"Zarif hakimi ! Tunggu la. Awak ! Awak ! " panggil Shafidah, Tak habis habis dia jejak zarif aka pujaan hatinya.
"Eyyyy, awak nak apa lagi Shafidah? Cukup la ikut saya selama ni. Awak fikir saya tak rimas ke? " marah zarif dengan Shafidah. Mana taknya marah, Sebelum Shafidah bersekolah disini hidup dia aman damai. Selepas Shafidah sekolah disini, hidupnya kucar kacir ! Semuanya sebab Gadis bernama Shafidah!
"Alaaaa, awak ni. Nak marah sampai macam tu sekali ke? Sebab tu je? Jangan la marah. Nahh !" Pujuk shafidah sambil beri sebungkus hadiah yang dibalut dengan pembalut hadiah.
"Apa pula kali ni?" Berpuluh-puluh hadiah yang diberi oleh Shafidah Tapi satu pun dia tak hargai, Dia benci dengan Gadis bernama Shafidah !
"Buka laa." Tersipu-sipu malu shafidah. Yelah Bertentang mata dengan pujaan hatinya. Bukan dia sahaja malah ramai meminati hakimi yang mempunyai paras rupa yang kacak. Dah la kacak putih pula tu.
Dahu zarif berkerut tengok hadiah yang diberi oleh Shafidah . "Minion? Budak ni buat lawak ke apa nak bagi patung minion macam ni? " bisik hati zarif.
"Awak suka tak?" Tanya raina dengan gembira. Mengharap yang pujaan hatinya tu suka dengam hadiahnya.
"Awak ni gila ke apaa nak bagi hadiah minion? Saya tak suka la patung macam ni. Macam budak-budak, awak jangan kejar saya lagi. Saya tak suka" zarif memberi amaran dengan Shafidah, tapi raina buat muka tak bersalah. Baginyaa dia tetap akan buat zarif jatuh cinta dengan dia !
Zarif meninggalkan Shafidah , malas dia nak hadap muka Shafidah. Kalau dapat duit takpa la juga. Ni buat semak penglihatannya je.
Terkedu Shafidah . "Takpa ! Even kau tu tak pandang aku. Aku akan buat kau ingat aku untuk selama-lamanya ! Takpaa zarif. Jangan terlalu benci kot kot hang jadi jodoh aku. Hahaha" bisik hati Shafidah.
**************
"Weh perempuan!" Panggil Zita. Salah satu pujaan lelaki di sekolah tapi berlagak ! Sombong ! Dia juga awek zarif hakimi.
Shafidah menoleh sekelilingnya, sengaja dia buat begitu sebab nak menambahkan kemarahan Zita. Geram zita dibuatnyaa.
"Engkau haaa, yang pakai spec mata tu. Heyy mata empat ! Aku nak bagitau engkau, jangan dekat dengan zarif. Dia aku punya. Faham?" Marah zita. Shafidah pula macam biasa, Sikit pun tak gentar.
"Eleh, jangan nak berangan sangat zita, hang taktau lagi dia jodoh hang. Mana tau dia pi mai pi mai tang kat aku juga dia pergi. Jadi husband aku." Balas Shafidah , Dia pun nak juga Zarif hakimi. Apalagi zita, mendadak naik la panas hatinya. Benci dengan Shafidah .
"Eyyyyy ! Kau ni kan. " ditolaknya bahu Shafidah , apa lagi shafidah pun membalas, Dia Menarik rambut zita. Mula la pergaduhan antara dua gadis hanya merebut Jejaka tampan di Astaka, ramai melihat mereka.
"Weh zarif, Tu bukan ke Awek kau bergaduh dengan budak Sengal tu?" Kata Haikal sambil menunjuk ke hala pergaduhan tersebut.
"Weh awek aku weh." Berlari Zarif ke tempat pergaduhan, Dia cuba leraikan pergaduhan Shafidah dengan Zita. Dia lihat ramai berbisik-bisik, malunya bukan main kepalang lagi.
"Zarifff." Panggil zita dengan manja sambil memengang tangan zarif . Zarif memandang tajam ke arah Shafidah . Shafidah pula hanya diam.
"Bagi tau saya, kenapa boleh semua ni berlaku." Kata zarif dengan tegas. Dia memandang zita, zita pula hanya diam , begitu juga dengan Shafidah
"Dia yang tolak sayaa dulu." Kata zita, Shafidah terkejut.
"Eh eh eh, weh ! Sah-sah kau ni suka berbohong kan ? Dah la menipu, kata aku tolak dia konon." Balas Shafidah pula.
"Aku cili-cili mulut kau ni kang, biadap !" Kata zita.
"Ingat mulut aku ni lesung batu? Nak cili-cili konon." Kata Shafidah sambil mengajuk cakap zita.
Apalagi zita menolak Shafidah sampai terjatuh, shafidah pula bangkit dan ditolaknya Zita, Mula balik pergaduhan mereka. zarif pula cuba leraikan pergaduhan tapi takboleh.
Cikgu Zainal pula Ternampak pergaduhan mereka, apa lagi cikgu tu berlari la sama seperti gerak khas masa nak serbu orang.
"Apa korang buat ni haaaaaa ! " Herdik Cikgu zainal.
Semua terkedu. "Matila aku" bisik hati shafidah.
Share this novel