JDM03-first day at work?

Romance Completed 16825

'Assalamualaikum... ini rumah cik Nur Syakirin ke, saya ada tempahan grab pada pukul 8 pagi"encik Hamzah bergurau.

'Abah..., jom sarapan dulu,then kita pergi ya"panggil Syakirin.
"WHah.. bertuahnya saya, first time customer grab ajak makan sama sama "gelak encik Hamzah.

"Nur, masa kerja, kena jujur tau"pesan puan Syakira.
"jujur bagaimana tu ibu?"soal Syakirin.

"masa kerja, Nur kena kerja betul betul bukan main game di telefon atau layan Fac di komputer."pesan puan Syakira.

"Ibu, Nur tak ada masa nak buat semua tu, kerja Nur nanti mungkin banyak pergi kesana sini,nanti dapat gaji pertama Nur nak buat lesen memandu,mudah nak bergerak "kata Syakirin.

"Itulah,abah dah pesan sebelum Nur masuk Uni dulu,buat lesen dulu"encik Hamzah mula membebel.

"Ala, Nur kan ada supir peribadi yang ganteng nih"usik Syakirin lalu memeluk erat tubuh encik Hamzah.

"mana alamat pejabat Nur, dah siap makan kan, jom kita gerak"ajak encik Hamzah.

"Nanti text abah kul berapa balik."pesan encik Hamzah.

"Ya abah, dah berapa kali abah ingatkan Nur.

"jangan sombong dengan rakan sekerja Nur dan ingat kita ni pekerja jangan nak berlagak bagai sirih naik junjung pulak"encik Hamzah memang selalu memberi nasihat. lebih lebih lagi kepada anak sulungnya itu.Bagi encik Hamzah anak sulung merupakan suri teladan untuk adiknya yang lain.

"sini abah nak pesan, Nur kena selalu masuk awal ke tempat kerja, Perhatikan dan lakukan apa yang Nur lihat dan dengar. Elakkan menjadi pahat dan penukul. Diketuk baru bekerja. Tidak baik dalam persekitaran kerja Nur. Peka dan sentiasa fokus dengan persekiraran. Peka terhadap sebarang arahan yang diterima. Tidaklah Nur menjadi seorang pekerja yang ketinggalan. Ikutlah arus kerja Nur. Pasti Nur gembira dengan persekitaran kerja Nur. Kemudian jangan takut bertanya, jika kita tak tahu lebih baik tanya. Bila kita tak tahu tapi buat buat tahu itu namanya bodoh sombong. Tapi yang paling penting jadi diri Nur sendiri jangan terikut ikut nak menjadi orang lain." Panjang lebar nasihat daripada encik Hamzah.

"abah, kalau abah memandu slow macam ni ada harapan Nur terlambat sampai ke office pada hari pertama Nur."usik Syakirin.

Nur menuju ke meja resepsionis di lobi bangunan Titan Group.

"Saya nak ke Titan Construction office."kata Syakirin dengan senyuman mesra.

""Atas urusan apa ya cik"soal Nora, si resepsionis wisma Titan.

"Hari ini first day saya melapor diri ini surat tawaran kerja daripada Titan Construction . Nora merasa pelik kerana semua orang di Titan Group tahu tidak mungkin ada seorang wanita dapat masuk ke Titan Construction sebagai pekerja. Nora cuba menghubungi Fuad.

"encik Fuad... seorang wanita bernama Nur Syakirin ada di lobi."kata Nora.
"Terima kasih Nora, Tolong ajar dia naik ke tingkat 8 ya"kata Fuad.

"baik encik Fuad"balas Nora.

"Cik.... boleh masuk lift sana tu naik tingkat 8.

Fuad resah, ketakutannya menjadi nyata, Nur Syakirin memang seorang wanita."kalau aku tak mati aku pasti akan dibuang kerja"bisik hati Fuad.

****

Lama juga Syakirin nak menunggu pintu lift terbuka,dia asyik melirik ke arah jam tangannya. cuma tinggal 3minit sebelum pukul 8.00 pagi dan dia tak mahu terlambat.
sebaik pintu terbuka, Syakirin segera masuk dan berdiri ditepi panel lift. Syakirin menekan butang tutup berkali kali supaya pintu lift segera tertutup.
"Tunggu!,tolong tahan pintu tu. "jerit Andika, Syakirin semakin pantas menekan butang tutup bila mendengar arahan itu. Matanya bertemu dengan mata Andika. cerlung mata lelaki itu melihat wajah wanita yang nampak kalut menekan butang tutup, kejadian itu segar di ingatan Andika dan dia sudah clique/snapped wajah wanita itu difikirannya.p

Andika perlu menunggu lift yang seterusnya.
"Hi saya Lily,PA CEO wisma Titan, Awak nak ke Titan Construction, atas urusan apa ya?"soal Lily, dia melihat Syakirin menekan buang 8 di mana terletaknya office Titan Construction.". Lily merupakan PA Dato'Dahlan.

"Hai saya Nur Syakirin, hari ini first day saya melapor diri di Titan Construction. Syakirin perasan keanehan riak di wajah Lily sana seperti riak di wajah Nora, si resepsionis tadi.

"Good Luck to you, tadi suara yang meminta supaya pintu lift ditahan ialah pengarah urusan Titan Construction."ujar Lily. Kini wajah Syakirin pula yang berubah riak,

"Agak agaknya dia cam tak muka aku tadi,dia tak cam kot. Syakirin tiba di tingkat 8 dia mencari pintu masuk ke office Titan Foods. Tidak ada resepsionis di pintu depan Titan Foods, Syakirin berdiri di hadapan pintu masuk menunggu sesiapa untuk menolongnya masuk ke dalam .
Excuse me, may I help you"sapa Andika kepada seorang gadis bertudung yang tegak berdiri di hadapan pintu masuk ke pejabatnya.

"Yes, it's my first day of reporting to work here. I was told to be here by 8 am, But no one is here to open the door "terang Syakirin.

"Are you sure that you are going to be working here but anyway let me help you to get inside the office"ujar Andika lalu membuka pintu masuk ke
Titan Construction.

"Azli...,Fuad... where are you "lantang jeritan Andika. Fuad yang serang menyorok terkejut dengan jeritan itu. Dia tahu ribut taufan akan melanda office Titan Construction pada hari itu.

Syakirin juga terpaku ditempatnya berdiri. jeritan itu seperti pernah di dengarinya tetapi dimana?"bisikan hati Syakirin.

Azli datang menemui Andika di hadapan meja resepsionis.
"selamat pagi encik Andika "sapa Azli.Syakirin masih menatungkan diri.

"aazli,Call Fuad masuk jumpa Saya,eh sekejap tak perlu call, bawa barang ni ke bilik Fuad kemudian minta Fuad masuk ke bilik saya membawa barang ini semula selepas itu minta Akram buat kopi susu 3 cawan. "arah Andika.

"Silakan cik" ajak Azli.

"Dia panggil aku barang, sungguh tidak sopan" gerutu Syakirin.
"Encik Fuad..." sapa Azli, Azli ternampak kaki Fuad yang menyorok di bawah meja, Encik Fuad, di panggil ke bilik boss, dengan barang ni"tunjuk Azli kepada Syakirin. Azli keluar dari situ untuk mencari Akram.

"Ram, boss, minta 3 cawan kopi susu dihantar ke biliknya pagi ini. Eh sekarang" ujar Azli.

Di dalam bilik Andika sedang sibuk menaip sesuatu di laptop. Semasa Andika mencetak hasil taipannya ke sehelai kertas, ada bunyi ketukan di pintu.
"masuk" sahut Andika.
Akram membawa masuk 3 cawan kopi di ikuti oleh Syakirin dan Fuad yang terakhir sekali.
"Akram, you boleh pergi sekarang" kata Andika. Akram berlalu dari office Andika.
"Cik boleh tunggu sekejap ya? Fuad, mana dia Syakirin yang I minta you hired?" soal Andi.
"Encik.. Saya lah..." Syakirin mencantas perbualan Andika.

"You shut up, I asked you to stay quietly there." potong Andika.

"Boss dialah Nur Syakirin." kata Fuad.

"Perempuan Fuad, you hire seorang perempuan bekerja di sini?" soal Andika.
Syakirin tersentak dengan pertanyaan itu.

"Boss, you yang pilin Syakirin kerja di sini inilah Syakirin tu" kata Fuad tanpa rasa bersalah.

"Baiklah, the damage has been made, i ada peraturan baru istimewa untuk barang ni. Baca kontrak tambahan ni dan sign." kata Andika.
Syakirin mengambil kertas itu lalu membaca isi kandungannya.

Tidak dibenarkan nemakai baju kurung dan di larang bertudung? "soal Syakirin.

" Ya, kalau tak setuju, cik dah tahu pintu keluar dari office dan bangunan ini kan? "kata Andika.

"Boss kita tak boleh halau dia kerja disini, sebab kita perlu bayar 7 bulan gaji kepada dia rm75, 600 tu boss." kata Fuad.

"kenapa pulak?" tanya Andika.
"Syakirin di terima bekerja dengan insentif Carlyle. Ikut kontrak jika majikan memberhentikan Syakirin tanpa alasan yang kukuh, pihak syarikat perlu membayar pampasan sebanyak 7 bulan gaji." ujar Fuad.

"then make her remove her scarf now" kata Andika.

"Jom ke bilik saya Syakirin." ajak Fuad
"sebelum tu minum kopi dulu. "perintah Andika.

Fuad dan Syakirin minum kopi susu yang Akram sediakan.
" erm sedap tapi kurang lemak tuan"komen Syakirin.

"Fuad bawa dia ke pantry dan minta dia sediakan kopi penuh lemak dia tu." kata Andika.

"Heh, Kau ingat aku akan lupa wajah yang bersemangat menutup pintu lift tadi "bisik hati Andika.
B*
E*
R*
S*
A*
M*
B*
U*
N*
G*....

Apa nasib Syakirin dan Fuad lepas ni....

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-21 13:49:03 

garanglh pulakkk


NovelPlus Premium

The best ads free experience