Prolog - DELIMA DALIA

Romance Completed 496681

Seorang gadis berumur sekitar 20 tahun sedang menatap wajahnya di dalam cermin. Di tilik setiap inci wajahnya yang penuh dengan solekan tebal. Di pusingkan badannya meneliti setiap inci pakaian yang sedang di pakainya itu. Sedikit tidak selesa dengan pakaian yang agak terdedah itu. Di tarik skrit yang pendek itu untuk menutupi pehanya yang terdedah. Bahunya di pukul dengan seseorang apabila melihat perilaku gadis itu. Gadis itu mengogoi kesakitan dengan pukulan itu. Di gosok bahunya yang terasa perit.

"Hah cantik pun. Tak ada la kampung sangat aku tengok."

"Ish tak cantiklah. Kau tengok ni semua terdedah. Ni mak aku tahu ni dia perambat aku dengan parang tau tak." nafi si gadis sambil mencuba menutup aurat badannya yang terdedah.

"Alah relax beb. Ni fesyen sekarang tau. Ni Kl bukan kampung nak kau pakai baju t-shirt besar dengan seluar slack. Ni fesyen budak Kl."

"Ish tapi aku tak sukalah. Semua terdedah ni."

"Mula-mula tak suka nanti bila kau tengok laki berderet nak ngurat kau baru kau suka. Lagipun kau cantik didi takkan kau tak nak tunjuk kecantikkan kau pada orang luar tu. Be confident, dear."

"Tapi Linda ni seksi sangat tau. Aku tak biasa la." ungkapnya menunjukkan wajah tidak selesanya.

"Cik Delima Dalia ini Kl. Kau nak mengharapkan kerja kau sekarang yang berapa kupang tu ke? KL ni keras beb. Jadi nak tak nak kau ikut aku buat kerja part time ni." hasut Linda, kawan serumahnya yang baru di kenalinya.

Delima Dalia merantau ke Kuala Lumpur sejak sebulan yang lalu. Selepas keputusan STPMnya keluar dan melihat keputusannya yang tidak cemerlang hanya cukup-cukup makan menyebabkan dia tidak dapat menyambung pelajarannya. Oleh itu, dia telah memujuk emaknya untuk merantau di Kuala Lumpur. Mana tahu dia mempunyai rezeki di bandar kota raya metropolitan itu.

"Tapi tak berdosa ke buat kerja ni?" Delima meminta kepastian.

"Kau bukan jadi GRO pun. Kita just serve minuman dan makanan je. Kalau ada orang ajak berbual kita layan tapi jangan pula lebih-lebih." jelas Linda lagi.

Linda telah menawarkan Delima bekerja di satu kelab malam yang terkenal di Kuala Lumpur. Kerja itu hanya di lakukan sebagai kerja sampingan mereka. Siang mereka bekerja di kilang berdekatan malam pula kerja di kelab malam untuk mencari duit lebih. Kerja mereka adalah sebagai pelayan di situ.

"Ish.. Kalau mak aku tau macam mana? Mati aku dikerjakan. Lagi abang-abang aku. Mati aku wei." Delima sudah membayangkan bagaimana dia di belasah oleh abang-abangnya.

"Kau ni. Biar pecah di mulut jangan pecah di mulut. Pandai-pandailah kau berlakon. Takkan tu pun nak aku ajar." Delima memandang wajah Linda dengan rauk wajah penuh pertanyaan.

Linda yang melihat wajah polos itu terus mengeluh kecil. Delima ini budak baru nak up orang kata jadi semua kena di terangkan dengan jelas.

"Kau bila balik kampung jangan pula pakai macam ni. Memang kau kena perambatlah kalau pakai macam ni depan mak dengan abang-abang kau tu. Lagi satu kau janganlah cerita kerja kau yang satu ni. Simpanlah sikit rahsia tu. Lagipun kerja ni tak ada salahnya cuma tempatnya jelah. Kau pun fahamlah. Tapi don't worry aku akan jaga kau nanti. Kau tengok aku dah berapa lama aku kerja situ tak ada apa-apa berlaku pada akukan." Linda memusing-pusingkan dirinya menunjukkan dirinya tiada apa yang berlaku dalam pekerjaan itu.

"Dah kau jangan nak banyak fikir. Ikut je aku kerja esok malam. Lagipun sampai bila kita nak kerja kat kilang cabuk tu. Gaji dahlah ciput. Nak bayar sewa rumah ni pun tak lepas. Sekurangnya ada kerja tepi ni kita buat. Dapat duit lebih boleh beli macam-macam." pujuk Linda menghasut fikiran naif Delima.

Delima terus mengangguk setuju. Bila di fikir balik ada betulnya apa yang di kata Linda. Duduk Kuala Lumpur ni memang keras. Semua perlukan duit. Rumah sewa mereka yang kecil ini pun sudah Rm 500 sebulan. Belum lagi bill air dan elektrik. Makan lagi. Memang duit habis ke situ semua dengan gaji hanya Rm 1200 sahaja.

* * *

Sudah sebulan Delima memulakan kerja sampingannya bersama Linda. Pada awalnya dia agak kekok untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran itu. Namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dan berasa seronok. Linda banyak membantunya terutama waktu dia menerima gangguan sexual. Linda mengajar Delima cara untuk mengajar mereka ini dengan cara secara halus. Jangan di lawan secara terang-terangan pasti orang macam ni bertambah galak menganggu.

"Linda, lusa aku nak balik kampung. Dah lama aku tak balik tengok mak aku. Dengan aku nak bagi duit sikit kat mak aku." ujar Delima sewaktu mereka sedang menyusun cawan-cawan di rak setelah kelab malam itu tutup.

"Wah, anak mithali ni. Baliklah sana didi. Tak ada maknanya aku nak halang kau." Delima mencebikkan bibir mendengar ayat-ayat Linda.

"Tapi kau jangan pakai macam ni. Mampus kau emak kau nampak kau pakai macam ni. Mana anak dia soleha yang penuh kesopanan tu bila kau pakai macam ni. Pengsan terus mak kau." perli Linda sambil mengekek ketawa. Delima terus membalingkan kain yang dibuat lap cawan itu kepada Linda.

Lusa seperti yang diperkatakan Delima mencari tiket bas untuk pulang kampung halamannya di Muar, Johor. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar tidak terlampau lama. Hanya 3 jam perjalanan sahaja. Mengingati pesan Linda, Delima memakai pakaian yang cukup sopan agar rahsianya tidak terbongkar. Memakai baju kemeja berlengan panjang bersama seluar slack. Dipadankan pula dengan tudung bawal yang hanya disilangkan ke belakang. Jika di Kuala Lumpur tudungnya itu sudah melayang entah ke mana. Kepulangannya di sambut mesra oleh emaknya dan adik bongsunya yang sekarang sedang berperang dengan SPM.

"Emak tengok kamu dah kurus, Delima." tegur Pn Deeba melihat susuk badan anaknya yang sudah menyusut.

"Biasalah mak. Kat Kl tu makanan semua mahal. Jadi Delima ikat perut. Tapi tak apa sebab boleh kurus. Kuruskan cantik." Delima sambil memusingkan badannya menayangkan badannya yang sudah kurus sedikit.

"Cantik apanya. Dah macam jerangkung aku tengoknya."

"Amboi mak kata anak mak yang cantik ni jerangkung. Sampai hati." Delima memuncungkan bibir tanda merajuk.

"Mak, cantiklah kak didi kurus macam ni. Miya suka tengok. Kak Kl tu best tak kak?" tanya Damiya adik bongsu Delima.

"Didi didi. Nama kakak kamu tu Delima. Cubalah panggil Delima. Rimas aku dengarnya." potong Pn Deeba apabila mendengar Damiya memanggil dengan panggilan tersebut. Delima mencebikkan bibir mendengar omelan emaknya itu.

"Biarlah emak. Didi kan nick name akak. Semua orang panggil kakak dengan panggilan Didi. Bukan salah pun." Damiya mencatas bicara emaknya itu.

Rakan-rakan dan orang sekeliling ramai yang memanggil Delima dengan panggilan Didi kerana namanya Delima Dalia. D dan D. Jadi mereka memendekkan menjadi Didi. Hanya Pn Deeba dan beberapa orang sahaja yang memanggil dengan panggilan Delima. Terdengar dengusan halus menanda Pn Deeba tidak puas hati. Delima dan Damiya melihat ketidakpuasan hati emaknya itu mengekek geli hati. Tetapi rajuk hati Pn Deeba sementara apabila ternampak huluran sampul berwarna coklat. Berubah ceria wajahnya.

"Untuk mak ke ni Delima?" tanya Pn Deeba dengan wajah penuh berseri. Dia tahu isi didalam sampul itu walaupun belum dibukanya lagi.

"Ya wahai bonda tercinta. Nak tak nak? Kalau tak nak Delima bagi Miya." Damiya sudah melonjak teruja apabila mendengar seloroh kakaknya itu.

"Eh mana boleh tak nak. Rezeki ni. Adik kamu tu kecil lagi. Budak kecil tak boleh pegang duit banyak-banyak." ujar Pn Deeba sambil memberikan jelingan maut kepada Damiya.

Damiya termanggu. Budak yang bakal ambil SPM ini dikatakan budak kecil. Rasanya kena cek mata aku ni. Bisik hati kecil Damiya.
Delima yang melihat emaknya terus meletus tawanya. Geli hati dengan kedua insan yang sangat di sayangi.

Pn Deeba terus mengambil sampul itu lalu dibukanya untuk melihat isi didalamnya. Di kira kepingan not berwarna ungu itu. Ada 5 keping kesemuanya. Terbeliak mata Pn Deeba melihat jumlah yang diberikan oleh anak daranya.

"Banyak ni Delima. Kamu beri mak banyak ni kamu macam mana? Cukup tak duit kamu nanti?"

"Rezeki lebih mak. Ada lebih Delima bagilah lebih."

"Tapi banyak ni. Kamu kat sana berapa gaji kamu sebulan? Bukan kamu kerja kilang aje kat sana?" bertalu soalan dilemparkan kepada anaknya itu. Pn Deeba bukan apa. Tidak mahu anaknya terlibat dengan pekerjaan yang tidak elok.

"Biasalah mak. Kerja Kl ni walaupun kerja kilang tapi gaji besar. Bukan macam kat kampung ni." ujar Delima tidak mahu emaknya menghidu perbuatannya di Kuala Lumpur sana.

"Wah! Betul ke kak? Macam tu Miya pun nak pergi sana lepas SPM nanti." Damiya mula teruja mendengar cerita kakaknya itu.

"Kamu fokus pada study kamu tu. Lepas tu ada peluang sambung belajar pergi belajar. Jangan nak jadi macam kakak pula."Halang Delima niat adiknya itu. Cukuplah Delima seorang yang sudah hanyut dengan arus kemodenan di Kuala Lumpur sana. Tidak akan di tarik adiknya sekali.

* * *

"Hello. Are you new here?" Sapa seseorang kepada Delima sewaktu Delima menghidangkan minuman.

Delima hanya tersenyum sambil mengangguk. Malas dia ingin melayan terutama mat salleh. Setelah Delima meletakkan minuman itu, Delima terus berlalu pergi ke bar minuman untuk melakukan pekerjaannya. Mat salleh yang menegurnya terus memandang Delima. Ke mana sahaja arah dituju Delima, ekor matanya pasti mengikut. Gerak geri Delima sentiasa di pantau. Delima yang perasan tu berasa tidak selesa. Dia terus mendapatkan Linda.

"Lin, mamat tu siapa? Dari tadi pandang aku."

"Mamat mana?" tanya Linda sambil mencari-cari gerangan yang dimaksudkan.

"Tu ha mat salleh yang tengah duduk ramai-ramai hujung sana." tunjuk Delima ke arah 5 sekawan yang sedang bersuka ria.

"Oh itu. Dah lama aku tak nampak dia. Aku ingat dia dah balik negara dia sana. Dia customer tetap kat sini. Tapi don't worry. Ramai-ramai mat salleh kat sini dia paling behave pada aku." terang Linda.

"Ya ke paling behave. Dari tadi dia tenung aku. Takut aku dibuatnya."

Tidak lama terlihat mat salleh yang di maksudkan sudah menghampiri mereka berdua. Linda terus melambai dengan cukup mesra. Hanya Delima memasamkan mukanya tidak suka akan kehadirannya di situ.

"Hi George. Long time no see." tegur Linda yang macam sudah kenal lama dengan mat salleh itu.

"Hi Linda. Ah yes of course long time no see. I'm just comeback form my hometown." ujar mat salleh tu lagi sambil lirik matanya tidak lepas ke arah Delima.

"Oh ya. Where it is? And how you hometown? It's good there?" bertalu-talu soalan ditanya Linda. George ketawa geli hati.

"Uk. Hmm.. It's same like always. Nothing have changed." George masih memandang Delima. Linda yang perasan George seperti tertarik dengan Delima terus memperkenalkan kepadanya.

"Hah. This is my housemate. Her name Delima Dalia. But you can call her Didi."

"Very nice name. Hi Didi. I'm George." George menghulurkan salam perkenalan. Delima memandang lalu disambut salam itu. Satu senyuman hambar diberikan.

"Didi."

* * *

Selepas perkenalannya, dilihat George setiap hari hadir ke kelab malam itu. Adakalanya dia menegur Delima. Namun, Delima layan acuh tidak acuh sahaja.

"Hi didi. Where's Linda. I don't see her?" tegur George di bar minuman.

"Haih mamat ni aku malas betul nak layan dia." gumam Delima seorang diri. Gumamannya dengan jelas didengari oleh George. Tetapi Delima hanya membiarkan kerana di fikirnya tidak mungkin mat salleh ni faham apa yang diperkatakan. George hanya melemparkan senyuman yang cukup manis.

" Maybe at kitchen. I don't know. Sorry i can't speak very good english." ujar Delima dengan mengharap mat salleh di depannya boleh meninggalkannya.

"Oh. Tak apa. Saya boleh cakap melayu sikit-sikit." ujar George dengan bahasa melayu berslang english.

Membutang mata Delima mendengar kata-kata George. Dia tidak sangka mamat ni pandai cakap melayu. Dah la dia tadi baru kutuk mamat ni guna bahasa melayu di depannya. Melopong mulut Delima lalu ditekup mulutnya kerana tidak mahu orang melihat bertapa terkejut dirinya pada waktu ini. George geli hati melihat perilaku Delima.

"It's ok. Jangan takut sama saya."

"Sorry tadi I kutuk you." George melibaskan tangannya ke udara tanda tidak kisah.

Delima mula tersenyum ikhlas melihat George yang langsung tidak marahkan dirinya.

"So how long you pandai cakap melayu?"

"hmmm.. Not to long. Saya sudah tinggal di malaysia 5 tahun. So i learned and practice this language. Macam perpatah melayu kata di mana bumi di pijak di situ langgit di jongkong." Delima yang mendengar ayat terakhir George terus meletus tawanya.

"Di junjung bukan jongkong. That's another words and meaning." George turut ikut ketawa apabila dia menyalah sebut perkataan. George terkesima melihat wajah ceria Delima. Selama ini dia hanya melihat wajah senyum tidak ikhlas Delima. Tetapi hari ini dia sangat beruntung dapat melihat wajah senyuman yang cukup ikhlas.

"You look beautiful when smile like that." puji George.

"So selama ni I tak cantik?"

"No. Not like that. Cantik sangat cantik. But malam ni lebih cantik." Delima tersenyum mendengar pujian yang diberikan.

Akhirnya hubungan mereka menjadi sangat rapat. Delima mula hanyut dengan dunia keseronokan di kota raya itu. Pernampilannya sudah bertukar seratus peratus. Rambutnya juga sudah mula bertukar-tukar warna. Sudah seperti sesumpah rupa rambutnya itu.

* * *

Setahun berlalu. Delima masih tinggal dan bekerja di kota raya itu. Kehidupannya masih seperti dulu dan tidak pernah sekali kantoi dari keluarganya di kampung. Hubungan Delima dengan George semakin rapat atau boleh di katakan mereka pasangan bercinta.

"I want marry you." lamar George satu hari itu. Delima terkejut dengan ungkapan tidak di sangkanya.

"Are you serius?" Delima meminta kepastian.

"Yes, Dear."

"But we can't. Agama kita berbeza." Delima mengeluarkan hakikat yang sebenar.

"I can convert. That's should no problem." George memberi cadangan. Delima termenung mendengar cadangan George.

Delima bukan tidak setuju. Dia sangat setuju tapi apa pandangan keluarganya pula. Setuju ke mereka untuk menyatukan dia bersama George.

* * *

"Linda! George ajak aku kahwin." belum sempat Delima masuk ke rumah sewanya dia sudah menjerit mencanangkan berita terbabit.

Tetapi langkahnya terbehenti di pintu rumahnya. Matanya terus membulat dengan besar. Ada rinik peluh membasahi tepi wajahnya. Terkejut dia melihat gerangan yang berada di rumahnya. Emak, abang long serta abang ngah nya ada di ruang tersebut. Mereka bertiga saling berpandangan. Linda yang berada di satu sudut hanya memandang bawah tidak sanggup menatap wajah rakannya.

"Astaghfirullah Al azim!" tepik Pn Deeba melihat cara pemakaian anak daranya yang terdedah sana sini. Mengurut dada tua itu terus terduduk tidak sanggup untuk melihat. Delima menelan air liurnya yang terasa pahit.

Abang long dan abang ngahnya sudah memandangnya dengan penuh geram. Abang long terus meluru ke arahnya terus menarik rambut Delima. Terus dibawa Delima ke arah tengah rumah.

"Ini kerja kau kan! Kalau aku semua tak datang sini tak tau kau dah hanyut macam ni!" tepik abang longnya. Delima memegang kedua tangannya ke arah tangan abang longnya yang sedang mencekam kuat rambutnya. Terasa ingin tercabut rambutnya.

"Maaf abang long." mohon Delima. Air matanya sudah mengalir kerana kesakitan yang diberikan oleh abang longnya itu.

PANG!

satu tamparan hinggap di wajah mulus Delima. Terduduk delima menerima tamparan hebat dari abang longnya itu. Berdarah bibirnya akibat dari tamparan itu. Delima mengesot dan memeluk kaki abang longnya sambil merayu-rayu.

"Didi salah abang long. Maafkan didi abang long."

Buk!

Satu tendangan di hala ke arah Delima. Lalu abang long terus berlalu ke arah pintu rumah melemparkan pandangan ke arah luar. Ingin mencari sedikit ketenangan. Hatinya sangat panas apabila melihat keadaan adiknya itu.

Delima mengesot mencari tapak kaki Pn Deeba lalu diciumnya.

"Delima minta ampun mak." tanggis Delima. Pn Deeba sudah tidak berkata apa. Hatinya hancur saat melihat anak daranya begitu. Tanggisannya sudah jatuh kebumi.

Satu lagi tarikan rambutnya hingga dia terdorong ke arah belakang. Dilihat abang ngah pula yang akan menyeksanya pula. Delima sudah mencantumkan kedua tapak tangan meminta ampun.

"Aku tak tahu apa kerja kotor kau dah buat. Maksiat apa yang kau dah lakukan. Kalau tak kerana ada orang bercakap dengan aku tentang kau kat sini sampai mati pun kami semua tak tahu. Kau memang memalukan."

PANG!

Satu lagi tamparan dari abang ngahnya pula. Terjelempuk di buatnya. Muka Delima sudah terasa perit dan berbirat akibat tamparan kali kedua itu.

"Ampun abang ngah."

Linda yang menyaksikan kejadian itu hanya mendiamkan diri. Badannya mengigil ketakutan melihat agenda itu. Tidak sedar bila masa air matanya sudah membasahi pipinya. Linda cuba memberanikan diri untuk mempertahankan Delima.

"Ini.... Ni.. Ni semua salah saya.. Mak cik, abang.. Saya yang ajak didi.." tergagap-gagap ketakutan Linda untuk menjelaskan situasi sebenar.

"Kau diam! Kau jangan masuk campur hal keluarga aku." pekik abang ngah lagi. Dia sudah mengila. Gila bila mengenang perangai adiknya yang munafik. Bila di kampung berpakaian menutup aurat tetapi bila masuk bandar semua terbang. Bergegar bahu Linda apabila disergah.

"Aku tak pernah ajar adik-adik aku buat perkara tak elok. Aku selalu beri teladan yang baik untuk kau orang. Tapi kau dah menconteng arang di muka kami semua. Terutama muka mak. Kau tak kesian pada arwah ayah kat dalam kubur ke? Kau suka tengok arwah di seksa di sana. Tengok kami diseksa sebab kau buat benda terkutuk ni." Abang long bersuara sambil membelakangkan mereka. Dia tidak sanggup melihat adiknya itu. Hatinya sangat hancur. Lagi hancur apabila melihat emaknya juga turut melihat keadaan ini.

"Sudah diam!" tepik Pn Deeba yang sudah bangun dari duduknya. Hatinya sakit kepalanya pening. Kepalanya terasa berpusing. Dilihat setiap wajah di hadapannya kelihatan semua berpinar. Akhirnya pandangan Pn Deeba gelap dan badannya terus jatuh menyentuh bumi.

Delima yang melihat keadaan maknya yang sudah tidak sedarkan diri terasa menyesal. Dia menyesal kerana mengikut hawa nafsunya yang mencari keseronokkan daripada keredhaan keluarganya.

Saya sembah kan 2 prolog untuk 2 watak ini. Setiap prolog berbeza masa. Prolog delima after beberapa tahun tahun prolog aqra. Pls enjoy that.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience