BAB 16

Romantic Comedy Completed 5761

Mereka saling berpelukan. Hari itu hari terakhir mereka di universiti untuk sem itu. Lepas ni, hanya tinggal satu semester saja lagi untuk dihabiskan. Baru semalam tamat peperiksaan terakhir. Sara menyapu genangan air mata di tubir mata Wieyda

“Pastikan kau ke majlis aku tau. Aku sanggup bagi tambang untuk kau datang. Aku sediakan bilik kosong lagi kat rumah aku untuk kau, khas.. kalau tak cukup bilik pun, aku sanggup sewakan bilik hotel atau homestay kat kau.. okay..” ujar Sara. Wieyda tersenyum.

“Ye.. insyaAllah aku datang.. Kau kan sahabat baik aku. Tak payah tambang, aku ada duit sendirilah.”

“Aku ikhlas.. Kalau tak pun, aku claim la dengan abang Eful..” Sara menaik-naikkan kening.

“Hahaha.. Banyakla kau. Hmm.. InsyaAllah aku datang. Doakan saja aku sihat dan diizinkan..” ujar Wieyda sambil membimbit begnya masuk ke kereta. Abangnya yang datang menjemputnya pulang ke kampung.

“Aku pergi dulu. Kau nanti jaga diri elok-elok..”

“Wieyda.. apa-apa hal call aku tau. Aku nak jugak tahu khabar berita kau dengan lelaki yang merisik tu. Naik sem depan, jangan lupa, cerita semua.” Sara tergelak-gelak. Wieyda membuntangkan mata. Dia sudah hampir lupa soal itu. Nasib baik Puan Azah merisik dan bertanya-tanya biasa saja. Masih belum bercakap secara serius. Maknanya dia masih ada masa yang banyak.

“Aku balik dulu. Assalamualaikum..” dia masuk ke dalam kereta. Sara mengangguk.

******

Wieyda terkaku. Di depannya memang ada seorang insan yang dia takut untuk berhadapan. Hazimi! Sedang memandangnya dengan sebuah senyuman. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Dia mengatur langkah jua sambil membawa pinggannya yang berisi nasi dan lauk ke meja yang masih kosong. Sejak pagi tadi dia bersama-sama Sara, menjadi pengapit lagi. Sejak bila Hazimi berada di majlis itu dia tidak perasan. Tau-tau saja sudah ada.

“Boleh abang duduk sini jugak..?” soal Hazimi. Wieyda mengangguk. Kaku. Setahun.. Suara itu yang dia rindu selama ini. Suara itu, yang dia mahu dengar selalu selama ini. Dan hari ini dia mendengarnya. Hazimi meletakkan pinggannya di atas meja dan terus duduk, berhadapan dengan Wieyda . Wieyda meliar mata ke arah sekeliling. Mengesan di mana Sara. Sebaik saja selesai menjamu selera di meja pengantin tadi Sara leka melayan tetamu.

“Dah lama Wieyda sampai?” soal Hazimi. Wieyda angguk. Sejak bila dia jadi begini bila dengan Hazimi dia tidak tau. Kalau dulu dialah yang banyak cakap. Sekarang…

Hazimi merenungnya seketika sambil menyuap nasi. Perwatakan Wieyda menarik hatinya. Sudah jauh berbeza dari dulu. Kalau dulu keperibadiannya biasa-biasa saja, sekarang lebih berimej muslimah. Sinar ketenangan pun makin terserlah.

“Wieyda dah banyak berubah..” ujarnya. Wieyda senyum. Hambar.

“Manusia kan perlu berubah.. Kalau semalam tak baik, hari ni kena la jadi baik. Kalau semalam dah baik, hari ni kena la jadi lebih baik..”

“Abang andaikan Wieyda lagi baik dari semalam..”

“Wieyda masih mencuba.. err..abang bila sampai?”

“Baru.. abang stay hotel tapi tak dapat nak datang awal sebab ada hal tadi. Ini pun abang datang majlis rumah Sara, sebab majlis kat rumah Eful nanti abang ada kursus.” ujarnya. Wieyda mengangguk. Sempat pula dia mencuri pandang pada wajah di depannya. Makin terserlah kematangannya. Makin membuatkan hatinya terasa betapa aura Hazimi kepadanya masih wujud dan kuat. Ya Allah!

“Abang sorang?” soalnya. Dia mahu bertanya sama ada Hazimi seorang atau membawa isterinya mungkin, tapi soalan direct sebegitu tidak terluah pula. Hazimi memandangnya. Angguk.

“Hmm…tak bawak isteri..?” ah, soalan itu terluncur juga walau ditahan. Hazimi diam seketika.

“Belum kahwin la dik..” jawapan itu membuat Wieyda terdiam. Hatinya bergetar. Namun cepat-cepat dia mengingatkan diri, akan janjinya pada diri sendiri untuk melupakan semua perasaan itu. Tapi kini, godaan itu datang kembali merasuk hatinya disaat dia tahu Hazimi masih belum berkahwin..

“Err.. Wieyda ingat abang dah kahwin..”

“Belum lagi.. dalam perancangan. Wieyda.. abang mintak maaf pasal hal dulu..”

Wieyda menggeleng. Kisah lama. Walaupun hatinya mash terasa bekasnya tapi dia sudah tidak mahu terus terperangkap dengan semua itu.

“Wieyda dah tak ingat, abang. Semua tu kisah lama.” Wieyda tersenyum. Bohonglah kalau hatinya tidak merasa apa-apa. Tapi dia seperti biasa, lakonan kan memang sebati dengan dirinya. Apalagi berlakon depan Hazimi.

Hazimi diam, tapi turut tersenyum. Dia tidak dapat meneka, masihkan Wieyda terasa dengan kejadian dulu. Gadis ini sukar sekali mahu ditebak perasaan sebenarnya. Pandai benar berpura di depannya kalau soal perasaan.

“Abang sekarang kat mana?”

“Sekolah kat Negeri Sembilan. Tapi abang dalam proses nak sambung belajar, buat master, kalau ada rezeki buat PHD…”

“Cita-cita abang tetap nak jadi pensyarah, kan?” soal Wieyda. Hazimi terkesima seketika. Akhirnya dia anguk dan dia akui, Wieyda banyak mengetahui dan mengingati pasal dirinya. Sejak dulu.

“Semoga abang terus berjaya, dan selalu bahagia. Tapi abang makin kurus..mesti kerja banyak tapi makan sikit..kan?” ujar Wieyda lantas bangun berlalu membawa pinggannya ke tempat yang telah disediakan. Hazimi sekadar merenung. Kalaulah dia bertemu Wieyda terlebih dahulu, pasti dia memilih Wieyda. Gadis itu sempurna segala segi untuk membawa tanggungjawab sebagai teman hidup yang baik. Cuma hatinya terlebih dahulu dimiliki orang lain.

Wieyda mengetap bibir. Mata berair lagi. Allah.. berikan aku kekuatan hati. Tetapkan hatiku pada takdir yang telah kau tetapkan.’ Bisik hatinya berkali-kali di saat dia terasa hatinya berbolak balik membisikkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

‘Hazimi makin handsome’

‘Auranya makin terserlah dek kematangannya’

‘Dia masih belum kahwin, masih ada peluang untuk mencuba sekali lagi’.

Wieyda menggeleng kepala. Hatinya masih belum terdidik sepenuhnya nampaknya.

“Well, dah siap makan ni, jom la bergambar sekali. Nanti kang korang nak balik pulak..” Zaiful bersura sebaik saja Wieyda kembali ke meja. Entah bila pasangan itu muncul di situ. Wieyda senyum.

“Amboi..Abang Eful macam menghalau!” Wieyda bersuara. Zaiful tersengih.

“Idak le macam tu..moh la..” Wieyda senyum. Ai, lelaki pulak yang suka bergambar. Teruja benar dengan majlis kahwinnya la tu.

Klik. Klik. Klik.

******

Wieyda menatap gambar itu. Tidak sedar dia dalam beberapa keping gambar, dia duduk di sebelah Hazimi. Tidak perasan juga sebenarnya mereka nampak serasi dengan pakaian yang hampir senada warnanya. Ya Allah.Jangan benarkan lagi hatiku terusik.

Tapi kenapa saat ini, lebih tepat, sejak pertemuan itu, hatinya masih merasakan ada rasa mengharap yang bertapak di situ? Ah, dia benar-benar gila. Dia tidak boleh berterusan memikirkan soal itu. Dia masih ada satu semester untuk dihabiskan dengan jayanya. Dia perlu kuat. tidak boleh lemah kerana cinta yang tidak berbalas. Namun bayangan kenangan-kenangan indah yang pernah terjadi bersama Hazimi masih bermain-main di ruang mata dan minda. Bayangan tawa Hazimi, kerlingan mata lelaki itu, usikan nakal dan kata-kata nasihat, silih berganti. Oh, Tuhan..

“Ya Allah.. Hanya padaMu aku berserah. Aku tahu Kau sudah menetapkan yang terbaik buatku..buat hamba-hambaMu yang mengharapkan hanya padaMu. Ajari hatiku untuk redha dengan setiap pemberianMu, wahai Tuhan yang Maha Agung..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience