur. Abah pun sama. Sekarang tinggal aku dengan Fadil saja di dapur. Kemanalah semua ni? tak nak sarapan pagi ke?

“Abang, tak kan kita berdua je makan dekat dapur ni?” Aku memberikan secawan kopi kepada Fadil.

“Entah. Sayang macam mana durian crepe tu? Sedap? Kan abang dah cakap. Kalau jual mesti laku punya. Sekarang abang dah buka pasaran dekat London. Sebab itulah, abang dapat tiket penerbangan dari Mad dan Nazril. Diorang bagi tiket ni sebagai hadiah perkahwinan kita. Kalau tak, tak dapat merasalah” Fadil menyuap durian crepe sepotong demi sepotong.

Sekarang tinggal satu durian crepe di pinggan. Sebenarnya ada lapan. Tiga aku makan. Tiga lagi suami aku makan. Satu je lagi. Ermm.

“Abang….” Aku merengek. Dia memandangku. Aku buat muka paling manis.

“Abang tahu sayang nak durian crepe lagikan? Meh sini abang suapkan.” Malu pula aku. Nak ke tak nak ni? ei, durian crepe punya pasal!

“Romantiknya pasangan pengantin! Makan suap-menyuap lagi!” Aku tersedak dek suara Eda yang tiba-tiba muncul di ruang dapur. Riuh rendah dapur. Semua ada, emak, abah, kak Long, abang Long, Kak Azmira, Soreya, Afiq dan Eda sekali.

“Eda!!!” Aku bangun dan memeluk Eda.

“Oh semua ni perancangan kau orang semua eh?” Tanyaku.

“Bukan kita orang. Suami kaulah!” Eda menunding jari ke arah Fadil yang sibuk melahap durian crepe sehingga habis. Geramnya.

“Terbaiklah kau ni Fadil. Sengaja menyakat adik aku.” Abang long menambah. Aku mencebik.

“Sebenarnya banyak lagi durian crepe. Semua ada dalam peti ais. Kamu je yang tak tengok.” Kak ngah menambah lagi. Malu pula aku dibuatnya.

Ini mesti Suami aku punya angkara. Kecik je mata aku bila lihat suami aku sendiri.

“Sayang abang minta maaf kalau perbuatan abang ni salah. Tapi inilah suasana harmoni. Dengan keluarga kita bermesra. Dengan abang pun kenalah lebih hormat,sayang, dan layan abang. Kasihilah abang semana abang curahkan kasih sayang abang pada Laura. Abang tak harap yang lain. Cuma sayang dan cinta dari Laura. Abang harap dengan durian crepe ini, cinta kita dapat berkembang. Manisnya cinta bagaikan durian crepe.”

Bermadah berjiwang pula suami aku ini. Semua bersorak. Soreya dan Afiq yang tak tahu apa-apa turut bersorak. Aku sayang suami aku, Fadil. Walaupun dia nakal tapi dia baik dan romantik. Dialah suri hariku. Buat suamiku Fadil saya selalu sayangkan awak. Ayat klise punya.

TAMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience