ROSE
Ke hadapan Abang Hamka yang Ainun cintai.
Ainun tak sangka abang akan balik kampung tahun ini. Selepas abang mengajak keluarga abang pindah, abang langsung tidak pulang. Kehadiran abang amat mengejutkan Ainun. Ainun rindu abang. Ainun tak sangka orang yang Ainun cintai akan berada di hadapan Ainun. Semakin lama abang semakin kacak. Bila abang nak datang meminang Ainun? Haritu abang cakap bagi abang masa. Tapi sampai bila Ainun kena tunggu? Selepas pemergian abang, Ainun berendam air mata menanti kepulangan abang. Akhirnya penantian Ainun berakhir. Ainun harap abang dapat masuk meminang Ainun dengan segera.
Ainun
Kad yang ditulis Ainun aku serahkan kembali kepada Hamka. Sudah dua kali aku membaca kandungan surat itu. Dan sudah dua kali aku terpaksa menanggung kesakitan hari ini.
"Abang dah maafkan diorang ke?" Tanyaku.
"Apa? Abang? Silap dengar ke?" Hamka memandangku. Telinganya didekatkan denganku.
"Tak tak. Alaaaaa, Ainun la ni panggil abang. Jadi terikut." Mukaku sudah terasa panas membahang. Macam manalah mulut ini boleh tersasul. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Nak panggil abang pun takpe. Betul tak sayang?" Kata Hamka. Miang.
"Tak payah nak mengada. Cepatlah jawab." Aku berkata dalam nada merajuk. Mulut sudah dimuncungkan kerana Hamka tidak menjawab pertanyaanku.
"Haah. Dah maafkan. Buat apa nak berdendam." Hamka menjawab tenang. Baiknya hati Hamka. Orang dah fitnah macam macam boleh maafkan lagi.
"Macam mana abang boleh maafkan Ainun? Kalau Rose lah kan, dah lama bagi penampar Jepun kat perempuan macam tu. Bongok!" Aku berkata dalam nada marah. Dah orang taknak, tak perlulah nak merenyam sangat.
"Rose yang lebih lebih ni pehal? Cemburu ea?" Hamka mengecilkan matanya memandangku.
"Takkkkkkkkkkk!" Aku menjerit kuat. Hamka kelam kabut menutup telinga dengan kedua belah tapak tangannya. Mukanya berkerut, mungkin sedang menahan sakit di telinga. Padan muka.
"Sakit la telinga Hamka. Nah balasan." Hamka menarik telingaku dan memulasnya.
Aku menggosok telinga sambil mencebikkan bibir. Sampai hati buat macam ni. Jelingan tangan diberi kepada Hamka.
"Alaa baby bucuk ni dah majuk ea? Meh sini abang tolong letak ubat." Kata Hamka dengan gaya yang gedik.
Mataku membulat mendengar kata kata Hamka. Serta merta tawa terhambur daripada mulutku. Aku menekan perut. Sakit kerana terlalu kuat ketawa.
"Ha, dah tak sakit kan? Dengar laa Hamka nak jawab soalan Rose ni." Hamka memegang mukaku supaya memandang ke arahnya. Dengan sisa ketawa yang masih ada, aku memandang wajah Hamka. Tawa cuba ditahan sehabis boleh. Berkeriput bibir dibuatnya.
"Gelak laa gelak. Sedangkan Allah pun memaafkan hambanya, apatah lagi Hamka. Tak baik berdendam. Nanti Allah murka."
"Habis tu, abang nak masuk meminang dia bila?" Aku cuba mengawal rasa sedih.
Hamka memandangku. Dahinya berkerut. "Taknaklah. Abang nak kahwin dengan Rose."
Aku memandang Hamka. Senyuman cuba ditahan. Mukaku sudah berbahang mendengar kata kata Hamka.
Hamka pula memandangku dengan pandangan yang romantik. Hatiku yang sekeras batu ini mudah saja cair dengan pandangannya.
"Ehem." Aku berdehem. Cuma mematikan suasana kekok antara kami.
"Sakit tekak ke? Minumlah air tu." Kata Hamka selamba. Nampak sangat nak kenakan aku. Dia menghulurkan mug yang berisi air mint kepadaku. Aku menyambut mug itu dan air diteguk.
"Hamka..." Aku memanggil Hamka, lembut.
"Ye?" Hamka menjawab. Matanya tidak lepas memandang ke arahku. Rambut yang menutupi sebelah mataku diselak dan diletakkan di belakang telinga.
"Hamka nak ke terima perempuan macam Rose?" Aku menundukkan wajah. Malu. Hamka langsung tidak sesuai denganku. Dia ibarat merak di kayangan manakala aku ibarat gagak di rimba.
"Kenapa? Rose ni perempuan macam mana?" Tanya Hamka.
Aku mengangkat muka. Dia mengukir senyuman. Aku mengerutkan dahi melihat senyumannya. Hairan, dalam keadaan macam ni pun boleh senyum. Tak penat ke?
"Rose kan em pe-la-cur." Jawabku, perlahan. Perkataan pelacur disebut lambat lambat.
"Tapi manusia jugak kan?" Kata Hamka. Dia menggosok kepalaku kuat sehingga menyebabkan rambutku serabai.
Aku menolak tangannya. "Apa ni?!" Kataku. Geram. Rambut yang disisir rapi habis serabai dibuatnya.
"Alaa sayang sangat rambut tu. Katok kang!" Hamka membuat gaya penumbuk kepadaku.
"Katok? Katak? Asal tetiba cakap pasal katak. Geli lah." Bulu romaku meremang. Cakap pasal katak, teringat pula kisah seram aku dengan katak.
Hamka ketawa berdekah dekah. Entah apa yang menggeletek hatinya sampai begitu sekali dia ketawa. "Katok ni maksudnya pukul. Faham?"
Aku mengangguk faham. Oh! Pukul rupanya. Tahulah dia orang Terengganu. Sejak kecil sampai besar tak pernah jejak kaki ke Terengganu. Macam mana nak faham bahasa Terengganu.
"Kenapa geli sangat dengan katak?" Tanya Hamka. Mungkin dia hairan kenapa aku terlalu geli dengan katak.
"Haritu, Rose nak ke kedai sebab ibu suruh beli serbuk teh. Waktu tu hujan renyai renyai. Rose ambil payung yang tergantung kat depan rumah. Sedang Rose jalan, Rose nampak ada sesuatu tergantung kat jari kelingking Rose. Ingatkan keychain kat payung. Rupanya katak pisang yang tergantung kat jari Rose. Rose terjerit jerit macam orang gila waktu tu. Nasib baik tak ada orang." Aku bercerita sehingga bergenang air mata. Kalau boleh, kataklah binatang yang aku paling tak ingin jumpa. Pupus pun bagus.
"Alaa. Rilek ah. Macam tu je. Hamka lagi teruk. Pagi tu Hamka nak ke sekolah. Waktu tu Hamka masih sekolah rendah. Jadi kasut putih, stokin pun putih. Awalnya tak ada pape pun. Tapi bila Hamka balik rumah, buka kasut. Hamka pelik la kenapa stokin Hamka berdarah, banyakkkkk. Hamka check kat kaki, takde luka. Intai dalam kasut, rupanya ada dua ekor katak mati." Hamka mengelengkan kepalanya.
Bulu romaku meremang kembali. Aku menaikkan kaki ke atas. Seram jika terbayang kisah Hamka. Kalau terjadi kat aku, sudah pengsan rasanya.
"Rose! Katak!" Jari telunjuk Hamka diarahkan ke satu sudut.
"Buanggggg. Hamka! Buang katak tu." Aku memejamkan mata. Kakiku dirapatkan ke badan dan dipeluk erat.
Tiba tiba terdengar suara Hamka ketawa terbahak bahak. Aku membuka mata. Matanya berair kerana terlalu gelakkan aku.
"Hamkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!"
Share this novel