BAB 5

Humor Series 42267

Reza memarkir Kawasaki Ninjanya di halaman rumah banglo tiga tingkat itu. Enjin dimatikan. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Puan Sri Suraya melangkah keluar dari dapur.

Reza segera melangkah mendekati mamanya. Tangan wanita yang berumur separuh abad itu dikucup perlahan. “Mama masak apa hari ni?” dia memeluk bahu mamanya.

“Pergilah tengok sendiri dekat dapur tu.”

Reza segera melangkah ke dapur. “Wow! Ayam masak merah. Favourite Reza. Mama memang terbaik la.” Reza memeluk mamanya.

“Ada-ada je kamu ni. Saja la mama masakkan untuk kamu. Nanti dekat Manchester tu takde la kempunan sangat nak makan.”

“Ala. Mama buat Reza rasa macam tak nak fly pulak.” Reza buat muka sedih.

“Jangan nak mengada. Siapa suruh apply nak buat master dekat sana? Dah dapat tak nak pergi pulak.” Puan Sri Suraya memukul perlahan lengan anaknya.

“Sakit la mama.” Reza menggosok lengannya. Padahal takde la sakit sangat pun. Sengaja nak bermanja dengan mamanya.

“Konon nak lari dari ex-girlfriend kamu tu.”

“Eh. Mana ada. Reza nak jugak pengalaman study dekat overseas macam abang. Time degree kan Reza study dekat sini je.

Ni time master nak la pulak merasa belajar dekat negara orang.” Padahal memang betul pun. Tak larat nak melayan perempuan tu. Elok-elok aku sayang kat dia, dia pergi bercinta dengan orang lain.

Bila dah kena tinggal mula la terhegeh-hegeh nak cari aku balik. Tak tau ke aku dah jumpa awek baru. Ye je kau ni. Memang la kau suka kat dia. Tapi dia suka kat kau ke?

“Suka hati kamu la. Jangan lupa diri dekat sana nanti sudah. Ni bila fly ni?” Puan Sri Suraya memandang anak lelakinya itu.

Dia sebenarnya tak kisah pun anaknya itu nak belajar di mana. Baginya, masing-masing dah besar dan sudah pandai membawa diri. Malah sudah tahu baik buruk sesuatu perkara. Pandai-pandailah buat keputusan sendiri.

“Next month, mama. Mama ni pelupa la. Kan Reza dah bagi tau hari tu.” Reza menuturkan dengan nada bergurau.

“Alah. Kamu nanti dah tua pun jadi pelupa macam mama jugak.”

Reza tersengih.

“Bagus jugak la kamu nak sambung master. Dah berapa lama kamu habis degree tapi tak nak kerja. Asyik merayap je. Daripada kamu terus merayap macam tu baik sambung belajar.”

“Yelah mama. Reza nak naik atas dulu.”

“Yelah.”

Reza terus memanjat tangga menuju ke biliknya dia tingkat dua. Pintu bilik dibuka dan ditutup semula setelah dia melangkah masuk. Jaket kulit hitam dibuka dan dicampak di atas sofa. Kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

iPhone di dalam poket seluar ditarik keluar. Home button ditekan. Dia merenung screen iPhone buat seketika. Gambar yang diambil secara curi-curi itu ditatapnya seketika sebelum screen iPhone kembali gelap.

Home button ditekan sekali lagi. Tak puas rasanya merenung wajah gadis yang semakin mendapat tempat dihatinya itu.

Dia teringat kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu. Gadis itu sedang khusyuk melihat telefon bimbit di tangan. Dia ingat lagi wajah terkejut gadis itu apabila dia sengaja membunyikan hon Kawasaki Ninjanya ketika itu. Dia dapat mengagak mungkin berbakul-bakul sumpah seranah diterimanya daripada gadis itu.

Kali kedua pula semasa di syarikat papanya. Waktu itu, sengaja dia datang ke office papanya untuk mengajak papa dan abang makan tengah hari bersama-sama. Dia tak menyangka langsung akan bertemu dengan gadis itu buat kali kedua.

Bagai ada aura daripada gadis itu yang menarik-narik dirinya supaya mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Maka, dia meminta pertolongan abangnya dan hasilnya kini dia tahu nama gadis tersebut dan dimana dia tinggal.

Dia juga tahu dia masih ada peluang kerana gadis itu masih belum berkahwin.

Dan sebentar tadi, dia bertemu lagi dengan gadis tersebut. Sebenarnya sudah banyak kali dia bertemu dengan gadis itu cuma baru tadi dia berani untuk bertegur sapa dengan gadis tersebut. Peristiwa di dalam lif dan di kedai buku kembali berlayar di mindanya.

“Kalau kurang kasih sayang daripada kawan awak ni, saya boleh bagi kasih sayang saya dekat awak.”

Dia dengan beraninya menuturkan ayat tersebut. Ayat yang telah membuatkan gadis itu terdiam, terkejut malah tergagap. Dan sungguh dia rasa macam nak ketawa apabila melihat wajah gadis itu.

Kemudian semasa di kedai buku, dia perasan gadis itu mengambil dua buah novel dari rak buku. Tanpa berlengah dia menghulurkan sekeping not RM50 kepada adik yang menjaga kaunter pembayaran kedai buku tersebut.

“Dik, duit ni untuk buku akak yang dekat sana tu.” Dia menunjuk ke arah gadis itu dan adik yang menjaga kaunter tu hanya menganggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience