Pintu itu dibuka oleh seseorang, membuatkan Asmodeus menoleh ke belakang. Dia melihat seorang lelaki dengan rambut sedikit perang dan wajah agak jambu, memegang sebungkus barang sambil merenung tajam ke arahnya, wajahnya jelas menunjukkan kemarahan yang membara.
“Lepaskan dia,” suara lelaki itu berderau, penuh dengan ketegasan.
Asmodeus kembali menoleh ke arah Decharabia dan melepaskan cengkaman di lehernya, membiarkan Decharabia terbatuk-batuk dengan nafas yang hampir putus, hanya sejenak lagi sebelum maut menjemput.
“Kau siapa?” Asmodeus menyoal dengan suara yang dingin. Dia paling benci apabila seseorang masuk ke pejabatnya tanpa memberi salam atau ketukan. Sepintas, matanya sempat menjeling ke arah tombol pintu yang sudah patah—pasti lelaki itu telah merosakkannya. Namun, anehnya dia tidak mendengar bunyi kerosakan atau rempuhan apa pun.
Siapa sebenarnya lelaki ini?
---
Beelzebub, selesai merokok, masuk ke dalam kereta Ford Mustang 1967 berwarna hitamnya. Dia menarik tali pinggang keledar sambil menjeling ke arah Decharabia, yang sedang memeriksa lehernya menggunakan cermin kecil.
“Apa?” Decharabia menyoal, menyedari ketidakpuasan hati lelaki itu tentang tindakannya selama berurusan dengan Asmodeus.
“Kalau aku tak datang, mungkin kau dah mati. Tak nak cakap apa-apa pasal tu?” Beelzebub bertanya lagi dengan nada tidak puas hati.
“Aku tahu apa yang aku buat lah.”
“Kau tahu, eh? Tapi kau hanya diam tengok dia cekik kau macam tu? Berlagak kuat, tapi nyawa hampir melayang.” Beelzebub membalas dengan nada sinis.
Decharabia meletakkan kembali cermin itu ke dalam kotak dengan wajah tidak puas hati.
“Habis tu, kau nak aku buat apa? Merayu? Kalau kau nak sangat rush buat sesuatu benda, kau sendiri lah buat!” tengking Decharabia. Dengan wajah yang masam, dia mendiamkan diri di dalam kereta.
Beelzebub tidak peduli dengan kata-kata Decharabia. Dia kembali keluar dari kereta, membuatkan Decharabia cemas. Cepat-cepat dia keluar dan menghalang lelaki itu daripada masuk semula ke dalam pejabat.
“Kau dah gila ke, Beelzebub? Kau nak kita tertangkap? Asmodeus tu bukan lelaki biasa, kau faham tak?” Decharabia memberi amaran keras.
Dalam hatinya, Decharabia tidak sangka akan melihat sisi sebenar Asmodeus. Walaupun seluruh tubuhnya menggeletar melihat wajah syaitan itu, dia tidak dapat menahan rasa bangga.
“Aku tak peduli. Aku harus membalas dendam!” Beelzebub menolak bahu Decharabia dan berjalan berlalu.
“Sial! Dia ingat dia siapa?” Decharabia kembali berlari mengejar Beelzebub yang mula masuk ke dalam bangunan.
Tommy, yang sedang membawa fail ke hulu hilir, terpinga-pinga melihat Beelzebub datang kembali dengan wajah tidak puas hati.
“Hei, hei! Korang buat apa balik ke sini?” Tommy marah. Dia tidak suka bukan pekerja merempuh masuk ke pejabat; nanti dia yang kena tibai oleh Asmodeus, lelaki bengis itu.
“Mana bos kau? Aku nak jumpa dia sekarang!” Beelzebub mencekak pinggang di depan semua pekerja yang tercengang.
Namun, tiada siapa melayan perangai Beelzebub yang kebudak-budakan. Decharabia segera datang kembali dan menarik lengan Beelzebub agar pergi dari situ.
“Kawan kau ke ni? Bawa dia pergi sebelum bos balik!” Tommy mengarah dengan jari telunjuknya ke arah pintu yang terbuka, jelingan tajam diberi kepada Decharabia.
“Aku tak nak selagi tak jumpa lelaki celaka perasan kacak tu!” Beelzebub menjerit sekuat hati.
Kekecohan itu menarik perhatian seseorang yang baru sahaja tiba di pejabat. Tommy segera menundukkan kepala memberi salam, manakala pekerja lain pura-pura sibuk dan tidak memperdulikan kekecohan itu.
Beelzebub menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berdiri di belakangnya.
“Puan Kristine! Selamat datang!” ucap Tommy, masih menundukkan kepala.
Beelzebub terpesona dengan kecantikan dan kehadiran Kristine yang berambut merah dan memakai suit putih di pejabat. Anak matanya bersinar melihat senyuman Kristine menyapa Tommy.
Dari hujung rambut hingga hujung kaki, mata Beelzebub tidak berkelip memandangnya, seolah-olah jatuh cinta pandang pertama.
Decharabia, yang menyedari tingkah laku Beelzebub, menyiku lengannya agar sedar dari lamunannya. Dia merasa tidak selesa dengan kehadiran Kristine.
“Jom pergi dari sini!” Decharabia berbisik sambil menarik lengan Beelzebub seperti besi, namun Beelzebub tidak sedikit pun berganjak.
Kristine menoleh ke arah mereka. Dia tidak suka akan kehadiran Decharabia di sana, masih teringat babak ciuman antara Decharabia dan Asmodeus tempoh hari.
“Pekerja baru ke?” Kristine bertanya kepada Tommy.
“Ya, puan. Yang lelaki ni, saya tak kenal. Dia tiba-tiba masuk pejabat,” jawab Tommy perlahan.
“Aku tak suka orang asing masuk sini,” tegas Kristine.
“Saya minta maaf, puan! Lepas ni, perkara ini takkan berlaku lagi!” Tommy segera berlari keluar memanggil sekuriti.
Decharabia cuba berdiri dengan tenang apabila Kristine merenungnya tajam. Dia tidak sedikit pun menoleh ke arah Kristine, seolah-olah tanpa kehadiran Asmodeus, dia tidak berani memandang Kristine.
Namun, Beelzebub semakin seronok memandang Kristine yang merenungnya. Rambut panjang perang merah, kulit cerah pucat seperti vampire, bibir mungil, hidung mancung, dan mata berbentuk almond.
“Cantiknya,” Beelzebub tiba-tiba memuji.
Kristine yang mendengar, kembali memandangnya dengan dahi berkerut.
“Kau cakap apa?”
“Mata awak... cantik.”
“Thanks,” Kristine menjawab, meskipun tidak selesa.
Dua orang sekuriti tiba, dan Tommy bersama mereka.
“Kalau tiada urusan di sini, sila pergi,” arah Kristine.
Sekuriti cuba menarik lengan Beelzebub, tetapi dia menepis mereka sehingga keduanya terjatuh. Kristine terkejut melihatnya, lalu memandang Beelzebub kembali.
Lelaki di depannya ini bukan orang biasa.
“Kau siapa, nama?” tanya Kristine.
“Aku... Beelzebub,” jawabnya dengan senyuman.
“Hurm...” Kristine memandang Beelzebub dari atas ke bawah. Nampak seperti lelaki biasa, tapi kekuatannya luar biasa.
“Aku nak jumpa kau di luar pejabat, 5 minit lepas ni,” ucap Kristine lagi.
Beelzebub tersenyum riang seperti kanak-kanak mendapat gula-gula. Decharabia merasa meluat dan segera menarik lengan Beelzebub keluar.
“Bos mana?” Kristine bertanya kepada Tommy.
“Bos ke kilang, puan.”
Kristine mengangguk, lalu berlalu pergi.
---
Seperti dijanjikan, Kristine bertemu Beelzebub dan membawanya makan tengah hari di luar, tanpa Decharabia. Decharabia memutuskan untuk pulang menaiki teksi.
“Kau asal dari mana?” soal Kristine sebaik sahaja minuman mereka tiba.
“Aku dari kampung Satbury,” jawab Beelzebub lalu menghirup jus peria di depannya.
“Aku tak pernah dengar nama kampung tu. Area mana?”
“Err... susah nak cakap. Aku anak yatim piatu. Aku tahu aku dari kampung Satbury pun, daripada pengetua rumah anak yatim tu,” jawab Beelzebub lagi, yakin.
Kristine mengangguk kepala sambil memerhati Beelzebub makan dengan seleranya, seolah-olah tidak pernah makan setahun.
“Itu kereta kau?” Kristine menoleh ke arah kereta klasik yang diparkir tak jauh.
“Aku sewa, nak hantar Decha ke tempat kerja,” jawab Beelzebub.
“Decha?”
Beelzebub mengangguk.
“Short name, kata orang.” Dia tersengih.
“Hm...” Kristine hanya membalas dengan pandangan penuh syak wasangka.
“Tapi, kenapa kau nak jumpa aku? Kita tak kenal pun,” ujar Beelzebub. Dia mengelap mulutnya dan kembali duduk selesa.
“Aku straight to the point. Aku nampak apa yang kau buat dengan dua sekuriti tadi,” jawab Kristine sambil menghirup green tea.
“Oh... itu je? Ala, dua sekuriti tu lemah, senang je aku tepis,” Beelzebub gelak.
“Aku tak cakap pasal tu. Aku bercakap tentang kau. Siapa kau sebenarnya? Aku nak kau kerja dengan aku."
**Beelzebub terbatuk-batuk apabila mendengar permintaan Kristine itu. Matanya bulat mendengar tawaran itu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.**
Kristine angguk kepala dengan senyuman. Beelzebub seperti terjatuh suka akan senyuman Kristine itu. Dia angguk kepala setuju.
---
“Serius ah kau kerja dengan dia???” Decharabia memekak di telinga Beelzebub sebaik sahaja dia sampai di rumah dan memberitahu perkara itu kepadanya.
“Ye betul. Aku bosan duduk rumah tunggu sesuatu yang tak pasti. Jadi aku setuju je lah.”
“Tak boleh! Kau akan merosakkan rancangan aku!” jerit Decharabia lagi. Segala personaliti menawannya bertukar menjadi singa apabila dia mula marah.
“Ish kau ni! Kau boleh je kerja dengan lelaki gatal tu! Takkan aku tak boleh!” tergah Beelzebub balik.
“Hello! Aku bekerja dengan lelaki tu sebab aku jalankan misi! Bukan main-main macam kau, konon kau terjatuh suka dengan bini orang!” balas Decharabia lagi, dia tidak mahu mengalah. Well, perempuan harus selalu menang!
“Amboi kau kata aku pula! Kau tu apa kurangnya??? Menggoda suami orang!” Beelzebub merenung wajah Decharabia dengan tajam.
Decharabia mula marah akan kata-kata lelaki di depannya itu. Dia memejamkan matanya cuba untuk bertenang apabila merasakan sesuatu perubahan berlaku di dalam dirinya.
“Okay! Okay! Kita akan bekerja dengan mereka. Tapi dengan syarat, kau jangan kacau aku.” ujar Decharabia lagi.
“Kau pun jangan kacau aku!” balas Beelzebub lagi.
Kedua-duanya mula menunjukkan muka monyok masing-masing.
“Kenapa ye, kita selalu bergaduh? Aku penatlah.” Beelzebub meluahkan perasaannya. Dia menoleh ke arah Decharabia yang memakai baju jarang itu.
Decharabia tidak membalas kata-katanya. Dia memalingkan mukanya dan mengambil buku untuk dibaca. Pura-pura tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
“Decha...” Beelzebub cuba untuk mengalah. Dia duduk di sebelah perempuan berambut hitam panjang itu. Dia mengelus lembut rambut yang berbau wangi herba itu.
“Jangan ganggu aku.” jawab Decharabia tanpa menoleh ke arah lelaki itu. Namun pada masa yang sama, dia sendiri tidak fokus membaca buku dark humor itu.
“Decha, my love.” Beelzebub mengusap pipi Decharabia dan hadapnya di depan mukanya.
Dia merenung wajah perempuan itu dengan senyuman. Decharabia gagal menahan nafsunya apabila memandang Beelzebub tidak memakai baju. Tubuhnya yang sasa tanpa bulu dada, tidak seperti Asmodeus yang agak serabut itu. Decharabia lebih suka akan tubuh badan Beelzebub, lebih bersih dan teratur walaupun terdapat sedikit bulu rambut di dada sasanya itu.
“Ermm...” Decharabia hanya diam apabila Beelzebub mula mencium bibirnya dengan lembut. Tidak sekasar ciuman kucupan daripada Asmodeus.
“Decha.” Beelzebub menyebut namanya dengan suara serak basah, penuh romantik sambil jarinya nakal membuka pakaian perempuan itu.
Decharabia memejam matanya, sambil menikmati air liur Beelzebub membasahi kedua-dua puting buah dadanya yang terdedah menyerlah di depan mata lelaki itu. Decharabia memeluk kepala Beelzebub agar lelaki itu terus meneruskan aksinya yang kian membuat dirinya terasa gersang.
“Arhhh... hurhh...” rasa persetubuhan itu lain di antara Asmodeus dan Beelzebub. Persamaannya adalah, dia tetap tumpas akan godaan daripada dua lelaki hebat itu.
Decharabia merasa puas dan bangga akan dirinya sendiri.
*Mm, she the devil
She a bad lil' bitch, she a rebel (walk on by)
She put her foot to the pedal
It'll take a whole lot for me to settle (walk on by)*
---
**Keesokan harinya.**
Bunyi doorbell di depan pintu seawal 7 pagi itu membuat Melvin yang sedang menuang minuman jus di gelas kosong depan Asmodeus, tergesa-gesa meletakkan kembali jug di atas meja, lalu dia berjalan dengan langkah yang panjang menuju ke ruang tamu.
“Siapa awal-awal pagi datang ni?” soal Asmodeus ketika bersarapan di depan dapur yang lengkap dengan bar mini penuh dengan arak dan alkohol.
“Kau tak nak makan ke? Awal-awal pagi minum arak kenapa?” Kristine menyoal kembali. Tidak menjawab persoalan, sebaliknya dia pula yang memberi soalan.
“Seriously, Kristine? Aku dah memang macam ni dari dulu lagi.” balas Asmodeus lalu meneguk arak itu sehingga habis. Saat itu, anak matanya terlihat susuk tubuh seorang lelaki memakai kemeja dan seluar hitam masuk ke ruang dapur bersama Melvin.
Asmodeus terbatuk tersembur arak di depan Kristine. Kristine menahan kemarahan di hati, mengambil kain di atas meja dan mengelap mukanya yang terkena percikan arak itu.
“Anak haram! Kau buat apa di sini?! Macam mana kau tahu rumah aku?!” Asmodeus terus menengking apabila melihat Beelzebub berada di rumahnya dengan senyuman.
Kristine melepaskan keluhan lalu bangun dari duduknya dan berjalan mendekati Beelzebub.
“Sayang, perkenalkan ini bodyguard aku mulai sekarang, Beelzebub.” Kristine memperkenalkan lelaki muda itu kepada suaminya yang mula tercengang tidak sangka akan keputusan isterinya itu.
“Apa khabar, nama aku Beelzebub.” ucapnya dengan senyuman penuh makna.
Hati Asmodeus tidak tenang melihat Beelzebub berada di depan matanya itu. Mereka berdua memandang sesama sendiri dengan tajam seolah-olah mempunyai ikatan elektrik antara mereka.
Situasi itu mula hangat dengan senyuman Beelzebub dan wajah baran Asmodeus yang keruh.
Perasaan Asmodeus tidak keruan melihat Beelzebub di rumahnya. Kenapa dia harus merasa begitu? Bukankah dia ialah Syaitan yang tidak perlu takut kepada seseorang? Tapi siapakah Beelzebub yang mampu membuat dia merasa gementar?
**Bersambung...**
Jangan hairan. Sebenarnya saya tengah menyusun ayat agar lebih cantik untuk dibaca. Terima kasih...
Share this novel