BAB 15

Humor Completed 78146

LEGA Aisyah apabila sampai Adam tak ada di rumah.Ya lah tulis nak pergi dua atau tiga hari tapi ini dah empat hari.Kau rasa Adam tu kesah ker.Betul juga buat apa fikir pasal benda yang tak mungkin terjadi.

Lepas membersihkan diri,Aisyah masuk ke dapur.Waktu sekarang tengahari dah sah-sah Adam ada dekat pejabat.Aisyah apa lagi dia rasa bebas tanpa tudung.Rambut panjang yang melepasi dada dibiarkan lepas bebas.Nasib dalam rumah tak ada cctv tidak percuma saja tuan rumah nampak.

Aisyah panaskan saja lauk yang di belinya.Penat drive dari Darul Sakinah ke rumah Adam.Malas dia nak masak.Nasi pun dibelinya.Lagi pun kalau masak dia sorang saja makan.Tak berani lah nak masak banyak lepastu jemput tuan rumah makan.Takut di tuduh letak sebarangan.

Lauk ini pun cukup sampai malam.Jadi tak payah la membazir.Aisyah duduk dan menjamu selera hingga selesai.Dapur segera di kemaskan sebelum tuan rumah balik.

Aisyah leka mengelap pinggan yang telah dia gunakan.Tanpa dia sedari Adam telah pun pulang.Adam sekarang sedang menyilang tangan ke dada sampai memerhatikan Aisyah dari arah belakang.

Aisyah yang baru selesai mengelap pinggan terus berpaling ke belakang.Terjerit kecil dia sambil mengurut dada beberapa kali.Adam dengan pandangan tanpa berkedip melihat Aisyah.

Baru Aisyah gelabah.Dia dah la tak pakai tudung.Macam lipas kudung dia lari masuk ke bilik.Terperanjat pun tak hilang lagi.Macam mana dia balik awal pula hari ni.Selalu malam baru balik.Gawat macam ni.Habis lah Aisyah.Bukan seurat rambut tapi berjuta milion rambut kau Adam dah nampak.Malunya..

Nak malu apa nya.Patutnya tak ada batas aurat kau dengan Adam.Dia kan suami kau.Memang la suami tapi suami version lain.

Adam senyum sendiri.Comel saja Aisyah yang lari tak cukup tanah.Takut sangat.Tak luak mana pun takat rambut saja.Tapi...Aisyah cantik.Err..apa dah jadi ni.

Masa parking kereta dia nampak kereta Jazz biru Aisyah elok terparking.Dah la empat hari tak balik.Nak call ego menghalang.Sekarang dah nampak kereta pun boleh buat Adam senyum sorang-sorang.Tu belum lagi tuan kereta.Tapi tak boleh senyum depan-depan takut tuan kereta tak sudi.Maklumlah awal-awal Adam sendiri yang reject.

Tak sangka pula bila masuk dalam rumah dapat 'kejutan' lagi hebat.Sebelum ni mana pernah Aisyah buka tudung.Aurat dia sentiasa terjaga.Adam yang suami pun tak dapat nak tengok.Kira Aisyah betul- betul jaga rapi aurat dia.Adam suami yang halal ni pun kempunan nak tengok.

Terbayang di layar mata macam tengok dramA.Aisyah yang berpaling ke belakang bersama alunan rambutnya.Adam dah sasau.Sukar nak lelapkan mata.Bila pejam nampak muka Aisyah.

Dapat ulang tayang dekat mata jadilah.Mana boleh pergi dekat.Mana nak letak air muka sebab Adam sendiri cakap tak kisah kalau Aisyah tak buka tudung.Dia tak ingin nak tengok.Sekarang apa sudah jadi,Adam pula yang nanar.

PAGI ini Aisyah terlewat bangun.Tengah bersiap teringat akan hal semalam.Merah terus pipi Aisyah.Dia intai luar pintu bilik.Suasana sepi saja.Mesti Adam dah pergi kerja.Elok buka pintu utama,Adam pun mahu menyusul keluar.

Aisyah tak pandang muka Adam.Terus sarung kasut dan menuju ke pintu lif.Adam ikut serta.Dah la wangi semerbak.Kembang kempis hidung Aisyah di buatnya.Sekilas Adam jeling Aisyah yang sedang menunggu lif.

Pagi ni ramai pula yang nak turun ke aras bawah.Lepas satu tingkat ke satu tingkat hingga penuh dengan manusia dalm perut lif.Aisyah berganjak hingga ke penjuru.Adam beralih tempat ke depan Aisyah seolah melindungi badan Aisyah dari terhimpit.

Adam berpaling menghadap Aisyah.Begitu dekat sekali tubuh mereka.Aisyah cantik dengan baju kurung hijau lumut digandingkan tudung bawal berwarna krim.Dah berdiri dekat macam ni baru tahu ketinggian Aisyah paras bahu Adam.

Aisyah telan liur rasa nya ini kali kedua Adam sedekat ini.Masa kali pertama waktu sesi pembatalan air sembahyang di hari pernikahan mereka.Bau yang sama.Err..Aisyah masih ingat tau.

First impression tu penting.Cuma takut nak eye contact.Lagi-lagi bila teringat ketidaksudian Adam.Aisyah menikus saja sehingga sampai ke aras parking.

Menonong Aisyah masuk ke perut keretanya tanpa berpaling ke sebelah.Mana tak nya bukan dia tak perasan Adam dalam kereta sebelah asyik memandang ke arahnya.Aci tak buat-buat tak nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience