Bab 29

Romance Completed 207871

"Ehem"

Carlos memecah sunyi.

Kelam kabut Intan bangun dari ribaan Caden. Merah wajahnya menahan malu. Tah apa la yang Carlos fikirkan.

Caden bangun menuju ke arah Carlos.

Buntang mata Carlos melihat muka Caden yang merah, hidung berplaster dan bibir yang pecah.

Tak kan bergusti kot, sekejap je tinggal berdua dah jadi macam ni. Ganas..

Tersengih Carlos pada Caden. Kan aku dah cakap.. Intan ni ganas.

Carlos ketawa dalam hati.

Pekerja butik hanya diam di muka pintu bersama pakaian di roller hanger.

"Intan, sini. Awak pilih nak yang mana, lepas tu try tengok. Muat tak" panggil Carlos.

"Semua cantik-cantik, tak tahu nak pilih yang mana" kata Intan.

Intan menoleh mencari kelibat Caden. Aik, hilang ke mana?

"Caden tukar baju di bilik. Kejap lagi dia keluar" kata Carlos.

Macam tau-tau je yang dia cari Caden. Tersengih Intan pada Carlos.

Tak lama Caden keluar dengan pakaian santai. Seluar jeans dan t-shirt polo. Handsome cuma muka je cacat sikit. Hihihi..

"Tuan Caden, baju melayu pun ada sekali. Nak cuba tak?" tanya Carlos.

Intan telah pun mengambil sepasang baju kurung moden warna white pearl. Cantik rekaan bajunya, simple tapi menarik.

Carlos menyerahkan baju melayu rona sama pada Caden untuk dicuba. Caden mengambil baju dan menghilang di bilik bersebelahan bilik tidurnya untuk menukar pakaian.

Tidak lama Intan keluar.

"Saya pilih yang ni la. Muat-muat je. Cantik pulak tu" kata Intan pada Carlos.

Carlos hanya mengangguk. Tidak lama Caden pula keluar membawa baju melayu.

"Okey" sepatah kata sahaja.

Carlos kemudian berurusan dengan pekerja butik. Kedua-dua baju ditinggalkan. Lalu Carlos keluar bersama pekerja butik tadi dengan lain-lain baju.

"Awak lapar? Saya orderkan makan." soal Caden sebaik melihat Intan di dapur.

"Eh, tak payah la. Biskut pun ada ni" balas Intan menolak.

"Wait here" kata Caden lalu telefon dicapai dan laju memesan makanan.

Tidak sampai dua puluh minit, makanan sampai dan diatur di meja makan.

"Afrina, come. Kita makan. Saya lapar, tadi ingat nak makan tapi tak jadi" ajak Caden.

Disebabkan perut dah bernyanyi. Intan mengatur langkah ke meja makan.

Wow, lauk kampung.

"Awak pandai ke makan lauk kampung ni?" soal Intan.

Iye lah, Caden lama kot tinggal kat luar negara tu.

"Lauk kampung my favorate. Terutama ulam dengan sambal kelapa. Sedap" kata Caden lalu tangan menyenduk nasi ke dalam pinggannya dan pinggan Intan.

"Eh.. Tak apa, saya senduk sendiri" segan pula Intan. Patutnya dia yang sendukkan, ni dah terbalik pula.

"Makanlah, sejuk tak sedap" ajak Caden.

Berselera Caden makan walaupun dah lewat dari waktu tengah hari. Bertambah nasi. Tak padan dengan bibir sakit.

Tersenyum Intan melihat Caden yang berselera makan lauk kampung begitu. Memang sesuai dengannya yang suka kan lauk-lauk kampung. Tenang hati Intan menjamah makanan.

Setelah selesai makan, Caden sekali lagi memanggil pekerja untuk mengemas.

Waktu itu Intan berada di dalam bilik. Katanya mahu membersihkan diri dan menukar pakaian.

Selera aku makan hari ni. Dah lama tak makan banyak macam tadi. Bisik Intan dalam hati.

Intan mengambil begnya. Mahu mandi dan bersihkan diri. Pakaian yang dipakai telah dimasukkan ke dalam laundry bag.

Kejap lagi dia akan cuci sendiri. Tak perlu hantar ke laundry pun kerana bilik rehat Caden ini lengkap dengan mesin basuh dan dryer.

Cari punya cari, tak ada la bajunya.. Sudah.. Apa aku nak pakai ni. Takkan pakai baju tadi pulak. Tak nak la..

Dah tu nak berkemban dengan tuala ni sampai ke pagi. Jangan cari nahas Intan.

Adoi.. Mana nak cari baju ni.. Melilau mata Intan memandang dalam bilik tidur ini. Tiba-tiba terpandang closet yang beratur milik Caden.

Laju langkah kaki menuju ke situ. Mencari pakaian yang sesuai. Mana ada sesuainya.. Semua baju lelaki.

Hah, ada pun tshirt dengan seluar track. Intan memilih tshirt lengan panjang warna kelabu dan seluar track warna hitam. Ni saiz paling kecil yang ada. Itu pun lengan baju kena lipat, seluar pula dah panjang tutup jari kaki.

Baju dibadan dicium. Bau perfume Caden la. Wangi..

Dah, dah.. Tak payah nak feel sangat.

Baju di badan ditilik. Rasanya aku ni dah cukup tinggi tapi tapi bila pakai baju Caden dah rasa macam orang kerdil pula. Layan je la Intan.. Sementara. Harap-harap la Caden tak marah.

Setelah siap berpakaian dan memakai tudung sarung. Intan keluar dari bilik mencari Caden.

Melilau mata mencari Caden. Aik, mana pulak. Takkan dah balik kot. Intan pada waktu itu sudah pun berada di ruang tamu.

Dah balik la tu. Biarlah, boleh aku tidur kejap. Penat hari ni. Sebaik Intan berpusing, terjerit Intan kerana terkejut.

"Eh, ingat dah balik" tegur Intan sambil mengurut dada. Terkejut.

Caden hanya diam memerhati Intan.

Intan bagai baru tersedar.

"Er.. Sorry, saya pinjam baju awak. Saya bawa baju sikit je semalam. Yang dah pakai tak sempat basuh lagi." kata Intan.

Adoi.. Dia marah ke, jangan suruh aku buka kat sini juga sudah.

"Boleh, pakailah, bukan baju orang lain pun. Baju bakal suami awak juga kan" kata Caden sambil tersenyum.

Bakal suami. Macam best je dengar. Gatai..

Caden berdeham.

"Ehem"

"Saya balik dulu lah. Awak rehat. Esok jam lapan saya datang. Tapi jam tujuh pagi ada jurusolek akan datang siapkan awak." pesan Caden.

"Solek. Kena juga ke?" soal Intan.

Eh kau ni. Dah nama pun kahwin, takkan tak solek. Apa punya soalan la..

Sebaik Caden ingin melangkah. Intan memanggil.

"Caden"

Terhenti langkah Caden. Tubuh dipusingkan menghadap Intan.

"Er.. Cleine tau ke awak nak kahwin dengan saya?" tanya Intan.

"Tak,"

"Habis tu tak apa ke kalau dia nampak esok?" soal Intan lagi.

"Dia tak ada, pergi Thailand. Lagi tiga hari baru balik" jawab Caden.

"Ooo..." bulat mulut Intan.

"Ada apa-apa lagi?" soal Caden.

"Muka awak tu, kena tuam dengan ais untuk kurangkan bengkak" teragak-agak Intan berkata.

"Okey, nanti saya tuam. Anything?" soal Caden lagi.

Intan menggeleng.

"Saya balik dulu. Jaga diri. Pintu bilik jangan lupa kunci" pesan Caden.

"Okey. Awak pun hati-hati" pesan Intan. Kesian pulak rasanya. Ish, ngada-ngadalah kau Intan.

Caden sudah hilang disebalik pintu.

Intan melangkah masuk ke bilik. Tubuh yang penat dilayangkan di atas tilam yang empuk. Lega rasa pinggang.

Teringatkan baju belum dibasuk, Intan dengan malas bangun dari katil. Tudung dibuka dan disangkut pada penyangkut. Laundry bag dibawa ke tempat mencuci berhampiran dapur.

Setelah pakaian dimasukkan ke dalam mesin, Intan melangkah menuju ke ruang tamu dan merehatkan diri di sofa. Perlahan mata dipejam dan terus terlena.

Lama Intan terlena, lega rasa badan dapat berehat. Telefon di atas meja diambil lalu jam pada skrin telefon dipandang. Dekat pukul tujuh malam dah. Berpisat-pisat mata Intan.

Mengingatkan pakaian masih belum dikeringkan, langkah diatur malas.

Lama sangat tidur ni, jenuh pulak nak tidur malam nanti.

Dapur siap dikemas dan pakaian juga siap dilipat. Malam itu, Intan hanya layan cerita di tv sahaja.

Setelah perut dialas dengan biskut dan milo, Intan masuk ke bilik, memanjat katil. Bergolek sini bergolek sana, tak juga nak pejam. Dah dekat pukul sebelas malam dah ni.

Agak-agak apa Caden tengah buat sekarang kan.

Tiba-tiba telefon Intan berbunyi.

Chirp chirp chirp

Siapa pulak mesej malam-malam macam ni. Telefon diambil dan icon whatsapp di tekan.

Caden? Baru sebut tadi. Macam tau-tau..

Caden: Dah tidur ke?

Intan: Belum lagi, petang tadi tidur lama sangat. Malam jadi susah pulak nak mengantuk

Caden: Kena tidur awal, nanti esok nak bangun awal.

Intan: Bangun awal. Nak ke mana?
Saja dia megusik Caden

Caden: Jangan main-main. Kita nikah esok kan.

Intan: Ye, saya tahu. Esok pukul tujuh dah kena siap.

Caden: Good girl

Intan: Awak kenapa tak tidur lagi?

Caden: Tak boleh nak tidur

Intan: Dah kenapa pulak

Caden: Ingatkan awak

Intan: Merepek. Okey lah. Saya dah mengantuk nak tidur. Bye.

Caden: Bye sweetheart. Jumpa esok.

Intan dah tergolek-golek atas katil. Suka la tu.. Siang tadi kemain garang macam singa lapar. Malam dah elok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience