Peperiksaan STPM secara rasminya akan tamat dengan jayanya hari ini setelah kertas peperiksaan terakhir berjaya diduduki oleh Emir. Sepanjang peperiksaan aku lihat wajah Emir yang relaks. Paling merisaukan aku adalah subjek yang diajar oleh aku sendiri. Sejarah. Banyak fakta yang perlu dihafal dan diingat.
Mampu atau tidak mereka menjawab soalan yang diberikan? Ketika lebihan kertas soalan dibawa keluar oleh para pelajar ada beberapa orang mereka berjumpa denganku. Katanya, ada beberapa soalan yang mereka boleh jawab. Ada beberapa soalan ramalan yang keluar tetapi ada juga soalan yang tidak dijangka turut keluar dalam peperiksaan kali ini. Biasalah. Lumrah peperiksaan. Ada yang mengena dan ada yang tidak mengena.
Yang penting adalah usaha untuk menjawab soalan sebaik mungkin. Selepas itu berdoa dan bertawakal kepada Allah. Semoga mereka berjaya menjawab soalan yang sebaik mungkin. Aku tidak meminta banyak, cukuplah sekadar mereka lulus dan tidak gagal. Itu yang lebih penting bagi aku.
"Hari ni last paper kan?" Aku berbasa basi dengan Emir ketika dia menyuapkan sandwich ke dalam mulut.
Dia mengangguk sebentar sebelum meneguk air kopi pahit tanpa gula yang dibancuhnya tadi. Entah macam mana rasa. Aku sendiri tak boleh bayangkan. Sepanjang minggu peperiksaan, Emir tinggal bersamaku di samping membantunya mengulang kaji. Itupun dalam subjek Sejarah, Bahasa Malaysia dan Pengajian Am sahaja. Subjek lain pula Emir belajar sendiri. Bilik aku dijadikan sebagai markas untuk berperang dengan buku.
Sepanjang minggu peperiksaan berlangsung, nasib baik perangai miangnya tidak muncul. Selamat sikit jantung aku. perhatian dan fokusnya ditumpukan ke arah peperiksaan. Aku senyum sendiri. Mungkin, kali ini Emir akan lulus dalam peperiksaan dan tidak perlu memunculkan diri untuk mendaftar semula pada tahun hadapan sebagai pelajar Tingkatan Enam Rendah.
Kalau tidak memang sah aku terberanak sekarang tu juga nanti.
"Ni, kenapa angguk-angguk senyum-senyum? Tengah fikir tempat honeymoon kita lepas aku exam ke?"
Purr... Tersembur keluar air milo yang sedang dihirup aku. Selamat mendarat di atas meja. Perlahan-lahan aku menoleh kea rah Emir dengan mata yang membulat. Mulut terlopong.
Say what? Honeymoon? Eh? Telinga aku tak salah dengar kan? Bukan honeydew ke tadi?
"Ho..ho..honeymoon?"
Tergagap- gagap aku mengulang semula perkataan keramat yang keluar dari mulutnya. Emir juling mata ke atas seraya menyuapkan sandwichnya. Suapan terakhir sebelum punggungnya diangkat dari meja makan. Amira pula sudah lama bersiap dan turun ke sekolahnya. Maklumlah sekolahnya agak jauh dari rumah sewa menyebabkan dia terpaksa tertolak awal ke sekolah tempatnya mengajar. Hampir memakan masa 20 minit. Tidak ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas seawal jam 5.50 pagi apabila para ibu bapa bersesak untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Mujurlah sekolah dan rumah sewaku agak dekat. Bersesak jugalah tapi pandai-pandailah aku sendiri mencari jalan altenatif untuk memendekkan masa ke sekolah. Kalau tidak mahu berkaroks juga aku di dalam kereta akibat terperangkap dengan traffic jam. Kalau suara sedap tidaklah kisah tetapi aku adalah seorang yang dikategorikan sebagai tone-deaf. Piching semua lari. Kalau katak dengar pun boleh menangis akibat suara aku.
"Ye, honeymoon sayang. Kau dengar apa tadi? Honeydew?"
Aku telan air liur. Honeymoon? Sepanjang aku berkahwin dengan Emir soalan honeymoon tidak pernah terfikirkan dek akalku. Honeymoon kat mana? dengan siapa? Berapa lama? Apa nak buat masa honeymoon?
Sungguh, aku langsung tidak pernah terfikir akan hal itu. Lebih-lebih lagi dengan lelaki bernama Emir Hafiz. Tidak terlintas langsung dalam kelapaku perkataan honeymoon akan muncul.
"Err.. honeymoon?" aku ulang semula, kali kedua.
Emir yang sudah melangkah kea rah ruang tamu menghentikan langkahnya. Mukanya dipalingkan ke arahku. Matanya dipincing ke arahku.
"Yes. Honeymoon? Kau ada masalah nak honeymoon dengan aku ke?"
Aku cepat geleng-gepeng kepala dengan muka terkedu. Emir tarik senyuman. Boyish. Tersugging kemas giginya yang tersusun elok.
"Baguslah. Start aje cuti sekolah kita honeymoon."
Penyataan Emir yang menyebabkan air liur yang ditelan rasa berpasir. Terlalu cepat penyataan Emir sehingga sukar untuk aku mencerna ayat Emir. Patutkah aku berasa gembira aku risau? Perasaanku berbelah bahagi.
Start aje cuti sekolah kita honeymoon? Boleh tak aku buat emoji mulut melopong dengan mata tengah membiru sekarang ini? Sahlah telingaku tidak salah menangkap perkataan yang keluar dari mulut Emir.
Honeymoon.
Emir ni biar serius. Kalau main-main nanti aku juga yang merana. Aku garu kepala. masalahnya sebelum pergi honeymoon ada ke duit? Jangan cakap abah sponsor,mahunya aku termalu. Aku bukanlah skeptikal terhadap kewangan, mahupun kemampuan Emir ataupun pandang rendah terhadap Emir tetapi aku lebih fikirkan tentang diri Emir. Masa depan Emir yang penting.
Aku tidak mahu menjadi penghalang untuk dia melangkah maju ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Mungkin ini adalah sebab aku tidak mahu berkahwin dengan orang yang lebih muda daripada aku. Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka yang masih lagi berpeluang untuk mencapai kejayaan dan meneroka masa depan.
Emir ada masa depan yang cerah dan aku tidak mahu menggelapkannya. Menjadi orang yang bakal memusnahkan masa Emir.
"Kenapa tercegat lagi tu? Tak nak pergi ke sekolah ke?" sergah Emir.
Aku terkejut. Terlupa sekejap apabila memikirkan tentang honeymoon dan masa depan Emir. Tergesa-gesa aku berlari mendapatkan barang dan begku di ruang tamu. Emir sudahpun tercegat rak kasut.
Aku kelih sekilas ke arah jam tangan. Hampir menunjukkan jam 6.20 pagi. Adeh, terlambat pula aku hari ini. Pantas aku mengambil kasuk hitam di atas dan bersiap untuk memulas tombol pintu. Namun malangnya, belumpun sempat aku memegang tombol pintu beg galasku terasa seperti ditarik dari arah belakang. Langkahku serta merta terhenti.
Aku menoleh kea rah belakang. Wajah selamba Emir yang sedang memegang hujung begku disajikan di depan mata. Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa? Lambat dah ni Emir."
Tanpa berkata sepatah kata Emir tarik lagi begku sehingga langkahku terkebelakang. Aku gusar, takut untuk terjatuh. Yang paling aku takutkan adalah laptopku. Takut terhempas di atas lantai. Habislah segala maklumat yang tersimpan. Back up files memang ada aku simpan di tempat lain masalahnya adalah semua anime aku kot dalam tu.
Nasib baik kakiku cepat bertindak. Menyeimbangkan badan supaya tidak terjatuh. Aku memusingkan badan ke arah belakang dengan perasaan geram. Geram kerana Emir menghalangku untuk bergerak keluar dari rumah. Sudahlah jam thumbprint dekat pejabat pentadbiran laju lima minit. Dari minggu lepas kes ini bermula. Adakah mungkin sengaja dibuat untuk mengelakkan para guru lambat masuk ke kelas.
Emir angkat kening sambil tunjuk tangan. Aku ketap bibir. Macam manalah boleh terlupa akan rutin yang satu ini? Sejak balik dari rumah ummi, Emir telah mewujudkan satu tabiat yang baru. Mungkin lebih kepada satu peraturan baru.
Tiap-tiap pagi nak turun kerja aku kena bersalam dengan Emir. Tu okey lagi. Part paling bertuah? Kena cium pipi kanan Emir dan peluk Emir. Kau rasa? Pertama kali aku dengar rasa mual, tetapi apabila sudah dilaksanakan aku yang ketar lutut sendiri. Salam aku boleh terima lagi. Kiss pipi dengan peluk? Sungguh aku rasa nak pengsan. Apabila persoalan akan peluk diajukan, cepat sahaja Emir mematahkan aku dengan hujahnya.
'Ikut kajian, setiap pelukan tu boleh memanjangkan umur dan satu lagi, kau tak nak kumpul pahala ke peluk suami?'
Jawapan yang boleh membuatkan aku zip mulut untuk satu malam dengan jayanya. Dalam bab suami isteri cepat sahaja dia bertindak. Alangkah baiknya kalau akal yang digunakan untuk mematahkan hujahku digunakan sebaik mungkin dalam peperiksaan. Mana tahu boleh skor A dalam subjek Sejarah. Bolehlah aku berbangga.
Suamiku lulus subjek Sejarah dengan gred A. Bangga sekejap aku sebagai guru cum isterinya.
"Sweetheart... tik tok masa bergerak." Suarah Emir yang meleret menyebabkan aku tersedar dari lamunan. Aku kelih jam. Alamak. Aku dah lambat Emir pun mungkin lambat juga nanti.
Cepat sahaja tangan Emir aku capai. Pipi kanan dan dan kirinya dicium. Akhirnya sekali, mahu atau tidak, malu atau tidak, aku peluk Emir. Mula-mula peluk Emir aku rasa kejung semua urat sarafku. Kaku bercampur dengan malu. Mukaku merah tidak payah diceritakan. Lepas aku peluk sahaja Emir aku cepat – cepat berlari keluar.
Tidak mampu lagi untuk melihat muka Emir. Satu hari cuba untuk melarikan diri daripada bertembung dengan Emir. Nasib baik tiada subjekku tidak diajar pada hari tersebut.
"Saya doakan awak buat yang terbaik untuk last paper hari ini. Baca doa dulu sebelum bukak kertas soalan tu," ucapku perlahan semasa memeluk Emir.
Baru sahaja aku ingin menolak badan Emir, Emir terlebih dahulu memeluk erat badanku, bagaikan tidak ingin melepaskan diriku. Sesaat ubun kepalaku terasa seperti dikucup. Aku tergamam. Mukaku diangkat memandang selari wajah Emir.
Dia tersenyum manis. aku terkedu. Jantung pula tiba-tiba sahaja berdegup dengan kencang. Tangan kanan Emir naik mengusap pipiku. Ketika itu juga Emir menundukkan mukanya. Aku pejam mata erat. Takut dengan kemungkinan bibir aku yang menjadi mangsa.
Atau tidak. Dahiku tempat bibir berlabuh kali ini. Terasa ada kehangatan di situ. Nampaknya untuk hari ini bibir aku selamat.
"Aku tahu kau suka peluk aku tapi kau tak nak ke sekolah ke?" soalan Emir membuatkan aku yang sedang memeluk Emir terus melepaskan tanganku yang melekap di badan Emir.
aku berdehem beberapa kali, membuang perasaan malu dan segan yang bertandang dalam diriku. Laju aku berpaling membelakangkan Emir sambil memegang kedua belah pipiku. Panas dan hangat. Ish, boleh pulak Emir buat aksi romantik depan pintu pagi-pagi ini.
"Saya pergi dulu. Hati-hati bawa motorsikal tu," pesanku seraya menolak tombol pintu sambil memerhatikan jika ada barang yang tertinggal. Tidak sanggup untuk aku berulang alik sebab terlupa akan barang penting.
"Aye, sweetheart."
Itu sahaja jawapan yang aku terima. Kakiku terus melangkah kea rah kereta yang tersadai di parking. Ketika tanganku membuka pintu kereta, sekali lagi tanganku ditahan. Aku menoleh ke arah tepi. Mukaku berkerut. Ada lagi tak cukup ke? Aku tertanya-tanya.
"Ada lagi ke Emir?"
"Terlupa pulak aku."
Serentak itu pipi kanan aku menjadi mangsa ciumannya. Dia hanya tersenyum senget lalu berlalu kea rah motorsikal aku yang tersadai di tepi kereka. Sejak mengetahui aku mempunyai lesen kereta dialah orang yang berkeras memaksa aku untuk menggunakan kereta Myvi ini ke sekolah. Motorsikal biar dia sahaja yang guna. Lebih selamat katanya. Amira pun menyokong perkara yang sama.
"Bekalan semangat aku masa exam nanti," ucapnya sambil mengenyitkan mata kepada aku. Bersama itu, motorsikal aku berderum kuat, keluar dari parking rumah, meninggalkan aku dengan mulut terlopong.
Namun, ketika aku melangkah masuk ke dalam kereta, aku tersenyum sambil menggelengkan kepala. aku terus menghidupkan enjin kereta dan terus memandu kereta keluar dari rumah sewa dan menuju kea rah sekolah.
Masih teringat lagi aku akan habit Emir semasa menulang kaji pelajaran. Tiap kali otaknya bagaikan tidak berfungsi untuk belajar, aku akan dijadikan mangsa untuk melepaskan tekanannya. Yang paling luar biasa, tengah aku seronok melayan Detective Conan, boleh pula dia tetiba muncul di sebelahku.
Pada mulanya aku terkejut yang amat. Semasa di rumah ummi aku sendiri tidur di atas toto dan dia tidur di atas. Walaupun pada mulanya dia berkeras untuk tidur bersama di atas satu katil, tetapi aku menolak. Tidak mahu sebarang kebarangkalian Emir-tiba-tiba-rasa-menuntut-haknya-sebagai-suami, naya aku. Aku sendiri belum bersedia untuk menerima Emir. Tunggulah sehingga aku bersedia untuk menerima Emir dan mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri dalam erti kata sebenarnya.
Sayangnya walaupun aku berkeras untuk berasingan tempat dengan Emir, aku dikalahkan dengan hujah Emir. Dengan perasaan geram akhirnya aku menarik bantal dan selimut untuk tidur di atas katil bersama Emir. Aku cuba menjarakkan badan aku dengan Emir tetapi Emir bagaikan tidak lut dengan amaran aku. Pinggang aku dipeluk Erat dan sebaliknya aku pula dihadiahkan dengan amaran yang menyebabkan aku ketar lutut. Seram sehh!
Sepanjang minggu peperiksaan itulah habit yang dilakukannya. Perkara dia yang dia buat hanyalah tidur sebentar sambil memeluk aku, untuk merehatkan otaknya. Perkataan yang tidak pernah terlupa dari mulutnya setelah dia bangun dari tidurnya sambil memeluk aku adalah, ' recharge : full'. Senyumannya sudah cukup membuatkan jantung dan hatiku sama-sama bedegup kencang.
Aku biarkan sahaja. tanda memahami tekanan yang dihadapi semasa menduduki peperiksaan STPM. Aku dulu seperti ini juga. Bezanya ketika aku tidak ada suami nak recharge tenaga untuk mengulang kaji pelajaran. Yang ada hanyalah makanan manis seperti coklat dan sokongan ahli keluarga sahaja. Akhirnya result aku boleh dibanggakan oleh ahli keluargaku dan dijadikan ikutan adik-beradik yang lain.
Apabila memikirkan empat tahun yang bersendirian tanpa ibu bapa di sisi dan tiada saudara mara yang membantu untuk 'melihat-lihat' aku rasa peluang untuk hanyut dan mengalami culture shock lebih besar dan tinggi. Empat tahun perauntauan bukanlah satu tempoh yang mudah. Pandai-pandai sendiri untuk menguruskan hidup, terkial-kial untuk membuang rasa malu ketika berhadapan dengan orang yang baru dikenali dan mengasah lidah untuk berbahasa Melayu keyel memandangkan aku hidup selama ini menggunakan bahasa Melayu Sarawak dan bukannya bahasa Malaysia yang dipertuturkan semua orang.
Contohnya, aku selalu tersasul perkataan jika berbual dengan kawan-kawan. Dalam kita tidak menyedari semasa kita berbual, ada juga perkataan Bahasa Melayu Sarawak yang terlepas dari mulut. Contohnya perkataan 'limpas'. Limpas yang membawa maksud berlalu atau melintasi. Perkataan yang biasa juga seperti 'lawa' yang bermaksud sombong dalam bahasa Melayu Sarawak yeng bermaksud 'sombong. Berlainan dengan Bahasa Malaysia bahawa yang dikategorikan sebagai cantik, menarik dan kau memang da boom.
Ada kalanya apabila tersasul maka mulalah muka kawan-kawan mengerutkan dahi mereka, tanda tidak memahami apa yang aku tuturkan. Malah roommate aku sendiri pernah menyatakan ketika aku berbual dengan rakanku yang sama daerah, dia seperti mendengar bahasa Filipina yang dituturkan. Akhirnya aku ketawa sahaja. Bagi aku setiap tempat ada slanganya tersendiri dan menarik untuk dipelajari.
"Pagi Al. Berseri-seri aje muka pagi ni? Ada apa berlaku semalam ke?" sapaan Ustazah Maream ketika aku keluar dari pejabat pentadbiran menyebabkan langkahku terhenti.
Aku berpaling sambil tersenyum. Ketara sangat ke aku bahagia apabila ada aksi romantik Emir yang menyebabkan aku rasa disayangi?
"Tak ada apapun kak Yam. Hari ini last paper untuk STPM kan."
"Haah ye. Harapnya budak-budak tu dapatlah menjawab soalan. Risau jugak akak dapat ke tak mereka tu jawab. Kita yang tak tidur malam risaukan mereka."
Aku mengangguk. Mengiakan kata-kata Ustazah Maream. Sememangnya menjadi perkara biasa bagi seorang guru apabila memikirkan anak muridnya yang sedang menjalani peperiksaan. Malah, ketika di ambang peperiksaan, terasa bagaikan tidak cukup ilmu yang diberikan bagi mempersiapkan anak murid untuk menghadapi ujian.
Kalau boleh mahu sahaja ditangguhkan lagi rasanya tarikh peperiksaan tersebut. Setiap tahun benda yang sama berlaku. Peperiksaan ini juga menjadi penanda ukur bagaimana guru mengajar dan sebanyak mana murid tersebut mampu mengaplikasikan ilmu yang telah diajar untuk digunakan menjawab soalan peperiksaan tersebut.
"Yelah kan kak. Harapnya dapat mereka jawab baik-baik. Tak minta banyak, cukuplah sekadar lulus. Tu pun dah cukup bersyukur kak." aku menambah.
"Betul tu Al. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka."
"InshaaAllah kak."
Aku pamitan dengan Ustazah Maream lalu berlalu ke arah division aku. Ketika aku hendak meletakkan beg di atas meja, sampul surat berwarna merah terletak elok di atas meja. Aku mengerutkan dahi seraya mengambil sampul surat berkenaan. Macam surat undangan sahaja.
Ke surat Emir bagi? Apa kau merepek ni Althea? Aku menggelengkan kepala lalu meletakkan barangku di tepi. Sampul surat surat yang tertulis kemas dengan namaku. Aku memuncungkan mulut lalu membuka isi kandungan surat tersebut. Belum pun sempat aku membuka isi kandungan sampul berkenaan, aku ditegur oleh CIkgu Jasmin.
"Eh, Al pun terima jugak?"
Aku menoleh ke arah CIkgu Jasmin yang menayangkan sampul surat merah yang sama kepadaku. Aku angkat kening. Misteri apakah ini?
"Haa, ye kak. Al pun terima juga. Sampul surat apa ni? Ada orang nak kahwin ke?"
CIkgu Jasmin tertawa. Dia membuka langkah lalu duduk di mejanya sambil membuka sampul surat berkenaan. Aku turut membuka. Merungkaikan misteri di sebalik sampul surat berkenaan. Ketika aku membuka, terpampang kad jemputan berwarna merah putih yang bertulisan hitam. Buntang mataku melihat ayat-ayat yang tercetak di atas kad berkenaan.
Melopong mulutku. Biar betiq! Tanpa berkata apa-apa aku menoleh ke arah CIkgu Jasmin. Ingin melihat reaksi CIkgu Jasmin akan isi kandungan kad jemputan ini. Namun yang aku terimalah hanya reaksi biasa sahaja. tersenyum sambil menggelengkan kepala. Seumpama tiada yang luar biasa. Berbeza dengan reaksi yang diterima oleh aku.
Eh? Eh??
CIkgu Jasmin menoleh ke arah aku. "So Al nak pilih baju yang macam mana?"
Aku tercengang. Pilih baju?
"Err kak ni sebenarnya kad jemputan apa?"
Kak Jasmin tergelak.
"Lupa pulak akak jelaskan. Biasanya budak Form 6 buat dinner lepas aje STPM habis. Diorang ni ada persatuan sendiri dan kamu tahulah tahap kewangan setiap pelajar Tingkatan Enam tu macam mana. Jadinya mereka akan jemput cikgu untuk join sekali. Biasalah dinner kan."
Aku melopongkan mulut. Dahsyatnya ada dinner untuk pelajar Form 6 sendiri. Eh, mana boleh lupa. Dulu pernah viral murid Darjah Enam buat dinner kat hotel. Tapi apabila aku melihat nama hotel berkenaan, boleh tahan. Antara hotel yang terkemuka di Kuching.
Hebatnya kau wahai pelajar. CIkgu dulu habis Form 6 terus cari kerja part-time untuk cari duit. Tak terfikir pun tentang dinner. Lepas sahaja tamat STPM, terus kaki melangkah keluar dari kampung, mencari pekerjaan. Mencari perbelanjaan untuk menampung kehidupan di universiti kelak. Keluarga pula bukan berasal dari keluarga yang senang. Sederhana tapi cukup keperluan untuk anak-anak.
Cukuplah untuk kami sekeluarga. Bercakap tentang keluarga, aku merasa rindu terhadap ibu bapaku. Walaupun selalu menelefon mereka,bertanya khabar tetapi tidak disamakan apabila berjumpa face to face. Sempat juga babah bertanyakan tentang menantu kesayangannya. Bukan main babah sayangkan si Emir tu, ehh silap, Hafiz. Mama pun sama. Maklumlah menantu pertama.
Bercakap tentang keluarga, aku ingin balik kampung setelah cuti sekolah bermula. Abaikan tentang plan Emir yang datang untuk berhoneymoon. Lebih baik membawa Emir balik untuk berjumpa dengan keluargaku. Babah pula awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada aku untuk membawa Emir balik. Tujuannya adalah untuk diperkenalkan kepada saudara mara.
Babah dengan selambanya telah memberitahu kepada saudara mara tentang aku yang sudah selamat berkahwin dan menjadi isteri kepada Emir Hafiz. Maka perintah khas untuk membawa Emir balik ke kampung sudah dikeluarkan,jadinya sebagai anak yang taat dan menurut arahan, Emir akan dibawa balik ke kampung halamanku.
Plan honeymoon Emir? Abort mission immediately!
Kalau Emir mengamuk sekalipun berani dia ingkar arahan berwajib bapa mentua? Mahu tak kena kejar oleh babah sehingga ke hujung dunia nanti. Libas maut lah jawabnya.
Aku memandang semula kad yang berada di tanganku. Sesak sesaat aku memandang coretan pena yang tercetak di atas kad berkenaan. Zaman pelajar sekarang manakan sama dengan zaman semasa aku jadi pelajar dulu. Tak sama.
'Jemputan ke Majlis Makan Malam Pelajar Tingkatan Enam STKH'.
Maknanya Emir pun terlibat sekali ke? Tapi melihatkan Emir, rasanya aku boleh potong kuku hitam yang dia takkan terlibat sama dengan majlis makan malam ini.
Emir bukanlah orang yang jenis suka terlibat dengan benda seperti ini. Itu aku berani jamin.
"Cukup ke masa nak beli baju ni?"
Aku berpaling menghadap Cikgu Jasmin.
Eh? Masa untuk beli baju? Bukan lama lagi masa ke untuk majlis makan malam ini? Kenapa risau sangat tentang baju untuk menghadiri majlis makan malam? Pakai baju yang biasa-biasa sahajalah, bagi aku. Asalkan menepati dan sesuai dengan majlis. Tidak perlu berhabis duit semata-mata untuk sebuah majlis yang hanya untuk sekali sahaja.
Beli pakaian kenalah praktikal dan rasional.
"Kena beli juga ke kak?" aku bertanya.
"Ikut kemampuan Al lah. Tapi ikutlah tema majlis. Sebagai guru pun kena jaga penampilan. Tak mahulah selekeh."
Aku tergelak. Ada betulnya kata Cikgu Jasmin. Takkan nak selebet nak pergi majlis? Guru pun kena jaga nama sebagai guru.
"Tema tahun ni Masquarade. Kena cari topenglah ni nampak gayanya. Baju pakai dress labuh cukuplah," Cikgu Jasmin memberikan cadangan.
"Semua guru ke kena jemput kak?"
Aku pandang sekilas ke arah kad undangan berkenaan.
"Tak. Hanya untuk guru yang mengajar Form 6 saja. Pengetua dengan PK Tingkatan Enam pun ada juga nanti."
"Ohhh..." dan itu sahaja reaksi yang mampu aku zahirkan. Masih lagi dalam fasa terkejut dengan jemputan khas oleh pelajar Tingkatan Enam.
**************************************************************************************
Maaf kali ini lambat update dan pendek jugak. harapnya semua berpuas hati.
Share this novel