Rate

1

Superhero Series 1814

Hidup ini tidak seindah kita bayangkan,
Tapi sebaliknya itu tersimpan hikmahnya.

Seorang kanak perempuan menangis teresak-esak, dihentak kakinya kuat di atas lantai tanda protes. Rengekannya membuatkan sang ibu dan ayah risau.

"Alolo anak ibu ni. Janganlah nangis, nanti tak comel. " Pujuk sang ibu yang merendahkan badannya sejajar kanak kecil itu. Ayah hanya tercegat di belakang ibu, tidak tahu memujuk anaknya.

"Tak nak! Riana nak ikut juga!" Rengek Riana. Tubir matanya tidak berhenti mengeluarkan air mata.

"Riana. Ibu dan ayah pergi sekejap je. Tak lama pun," kata ayah. Riana menggeleng kepala. Dia nak ikut juga!

"Riana sayang tak ibu ayah?"soal ibu lembut, tangannya mengusap pipi mulus Riana.

"Sa...sayang."

"Jadi Riana tinggallah kat rumah kejap, teman dengan kakak,"ujar ibu. Matanya melirik Liana yang berada di samping Riana.
Riana berhenti menangis. Mata bulatnya memandang tajam ibunya.

" Bo...boleh. Tapi ibu ayah jangan lambat balik rumah tau!" kata Riana. Tersedu-sedu Riana berkata. Ibu dan ayah hanya ketawa kecil melihat telatah comel Riana.

"Ya sayang." Balas ibu dan mencubit pipi tembam Riana. Riana memuncung mulutnya akibat cubitan ibunya.
Ayah pula menggosok atas kepala Riana. Dahlah tambah comel lagi Riana buat, geram!

Liana hanya melihat saja ibu dan ayahnya yang melayan telatah adiknya. Sedikit perasaaan cemburu melihat ibu ayah melayan manja adiknya daripada dia.

Selesai saja memujuk Riana, sang ibu dan ayah mengalih pandangan mereka ke arah Liana. Tangan ibunya meletak di atas bahu Liana seraya bibirnya ukirkan senyuman. Lantas Liana membalas senyuman dia.

"Liana, jaga elok adik dan diri tau," pesan sang ibu. Liana hanya menangguk kepala saja.

"Ingat tau!" pesan ayahnya pula. Liana membalas anggukan lagi.

"Ya, ayah!"balas Liana.

"Meh sini dua budak ni peluk ibu." Ibu mereka mendepakan tangannya, Liana dan Riana terus memeluk. Pelukan hangat membuatkan ibunya berasa sebak.

Selepas berpelukan lama, ibu mereka meleraikan pelukan. Tangannya mengusap pipi kedua-dua anaknya sambil tersenyum sayu.

" Sayang, jom!" ujar ayah dan mencuit bahu ibu. Ibu perlahan-lahan bangun.

Ibu dan ayah terus keluar dari rumah. Sebelum ayah menutup pintu rumah, ayah sempat berpesan.

"Jaga diri baik-baik!"

Terangguk-angguk kepala kedua-dua kanak tersebut. Selepas mendapat anggukan, ayah senyum dan kembali masuk kereta, ibu pula sudah berada di dalam kereta.

Liana dan Riana melambai tangan. Kelibat kereta semakin menghilang.

Tepat mereka pergi, hujan mula turun di atas permukaan bumi.
Suasana sejuk membuatkan bulu roma menegak. Liana terus menutup tingkap dengan langsir.

"Riana, jom makan. Tadi Riana belum makan lagi," ucap Liana. Namun, Riana tidak berginjak, hanya merenung luar rumah melalui cermin tingkap.

"Adik?"

Liana tercegat di belakang Riana, hanya menunggu balasan Riana.

"Kak tahu tak ibu ayah pergi mana?" soal Riana.

"Err... kerja?" Liana hanya tersengih. Dia pun tidak tahu ibu ayah mereka pergi mana sehinggakan tinggal mereka di rumah berdua.

Riana menghelakan nafas, dia berpaling ke arah Liana.

"Kak, adik rasa ada benda tak kena." Ujar Riana. Kepalanya ditunduk memandang lantai. Liana senyum dan memegang tangan kanan adiknya. Sekilas Riana mendongak kepala. Anak matanya memandang Liana.

"Adik, kalau ada apa-apa berlaku. Kakak sentiasa ada," terang Liana. Dia menampilkan senyuman manis, membuatkan hati Riana tenang.

"Adik, jom." Ajak Liana. Riana senyum nipis lalu mengangguk. Liana menarik tangan Riana. Riana hanya membiarkan tangannya ditarik seraya mengikuti kakaknya.

**

"Kak, bila ibu dan ayah balik?" soal Riana. Dia mengambil tempat duduk sementara menunggu Liana menghidangkan makanan.

"Entah dik." Balas Liana. Tangannya lincah membuat kerja di dapur. Riana hanya memerhati tingkah Liana yang memasak. Tidak nafikan Liana sangat cekap dengan kerja-kerja di dapur.

"Kan senang ibu ayah beri kita telefon," ujar Riana dengan sayu.

"Kita kecil lagi. Mana boleh guna telefon," bebel Liana. "Huh." Riana hanya mengeluh saja dan memejamkan mata.

"Makanan dah siap!" Nada ceria Liana membuatkan Riana gembira. Tidak sabar bersarapan.

Liana menghidangkan dua pinggan di atas meja. Aroma makanan menusuk ke hidung Riana membuatkan Riana terliur. Pantas tangan Riana mencapai pinggan tersebut, sebelum tangannya ditepuk oleh Liana.

Anak matanya memandang Liana tanda 'kenapa'. Liana faham maksud adiknya mempamerkan muka garang. Tangannya juga dicekak pinggang bagaikan komander.

"Tangan tak basuh lagi!"

"Alah, kan pakai sudu dan garfu," keluh Riana.

"Tak boleh juga. Basuh tangan!" kata Liana, tegas. Dengan malasnya Riana bangun dari kerusi dan menuju ke arah singki. Nanti bebel pula kakaknya.

Ting Tong!

Bunyi loceng rumah menarik perhatian mereka.

"Siapa kak?" soal Riana, tangannya yang basah dilap dengan kain.

"Entah!" Liana berasa tidak sedap hati. Kakinya lantas berjalan ke arah pintu rumah diikuti Riana.

Dicapai kunci untuk membuka pintu dan tombol pintu dipulasnya. Dua orang lelaki berkot hitam berdiri tegap di hadapan rumah. Pagar menjadi penghalang kepada mereka.

"Kamu anak Encik Sein dan Puan Alyssa?" soal salah seorang dari mereka.

"Ya..." jawab Liana dengan gugup. Dia gementar, kenapa dua orang lelaki datang ke rumahnya. Riana bersembunyi di belakang Liana, curiga dengan dua lelaki tersebut.

Dua lelaki itu saling berbisik. Liana hanya menunggu dan timbul banyak perkara negatif menerjah di dalam fikirannya.

"Ehem." deham lelaki tersebut. Dehamannya menarik Liana ke dalam dunia realiti semula. Dua orang lelaki itu memandang Riana dan Liana sayu.

"Sebenarnya, ibu bapa kamu berdua, Encik Sein dan Puan Alyssa terlibat kemalangan semalam." ujar lelaki itu.

Masa berhenti berputar. Jantung mula mengepam laju. Liana dan Riana kaku. Liana menggeleng kepala. Tidak mungkin.

"Encik jangan main-main!" Nada Liana bergetar.

"Betul adik. Adik kena terima takdir. Kami hanya menyampaikan pesanan. Besok pihak hospital akan datang, kamu berdua boleh melihat wajah ibu bapa kamu... buat kali terakhir"

Air mata Riana sudah mula turun di pipi. Dia menggoncang bahu Liana.

"Betul ke?" gumam Liana dengan nada getar. Tubir matanya mula keluar air mata dan menggeleng kepala beberapa kali.

Tidak! ini tidak akan berlaku?!

Riana teresak-esak menangis.

"Abang tipu!" Riana tengking dua lelaki itu. Lelaki itu hanya mempamerkan wajah sayu saja.

Pandangan Riana semakin kabur, dan dia rebah ke bumi.

"Adik!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience