Chapter 42

Romance Completed 35261

Perjalanan selama 3 jam memenatkan badan. Iskandar Faiz yang memandu seorang berasa letih sangat. Dah lah isteri kesayangannya merajuk. Kereta masuk ke dalam tempat parking R&R. Muka isterinya dikerling sekilas. Wajah isteri yang sedang dibuai mimpi menjadi tatapan Iskandar Faiz sekejap.

“Sayang, bangun.” Iskandar Faiz mengejutkan Sofia Amelia.

Sofia Amelia membuka mata perlahan. Matanya merah jelas menunjukkan dia tidak cukup tidur. Lehernya rasa sakit semacam. Tangan urut leher.

“Kenapa ni?” soal Sofia Amelia. Mata langsung tidak lihat muka Iskandar Faiz. Perasaan marah masih lagi berbaki di hati.

“Masih marahkan abang?”

“You just woke me to ask this?”

“Tak lah. Nak pergi minum kejap. Itu yang abang kejutkan sayang.”

“Saya tak nak.” balas Sofia Amelia.

“Why? Tak lapar?” tangan mengusap perut isterinya.

“Dah saya minta awak belikan jeruk mangga. Awak tak beli untuk saya pun. Awak tak sayangkan saya, Is.” muncung bibir Sofia Amelia. Disebabkan itu Sofia Amelia merajuk sampailah tertidur.

“Sayang, tak elok makan jeruk dalam perut kosong. Pagi tadi pun awak minum kopi je. Tak jamah makanan langsung. Kalau sayang makan makanan jeruk, nanti sayang akan sakit perut.” jelas Iskandar Faiz lembut.

Sofia Amelia menjeling suaminya. Tetapi, apa yang dikata oleh suaminya betul. Tak elok makan makanan cuka dalam perut kosong.

“Saya lapar.” bersuara Sofia Amelia.

“Apa? Abang tak dengar lah.” usik Iskandar Faiz.

“Saya lapar!” ulang Sofia Amelia lagi.

“I can’t hear you sayang. Repeat again!”

“I am hungry, my husband!” jerit Sofia Amelia. Tangan menarik telinga suaminya.

“Aduh! Aduh! Sakit lah sayang. Turun lah kita pergi makan.” pipi isterinya dihadiahkan cium hangat sebelum keluar dari kereta.


***********************

“Dah bersiap? Boleh tak kita gerak sekarang?” menyoal Dato’Othman kepada ahli keluarganya. Semuanya sudah pun bersiap untuk pergi ke rumah Dato’Johari. Dato’Othman lah yang melambatkan sekarang.

“Kami dah ready dari tadi abang. Abang yang melambatkan.”

“Abang tahu lah sayang tak sabar nak jumpa along. Abang minta maaf. Last minute meeting.” Dato’Othman memberi alasan sebenarnya. Kebetulan Dato’Othman hendak keluar dari pejabat, PA memberitahu ada mesyuarat penting. Tanpa ada pilihan, Dato’Othman terpaksa menghadiri mesyuarat itu.

“Abi, mak macam itu lah. Merajuk dia sekejap je. Marilah kita bergerak sekarang. Kalau abi nak pujuk mak, kami mati kebulur jadinya.” mencelah Amir dan Mazlan.

“Salahkan mak pulak. Nak kata mak susah nak makan pujuk ke?”

“Mak, please. I’m hungry. We move now.” rayu Mazlan.

“Dah lah. Jom.” Datin Rafidah mengalah.

Mereka sekeluarga bergerak ke rumah Dato’Johari. Dulu Dato’Othman melarang Datin Rafidah untuk pergi ke rumah dan jumpa dengan ahli keluarga Dato’Johari.


***************************

“Mak Ziah. I miss you.” kata Sofia Amelia. Tubuh Mak Ziah dipeluk erat.

“Sofi, bila sampai?” terkejut Mak Ziah. Terlalu sibuk dengan urusan kerja rumah sehingga tidak perasankan kepulangan Sofia Amelia.

“Baru je. Banyak hidangan atas meja. Ada apa-apa ke?”

“Dato’ nak buat makan malam sikit.” beritahu Mak Ziah.

“Owh. Siapa yang akan datang?”

“Keluarga Dato’Othman, Rohani, Christina dan Wina.”

“Dah lama juga Sofi tak jumpa dengan mereka bertiga. Sofi naik atas dulu.”

“Is mana? Tak nampak pun.” tanya Mak Ziah sambil cari Iskandar Faiz.

“Kat luar. Ambil luggage.”

“Ada buat apa Mak Ziah suruh?”

Merona merah muka Sofia Amelia. Bagaimana dia nak buat apa yang Mak Ziah suruh buat tanpa malu?

“Mak Ziah. Jangan mengarutlah.”

“Apa pula mengarut? Pengantin baru, kenalah macam itu.”

“Mak Ziah!”

“Sayang.” muncul Iskandar Faiz.

Mak Ziah dan Sofia Amelia terkejut. Bila masa Iskandar Faiz muncul di situ? Adakah dia mendengar perbualan antara mereka berdua?

“Abang nak minum?” Sofia Amelia menukar topik.

“Tak. Abang cari Sofi di atas tadi. Tak ada. Itu yang abang turun.”

“Okay. Jom lah naik atas. Kejap lagi ada makan malam.”

Tanpa menunggu seminit, Sofia Amelia menarik tangan suami dan meninggalkan dapur. Tak nak Mak Ziah berbual mengenai benda lain. Sofia Amelia dan Iskandar Faiz naik ke bilik bersama. Tangan tidak dilepas sehingga mereka berdua masuk ke dalam bilik.

“Sayang, kejap.”

“Yes?”

“What Mak Ziah asked you to do?”

Soalan Iskandar Faiz memeranjatkan Sofia Amelia. Iskandar Faiz terdengar perbualan Mak Ziah dan Sofia Amelia.

“Nothing.”

“Don’t lie!” ujar Iskandar Faiz. Nadanya tegas.

“Erm, itu…” Sofia Amelia mengira untuk cakap apa yang Mak Ziah suruh buat.

“What?”

“Mak Ziah suruh…”

“What?” suara Iskandar Faiz naik seoktaf.

Kecut perut Sofia Amelia. Dia tahu Iskandar Faiz memarahi dirinya. Dia tidak suka orang bohong kepada dia.

“Mak Ziah suruh awak minum air tongkat ali. Siap belikan herba itu.” dengan sekali nafas Sofia Amelia ceritakan kepada Iskandar Faiz.

“Tongkat ali?” mengundur suara Iskandar Faiz.

“Ye.”

“Buat apa nak minum itu?”

“Aduh, macam mana nak aku cakap ni? Malu lah. Suami aku pun blur.” omel dalam hati.

“Sayang, I am asking you, right?”

“Abang, we have dinner in a while. Can we get ready first?” Sofia Amelia sengaja menukar topik.

“But…” belum sempat Iskandar Faiz menghabiskan berbual, Sofia Amelia meletakkan jari telunjuk di bibir Iskandar Faiz.

“Abang sayang Sofi kan. Kalau sayang kena dengar cakap Sofi. We get ready for dinner first.” tutur Sofia Amelia lembut dan mencium pipi suaminya. Dengan laju, Sofia Amelia masuk ke dalam bilik air selepas mengucup pipi Iskandar Faiz.

“Malunya aku. Dari mana aku dapat keberanian untuk cium dia?” kedua-dua tapak tangan menutup muka. Sendiri ketawa atas perbuatan mencium Iskandar Faiz tadi.

“Dia cium aku!” terkedu Iskandar Faiz. Inilah pertama kali Sofia Amelia cium pipinya. Bibirnya mengukir senyuman. Tangannya mengusap pipi yang telah dicium oleh Sofia Amelia. Tiba-tiba otaknya memikirkan tujuan Mak Ziah suruh minum tongkat ali.

“Kenapa aku kena minum air tongkat ali?” bisik Iskandar Faiz sendiri dan melangkah ke arah luggage untuk keluarkan pakaian.


***********************

Ruang tamu rumah Dato’Johari riuh rendah. Semua jemputan sudahpun tiba untuk makan malam.

“Hai korang.” sapa Wina.

“Wina, baru sampai? Dah lama tak jumpa.” membalas Rohani dan Christina.

“Baru je sampai. Mana Sofi?”

“Dia belum turun lagi.” kata Christina.

“Makin hari makin cantik.” puji Rohani.

“Alah, biasa-biasa je lah.” balas Wina malu.

“Tengok tu, pengantin baru turun.”

“Macam mana anak Sofi nanti? Mesti cantik kan.” Rohani bersuara sambil memandang kawan baiknya yang menuruni tangga bersama suaminya.

“Mestilah. Tengoklah macam mana ibu bapanya.” balas Christina.

“Hai girls.” menyapa Sofia Amelia. Sudah beberapa minggu mereka tidak berjumpa.

“Sofi.” panggil Wina. Namun, Sofi tidak melayan.

“Sofi, Wina panggil lah.” ujar Christina. Ingatkan Sofi tidak dengar panggilan Wina.

“Leave it.”

Balasan Sofia Amelia mencurigakan Rohani dan Christina. Malah, Wina pula hanya menunduk menahan air matanya dari gugur.

“Sofi, kenapa ni? Tengok Wina. Kasihan dia.” Rohani menyoal.

“You ask her yourself. I am her cousin. Tapi, tak datang pun ke majlis sepupu sendiri.” mengadu Sofia Amelia.

“Sebab tu kau layan dia macam ni? Ingatkan apa tadi.” Rohani lepaskan satu keluhan. Pening dengan perangai kawannya.

“Sofi, aku minta maaf. Aku bukan sengaja tak datang ke majlis kau. Aku terpaksa pergi overseas sebab kerja. I am sorry. Please.” merayu Wina. Disebabkan kerja, dia tidak dapat menghadiri majlis persandingan sepupunya.

“Jangan lah nangis Wina. Sofi, tengok! Kau punca Wina nangis.” marah Rohani.

“Tak payah lah kau nangis. Aku marah manja je tadi.” gelabah Sofia Amelia. Tak sangka sepupu akan menangis.

“I am sorry Sofi.”

“Okay. Aku maafkan. Jangan nangis lagi.” pujuk Sofia Amelia.

“Jom semua, kita makan. Makanan semua sudah siap.” Dato’Johari menjemput semua untuk makan bersama.

Namun, semua berdiri kaku di ruang tamu apabila melihat kelibat seseorang. Terkejut semua yang berada di situ.

“Assalamualaikum!”

Enjoy reading semua ! Do comment and rate dearies ! :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience