Rate

Nasuha 1

Drama Series 6345

"Lila sinilah!"

Syira dan Nana menarik tangan Lila yang tak ada mood ke sebuah gudang yang tidak di gunakan di sekolah mereka. Semua barang-barang yang tidak di gunakan di letakkan di situ.

"You guys ni nak ape?" Soal Lila dengan nada malasnya.

"Alaa kau ikut je.. Kitaorang gerenti kau suka punya! Kan Nana?"

Nana mengangguk setuju sambil menyilangkan kedua-dua belah lengannya. Lila memutarkan bebola matanya.

"Lila, kau dah kenapa? Macam bad mood semacam jee." Tanya Syira.

Lila merengus. Bibirnya di mancungkan sedikit.

"You guys lupa hari ni birthday aku kan?! Dahlah langsung tak wish, hadiah lagilah. Bencilah!" Rungut Lila.

Syira dan Nana tertawa kecil. Lila menjeling tajam.

"Sabarlah. Mana ada kitaorang lupa birthday bestfriend kitaorang yang sorang ni." Pujuk Nana.

Lila buat tak tahu.

Tingkah lakunya membuatkan mereka berdua ketawa kecil lagi.

"Actually kan Lila.. Kitaorang ada sediakan hadiah paling istimewa untuk kau. Tapi kau.."

Belum sempat Syira menghabiskan kata-katanya, Lila terus memotong. "Mana? Tunjukkan hadiah yang 'istimewa' you guys tu."

"Sini!"

Nana dan Syira menarik tangannya sekali lagi. Mereka memasuki gudang terbiar itu. Lila hanya mengikut. Baru sahaja masuk, Lila sudah mula mengipas mukanya dengan tangannya sendiri.

"Aishh sini panaslah! Dahlah takde aircond. Miskin betul!" Rungut Lila lagi.

Lila melihat sekeliling gudang tersebut dengan wajah geli. "Banyak habuk! Huh.."

Tiba-tiba, telinga Lila menangkap suatu bunyi. Cepat sahaja dia menoleh.

"Sinilah! Cepatlah! Kau ni lembab lah, Nas!" Marah Ainaa, salah seorang daripada kawan rapat Lila.

Puteri Nasuha atau Nasuha, ditarik untuk menghadap Lila, Nana dan Syira. Lila hanya memandangnya dengan wajah kosong. Manakala mereka berdua menyeringai apabila melihat Nasuha yang dipegang oleh Ainaa dan Nadia.

"1, 2, 3! Happy Birthday Lila!" Ucap mereka berempat serentak. Mereka berempat menepuk tangan.

Lila hanya terdiam dan melihat Nasuha yang melutut pasrah di hadapannya.

Nasuha hanya mampu menggenggam hujung skirt sekolahnya dan mengetap bibir. Dia sudah tahu apa yang akan berlaku terhadap dirinya.

"Tunggu apa lagi?"

"Jom!"

Sorak mereka berempat.

Mereka berempat terus menuangkan tepung di atas kepala Nasuha. Nasuha sudah mula menangis. Mereka semua gelak sakan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.

Nana dan Ainaa mencapai beberapa biji telur ayam mentah lalu membalingnya ke tubuh Nasuha. Nasuha menangis dengan lebih kuat, tangannya cuba menghalang mereka tapi Nan terus menarik rambutnya.

Mereka menuangkan air mineral kepadanya. Lila masih terdiautak terkata, hanya melihat apa yang di lakukan oleh kawan-kawannya terhadap Nasuha.

"Tolong.. Berhenti.." Rintih Nasuha.

"Apa? Maaf tak dengarlah~" Ejek Nadia.

Mereka kembali mentertawakannya. Syira dan Ainaa terus menarik rambut Nasuha dan merenyuk seragam sekolah Nasuha.

"Janganlah.." Nasuha menangis lemah.

Lila sudah tidak tahan.

"Apa yang you guys semua buat ni?! Stop it!" Marah Lila.

Mereka berempat terus berhenti dan hanya memandang Lila. Lila melihat mereka satu persatu.

Nasuha perlahan-lahan menyangka mukanya untuk memandang si Lila. Nasuha muka tersenyum walaupun sedikit.

Senyuman manis Lila yang dihadiahkan untuk Nasuha perlahan-lahan pudar. Begitu juga dengan senyuman Nasuha, realiti... Bukan seperti imaginasi...

Lila mencebik dan membongkokkan sedikit tubuhnya, tangannya masih bersilang sambil memandang wajah sedih Nasuha.

Lila memandang kawan-kawannya.

"I rasalah.. You guys lupa sesuatu."

Mereka berempat memandang sesama sendiri lalu tersengih macam kerang busuk. Lila juga turut tersengih.

"I know, you know..."

"We know~ Aaaaa~"

Ujar mereka dengan nada gediknya, kemudian mereka ketawa besar. Nasuha sudah tidak tenang.

Ainaa mengeluarkan sesuatu dari dalam meja terbiar itu. Sisa air kumbahan yang di masukkan ke dalam botol, mereka semua menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk tersebut.

"Eeeww!"

Nasuha sudah panik, cepat-cepat dia bangun dan cuba untuk lari tapi.. Tangan Lila lebih cepat menariknya lalu menolak Nasuha sehingga jatuh tersembam ke lantai kotor itu.

Tanpa melengahkan masa, Ainaa terus menuang air sisa kumbahan tersebut kepada Nasuha. Syira, Nadia, Nana dan Lila cepat-cepat berundur kerana tidak tahan dengan bau busuk.

Nasuha menundukkan kepalanya, menangis. Matanya di pejam rapat! Ainaa membaling botol tersebut ke kepala Nasuha dan mereka semua tergelak besar.

"Uhm, I rasakan.. I suka sangat hadiah ni! Thank you bestfriend! Sebab inilah I sayang sangat dekat y'alls."

"You're welcome, princess~"

Mereka gelak lagi.

"Uhmm. Rasanya, kita dah boleh pergi ni. Sebab tak lama lagi kelas nak mula balik kan?" Ujar Nadia.

Mereka semua mengangguk setuju. Lila sedikit mendekati Nasuha.

"Thanks tau.. You lah hadiah paling I suka. Bye.. Nas."

Lila menyeringai kemudian beredar bersama mereka berempat yang lain.

"Enjoy your day~"

Sempat lagi Lila mengatakan itu kepada Nasuha.

Nasuha masih terduduk sambil menundukkan kepalanya. Air matanya masih tidak henti-henti mengalir keluar jatuh ke lantai.

Nasuha melihat dirinya yang sudah kotor melalui semua cermin besar dan kotor dihadapannya.

"Kenapa? Kenapa aku?! Kenapa..." Tangisnya.

Nasuha menjerit sekuat hatinya. Tangannya menutup telinganya sendiri dan terus menjerit sekuat hatinya.

~•~

"Puteri Nasuha!"

Langkah Nasuha terhenti apabila namanya diseru. Nasuha mengangkat wajahnya dan melihat.. Puan Faiza, iaitu satu-satunya guru yang rapat dengannya.

"P-puan.." Nasuha menundukkan wajahnya.

"Nas.."

Puan Faiza ingin mendekatinya. Hanya beberapa meter dari Nasuha, Puan Faiza menghentikan langkahnya. Nasuha mengeluh.

Puan Faiza menutup hidungnya. Puan Faiza memaparkan wajah kasihannya terhadap Nasuha.

"Nas awak-"

"Ye?"

Nasuha cuba mengukir senyuman.

"Lila buli awak lagi ke?" Soal Puan Faiza dengan nada khawatir. Pantas sahaja Nasuha menggeleng untuk menafikan apa yang di katakan oleh Puan Faiza.

"Mana ada L-Lila buli saya. Dia baik je dengan saya.." Nasuha tersenyum.

Puan Faiza menggelengkan kepalanya.

"Saya tahu awak menipu. Kenapa awak tak cuba bagitahu dekat penjaga awak tentang apa yang Lila dah buat pada awak selama ini?" Soal Puan Faiza lagi.

Nasuha terus tersenyum dan mengeluh sedikit.

"Takde guna pun, puan. Lagipun.. A-ayah.." Nasuha diam seketika.

"Ayah? Kenapa dengan ayah angkat awak?" Soal Puan Faiza lagi.

Nasuha senyum. "Ayah sibuk. Saya tak nak ganggu dia.. Lagipun dia dah buat macam-macam untuk besarkan saya. Jadi.. Saya tak naklah susahkan dia..."

Puan Faiza mengangguk faham. Itu jelah jawapan yang akan keluar dari mulut Nasuha, jawapan yang sama.

"Dahlah tu. Apa kata awak pergi tandas, bersihkan diri. Pelajar-pelajar yang lain dah bising sebab.. Bau awak tu."

Nasuha menunduk dah mengeluh.

"Okay, puan."

Nasuha berlalu pergi. Mata hitam Puan Faiza mengikuti Nasuha sehingga Nasuha hilang dari pandangannya.

"Apalah nasib budak Nas ni." Puan Faiza sedikit menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience