3.

Romance Completed 46610

Aura mula naik keatas selepas jam 12 malam. Dia menyelesaikan kertas kerjanya yang akan dibawanya esok.

Masuk sahaja kebilik dia meletakkan Ipad dan Laptop diatas meja solek dan berlalu menuju ke katil.

Baru hendak berbaring dia mendengar suara.

"Jangan pernah mimpi nak tidur disebelah aku." Kata Mateen perlahan namun dalam.

"Ok. Balas Aura lalu membawa bantal dan selimutnya kelantai.

Dia mula merebahkan badannya lalu melelapkan mata. Tak lama menanti akhirnya dia lena dilantai yang sejuk.

"Hoi perempuan jalang!" Mateen membangunkan Aura dengan makian selepas Aura setuju apa yang dikatakannya.

"Oii betina." Panggilnya lagi.

"Apa. awak ni. Saya nak tidurlah. Awak nak apa lagi." Ayra marah pada Mateen.

"Kau buat apa tidur kat bilik aku." Kata Mateen.

"Ok Fine." Aura mengangkat bantal dan selimut lalu membuka balkoni bilik itu. And Now aku dah tidur luar dari bilik kau. Kau puas sekarang." Kata Aura melepaskan amarahnya.

Mateen terkedu mendengar baru pertama kali Aura melepaskan Amarah.

Aura yang mengantuk sangat duduk dikerusi malas diluar balkoni dan menyelimuti badannya.

Dia juga berfikir jika dia tidur diruang tamu, mesti Mama dan Baba mertuanya marah pada Mateen.

Akhirnya dia terlelap jua. Tepat Azan Subuh di masjid berdekatan, Aura terbangun dan menggeliat.

"Ya Allah sejuknya. Habis sakit satu badan aku." Kata Aura mula berdiri dan menapak melihat suaminya yang masih tidur nyenyak.

Dia masuk perlahan dan mengambil tualanya dan pergi mandi sebelum menunaikan Solat Subuh.

Dalamnya sedang solat, Mateen terbangun dan mendengar semua doa gadis itu hingga ia mengaminkan.

"Ya Allah, Hamba bersyukur diatas kurniaanMu padaku. Kau lindungilah Nenda panjangkanlah umur Nenda Sihatkanlah Nenda, Kerana aku masih ingin bersamanya menjaganya hingga nyawanya bercerai dari badan. Ya Allah Kau sembuhkanlah Suami ku. Kau tariklah sakitnya, Dan jika Engkau mencari ganti untukMu meletakkan sakitnya, Aku rela Ya Allah. Kurniakanlah kesihatan keatas kedua orang tuaku, kedua mertuaku dan kembarku Auni. Apa yang terjadi semalam akan lagi baik hari ni. Permudahkan perjalanan ku hari ni keLondon. Dan Ku titipkan mereka padaMu ya Allah disaat aku jauh dari mereka. Aamiin." Aura menamatkan doanya dan mulai membuka telekungnya.

Dia berlalu kedepan cermin dan membuka ikatan rambutnya panjang hingga ke paras pinggang.

Namun Mateen terkesima diatas doa yang diminta oleh Aura. Dia sanggup menggantikan tempat Mateen andai Allah ingin menyembuhkan Mateen.

Diperbuat dari apa hati dia ni. Kental tanpa ada kesan luka. Hati Mateen berkata.

Dia memerhatikan Aura sedang merapikan tudung bawal diatas kepalanya. Memakai sedikit pewangi dibadannya lalu menarik beg pakaiannya perlahan kepintu bilik.

Dia menoleh melihat suaminya yang masih nyenyak.

"Izinkan Aura pergi mencari rezeki. Aura akan balik seminggu lagi." Kata Aura perlahan lalu keluar dari bilik itu.

Mateen membuka semula matanya. Kosong. Hanya pandangan yang sama dipandangnya setiap hari.

Dia teringatkan kelasihnya Auni yang telah lama tidak menjenguknya selama dia terlantar sakit.

Mateen begini disebabkan kemalangan akibat bergaduh dengan Auni masa dalam perjalanan balik kerumah Auni.

Auni yang mabuk teruk malam tu teriak teriak lalu memegang stering kereta hingga menyebabkan mereka melanggar pembahagi jalan. Auni hanya cedera kecil manakala dia mengalami limpuh dibahagian kaki.

"Kenapa Sayang tak jenguk B. B rindukan Sayang." Kata Mateen.

Aura duduk dimeja dapur sebelah Mama mertuanya melabuhkan pinggangnya.

"Semua dah bawak?" Tanya Marzuki.

"Dah Baba. Semua Aura dah bawak." Kata Aura.

"Ma, Aura titipkan Abang Mateen tau." Kata Aura.

"Ye Mama dan Baba akan jaga Mateen." Kata Marzuki memutuskan.

Mereka makan bersama dimeja makan. Selesai makan pagi, Marzuki membantu menantunya memasukkan beg kedalam bonet kereta Hinda Jazz milik Aura.

"Aura gerak dulu Ma, Ba." Kata Aura.

"Ye hati hati tau. Sampai London bagitau Mama tau." Kata Neily lalu memeluk menantunya.

Aura memandu keretanya pergi ke Banglo milik Nendanya. Dia memakirkan keretanya dan keluar mencari Nenda yang berada di ruang makan bersama Familynya.

Auni melihat kelibat Aura yang menapak kearah mereka.

"Kau nak apa datang sini gemuk?" Tanya Auni.

Aura tidak memperdulikan pertanyaan Auni malah menuju kearah Nendanya.

"Nenda Aura nak gerak dah pergi London. Nanti Aura jenguk Nenda bila Aura balik dari London." Kata Aura lalu memeluk dan mencium pipi Zaiton.

"Cucu Nenda hati hati kat sana. Jangan lupa solat ye." Kata Zaiton mengingatkan.

"Dah lah Kau pergilah buat semak je kat sini." Herdik Auni.

"Aura pergilah. Jangan lupa Nenda ye." Kata Zaiton lagi.

Aura berlalu meninggalkan Nendanya tanpa bersalaman dengan kedua orang tuanya.

Masih jelas terbayang saat dia nak pergi Brunei dulu, Papa dan Mamanya jijik hendak bersentuhan dengannya apalagi salamnya tak disambut.

Aura sampai di Airport bersama teamnya yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 perempuan termasuk dirinya.

"Aura!!" Panggil Farel.

Farel rakan sekerjanya merangkap ketua team mereka memang sudah lama menyukai gadis itu.

Gadis Chubby yang selalu membuat dia angau.

"Rel. Sorry aku lambat ke?" Tanya Aura.

"Taklah. Bak sini beg kau." Kata Farel lalu team mereka berlalu menuju ke kaunter.

Perjalanan ke London memakan masa berjam lamanya. Semua temannya tidur didalam pesawat namun tidak bagi dirinya dan Farel.

Mereka berbual panjang. Dan apabila masuk waktu mereka akan bergilir kebelakang untuk menunaikan solat.

"Kalau kau mengantuk kau tidur dulu. Jauh lagi ni." Kata Aura yang melihat Farel menguap besar.

"Ok nanti kejut aku tau." Kata Farel.

Farel menutup wajahnya dengan bantal kecil yang ada ditangannya.

Disisi lain, Neily binggung dengan sikap anaknya Mateen yang berangin.

"Mateen nak bubur macam semalam." Kata Mateen.

"Bubur tu Aura yang masak. Mana Mama tahu cara Aura masak." Kata Neily terus terang.

"Jadi suruhlah perempuan tu masakkan." Kata Mateen.

"Aura takde." Kata Neily.

"Dia kemana?" Tanya Mateen.

"Aura pergi London. Boss dia nak dia selesaikan kerja dekat sana." Kata Neily.

"Pergi London tanpa kebenaran Suami? tinggalkan Suami?" Tanya Mateen dengan senyum senget dibibirnya.

"Dia isteri kamu ke?" Tanya Neily.

"Habis tu." Kata Mateen.

"Kalau dia isteri kamu, Tak tergamak kamu nak suruh dia tidur dekat balkoni." Kata Neily melepaskan amarah yang disimpannya sejak semalam selepas jirannya menghantar foto Aura sedang lena dikerusi malas balkoni bilik anaknya.

"Tergamak Mateen buat dia macam tu. Apa salah Aura hingga Mateen benci dekat dia?" Tanya Neily.

"Sebab dia yang minta Mateen perlakukan dia macam tu." Kata Mateen.

"Jangan sampai Mateen menyesal. Berlian depan mata Mateen campakkan tapi Kaca tepi jalan Mateen kutip dan Mateen Sayang. Ingat Mateen jadi macam ni sebab siapa." Kata Neily lalu meninggalkan Mateen didalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience