Bab 2

Romance Completed 207871

Barang semua telah siap di packing, kejap lagi kena bertolak ke tempat tinggal baru. Huhuhu... Selamat tinggal bilikku sayang.

Intan menjinjit beg pakaian dari dalam bilik tidur berjalan menuju ke pintu utama. Kereta dan motor kesayangannya juga perlu ditinggalkan, kena guna kereta yang disediakan jabatan. Selamat tinggal sayang-sayang semua. Alolo.. Drama sangat la pulak.

Shira sudah diambil maklum mengenai ketiadaan Intan dan sepanjang ketiadaannya, menjadi tugas Shira untuk panaskan enjin kereta dan motor. Jika tidak takut bateri weak pulak.

Intan memakai jaket hitamnya dan topi besbol sambil menjinjit sebuah beg pakaian dan sebuah beg sandang. Pintu pagar dibuka, kemudian ditutup dan dikunci dengan manga. Kunci kereta Axia dikeluarkan dan remote ditekan. Setelah kedua-dua beg di letakkan di kerusi penumpang belakang, Intan meloloskan diri ke bahagian pemandu bagi meneruskan pemanduan ke lokasi baru.

Lebih kurang tiga puluh minit, Intan sampai di alamat rumah yang baru. Rumah teres setingkat dihujung jalan. Intan memakir kereta di hadapan pagar rumah. Hm.. Sunyi je, katanya ada housemate tapi apasal macam tak ada orang.

"Assalamualaikum. Oo.. Assalamualaikum.." salam diberi Intan dari luar pagar.

Pintu pagar ditolak, tak kunci. Pintu pagar ditutup semula.

"Assalamualaikum..." ucap Intan lagi sambil pintu kayu diketuk. Tak ada orang sungguh ni.

Chirp chirp chirp
Bunyi burung menandakan mesej masuk.

"Hm.. Bagitau la awal-awal. Housemate tak de. Buat suspen je la.." bebel Intan

Manga pintu gril dibuka dan kunci dimasukkan pada tombol pintu kayu.

Assalamualaikum.. Ucap Intan perlahan memberi salam.

"Bersih.. Perabot pun lengkap. Langsir pun cantik. Wow, ada astro. Bagus, bagus. Tak ada la aku mati bosan nanti" ngomel Intan lagi.

Beg diambil dari dalam kereta dan dibawa masuk ke dalam rumah. Pakaian dikemaskan di dalam almari dan pakaian untuk dipakai esok disiapkan awal-awal.

Malam itu Intan mengambil peralatan yang ada dalam bonet kereta. Bilik belakang dijadikan bilik khas untuk bilik kerjanya. Tapi sebelum semua di pasang. Intan terlebih dahulu membuat pemeriksaan menyeluruh dalam dan luar rumah. Tidak mahu ada sebarang alat pengintip lain yang dipasang di rumah itu. Rasa was-was sentiasa perlu ada.

Setelah semua selesai, Intan membuka peti ais. Ada makanan basic, jus oren, susu, telur, kobis.. Okey lah tu dari tak ada.

+++

Kereta diparking di tingkat bawah bangunan. Intan keluar dari kereta dan menuju ke lif dari basement. Tingkat 6 ditekan, bahagian pengurusan.

Hari ini hari pertama Intan akan melapor diri untuk bekerja. Walaupun dalam tugas penyamaran, nama yang digunakan adalah nama yang sebenar, cuma butiran diri sahaja bukan yang sebenar. Akan diubah mengikut kesesuaian kes yang disiasat.

Apa yang Intan tahu, pemilik hotel terkemuka ini jarang-jarang berada di Malaysia, kebanyakan masanya berada di luar negara. Cuma apa yang Intan tak faham, kenapa dia perlu bekerja sebagai housekeeping. Hm.. Sabar je la..

Ting
Pintu lif terbuka

Dengan perlahan Intan melangkah keluar dengan membawa fail resume yang dikepit pada tangan kiri. Housekeeping pun kena bawa resume. Canggih sungguh hotel ni.

Sedang Intan terintai-intai, satu suara menegur.

"Cari siapa Cik" alahai.. Lembutnya suara. Pantas Intan menoleh ke belakang.

"Er.. Saya mula lapor hari ni. Ni fail saya" Intan memulakan tugasnya.

"Oh, Intan ye. Saya Yati, mari ikut saya, nak kenalkan pada En Rahim, Ketua Housekeeping di sini. Sebagai makluman, bangunan ni ada dua bahagian, timur dan barat. Buat masa ni Intan kerja di bahagian timur dan saya akan minta En Rahim aturkan seorang senior untuk bantu Intan menjalan tugas dan juga kenal-kenal kawasan" terang Yati sambil berjalan menuju ke mejanya untuk menyerahkan borang daftar pekerja.

Pagi itu Intan telah diperkenalkan oleh En Rahim pada rakan-rakan setugas, lebih kurang dua ratus lima puluh orang. Ramai juga, itu baru housekeeping, belum masuk lain-lain department lagi. Intan diberi tugas untuk membantu Aishah sementara untuk mahir dalam tugas mengemas bilik.

Boleh tahan juga penatnya, nasib baik ada disediakan bilik rehat untuk pekerja. Besar juga biliknya, siap ada tv dan peti ais lagi.

Iyelah, hotel ini bukan hotel biasa-biasa taraf sepuluh bintang kot. Karpetnya, bila dipijak, tenggelam kaki oi. Belum lagi tengok hiasan dalamannya, hui.. Mewah.. Orang ada-ada boleh la datang sini. Intan dikira bertuah dapat bekerja disini walaupun sebenarnya ada misi lain. Lain sangat misi kali ini.

Intan bertuah kerana rakan-rakan sangat baik dan selalu memberi tunjuk ajar.

"Hai Intan, dah nak balik ke?" tanya Aishah yang baru selesai tugas dan melabuhkan duduk di kerusi meja makan dalam bilik rehat.

"Haah, nak rehat kejap, lepas tu baru balik" ucap Intan sambil tersandar di kerusi.

"Hm.. Ecah, pemilik hotel ni tak pernah balik sini ke?" soal Intan. Iyelah, dekat sebulan dah kerja di sini tapi tak nampak pulak muka orang tua tu. Badan dah penat ni.

"Oh.. Tuan Miqail. Yang Ecah tau, Tuan Miqail ada di luar negara kerana kurang sihat. Anak sulongnya yang ambil alih sejak minggu lepas" terang Aisah.

"Oo.. Ye ke.. Tapi tak pernah jumpa pulak." hm.. Minggu lepas lagi. Tapi, tak pulak nampak.. Intan terfikir-fikir sambil jari telunjuk mengetuk bibir mulut yang muncung itu.

"Hoi! Pikir apa? Sampai muncung-muncung bibir tu" sergah Aishah pada Intan.

"Tak.. Kau cakap anak dia dah ambil alih dari minggu lepas tapi tak terjumpa la pulak." kata Intan.

"Mana nak jumpa, Tuan Caden biasanya guna lif peribadi dia terus ke tingkat tempat puluh lima tu. Lagi pun biasanya Mira yang cuci pejabat dia. Kenapa?" soal Aishah.

"Tak ada apa, cuma nak juga aku tengok muka Tuan Caden tu. Rata-rata cakap Tuan Caden tu hendsome sangat, kacuk la katakan, lepas tu dengan tubuh tinggi lampai, badan pula ketak-ketak." kata Intan.

Pandai reka ayat. Ye lah, takkan nak cakap, dia dah letih nak jadi housekeeping, kalau boleh nak settel kerja cepat-cepat. Ingat pulak kata Shira hari tu, kalau tau penat gini, baik la tolak. Penat bergasak tak apa lagi boleh terima, ini penat mengemas, macam nak patah pinggang.

"Ecah, okey lah, aku balik dulu ye." ucap Intan lalu beg silang dicapai lalu melangkah keluar dari bilik itu.

"Ye lah, take care" ucap Aishah.

"Adui la... Penatnye weh" bebel Intan sambil membetulkan lehernya yang lenguh dan tertunduk sambil menumbuk-numbuk tengkuk.

"Selalunya makcik bawang sorang tu yang selalu urut leher ni" Intan bercakap pada diri sendiri.

'Buk'

"Oi makcik bawang" jerit Intan terkejut.

"Ish, tak nampak orang ke?" Dah la kita sakit leher, ni terlanggar dengan mana punya orang ntah, badan keras cam kayu balak.

Sebaik Intan mendongak ke depan. Terhenti langkahnya. Dilihat beberapa orang lelaki yang mengekori lelaki yang tinggi lampai bersuit kelabu ni terkocoh-kocoh datang menghampiri.

Alamak.. Si Caden la..

"Tuan Caden, Tuan okey" soal salah seorang dari lelaki-lelaki tadi.

Intan pandang muka Caden, amboi.. Tajam sungguh pandanganmu. Muka tak de senyum. Seperti baru tersedar mimpi, pantas Intan menunduk.

"Maaf Tuan Caden. Saya salah. Saya tak nampak Tuan" Intan minta maaf.

"Lain kali, jalan tu tengok guna mata. Makcik.. Bawang..!" kata Caden dan terus berlalu.

"Dia makcik bawangkan aku? Kurang asam. Nasib baik la.. Aku sedar diri, kalau tidak.. Mau lebam biji mata tu aku bubuh" bebel Intan.

"Cik, lain kali jangan buat lagi. Tuan Caden tak suka bersentuhan tanpa sebab" kata lelaki tadi.

"Eleh.. Tak kena kulit pun, kecoh" balas Intan.

"Akhirnya, ada juga berita nak maklum HQ" kata Intan dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience