BAB 11

Humor Completed 1124

Ahhh!!!! Hujan la pulak! Time aku sedih sekarang ni, hujan pulak turun. Aku rasa macam nak menangis saja. Ya! Aku sudah sedar kini. Aku mengaku aku budah mula jatuh cinta pada suamiku seratus peratus. Cintaku hanya untuk suamiku seorang. Aku memeluk helmet ku erat sambil berteduh di perhantian bas. Biarlah skuterku dibasahi dengan hujan.

“ Aku cinta dia!!!” luahku.

“ Siapa? Siapa yang Dhia cinta?” aku pantas menoleh kea rah suara itu. Aku cukup kenal dengan suara itu. Harraz sebenarnya tidak sedap hati apabila terkenangkan isterinya itu yang menunggang skuter balik dari kerja. Sudahlah hujan tiba-tiba turun. Pasti isterinya itu basah kuyup terkena hujan. Nasib baik Harraz sempat mengejar isterinya dari belakang.

“ Buat apa awak kat sini? Pergilah layan girlfriend awak tu!” ujarku. Harraz mengukir senyum. Harraz sudah tahu maksud isterinya itu.

“ Hemmm..ini kes cemburu la ni?” duga Qimie.

“ Siapa yang cemburu? Tak kuasa la saya nak cemburu!”

“ Elehhh..tak nak mengaku lagi. Abang tahu sebenarnya sayang cemburu kan sebab perempuan yang ada kat dalam bilik abang tadi kan?”

“ Kalau dah tahu, kenapa tanya lagi?” aku sudah tidak menahan rasa cemburu ku. Biarlah kali ni aku yang mengalah. Aku akan luahkan segala-galanya hari ni.

“ Kan betul. Abang dah agak sayang cemburu.”

“ Ya, saya memang cemburu. Siapa yang suka kalau suami sendiri bersama dengan perempuan lain di depan mata lagi! Abang tahu tak, saya dah jatuh cinta pada abang! Saya cinta awak, Harraz Aniqi!” luahku. Aku bingkas bangun untuk menuju ke skuterku. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, pinggangku dirangkul dari belakang.

“ Sayang…sayang jangan tingalkan abang. Abang pun cintakan sayang. Abang cintakan sayang sejak di zaman sekolah lagi. Abang tak tahu. Sejak kali pertama kita bertemu, abang dah mula jatuh cinta pada sayang. Kalau dulu abang selalu buli sayang waktu dalam kelas tu, itu semua abang nak minta perhatian dari sayang.”

“ Habis tu, perempuan tadi tu siapa?”

“ Ehemm…..maaf lah kak sebab menganggu. Sebenarnya, saya ni adik perempuan abang Harraz yang belajar di luar Negara. Sara minta maaf sebab Sara dah buat akak salah faham kata abang. Sara ingat akak dah kenal dengan kami satu keluarga.” Terang Sara tiba-tiba dari dalam kereta. Barulah kini Dhia mengetahu cerita yang sebenarnya. Ini memang salahnya jugak sendiri kerana tidak mengambil tahu tentang hal keluarga ssebelah suaminya. Malunya Dhia sekarang. Tak tahu mana nak sorok muka.

“ So, sekarang, sayang sudi tak maafkan abang?” Dhia mengangguk lalu menghadap ke arah suaminya dan mendakap suaminya. Harraz menggosok kepala isterinya dan mengucup ubun-ubun isterinya itu. Alhamdulillah. , Semuanya sudah selesai. Harraz merasa terharu sekali. Kalau tak disebabkan kehadiran adiknya itu, terpaksalah Harraz merangka langkah yang baru lagi untuk menawan hati isterinya itu.

Dhia berasa bahagia sekali berada di dalam dakapan suami tercinta. Dhia akui suaminya itu memang seorang yang penyayang dan tidak dilupakan juga seorang yang selamba. Berbeza dengan dirinya yang bersikap ala-ala brutal.Namun layanan yang diberikan suaminya itulah yang membuatkan Dhia setiap hari jatuh sayang pada suaminya. Semoga hubungan ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience