Bab 62

Romance Series 106380

"SAYANG, jom lunch." Juwita hanya memandang sekilas Zailani yang sedang berdiri tegak di muka pintu. Tumpuannya kembali kepada kertas kerja di atas meja.

"Sebelum abang bagi sayang makan kertas kerja tu, lebih baik sayang bangun sekarang. Jom pergi makan." Tegas sekali suara Zailani. Akhirnya Juwita mengalah.

Baru berapa hari bertunang, dah tunjuk kuasa veto. Nak diatur habis kehidupan seharian Juwita. Masa sayang semua indah. Nanti kalau sakit hati, benda indah pun jadi pahit.

"Abang tahu sayang menyumpah abang dalam hati. Tapi sayang kena jaga makan minum juga. Sayang tu dah le ada gastrik." Zailani merenung wajah masam Juwita sebaik saja mereka masuk ke dalam lift.

"Ni berapa lama pula nak boikot abang sebab kena paksa pergi makan?" Panjang muncung Juwita mendengar soalan Zailani.

Geram Zailani melihat muncung Juwita. Mujurlah belum jadi bini. Kalau tak, lumat habis muncung tu dia kerjakan. Juwita menjeling Zailani yang tersengih macam kerang busuk.

"Abang tersengih sorang-sorang tu kenapa?" Selamba Juwita menyoal. Terus melopong Zailani dibuatnya. Macam tak percaya Juwita membahasakan dirinya abang.

Hoorayyy rasa macam nak lompat tinggi-tinggi pula. Bahagianya rasa bila Juwita memanggilnya abang.

Wajah Juwita kembali mencuka. Kening kirinya dijungkit tinggi. Masih menanti jawapan dari Zailani yang semakin lebar tersengih.

"Cuba cakap lagi sekali," pinta Zailani penuh pengharapan. Juwita buat muka menyampah. Semakin mekar senyum Zailani. Semenjak mereka bertunang ni, Juwita kerap merajuk. Manja betul.

"Tak nak. Ju lapar. Ju nak makan." Terus Juwita melangkah keluar sebaik saja pintu lift terbuka. Namun baru beberapa langkah, tangannya digenggam kemas oleh Zailani.

"Jangan tinggalkan abang macam tu. Abang tak suka." Juwita jungkit bahu. Malas mahu melayan rajuk Zailani. Sudahlah rajuknya mengalahkan perempuan.

"Tengah hari esok kita ke butik pengantin ye? Ibu cakap Ju nak tempah baju nikah. Jadi kita cari terus baju sanding." Zailani membuka bicara mengenai persiapan perkahwinan mereka. Wajah Juwita merona merah.

Sememang dia mahu menempah baju nikah. Dia mahukan sesuatu yang simple. Tidak terlalu sarat tetapi tetap menyerlah.

"Kenapa tak sewa je?" soal Zailani tiba-tiba. Kening Juwita bertaup mendengar soalan Zailani.

"Abang, baju sandingkan kita sewa. Takkan baju nikah pun nak sewa." Juwita mengambil tempat di depan Zailani.

Hari ni menu western menjadi pilihan mereka. Terkebil-kebil seketika Juwita menatap menu di depannya.

"Please give me one spaghetti aglio olio and apple juice." Juwita menyerahkan kembali menu kepada pelayan.

"Creamy spaghetti with peppers & chorizo and watermelon juice please. Thank you." Zailani tersenyum manis pada pelayan yang mengambil pesanan mereka.

"Jangan nak manis sangat senyum tu." Kasar sekali amaran yang diberikan oleh Juwita. Zailani ketawa. Juwita tidak segan menunjukkan sikap cemburunya. Malah dia sentiasa bercakap lepas.

Tak sampai lima belas minit, pesanan mereka siap terhidang di atas meja. Selesai mengaminkan doa Zailani, mereka menjamu selera.

Zailani ralit melihat Juwita makan. Lapang rasa dadanya apabila Juwita di depan mata.

"Abang pandang Ju boleh kenyang ke? Abang makan cepat. Ju nak siapkan kerja. Esok kita nak pergi cari baju lagi." Juwita menyedut jus epal. Lega terasa tekaknya ketika itu.

"Tengok sayang pun boleh jadi kenyang tau." Juwita ketawa. Zailani sejak dua menjak ni memang selalu sangat bermulut manis.

"Dah... makan cepat. Kalau tak lepas ni Ju tak nak lunch dengan abang lagi." Juwita ukir senyum bahagia. Bibirnya tidak lagi kekok memanggil Zailani, abang.

Selesai makan, mereka sama-sama melangkah semula ke pejabat sebelum masing-masing berpisah kerana berlainan tingkat. Senyum Juwita masih tak lekang di bibir.

* * * * *

"AKAK dah siap belum?" Junaida mengetuk pintu bilik Juwita. Dia telah berjanji untuk menemani Juwita ke butik pengantin.

"Lima minit lagi akak turun. Tunggu kat bawah." Akhirnya Junaida turun ke bawah.

"Mana akak?" soal Zaitun apabila melihat Junaida turun sendirian.

"Kejap lagi akak turun. Ibu tak nak ikut sama?" Junaida inginkan kepastian. Zaitun menggeleng.

"Ibu ada urusan hari ni. Jadi Ida teman akak ye." Junaida hanya mengangguk. Kelihatan Juwita melangkah turun.

Ringkas dan menawan seperti selalu. Rambutnya yang panjang separas pinggang dibiarkan lepas. Kemeja labuh belang-belang putih, merah serta skinny jeans. Santai dan bersahaja.

"Abang Lan dah sampai ke?" soal Juwita kepada Junaida yang duduk santai di sofa. Junaida memuncungkan bibirnya ke arah luar rumah.

"Ibu mana?" Junaida memandang Juwita dengan pandangan yang tidak berkelip.

"Akak nampak cantiklah. Memang seri bakal pengantin ye?" Juwita tayang muka menyampah dengan soalan Junaida. Sudahnya soalannya biarkan tergantung tanpa jawapan. Junaida ketawa kecil.

"Ibu kat dapur. Baru je ke dapur." Juwita terus melangkah ke dapur. Tubuh Zaitun dipeluk erat.

"Ju tak nak ajak Lan makan tengah hari dulu ke?" Zaitun inginkan kepastian.

"Tak bu. Dah janji nak lunch dekat luar. Nanti malam dia makan dekat sini. Ju pergi dulu ye." Tangan Zaitun diraih lalu dikucup lembut kekura tangan Zaitun. Zaitun mengusap rambut Juwita.

"Baik-baik. Jangan garang sangat dengan Ida tu." Sempat Zaitun menitip pesanan sebelum Juwita berlalu pergi. Juwita angguk mengerti.

"Jom dik. Lambat kau belanja lunch." Lintang pukang Junaida keluar melepasi Juwita. Juwita ketawa geli hati.

"Hai sayang..." Zailani tersenyum manis saat Juwita melangkah menghampirinya. Juwita buat muka tak ada perasaan. Suka benar dia jika dapat mengusik Zailani.

"Orang nak pergi tempeh baju nikah kena happy. Tapi sayang abang sorang ni buat muka keras pula." Junaida ketawa mengekek.

"Kak nak ikut." Entah dari mana munculnya Junaidi terkocoh-kocoh menghampiri mereka. Juwita ketap bibir. Pokailah jawabnya. Sah dorang ni dah berpakat.

"Korang dah berpakatkan? Masuklah cepat." Terus Juwita masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan Zailani yang terkebil-kebil melihat reaksi mereka.

Share this novel

esther marcus
2020-11-14 21:56:48 

wah...da jd Lan yg btul2 ke..bkn zai da..hehehe...hrp2 takde pengacau la ye sbl nak nikah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience