(sessantadue)

Other Series 152486

"Hari ni Leena dengan Zen tak datang ke?" Lara bertanya pada Isya.

Wajah rakannya itu mendung dari tadi. Mananya tidak, semalam, Lara dan Isya sudah berjanji dengan Aleena bahwa mereka mahu menyambut hari jadi Zen bersama-sama hari ini.

Tapi sekarang.. batang hidung pun tak nampak. Mereka sudah menghubungi Aleena tapi hampa, tak berjawab.

"Aku tak rasa diorang datanglah.." Isya menjawab lemah. Bekas kek sederhana besar di depannya dipandang sedih.

Dia membuat kek kegemaran Zen selepas bertebal muka bertanya pada Zen sebelum ini.

FLSBCK

Aleena ke tandas bersama Lara tak jauh dari situ meninggalkan Zen berduaan bersama Isya.

Diam.

Zen hanya menumpu pandang pada tandas wanita itu saja, bukan mahu mengintai atau apa-apa.. hanya menanti Aleena keluar. itu saja.

Lara dan Aisyah sudah sedia maklum Zen merupakan bodyguard Aleena, jadi mereka tak ambil kisah sangat akan dua orang itu.

Kata Aleena, minggu depan adalah hari jadi lelaki itu. Jadi Isya terfikir mahu membuat sesuatu pada Zen.

Dia menarik nafas dalam sebelum menatap Zen, tapi entah kenapa tiada apa yang ditanyanya. Dia kaget. Malu mahu bertanya pada lelaki itu tiba-tiba.

'Haish.. mesti dia fikir aku pelik nanti.. tak boleh tak boleh..' tanpa sedar, Aisyah tergeleng-geleng sendiri sambil menundukkan kepalanya.

"Headache?" suara Zen yang bertanya membuatkan Aisyah pantas mengangkat kepala menatap Zen yang tak memandangnya.

Dia tergeleng-geleng lagi, "Eh.. tak tak.. saya baik je." gelabah Aisyah bertutur. Bibir diketap, mencari kekuatan.

"Awak.." panggilnya perlahan, bagai tak terkeluar suaranya.

"Hmm" jawab Zen tanpa memandangnya. Mata masih pada toilet wanita tak jauh dari situ.

"Awak suka kek apa ye?" akhirnya Aisyah bertanya juga.

Zen automatik menoleh pada Aisyah dengan pandangan tajam.

"Kenapa nak tahu?" dingin pertuturannya. Dia kembali memandang tandas.

Aisyah menundukkan wajahnya yang sudah berbahang, 'Hot nya!!!!!!!'

Suasana kembali diam. Suara Lara yang kuat bersama Aleena menarik perhatian Isya, dia memandang dua orang itu makin menghampiri meja mereka.

Aisyah menghela nafas berat, mengeluh. Tiba-tiba,

"Vegan carrot." Zen berkata perlahan. Aisyah memandangnya tak percaya. 'Apa?'

Zen menoleh padanya seketika sebelum Aleena dan Lara tiba,

"I love vegan carrot cake." katanya lagi dengan senyuman kecil yang pantas disembunyikan dari pandangan apabila Aleena dan Lara menyertai mereka.

Aisyah tersenyum mendengarnya, dia cuba mengawalnya agar tak kelihatan berlebihan.

-N FLSHBCK-

"Kau call la Zen.. tanya dia. Mana tahu Aleena demam ke.. laki dia tak bagi jumpa ke.. mana tahu?" Lara cuba bersangka baik, memujuk Isya.

"Yela.. aku try. Aku nak call die jap ek." Isya bangun dari duduknya menjauh sedikit daripada Lara. Mahukan privasi.

"Woi! Jangan bergayut dengan Zen lama-lama pulak.. aku makan kek kau nanti!" Lara mengusik dari tempat duduknya.

Isya menjelirkan sedikit lidahnya sebelum ketawa kecil. Nombor Zen didail, berdebar-debar juga hatinya menunggu lelaki itu menjawab.

Dia memang ada nombor Zen.. tapi tak berani mahu menghubungi lelaki itu.

Agak lama deringan berbunyi dari sebelah sana sebelum Zen menjawab.

"Hello Zen.. ni Isya." Aisyah menyapa lembut.

"What do you want?" terus straight to the point. Zen bertutur dingin.

"Kenapa awak dengan Aleena tak datang rumah sewa kami hari ni?" Aisyah bertanya lagi. Gugup.

Memang dia, Lara dan Aleena sudah berjanji mahu berjumpa dan meraikan hari jadi Zen di rumah sewa mereka saja tapi sudah hampir ke waktu tengahari, Zen dan Aleena masih belum tiba.

"Why we should go there?" soalnya lagi.

"Am.. sebenarnya.. Aleena kata nak datang sini dengan awak pagi ni.. untuk am.. tak ada apa-apa yang penting pun cuma.." tak habis lagi Aisyah berkata, Zen menyampuk.

"If there is no anything important.. then don't bother us. Please, excuse me." talian dimatikan.

Aisyah terpampam. Dia mengeluh berat dan memandang Lara dari jauh. Wanita itu mengangkat keningnya bertanya.

Aisyah menggeleng sambil berjalan duduk di sofa bersebelahan Lara.

"Tak datang?.." Lara bertanya.

"Hmm." balas Aisyah perlahan. Matanya mula memanas, akhirnya dia menangis perlahan.

"We.. kau janganlah macam ni. Mungkin dia busy kot..dah la." Bahu Aisyah diusap perlahan.

"Hmm..yelakan. Aku je yang syok sendiri. Dia bukannya pandang aku pun.." Isya berkata pasrah.

"Kau ni.. janganlah fikir macam tu. Mesti dia stress or ade problem ke... cer ko fikir positif.." Lara menepuk pula belakang bahu Isya lembut.

"Hurmm.. entahla.. dah la tu. Jom makan, lagipun Zen dan Aleena pun tak dapat datang.." Isya membuka penutup kaca dan mula memotong kek.

Lara hanya memerhati rakannya itu. Dia tahu Isya memang sudah lama sukakan Zen. Lara boleh melihat usaha Isya untuk lelaki itu.

Entah berapa kali kek dibuat Isya dari semalam, katanya lebih bermakna jika dia yang membuatnya. Dan tiba-tiba pulak semuanya tak berjalan lancar hari ini.

Harapnya semuanya baik saja bagi gadis itu dan Zen.

Mungkin.

~~~~~~~~~~~~

Kereta bezza merah Naufal melalui jalan naik ke atas bukit yang menempatkan perumahan elit itu.

Kata Aleena rumahnya dan Dom ada di puncak. Wanita itu memakai mask dan sunglasses untuk menyembunyikan imejnya, bimbang jika ada mata-mata musuh yang perasankan kehadirannya.

Naufal pula langsung tak bertanyakan lebih-lebih, bimbang kejadian seperti pagi tadi berulang.

Apabila mereka melewati pagar rumah banglo 2 tingkat itu, Aleena tak menyuruh Naufal berhenti malah teruskan pemanduan dan keluar dari siti segera.

Naufal hanya menurut saja tanpa membantah. Dia melihat dua orang lelaki Eropah berjaga di pintu pagar.

"Aleena.. maaf saya tanya tapi.. siapa mereka?" Akhirnya Naufal bertanya juga apabila fikirannya diasak terlalu banyak persoalan.

"Mereka tu sebenarnya.." baru saja dia mahu berkata, mata Aleena perasan akan kereta Ford di belakang mereka yang keluar dari perkarangan rumahnya dari cermim sisi.

Laju saja kereta itu memecut bagai mengejar mereka, lengan Naufal dipegang kuat.

"Naufal! Cepat! Mereka kejar kita!" ujar Aleena kalut. Naufal panik, cermin sisi dilihat, kereta Ford bewarna hitam itu laju memandu agak jauh di belakang kereta mereka.

Naufal tak berfikir panjang, pedal minyak ditekan, kereta memecut laju menyusuri jalanraya.

*Srry shrt, I'm slpy.. #enjoyit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience