lima puluh enam

Romance Series 207093

Seharian menyertai pencarian Shira bersama beberapa orang lagi yang diupahnya, Khalish berhenti menunaikan solat asar di stesen minyak.

Air cond di dalam keretanya sehabis pusing untuk menyejukkan hatinya yang panas. Khalish meraup wajahnya berkali-kali, bingung bagaimana dia mahu menjumpai Shira.

Yusa telah mendapatkan kebenaran untuk melakukan sekatan jalan di jalan-jalan utama masuk keluar daerah tersebut.

Katakan saja berapa yang diperlukan, akan dia bayar. Nyawa isterinya tiada nilai, terlalu mahal untuk dibeli dengan wang ringgit.

Khalish meneguk air mineralnya. Selera makannya hilang apabila memikirkan kondisi Shira semenjak daripada malam semalam.

Sedang dia mengelamun, matanya tertancap pada wajah seseorang.

Darien.

'Macam pernah nampak lelaki ni.. tapi bila? Dekat mana ye?' sehabis perah otaknya cuba mengenali lelaki itu.

Matanya tak lepas memandang ke arah sekujur tubuh di hadapannya. Lelaki itu ke tandas dan membeli rokok sebelum ke luar semula.

Semasa Darien lalu bersebelahan kereta Khalish, barulah dia tersedar.

'Dia nilah yang ada dalam lif tu..' desis hatinya.

Entah mengapa, walaupun ianya merupakan tuduhan tak berasas dan semberono, tetapi hati Khalish kuat mengatakan bahwa lelaki itulah yang pernah meraba isterinya dulu.

Perlukah dia mengikutnya?

Cermin sisi dilihat, memerhati Darien yang memasuki sebuah kereta Honda City. Di dalam list kereta yang diberikan Yus padanya tiada kereta itu.

Betulkah kata hatinya ini?

Yang Khalish syak adalah penculik Shira semestinya menggunakan kereta Navara hitam sepertimana yang berada di dalam list pemberian Yus.

'Tak mungkin dia.. kereta dia lain.' perang tercetus di dalam diri Khalish.

Was-was samada dia mahu mengikuti kereta itu atau tidak. Jika lelaki itu tiada kaitan dengan kes ini, dia hanya akan membuang masa saja mengekori seseorang yang sudah jelas bukanlah antara suspek.

Tetapi, di luar kawalannya, tubuh bertindak berbeza daripada pemikiran logiknya. Kereta mula meluncur membelah jalan, mengikuti kereta tersebut agak jauh.

'Ah! Sudahlah.. aku akan cuba jugak. Betul atau tak belakang kira.' dia sudah bertekad.

Kereta honda itu diikutinya sambil mengekalkan jarak. Dalam sekitar lebih 30minit kemudian, kereta tersebut telah membawanya masuk ke sebuah kawasan yang agak sunyi.

Kereta Khalish berhentikan di tepi jalan di kawasan perumahan agak jauh apabila kereta tadi diberhentikan di hadapan sebuah rumah banglo setingkat berhalaman luas.

Semua tingkap tertutup rapat, lalang memanjang dan tak kelihatan seperti rumah yang selalu diduduki orang.

Lagipun, lelaki itu adalah salah seorang staff di syarikat tempatnya bekerja, masakan mungkin lelaki itu tinggal di sini?

Pelbagai kemungkinan muncul menyesakkan otaknya.

Pandangan dibuang ke sekeliling, jam sudah menunjukkan hampir ke angka 7, dia berharap sangat dapat bertemu jiran tetangga di situ untuk bertanya.

Dan nasibnya baik apabila seorang lelaki tua memberhentikan motosikalnya di dalam kawasan rumah yang berada di hadapannya.

"Assalamualaikum pakcik." Salam diberikan hormat.

"Ah ye.. waalaikumsalam." kopiah di atas kepala diperbetulakan. Dengan berpakaian baju melayu dan kain pelekat, Khalish mengagak semestinya lelaki itu mahu ke masjid atau surau berdekatan.

"Maaf mengganggu pakcik.. tapi boleh saya tahu, rumah banglo depan ni memang ade orang duduk ke?" soalnya sambil menunjukkan ke arah banglo tersebut.

"Oh rumah tu.. Tuan rumahnya dah lama berpindah. Rumah tu memang kosong dulu." Jawab si pak cik itu ramah.

"Pakcik perasan tak dah berapa lama rumah tu dah ade orang duduk?" Khalish sudah tidak sabar mahu mendengar jawapan yang ditunggu-tunggunya.

'Tolonglah.. tolonglah..' harapannya tinggi menanti jawapan.

"Hmm..tak silap pakcik, baru dua hari lepas ade orang mula tinggal situ. Lelaki mude. Kenapa ya?" Jawapan itu menjawab segalanya.

Khalish yakin seratus-peratus dengan apa yang difikirkannya.

"Tak ada apalah pakcik. Terima kasih ye kerana membantu. Assalamualaikum." balasnya singkat sebelum kembali memasuki kereta.

Phone dibuka dan nombor orang-orang upahannya seramai hampir 5 orang itu untuk datang segera.

Dia tak boleh beritahu Yusa lagi, dia perlu pastikan dengan mata kepalanya dahulu samada tekaannya adalah betul atau tidak.

Khalish mula memerhati sekeliling, memastikan jalan kosong dahulu sebelum pagar lama itu dipanjatnya cermat.

Dia melompat ke sebelah sana. Ketinggian lalang-lalang dan persekitaran yang mula gelap memudahkan dia bersembunyi daripada dilihat sesiapa.

Tapi bagaimana dia mahu memastikan jika Shira betul-betul berada di dalam? Hmm..

Banglo itu dihampirinya dan Khalish sudah serupa pencuri saja gayanya. Sekejap memandang ke kanan, ke kiri, berhati-hati.

Salah sebuah tingkap yang tertutup rapat di bahagian belakang rumah dihampirinya, cuba mencuri mendengar.

Klik Klik Klik.

Kedengaran seperti seseorang sedang menyediakan air. Sudu berlaga gelas. Khalish cuba mendengar dengan lebih teliti lagi.

Tiada sebarang suara, tiada satu pun lampu di rumah tersebut yang terbuka walaupun keadaan sudah gelap.

Musykil.

Tak lama selepas itu, tiada lagi sebarang bunyi kedengaran. Khalish cuba ke tingkap-tingkap sliding yang lain, cuba mencuri dengar.

Mahu melihat ke dalam? Gelap. Tiada apapun yang kelihatan daripada luar.

Tetapi tiba di satu sudut rumah, telinga pekanya menangkap suara seseorang menjerit kecil. Wanita!

Khalish tak dapat menunggu lama lagi, dia berlari semula ke keretanya sepantas mungkin dan sesuatu diambilnya.

Tiada sesiapa yang tahu akan kebolehannya itu, klip besi itu digunakannya untuk membuka kunci tombol secara senyap.

Terketar-ketar tangannya membuka seperlahan yang mungkin.

Kedengaran bunyi pintu dihempas dari dalam. Pintu bilik barangkali. Argh! Dia tak peduli, dia akan teruskan rancangan gilanya ini juga.

Klik. Pintu dapur itu terbuka. Dilakukan yang sama pada grill besi. Pintu ditutup perlahan dan dia berjalan berhati-hati dalam kegelapan.

Selangkah demi selangkah langkahnya diatur, bimbang tapak kasutnya mengeluarkan bunyi yang mampu sampai ke pendengaran sesiapa.

Belakang tembok ke dapur itu dijadikan perlindungan, berselindung sambil sesekali mencuri pandang ke ruangan hadapan.

Samar-samar, tetapi dia masih mampu melihat dengan baik.

Dan sangkaannya tepat.

Sekujur tubuh yang terbaring lemah kelihatan berbaring di sofa panjang di bahagian ruang tamu. Shira!

Wanita itu sedang menangis. Khalish tahu apabila mula terdengarkan esakan halus si isteri.

Fuck fuck fuck...

"Sayang.. kau tahu aku lakukannya untuk kebaikan kita kan? Kenapa kau degil sangat ha? Sedap sangat main dengan si Schizo tu?" Suara mendatar Darien kedengaran.

Tubuh itu keluar daripada salah sebuah bilik yang berhadapan ruang tamu. Khalish mula merapatkan diri sambil masih bersembunyi.

Dia menunggu waktu yang sesuai, jantan itu tak akan dia benarkan sentuh isterinya lagi. Tak akan sesekali! Bukan di hadapan matanya.

"Aku akan puaskan kau lebih dari dia. Kau akan lupakan dia segera. Percayalah. Sebab tu aku paksa kau makan pil tu..bukan mati pun." tambah Darien lagi.

Minuman di hirup sesekali sambil merapati Shira yang terbaring mengiring, wajahnya tidak kelihatan dek rambut panjangnya yang menutupi sebahagian besar wajahnya.

Rambut panjang itu disebaknya ks belakang sambil tersenyum manis. Pipi Shira diusap-usapnya leka.

Duduknya dilabuhkan di sebelah tubuh Shira yang terbaring terikat. Membelakangi Khalish.

"Sikit je lagi sayang.. If you're not feeling well, just let me know okay? I will satisfy your lust." setiap bibit bicara Darien amat menjelikkan Khalish.

Sebuah pasu perhiasan kecil diambil berhati-hati, jika lelaki itu bertindak lebih, memang pecah kepala itu dia tetak.

"Hurmm.. umm.." gumaman Shira dengan wajah menguyu mula memberahikan Darien.

Bibir dijilat berkali-kali. 'This is the time Yen..'

"Pa-panas.. urm.. ahh.." rengekan kecil Shira yang sudah mula kurang pertimbangan semakin melonjakkan nafsu Yen.

Tangan Shira yang diikat di belakang diputuskan ikatannya. Dia yakin Shira tak akan melawannya lagi.

Malah gadis itu akan mahukannya lebih dari segala malam ini. Ah! Heaven, I'm coming!

Baju kalut dibukanya dan naik ke atas tubuh Shira. Beltnya hendak dibuka, beralih pada seluar slacknya.

Tanpa sedar, seseorang sudah berdiri di belakangnya dengan panas baran yang melampau.

Shizo.

-The person may show dysfunctional impulsivity and impulsive aggression when faced with an unpleasant situation.- Schizo.

Share this novel

Aina Aini
2020-11-07 22:35:11 

fuhhh..saspenn


NovelPlus Premium

The best ads free experience