Bab 33

Crime Series 28897

Aku menghirup ABC dengan rakus. Cuaca panas betul. Nasiblah ada foodtruck cendol di belakang Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.

Pagi tadi aku singgah sebentar di main library. Mencari sumber rujukan untuk bahan FYP nanti.

Nana dan Yati sempat mengajak aku sama untuk menemankan mereka membeli barang di Putra Sunway Mall. Janji pukul 2 petang tapi batang hidung diorang pun tak nampak.

Huh. Janji dicapati.

"Anna!"

Ada dua suara menyergahnya dari belakang.

Ya Allah. Kur semangat. Aku ni dahlah ada semput. Kalau terkena heart attack, dah lama terkulai kat sini.

"Mangkuk ayun la korang ni. Terkejut aku."

Nana dan Yati tersengih-sengih memandang satu sama lain.

"Kitorang saja je. Relakslah. Jangan marah." Yati menyusun sepuluh jari.

Aku menjeling kasar.

"Dahlah lambat. Lepastu saja nak sakat aku."

"Ala, Anna. Nanti aku belanja kau heels satu. Tanda ampun maaf."

Senget.

"Yela tu."

Aku mencebik bibir.

"Nak tak?"

"Betul? Kau yang cakap, kau kena tunaikan."

Aku keluarkan jari kelingking. Pinky promise.

"Janji."

Aku senyum kemenangan.

Yes. Dapat heels percuma dari Nana.

"Haus la. Nak order ABC gakla."

"Uncle, ABC dua dengan rojak. Makan sini."

Aku hanya menggeleng dengan perlakuan dua orang manusia di hadapan aku.

Tapi sumpah makanan sini sedap. Murah dan enak.

"Anna, kalau sempat kita tengok wayang nak?"

Aku mengerling jam di tangan. Hari ini aku minta cuti. Bolehlah kot nak jalan-jalan tenangkan fikiran.

"Aku okay je."

Dan, aku terus memandang ke satu arah. Memandang dari kejauhan kawasan tempat letak kereta.

Teringat saat pertemuan kali pertama dengan Lee.
. .
. Aku membelek beberapa batang lipstick. Watsons ni kalau buat sale mesti bikin perempuan jadi tak tentu arah untuk ke sini.

Sedang aku berkira-kira untuk membelinya atau tidak, mata aku terpaku ke arah seseorang. Aku terasa diperhatikan lama. Seperti langkah aku di ekori sejak aku aku menjejakkan kaki ke dalam Mall ini.

Betul. Orang itu masih lagi mencuri pandang gerak geri aku.

Tak mungkin jika dia konco Qarl. Aku kenal kesemua di antara mereka.

Aku mencuit Nana yang masih leka membelek blusher.

"Nana... Aku rasa tak selesa la. Jom kita pergi dari sini."

"Laa, kenapa pulak? Kita baru je masuk dalam lima minit."

Nana ni memang takkan faham.

"Takpela. Aku keluar. Korang stay je dalam ni sampai Isyak."

Aku letak kesemua alat kosmetik tadi. Tak jadi untuk membeli. Buat mati mood je.

Derap kaki mengatur langkah keluar dari farmasi.

Aku duduk di satu kerusi. Bayang lelaki yang memerhati tadi sudah tiada. Barangkali itu cuma perasaan aku.

Ketakutan.

Mungkinkah aku rasa fobia dengan penculikan?

Yang pasti, sekarang aku lebih berhati-hati dengan orang di sekeliling. Benar kata Mira, jangan libatkan diri dengan masalah.

"Anna, jom. Wayang time."

Yati meneriak dari kejauhan. Ingatkan tadi diorang ni nak tidur terus dalam farmasi. Pantang nampak make up!

Aku bangun dan menghampiri mereka. Rindunya nak tonton wayang.

Kami berjalan beriringan menuju ke tingkat atas.
. .
. Dua jam tiga puluh minit. Wayang tamat.

Sedang aku bergelak ketawa dengan Nana dan Yati, bahu aku dilanggar seseorang.

"Aduh!"

Entah macam mana aku terasa seperti ditolak sebelum kami berlaga bahu.

Seorang lelaki memakai hoodie berjalan laju meninggalkan kami yang masih terpinga-pinga.

Nasib baik aku sempat memaut lengan Nana.

"Woi, kau buta ke? Dah langgar orang blah macam tu je?"

Nana menjerit marah. Banyak mata-mata memerhatikan kami.

Sakitnya. Kuat juga perlanggaran tadi.

Yati membantu aku bangun.

"Kurang ajar betul."

Nana masih menggerutu geram.

"Kau okay tak ni, Anna?"

Aku mengetip bibir. Tahan sakit.

"Okay lagi."

"Eh kejap. Aku macam perasan tadi masa dalam panggung, mamat tu asyik curi pandang ke arah Anna je."

"Hah?"

Akalku tidak dapat menghadam kata-kata Yati.

"Dia kan duduk depan aku. Aku nampak dia asyik toleh belakang. Pandang kau la, Anna."

Duh. Apehal pulak? Seram betul. Siapa pulak mamat tu? Macam tak puas hati dengan aku je.

"Kau silap kot. Mungkin dia pandang orang lain."

Yati menayang wajah blur.

"Entahlah. Tapi tu yang aku perasan."

"Kau kenal ke orang tu, Anna?"

Nana memandang aku pelik.

Pantas aku menggeleng.

"Ignore jela apa aku cakap tadi."

Yati menarik semula kata-katanya. Mahu menyedapkan hati aku.

Jangan-jangan... Ah, takkanlah.

Rasa tak selamat. Jiwa aku makin tak tenang.

Qarl, saya nak ikut awak. Saya takut kalau lelaki tadi itu adalah konco May.
. .
. Lelaki tadi berselindung di balik tiang. Jarinya mendail nombor telefon seseorang.

"Bos, aku dah buat apa kau suruh. Aku dah takutkan dia."

Bibirnya mencebik memandang Anna dari kejauhan.

Seseorang sedang mengarahkannya.

"Tu tunggu la dulu. Kawan-kawan dia ada. Takkanlah aku nak bertindak depan mata kawan-kawannya."

Bengang. Beri arahan yang sukar dilaksanakan sekelip mata.

"Kau tengok je. Aku tahu la nak setelkan macam mana."

Dia ketawa perlahan.

Talian dimatikan.

"Anna... Anna... Kau tunggu aku balas dendam. Pasal kaulah aku dihalau keluar."

Dia nekad. Dia kini bersekongkol dengan bos barunya untuk menjatuhkan seseorang.

Dendam.

Ini saja caranya untuk menjatuhkan Qarl Lee dan wanita yang bernama Anna Adriana.

Tikus boleh dijerat ke dalam perangkap.
. .
. Mata aku terkebil-kebil menahan rasa mengantuk. Badan dikalih sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan.

Tak mampu lelapkan mata.

Rindu mencengkam terhadap dia. Perasaan ini sangat tidak wajar untuk dirasai ketika ini.

"Anna, kau kena move on. Lupakan Qarl."

Aku bercakap seorang diri dalam kegelapan.

He's not into you. Dia dah lupakan kau, Anna. Usah disimpan rindu pada dia lagi. Kau dah bebas. Kau tak reti bersyukur ke Anna?

Aku cuma... Aku perlukan Qarl di sisi aku. Dia yang selamba. Dia yang kasar. Dia yang mencuit hati.

Argh.

Patung kura-kura dibaling kasar ke dinding.

Aku kena teruskan hidup. Dah hampir seminggu Qarl tidak menghubungi aku langsung. Mesej aku dipandang sepi.

Maafkan Anna, Mak. Jodoh Anna bukan dengan Qarl.

Aku menekan butang-butang aksara di aplikasi WhatsApp.

Sengaja menaip panjang-panjang. Meluahkan perasaan geram. Lepas itu, jari memadam semula apa yang ditulis.

Tulis. Padam. Tulis. Pa...

Entah macam mana, jari aku tertekan butang send.

Argh. What? Message sent?

Anna memang sudah hilang akal.

Online. Qarl online? Matilah. Malu...

Aku segera menekup wajah dengan bantal. Tak sempat padam. Seseorang di seberang sana telah pun baca.

Ting.

Mesej aku dibalas.

I miss you too.

Air liur ditelan. Berulang kali aku membacanya. Sehinggakan kelopak mata digosok berkali-kali untuk memastikannya.

Qarl juga rindukan aku? Benarkah?

Air mata mengalir tanpa dipinta. Tak pernah aku rasa sebegini sedih sekali. Terasa seperti Allah menjauhkan diri aku dengan dia.

Qarl... I need you here.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience