Bab 18

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Ma, aby nak keluar kejap." Ujarku.
"Ha, nak keluar? Dengan siapa?" Soal mama. Ya tak ya, takkan aku nak pergi seorang. Tapi, malas nak kacau mereka sedang bermain permainan video bersama Ryoga.
"Weh, korang, siapa nak ikut aku? Anyone?" Soalku.
"Aku nak ikut." Kata Hannah terus bangun.
"Aikk, fed up dah ke lawan dengan ex pro gamer?" Soalku memandang Hannah dengan sinis.
"Mm, yalah, dengan kau je dia bagi peluang. Dengan kitorang ni, tak nak beralah langsung." Hannah memandang tajam pada Ryoga. Ryoga gelak.
"Haha! Okeylah. Jom. Pergi dulu, ma." Ujarku lalu kami pun keluar.
"Weh." Hannah memanggilku.
"Ya." Sahutku.
"Kau nak keluar ni, nak buat apa?" Soal Hannah.
"Aku nak jalan-jalan. Nak ambil angin malam. Then, nak pergi kafe. Kenapa?" Soalku dengan nada gembira.
"Kafe? Alamak, aku tak bawak duit. Tak apalah." Balas Hannah.
"Seriuslah? Langsung?" Soalku terkejut.
Dia mengangguk.
"Kau, kalau ada mocha favourite kau kat situ, janganlah kau cari aku ya. Cari lah..hm..ha! Carilah Takuya." Ujarku lalu ketawa besar.
"Haha! Kalau dia datang. Haha! Tak ada maknanya, dari Tokyo datang Kanagawa ni semata-mata nak belanja mocha favourite aku. Siapalah aku ni?" Ujar Hannah.
Setibanya kami di kafe, ramai orang beratur panjang sehingga ke luar kafe.
"Weh, ramainya orang."
"Tak apalah. Sini hot chocolate dia sedap. Aku nak beli untuk Ryoga sekali." Ujarku.
"Oooo~ Ryoga punya kau beli. Aku kau tak nak belikan." Ujar Hannah kemarahan.
"Eh, jangan tuduh-tuduh. Dia pesan lah. Duit pun dia bagi tau. Dia bagi duit untuk aku sekali. Haha." Balasku.
Hannah memeluk tubuh.
"Eh? Sorry, Sakinah, kan?" Soal seseorang. Dah dengar nama aku, aku pun toleh.
"Eh, ha, haah. Saya lah tu, Sakinah. Tengku Syed Adib, kan?" Soalku pula.
"Adib. Ha, yes." Balasnya.
"Siapa tu weh?" Soal Hannah pelik aku kenal dia.
"Kau ingat tak waktu aku lambat yang cari jam tu, kan? Ha sebab aku terjatuh, dia nilah puncanya." Aku menunjuk pada dia.
"Eh, ingatkan dah lupakan pasal terlanggar tu, boleh salahkan saya pula? Hai, saya Adib." Soal Adib lalu memperkenalkan dirinya pada Hannah.
"Saya Alya Hannah Maisarah. Boleh panggil Hannah." Balas Hannah.
"Haha! Tak adalah. Gurau je, Tuanku." Ujarku.
"Jangan panggil saya Tuanku lah. Panggil Adib je. Awak buat apa kat sini?" Soalnya.
"Beratur nak beli air." Jawabku. Aku ingat nak jawab aku sedang memasak tadi. Dah nampak ditanya lagi.
"Oh, saya pun nak beli air juga. Boleh nak beratur sama tak?" Soalnya lagi. Aku melihat sekeliling. Beratur je lah. Tak ada tanda yang tulis dilarang beratur pun.
Aku hanya mengangguk.
Setelah beberapa lama kami beratur, barisan hanya bergerak dua langkah kedepan, "Weh, kau tengok tu. Mocha favourite kau lah!" Aku menghasut Hannah yang tak ada duit. Haha!
"Weh, kau tak baik. Kau dah tahu aku tak bawak duit kan, Wan Sakinah? Ha, ni nak merajuk, ni." Ujar Hannah lalu semakin kebelekang menuju ke kawasan orang lalu lalang. Aku dan Adib ketawa.
Hannah melanggar seseorang yang kebetulan laku disitu.
Dia terkejut, "Ah, sumimasen." Hannah meminta maaf sambil menunduk beberapa kali padanya.
"Hai', daijoubu." Kata orang itu melemparkan senyuman dan berlalu. Hannah cepat-cepat datang ke arahku semula
"Ha! Lain kali kau kebelakanglah lagi sampai ke jalan raya, ya?" Perliku. Adib masih ketawa.
"Hish, kau nih. Bukan nak bagitahu ada orang nak lalu." Balasnya. Aku memandang belakang dia sambil menahan ketawa. Adib pula seperti terpegun.
"Kau dah kenapa? Nak aku daftarkan kau kat Tanjung Rambutan? Tersengih sengih macam kerang busuk." Soal Hannah.
"Tak, tak ada apa." Ujarku senyum.
"Sumimasen. (Excuse me.) Your purse, miss." Seseorang menyapa Hannah dari belakangnya. Aku menahan ketawa lagi.
Hannah terkejut, "Bila masa aku bawak purse, weh?" Soal Hannah padaku. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Dia menoleh.
"Eh? Takuya-kun?! Is this really you?" Soal Hannah terkejut. Apa kau fikir mulut aku tak masin ke? Like mother, like daughter.
"Yes. Why? You don't believe me?" Soal Takuya.
"Oi, tutup mulut. Lalat masuk nanti." Aku menutup mulut Hannah yang sudah ternganga besar. Aku ketawa.
"Why are you here?" Soal Hannah.
"I think it's better if we chat inside." Ujarku.
"Awak nak ikut sekali?" Soalku pada Adib. Dia memandang sekeliling lalu mengerling ke arah jam tangannya.
"Hm, boleh juga." Balasnya. Asalnya aku ingat nak bungkus ikat tepi sahaja tadi. Hm, dah macam ni, minum lah.
Kami memesan lalu mula berborak.
"Dare kare? (Siapa dia ni?)" Soal Takuya sedikit berbisik padaku. Adib yang terdengar terus memperkenalkan diri.
"Ore no nawa Adib desu. (Nama aku Adib.) Kusakawa Takuya?" Soal Adib. Eh, ini aku pula yang terkejut. Oh, dia kenal Takuya?
"Awak kenal Takuya?" Soalku.
Dia mengangguk, "Adik perempuan saya peminat Choutokkyuu or Bullet Train. Tak habis-habis nak jumpa Takuya." Ujarnya.
"Oo~" Patutlah dia asyik terpegun sahaja bila jumpa Ryoga semalam.
"Hai', ore wa Takuya desu. (Saya Takuya.)" Jawab Takuya.
"When you arrive here?" Soal Hannah.
"A few minutes ago. I'm going to the hotel actually. Then, I found you here." Terang Takuya sambil tersenyum. Alah, sukalah tu. Ceh!
"Ooo~" Hannah baru mengerti.
"Ha! Abang! Abang, jauh Mira cari abang. Abang pergi mana? Kata tadi nak beli air....je..?" Seorang remaja perempuan bawah sedikit umur daripada aku menepuk bahu Adib secara tiba-tiba. Dia kemudiannya memandang ke arah Takuya dengan penuh berkerut pada wajahnya.
"Eh? Ta-Takuya Kusakawa? Kusakawa Takuya?!" Perempuan itu memberi reaksi yang sangat terkejut.
Perempuan itu terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Takuya dengan rapat. Aku pula yang mendidih tengok dia duduk rapat dengan Takuya.
"Mira, jangan rapat sangat. Jarak sikit duduk tu. Fikir dia abang awak?" Tegur Adib. Mira mencebik lalu menjauhkan sedikit kerusinya daripada Takuya. Aku melihat Takuya membuat reaksi lega.
"So, when you arrive here?" Soal Mira tertarik dengan Takuya. Aku, Adib dan Hannah hanya menyaksikan mereka berdua.
"About a few minutes ago." Jawab Takuya dengan pelik.
"Oo~ why did you come here? Do you know I am here?" Soal Mira teruja. Aku seperti...ha, Takuya kenal kau?
"No, I'm sorry, but I don't even know you." Ujar Takuya gagap. Aku menahan ketawa.
"Aduyai, Mira, Mira fikir Mira popular sangat kat Jepun ni?" Adib menepuk dahi.
"Oh, hehe, I'm sorry. My name is Tengku Syarifah Amirah. You can call me Mira. Nice to meet you." Kata Mira lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Takuya. Takuya pula hanya menyambut tangan Mira itu.
"Nice to meet you too." Balas Takuya lalu cuba untuk menarik tangannya daripada genggaman tangan Mira.
"Am, who's this?" Soal Mira kepada Adib sambil menunjuk ke arah aku dan Hannah.
"Ni Sakinah yang abang cerita tu, and ni-" Adib memperkenalkan diri aku dan tiba-tiba Takuya mencelah.
"And this is Hannah. My girlfriend." Ujar Takuya. Aku yang sedang minum terus tersedak. Kami semua terkejut. Tapi, aku tahu sebab apa Takuya cakap macam tu. Aku pun dapat firasat tak baik pasal Mira ni. Tak apa, Sakinah. Sangka baik sahaja.
"GIRL-" Hannah yang terkejut baru sahaja nak marah Takuya tetapi dihalang oleh aku. Kau selamat kali ni sebab aku tolong kau, Takuya. Hannah ni nanti sekali dia marah sampai minggu depan dia membebel. Nasib baik Mira tak perasan kami menyembunyikan sesuatu.
Aku menutup mulut Hannah dengan tanganku. Dia meronta-ronta menyuruh aku menurunkan tanganku.
"Oh, is it? Sh-she is your girlfriend?" Soal Mira lagi. Takuya hanya mengangguk. Hannah semakin meronta-ronta.
"Tak adalah cantik mana pun. Lagi cantik aku." Katanya berbisik tapi didengari oleh aku.
"Mira, tak baik cakap macam tu." Tegur Adib lagi.
"Apa? Betullah. Entah perempuan mana entah dia jumpa. Tak ada kelas langsung." Kata Mira lagi. Darah aku semakin mendidih. Aku pula yang meronta-ronta, Hannah pula yang menghalang aku berbuat apa-apa pada Mira. Dahlah tergedik nak salam dengan Takuya yang bukan mahram dia. Dengan kitorang yang satu jantina dengan dia ni tak nak pula salam.
"Dahlah, adik nak pergi tandas sekejap." Kata Mira lalu bangun. Dia hanya senyum pada Takuya dan menjeling Hannah.
Adib menoleh ke arah aku dan Hannah, "Sorry, Mira memang macam tu sikit. Korang janganlah ambil hati, ya?" Ujar Adib. Haih, nasib baiklah abang dia baik, kalau tidak, memang tak hidup dah budak itu aku kerjakan. Aku hanya senyum palsu. Hannah pula diam sahaja.
"Hey, are you alright?" Soal Takuya kepada Hannah.
"I'm fine." Jawab Hannah lalu senyum.
"Hm, it's late now. I think we should go home." Ujarku berdiri sambil memegang air yang dipesan oleh Ryoga.
"Hannah, jom." Aku mengajak Hannah. Adib pula pergi ke kaunter. Mira kembali duduk di kerusi tadi sambil membetulkan sedikit rambutnya.
"Tomorrow morning I'll wait for you guys at Nogeyama Zoo." Ujar Takuya yang sudah bersiap-siap untuk balik juga. Mira hanya mendengar. Aku dan Hannah hanya mengangguk.
"Where are you going, Takuya-san?" Soal Mira.
"I'm going home. I'm sorry, but tomorrow morning we have a plan. See you later." Ujar Takuya. Kami bertiga keluar daripada kafe itu.
*******
(Mira POV)
Aku dan abang berjalan pulang ke rumah kami. Lewat malam dah. Cukuplah berjalan untuk hari ini. Aku tak sangka aku boleh jumpa Takuya dengan begitu senang di sini. Aku fikir dia di Tokyo. Seronoknyaa! Bahagia aku dapat jumpa dengan orang yang aku minat selama ini.
"Hei!" Abang memanggilku.
"Ha? Apa? Abang panggil Mira ke?" Soalku.
"Iyalah. Panggil Mira tak dengar, panggil adik tak dengar, panggil nama panjang pun tak dengar. Ish ish ish, termenung apa jauh sangat tu? Sampai mana dah? Rumah Takuya? Dahlah tersengih-sengih sendiri." Bebel abang.
"Hehe, sorry." Ujarku.
"Besok Mira ada plan tak nak pergi mana?" Soal Adib.
"Ha? Abang tanya Mira ke?" Soalku pelik.
"Yalah, adikku sayang. Abang tanya siap-siap. Besok boleh gerak awal. Papa kerja besok. Mummy tak." Balas abang.
"Ouh, hm. Kejap eh, Mira fikir." Ujarku.
'Hm, nak pergi mana eh besok. Eh! Tadi aku ada terdengar Takuya cakap pasal Nogeyama Zoo. Ha! Aku tahu nak pergi mana besok.' Fikirku sendiri.
"Abang, kita pergi Nogeyama Zoo nak tak? Dekat pun dekat. Boleh?" Pintaku sambil membuat muka comel.
"Nogeyama Zoo? Sejak bila Mira suka pergi zoo? Bukan Mira paling tak suka pergi zoo ke?" Tanya abang pelik sambil menyeluk tangan ke dalam poket jaketnya.
"Alah, boleh lah, bang. Sekali-sekala. Bukannya selalu. Mana tahu zoo kat Jepun ni lagi menarik daripada kat Malaysia." Pintaku lagi.
"Yalah, yalah. Pelik-pelik je lah adik abang seorang ni. Mimpi apa ha malam tadi sampai nak pergi zoo tiba-tiba? Mimpi Takuya ajak pergi zoo ke apa?" Ujar abang lagi. Aku hanya senyum. Boleh lah aku jumpa Takuya esok.
*******
(Sakinah POV)
"Weh, kau tak sakit hati ke pasal semalam tu?" Soalku kepada Hannah. Kami sedang menuju ke Nogeyama Zoo seperti yang dirancangkan.
"Ha? Kenapa? Sakit hati pasal apa ni?" Soal Alyn. Eca turut sertai kami. Ryoga pula hanya mendengar.
"Yang aku cerita semalam tulah. Si Mira tu." Ujarku.
"Ooo. Ehh?! Kau tak sakit hati, Hannah? Aku baru dengar cerita korang pun dah rasa macam nak pergi serang dia. Apa masalah dia nak hina orang macam tu?" Bebel Alyn.
"Tulah pasal. Tahulah dia anak Tengku tapi, tak perlulah hina orang sampai macam tu. Apa dia ingat perempuan Melayu ni hina sangat ke? Eh, ingatlah sikit asal-usul dia dari mana." Marah Eca pula.
"Eh, dah, dah. Banyak pula korang ni bebel. Sekarang ni kita happy happy je, okey? Dah sampai dah pun." Ujarku menenangkan mereka berdua.
"Eh, kejap, mana Ryoga?" Soalku sambil terpusing-pusing mencari dia.
"Here." Seseorang menghulurkan sekeping tiket masuk kepadaku.
"Ha, awak pergi mana tadi?" Soalku.
"Pergi beli tiketlah. Aii, takut ke saya hilang?" Soalnya sambil tersenyum memandang aku.
"Ha? Eh, tak, tak adalah takut. Cuma kalau awak hilang, kitorang nak jalan dengan siapa?" Ujarku.
"Eh, tak apa. Kitorang boleh jalan bertiga. Kau je yang tak tahu nak jalan dengan siapa. Sebab tu kau takut kalau dia hilang kan?" Usik Alyn. Aku mencubit dia.
"Aduii, sakitlah. Tangan tu boleh tak jangan merayap kat tangan aku? Aku gigit tangan kau tu nanti tahulah." Kata Alyn. Ryoga hanya menggeleng tersenyum.
Kami masuk ke dalam zoo itu. Wahh! Mesti seronok ni. Aku memang suka tempat yang bernama zoo ini. Aku suka haiwan-haiwan ni.
"Awak dah try call Takuya dan yang lain ke?" Soalku kepada Ryoga.
"Dah, tapi, tak tahu mana mereka." Soal Ryoga sambil melihat ke arah jam tangannya.
"Kalau macam tu, kita tunggu sini je lah dulu." Ujarku memberi cadangan. Mereka hanya akur.
"Ohayou!" Tiba-tiba sahaja seseorang berjaket hitam muncul dihadapan kami.
"Ohayou!" Balas kami.
"Finally, you're here. Someone has waiting for you." Ujarku. Alyn pula yang mencubit aku.
"Weh, sakit, sakit, sakitt!" Dia meleraikan cubitan itu.
"Tahu pun kau. Ugh!" Alyn mendengus kasar. Aku hanya ketawa.
"Wait for us!!" Beberapa orang menejerit sebegitu rupa dari jauh. Kami menoleh.
Koichi, Takuya, Yuki, Yusuke dan Takashi tiba dihadapan kami sambil termengah-mengah.
"Hey, relax. Don't too rush. Calm down. Doushita?" Soalku.
"Nothing. Just afraid you guys will left us." Jawab Takashi.
"Hm, kalau lambat sikit lagi tadi, ingat memang nak tinggal aje." Ujarku. Yalah, ya ya sahaja Takuya kata semalam yang dia nak tunggu kami. Ini dah terbalik pula, kami pula yang menunggu dia.
"Apa? Berani nak tinggal abang?" Soal Koichi. Ehh, aku lupa pula ada yang faham.
"Eh, hehe. Tak, tak." Aku menyusun sepuluh jari meminta maaf. Kami pun berjalan bersama-sama di zoo itu dengan gembiranya.

Share this novel

Amatsuotome
2021-03-24 11:20:36 

Aiyo, Miss Sakura. Org asing guna ore bila ckp dgn org Jepun? Very very rude, tahu. And org jepun. bila perkenalkan diri, dia x sebut nama dia je tahu. Dia akan ckp 'Boku no namae wa Kusakawa Takuya desu.'Dan kita kena panggl guna nama keluarga tahu. PASTU kan aku tgk rekod Sakinah ni hari2 keluar berjalan. Kau tahu x, bila musim sejuk tiba, cuaca teramatlah sejuk smpai kau rs xnk keluar berjalan kecuali terpaksa, Cth kalau kau study kat Jepun , atau org yg bekerja. Dan idol kau mcm xde schedule lain selain keluar dating dgn pompuan2 ni. Serius ah, kau kena buat byk research psl kehidupan idol ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience