Mel dan sara ingin menonton wayang. Kali ni mereka mengambil keputusan untuk menonton waktu mid night. Lagipun esok cuti. Mereka pun terus ke M cinema yang terletak di dalam Zee Mall. "Kalau popcorn ualls habis. Press the customer servive button and choose refill popcorn...memang enjoyy la M cinema ni...." kata Mel sambil membaca komen yang dihantar pengunjung M cinema. "Wehhh biaq betui.." balas Sara.
"Aku harap customer service tu yang handsome...lagipun dah seminggu aku single.." kata Mel. Berdekah gelak mereka berdua. Sampai sahaja di M cinema mereka hanya menunjukkan salinan tiket kerana mereka telah membeli secara online. Duduk sahaja, melilau Mel mencari button yang boleh menghubungkan mereka dengan customer service. "Yesss ada" katanya sambil meneliti satu persatu button tersebut. Sedang mereka menonton tiba-tiba perut Mel meragam.
"Sara aku pergi toilet jap.." kata Mel. Belum sempat Sara membalas terus Mel mencari pintu keluar dan menuju ke tandas. Dia pun masuk dan melunaskan hajat. Sedang dia melunaskan 'hajatnya' dinding sebelahnya diketuk. "Adik.. hulurkan akak tisu..kat dalam ni dah habis..
" Sebenarnya malas Mel mahu menghulur.. tetapi "ahhh hulur je lah" monolog hatinya. "Terima kasih" kata perempuan di tandas sebelah. Keluar sahaja dia pelik apabila melihat tandas disebelahnya kosong, dan tisu yang dihulur ada diatas lantai dan tandas itu kering...bermakna hanya Mel yang ada didalam tandas itu dari tadi.
"SIAPA YANG MINTA TISU TADI......????"
Jeritnya dalam hati.
-END-
Share this novel