"Cantik bahasa abang berdua." Lembut suara si dia menyapa telinga.
Aku segera menoleh. Aku terpegun. Aku terdiam. Aku terkesima. Okay ayat aku dah lintang pukang.
Dia merenung tajam dan berlalu pergi.
Aku angkat kening. "Siapa tu?"
"Itulah anak kawan mama aku! Kau lah ni membebel tak de insurans kan dia dah dengar." Ammar dah buat muka.
Ahhhh lantaklahhh. Aku tak nak ambil tahu. Siapa suruh bagi aku marah. Tapi, aku menyesal part aku kata perempuan tu mesti mandom. Menyesal. Baru aku tahu, anak kawan Aunty Amy cantik sampai macam tu.
"Dahla, jom masuk." Ammar menarik aku ke dalam walaupun kaki aku payah melangkah. Segan!
Semasa makan, aku menguis-nguis nasi. Bukan tak selera, tapi bersalah rasa. Lapar macam nak mati ni. Tapi mulut tak nak kunyah dan tekak tak memberikan tanda-tanda untuk menghantar makanan melalui oesophagus sampai ke perut.
"Hai Ammar." Dia datanggg. Aku rasa nak tunduk sampai cecah lantai. Apa hal aku bersalah macam ni? Bukan salah dia pun. Aku pun tak salah. Maybe? Hm aku mana pernah salah.
Hehe, ego betul.
"Aku basuh tangan dulu." Aku lantas bangun tanpa menunjukkan apa-apa reaksi bersalah atau mahu meminta maaf. Muka aku yang handsome ni memang menang bab ego. Memang.
-------------
"Siapa nama kawan you tu?" Mata Kirana Alwanie masih menghantar kelibat kawan kepada anak kawan mamanya yang jauh dari pandangan. Tak da sopan santun langsung. Aku halau balik kang. Nasib aku ni baik hati.
"Oh. Itu Irham Amzar. I panggil Am aje. Dia kawan baik I." Sambil mengunyah, sambil menjawab, sambil buat muka tak bersalah.
Alwanie mengangkat kening. Nama sedap. Muka handsome. Cukup pakej. Tapi sayang, kurang adab sikit. Haihlah. Mana la Ammar kenal kawan macam tu?
"Kenapa tanya? You minat eh?" Ammar menoleh sedikitnke arah aku.
"Eh mana ada. Haha. Tanya aje. Sebab dia datang kenduri I kan." Aku berdalih. Bukan minat dia pun. Tapi muka dia dengan ciri-ciri dia ala-ala lelaki idaman aku. Tapi perangai, out terus.
Dia kembali ke meja makan sambil buat muka tak bersalah. Sedikitpun tidak bersuara apa-apa. Dan aku pun diam aje la. Tapi mata aku tak lepas memandang dia. Lebih kepada geram. Atau lebih kepada....?
--------------
Selepas habis makan kenduri, Irham Amzar dan Ammar terus ke gelanggang badminton. Dah pukul empat setengah dah pun. Terlambat nak ke office. Lantak.
Selesai sahaja beriadah bersama, mereka pulang.
Sesampainya Irham di rumah, dia terus bergegas ke bilik dan membaling iPhonenya ke atas katil. Kemudian, dia membuka butang baju kemejanya dan melantunkan diri ke atas katil. Main badminton tadi memang tak tukar pakaian. Malas.
Irham terus mencapai iPhone di hujung katil dan scroll media sosial.
Tetiba mindanya teringatkan crush di tuisyen. Tak paham betul apa impak awek tu bagi. Sampai sekarang asyik teringat. Selama tujuh tahun ini, dia langsung tiada girlfriend. Walaupun ramai meminati dari zaman sekolah menengah hingga ke zaman universiti dan sekarang dah kerja dah pun. Masih tak lekat perempuan di hati. Dia menggeleng. Lawaklah wei. Zaman SPM la semua ni.
Tiba-tiba otaknya seakan berfikir, bila akan berjumpa gadis itu? Gadis lagi ke tak? Itu kot impian aku selain jadi arkitek. Impian nak jadi arkitek pun tak tercapai. Dalam usia muda, aku dipaksa menolong papa. Dipaksa menjadi pemangku CEO. Tak serabut sangat pun tapi memang ada jugak perasaan semak dalam kepala.
Irham mengeluh sendirian.
Esok hari ahad. Aku nak buat apa agaknya?
Tangan aku terus mendail nombor Ammar. Aku bersuara setelah panggilan dijawab.
"Bro, wayang jom esok." Aku tetap masih usia muda okay. Tengok wayang itu perkara biasa.
"Inilah, inilah orang single. Nak mengacau masa lapang aku." Ammar bebel.
"Hahaha kau je yang ada, Mar."
"Orait set." Ammar terus memberi persetujuan.
"Kau nak ajak siapa lagi?"
"Kau ajaklah member-member lain. Aku nak kena call girlfriend aku jap ni." Dia seperti dalam keadaan tergesa-gesa. Eleh. Girlfriend merajuk latu. Tulah. Cari girlfriend tak memahami langsung. Kerja nak merajuk. Bebal. Gi blah aa. Kalau dapat kat aku, memang aku tak pujuk dah.
Irham Amzar, egonya memang tinggi. Sebab tu tak ada seorang pun melekat. Dalam masa yang sama, memang dia tak nak pun walaupun ramai yang minat.
"Okay lah okay." Aku membuat flip kat iPhone aku dan terus benda alah tu jatuh disebelah.
Aku memejamkan mata rapat. Memikirkan movie yang bakal dilayan esok. Movie apa ek yang baru release? Aku ni suka cerita horror. Nak buka showtimes online, malas. Aku ni semua malas. Memang pun.
Share this novel