BAB 20

Romance Completed 4317

“Awak nak tahu kenapa saya pilih awak selepas apa yang terjadi antara kita?” Yusra bermain kata. Dahlia masih lagi diam dengan wajah tunduk.

“Awak tahu... Rasulullah dah tetapkan panduan dalam memilih wanita yang layak dinikahi. Pertama, harta. Kedua, keturunan. Ketiga, kecantikan dan yang keempat, agama. Tetapi antara keempat-empat pilihan tu, pemilihan yang disebabkan tinggi agamanya adalah yang terbaik.” Dahlia mengunci mulut. Sepasang matanya kini lurus menatap wajah Yusra. Dia nampak keikhlasan dalam mata lelaki itu. Benar, dia nampak.

“Dan... saya pilih awak sebab agama awak. Walaupun awak mualaf, tapi bagi saya awak jauh lebih sempurna. Awak ikhlas dengan Islam dan saya tahu awak berusaha untuk menjadi Muslimah sejati.” Menitis lagi air mata Dahlia. Hanya dibiarkan air itu membasahi pipinya. Ya Allah, indahnya perasaan kurniaan-Mu ini...

“Kahwin dengan saya?” Sekali lagi Yusra melamar. Kali ni dengan keyakinan bahawa Dahlia akan menerima. Buat seketika, masing-masing saling bertatapan. Dahlia tahu sejauh mana pun dia lari daripada Yusra, mereka tetap akan dipertemukan semula jika itu yang Allah mahukan.

“Saya tak nak cinta kita ni tercemar dengan perkara yang tak sepatutnya sebelum kahwin.” Dahlia meluahkan kebimbangannya.

“Kita kahwin secepat mungkin.”

“Mama dan papa?”

“Mereka dah setuju. Dan saya yakin mak ayah saya pun tak ada halangan.” Yakin sekali Yusra menyatakannya. Dia yakin Dahlia jodohnya dan dia mahu gadis itu juga yakin dengannya.

Dia sekarang seorang Muslimah bernama Zulaikha, namun Yusra tidak akan pernah lupa gadis lurus dari Sabah yang bernama Dahlia Samuel yang pernah dikenali dulu. Lama begitu, barulah terukir senyuman di bibir Dahlia. Lupakan kisah lama, bersedia untuk melakar kisah baru di atas lembaran seterusnya dalam kisah hidupnya. Terima kasih untuk cinta ini, ya Allah...

SELESAI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience