BAB 3.

Fantasy Series 3057

PUTERI XAVIERA masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Duke Athor V. "Aku yakin mesti ada sesuatu yang ayahanda cuba rahsiakan dari pengetahuan aku…" Dia mengomel lagi sambil meletakkan siku atas tebing menara. Menongkat dagu merenung keindahan suasana dari puncak istana. 

"Kas…" Tiba-tiba nama Putra Kas tersebut. Dan Puteri Xaviera tersenyum manis.  Tidak sabar rasanya dia menjadi tunangan putera dari Kerajaan Vlad itu. 

"Ha… itu pun bonda baru pulang…" Ujarnya yang sudah ternampak kereta kuda yang membawa permaisuri Lornia kembali ke istana. 

Keletak!

Keletak!

Bunyi tapak kaki kuda.  Sesekali dia menjerit apabila punggungnya di sebat cemeti agar bergerak pantas. Dari atas menara, Puteri Xaviera nampak bonda menuruni kereta kuda sambil tangannya dipegang oleh dua orang dayang di raja. 

FAIRY WOODS atau hutan Fairy seringkali menjadi tempat perburuan rusa Putera Kaspian Alexander IV dengan dua orang rakannya. Mereka masih lagi berkuda dalam menyusuri denai untuk ke dalam.

Di belakang tubuh Putra Kas terselitnya panah Di raja. Antara pusaka keluarga Di raja Alexander IV dan Vlad. 

"Berhenti, Koko!" Arah Putra Kas pada kudanya dengan menarik rantai leher kuda tersebut menyebabkan kaki hadapannya terangkat tinggi dan berbunyi.  

"Ngeeh…" 

Begitu juga dengan yang lain saat mereka ternampak kumpulan rusa di hadapan.  Tanpa mereka nampak si pengembala yang sedang tidur tersandar di batang pokok. 

Putra Kas menarik satu panah lalu di selitkan pada busur sebelum dihalakan arah salah-seekor daripada rusa-rusa tersebut. Tajam sekali panahan anak mata biru milik Putra Kas dalam memerhati subjek dengan panah ingin dia lepaskan. 

Seperti angin lalu sahaja panahan Putra Kas tepat terkena pada rusa lalu dia terbaring.  Tali cemeti dipukul dan kuda-kuda bergerak ke arah lima ekor rusa yang terkedang atas tanah. Lagi dua ekor sudah melarikan diri.

"Hebat panahan Tuan putera…" 

"Hei, sudah berapa kali mahu aku katakan jangan panggil aku putera jika berada di luar." 

"Maaf, aku terlupa.  Dah terbiasa…"

"Sebab tu lah jika kau dan aku saja bersembang seperti biasa tidak perlu nak protokol sangat…" Bicara Putra Kas terhenti apabila dengan tidak semena-mena dia terlihat bayangan sekali imbas.  Tali penarik kuda dia lepaskan untuk menenyeh kelopak mata khuatir tersalah nampak. 

Ya, memang benar. Mungkin bayangan berupa visi itu hanya permainan mata dan pancaran matahari petang. 

"Kenapa Kas? Apa yang kau nampak?" Rakannya menyoal dan dia juga sama-sama melihat kawasan menghijau lalang-lalang yang meliuk-liuk di sapa angin petang.

"Tak. Tak ada apa-apa. Aku rasa mahu pulang. Bawa rusa-rusa ini untuk jamuan malam nanti…" Arah Putra Kas menarik leher Koko si kuda peliharaannya agar membawa dia pulang kembali ke istana. 

"Baik Kaspian… Marco, Lio bawa rusa-rusa ini…" Ketiga-tiga lelaki berpakaian kain guni turun dari kuda untuk mengikat rusa-rusa itu pada tengah-tengah kuda mereka berdua.

Perlahan-lahan topi tiga segi menutupi muka diangkat.  Ada senyuman yang terukir di bibir sang pengembala bertelinga tirus itu.

TERLOPONG dengan mata tidak berkelip-kelip saat mata merenung kuda unicorn sama-sama terbang di tepi pesawat mereka. Atrea merenung Su di sebelah mahu mencuitnya agar melihat sama tetapi rakannya sudah terlelap dengan ear phone di telinga.

Kuda putih bertanduk satu di tengah kepala dan bersayap seputih kapas itu juga menolehkan muka ke arah Atrea sebelum dia meluru laju ke depan.  Atrea tidak puas hati dan masih mahu melihat terangkat-angkat punggungnya saat mendekat pada cermin pesawat.  Sayangnya kuda magika itu sudah tiada.

"Betullah kut kata-kata orang… kalau bernasib baik. Boleh nampak macam-macam, di langit…" Atrea berkata sendiri lalu membuka kembali buku istana drakula. 

Namun baru saja dia mahu membaca. Terdengar satu ketukan kecil. Atrea berpaling. Langit kelihatan agak mendung dengan dia cuba merenung bawah. Bernasib baik tidak duduk di bangku berdekatan sayap.

Atrea menjegilkan matanya. Kemudian memandang semula gambar dalam buku. Atrea masih lagi tidak sedar akan kehadiran si pari-pari comel yang masam mukanya. Lambaian dari dia langsung Atrea abaikan.

"Samalah macam dalam buku.  Nak sampai dah… eh, comelnya awak…" Atrea berkata lagi.  Dia semakin teruja dengan kehadiran pari-pari comel sedang tersenyum dan terapung di hadapan.  Sayapnya berwarna pink jernih dan terkibar-kibar. 

"Kau bercakap dengan cermin ke, Rea?" Su menegur terkejut jaga. 

"Hah?"

"Eh?" Atrea juga terkejut dengan teguran Su.  Dia ingatkan Su masih lagi nyenyak tidurnya.  Dan bila dia berpaling semula ke tingkap. Pari-pari comel itu juga tiada.  

"Kau bercakap dengan siapa? Awan je dekat luar tu…" Sekali lagi, Su menyoal dan dia juga sama mahu menjengah tingkap. Nasiblah buku atas paha Atrea tidak jatuh. 

"Mana ada aku bercakap apa-apa.  Kan aku tengah baca ni… kau yang mengigau kut…" dalih Atrea lalu buat-buat membaca semula.
"Mungkinlah kut.  Agak-agak kita sekarang berada di mana dah ya? Naik kematu punggung duduk atas pesawat ni…" Su berbicara sambil menggeliat. 

"Tadi aku tengok bawah dan nampak ini," sahut Atrea lalu jarinya menunjuk ke arah gambar bandar Transylvania dan istana Vlad. 

"Woah, really?"  Su menyoal lalu menarik nafas lega. Terbayang-bayang di matanya akan keindahan istana tersergam indah itu. Manakala Atrea pula semakin dekat dia ke kota itu semakin berkali dia terdengar bisikan itu dan banyak kali dia terlihat bayangan-bayangan di cermin.

NENEK KEBAYAN melebarkan lagi senyumannya.  Begitu juga dengan dua orang pemuda berbaju guni sekali dengan hoodie di kepala sedang tersenyum.

"Dia sudah sampai…" ujar salah-seorang daripada pemuda berbaju guni sambil menurunkan hoodie lalu memaparkan wajah kacak tetapi terlihat garang kerana bentuk rahang serta ketajaman tancapan mata.  Terserlah juga telinga memanjang dan menirusnya. 

"Kita harus cepat mendahului mereka.  Dia amat berguna untuk kita…" ujarnya. Kesemua mengangguk.  Si nenek kebayan meletakkan botol berisi air warna merah pada Malthus.  Malthus merenung botol lalu mendongak. 

"Gunakan bila perlu. Bukan mudah juga Malthus untuk menawan dia…" Nenek kebayan berkata-kata sambil mata mereka merenung kembali bayangan di bola kristal.

WIZARD LUMOS dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Insan yang selama ini mereka nantikan kedatangannya sudah berada berdekatan dengan pintu sempadan. Hanya berjarak beberapa batu saja lagi.

"Aku harus beritahu perkara ini pada raja. Raja Alex kena cepat tahu." Wizard Lumos akhiri kata-katanya itu dengan melangkah ke arah pintu dan dia mahu menuju ke kamar rahsia kerajaan. Pada waktu sebegini, Raja Alexander IV selalu terperap di kamar itu menekuni kerja-kerjanya.

Wizard Lumos berjalan laju sambil mindanya memikir-mikir apakah yang harus dibuat nanti. "Hmm... nampak gayanya... musuh-musuh pun mahukan dia... aku memang kena cepat bertindak..." Bebelnya sambil berjalan.

Tanpa sedar Putra Kas menelinga di sebalik dinding.

"Siapakah orang itu?" Soalnya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience