Seminggu sudah berlalu perkara itu. Sekarang ni aku dah mula menjadi bersalah. Pesalah. Tah-tah dia tak halal nasi kenduri tu? Huwaaa.
Aku tak boleh fokus kerja. Terbayangkan dosa lampau. Apa kena dengan aku? Aku menampar meja.
"Siot betulla asal aku ni?!" Aku bangun merenung ke tingkap kaca di sebelah kanan bilik office aku.
"Ish. Kau relaksla, Irham. Kalau kau nak minta maaf, anytime boleh. Kan Ammar ada number phone dia. Chill lah. Better you finish your work first sebelum papa membebel lagi." Ammar kembali duduk dan menarik kerusi ke arah meja. Dia perlu fokus.
Kemudian matanya terlihatkan seorang ahli korporat yang berjaya lalu di hadapan biliknya. Mana datangnya dia ni? Wow.
Dia tak tahu sangat bab business tapi papa selalu tekankan so dah jadi benda yang dah lali. Ahli-ahli korporat terkenal pun dia tahu. Cuma tak pernah jumpa. Yang lalu depan mata ni, yang pertama.
Tapi buat apa dia ke sini?
Irham yang langsung tak tahu mengenai apa-apa terus keluar dari bilik. Nak ambil tahu. Menyibuk sebentar.
Dia menjenguk ke bilik mesyuarat yang baru sahaja lelaki itu masuk.
"Am, buat apa kat situ? Meh masuk." Longgar skru kaki semasa papa panggil aku masuk bersama.
"Yaya. Coming." Aku membutangkan kod dan terus melangkah ke dalam.
"Kenalkan, ini Amirul Aryan. CEO of Trepic Air." Aku mula berjabat dengan mamat depan ni. Handsome. Tinggi paras aku. Hm aku yang lelaki pun puji dia handsome, apatah lagi perempuan?
"Tuan Amirul, kenalkan ini anak saya, Irham Amzar. Dia tolong saya kat syarikat ni." Irham pula menunduk sedikit.
Amirul cuma senyum. "Uncle tak payah formal sangat. Anyway just call me Miyyo. And nice meeting you, Irham." Amirul memandang wajah Irham lama.
Mereka teruskan dengan projek yang akan dilangsungkan.
--------------
"Macam mana dia boleh datang sini pa?" Irham tanya dengan muka innocent.
"Entahlah. Terkejut papa bila secretary dia call cakap nak gunakan khidmat kita." Papa angkat bahu. Memang satu keuntungan besarlah macam ni.
"Rezeki. Alhamdulillah." Irham sengih. Papa dia pun sengih juga.
----------------
"Sayang tak pergi kerja?" Miyyo yang baru pulang duduk di atas sofa dan merenung wajah di hadapan mata.
"Takde on call lagi. Harini kan cuti." Perempuan itu menjawab tanpa memalingkan muka ke arah Miyyo.
"Nak ikut abang keluar tak?"
"Nak pergi mana?" Dia mengangkat muka memandang muka Miyyo.
"Saja. Jalan-jalan. Bosanlah, sayang. Kita pergi makan sekali." Miyyo memuncungkan mulut.
"Okay. Tunggu tau. Nak bersiap dulu."
Miyyo terus melangkah naik ke atas mengikut jejak langkah perempuan tadi.
Semasa makan malam, perempuan itu bersuara.
"Al nampak abang macam tak larat je?" Alwanie merenung Miyyo lama.
"Takde apalah sayang. Penat je ni. Kerja makin menimbun." Miyyo makan dengan tenang sambil tersenyum manis.
"Bila Aiman balik?" Miyyo bertanya kepada Alwanie.
"Tak tahu lah. Dia kata minggu depan kot." Alwanie mengangkat bahu tanda tak berapa pasti.
"Sayang makan dulu. Abang nak ke toilet kejap." Miyyo bingkas bangun dan menuju ke tandas.
-------------
Macam kenal dia ni. Irham menenyeh matanya berkali-kali.
Sah! Ini perempuan tu. Aku dah agak. Memang aku akan jumpa dia jugak. Aku kena tegur! Menghantui betul kalau tak ucap minta maaf kat dia.
Tapi... Nak panggil apa? Mana aku tahu nama dia. Irham garu kepala. Alah. Biarlah. Apa nak jadi, jadi!
Irham menyusun langkah ke meja perempuan itu.
"Hello." Irham menyapa.
Perempuan tu angkat muka. Tanpa secalit senyuman apabila melihat muka itu.
Suara bagai tersekat dikerongkong saat melihat muka kelat itu. Alahai. Cakapla. Mana dia ego kau? Cakapla guna intonasi berlagak sikit. Ya ampun. Plislah Irham!
"I nak minta maaf pasal haritu." Irham suaranya agak getar. Habis musnah kemachoan hari pertama mengenali perempuan tu.
Dan perempuan itu memandang lama dan.... Tersenyum manis. Lol? Aku tak salah tengok ke ni?
"Hahaha. You risau pasal tu ke? I dah lupakan la. I dah halal pun kenduri. Plus I pun nak minta maaf terduduk atas you. Mesti lengoh kan? I berat tak?" Perempuan tu gelak-gelak.
Kau boleh gelak?! Aku ni macam nak mati nak minta maaf kat kau. Aduh!
"Lega hati I. Takut juga I kang you marah ke tak halal ke." Okay jugak perempuan ni. Tak annoying sangat. Okaylah. Bolehlah.
"Anyway, my name is Kirana Alwanie. You can call me Al. And you?" Perempuan itu tersenyum. Kan dia dah tahu masa kenduri haritu. Saja tanya lagi. Mana tahu Ammar menipu.
"Irham Amzar." Irham senyum kembali. Tapi matanya seperti terpaku kepada muka Alwanie. Eh? Alwanie? Al. Wa. Nie.?!
Share this novel