"Perlukan bantuan?"
Fea tersentak!
Hardin sudah berdiri tepat dibelakangnya.
Tanpa menoleh Fea menjawab,
"Tak perlu"
Hardin tersenyum saat menerima penolakkan dari wanita kesayangannya.
Perlahan Fea menapak turun sambil berpaut pada pemegang tangga yang juga diperbuat dari kaca sambil menjerit takut. Matanya terpejam rapat sambil kakinya meraba perlahan permukaan tangga.
"Aah" Fea menjerit saat tubuhnya melayang ke udara.
"Degil" gumam satu suara.
Fea memberanikan diri membuka mata.
Dia tersentak. Adakah dia sekarang berada dalam kendongan Hardin?
"Turunkan saya! Awak turunkan saya sekarang!" arah Fea dengan suara yang direndahkan sambil kedua tangannya menolak tubuh sasa Hardin.
Hardin langsung tidak mengendahkan pergelutan yang dibuat Fea. Dia lebih tertumpu pada langkahnya menuruni tangga dengan berhati-hati, jika tidak buruk padahnya.
"Kenapa ni?" Mama Hardin muncul disaat mereka berdua tiba dilantai bawah.
Fea berhenti meronta lantas membuka mata. Wajah Fea bersemu merah bila mendapati Mama Hardin berada tidak jauh dari mereka.
Hardin terkekeh ketawa.
"Fea ni mama, takut nak turun. Takut jatuh" adu Hardin masih dengan sisa tawanya.
"Tsk! Kamu ni Hardin, tak baik gelakkan Fea. Sini Fea, mari ikut mama"
Fea melotot menatap Hardin.
Dengan perlahan, Hardin menurunkannya. Dengan sekali jelingan, dia mengekori langkah Mama Hardin. Hardin membuntuti langkah mereka dari belakang.
"Madam Shue, Cik Fea" tiga orang pembantu wanita menunduk sambil menyapa mereka berdua.
"Tuan Hardin" sapa mereka kemudiannya.
Fea lantas menoleh kebelakang. Benar, Hardin sedang membuntuti langkah mereka berdua.
"Duduk, Fea" pelawa Mama Hardin yang tadi baru sahaja dipanggil Madam Shue.
Belum sempat duduk lagi, dia sudah dapat melihat hidangan sudah penuh di atas meja makan.
"Banyaknya makanan. Mama ada tetamu ke?" soal Hardin hairan.
Fea dan Hardin menatap Madam Shue serentak.
"Iye la.. mama sekarang kan sedang ada tetamu.." jawab Madam Shue lembut.
Hardin menoleh mencari 'tetamu' yang dimaksudkan. Tiada sesiapa selain mereka bertiga.
"Siapa? Mana mereka?" soal Hardin bingung.
"Siapa lagi, Fea la..kamu ni, Hardin"
ujarnya sambil terkekeh ketawa.
"Fea? Makanan sebanyak ini?" soal Hardin tidak puas hati.
"Ehemm" gumam Madam Shue sambil mengangguk.
"Mama nak bakal isteri Hardin gemuk ke, nak makan semua makanan ni?" Hardin bantah sekeras-kerasnya.
"Ish kamu ni..kesitu pulak. Fea..duduk. Jangan endahkan si Hardin ni" Arah Madam Shue lembut.
Fea mengulum senyum seraya mengangguk. Dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan Madam Shue dan bertentangan dengan Hardin.
Sebenarnya Fea sedang sembunyikan raut wajahnya yang kurang senang dengan kata-kata Hardin tadi.
"Papa mana?" belum sempat duduk, Hardin sudah bertanyakan papanya.
"Papa awal-awal pagi lagi sudah ke pejabat. Katanya ada perusahaan baru di Itali mahu berurus niaga dengan syarikat kita."
Hardin yang sedang mengunyah ham bersama roti kelihatan kagum.
"Really!? Wow! Sebab itulah papa jadi idola Hardin sejak kecil" ujarnya sambil terkekeh.
Fea sekadar memasang telinga mendengar perbualan dua beranak itu.
"Kejayaan papa sekarang ini pun hasil dari usaha kerasnya juga. Kamu sepatutnya berhenti bekerja disitu..,balik dan bantu papa disini. Usia papa semakin meningkat, sesekali papa perlukan rehat." pujuk Madam Shue lembut.
"Ma..tunggu sedikit masa lagi ya. Hardin perlu selesaikan beberapa hal sebelum pulang ke sini." balasnya seraya mencapai oren jus lalu diteguknya. Dia menatap sekilas ke arah Fea sebelum hujung bibirnya melengkung ke atas.
"Hal apa lagi?" Madam Shue mengeluh berat. Selera makannya serta merta hilang. Dia meletakkan sudu dan garfu disisi pinggan makan.
"Berjumpa bakal mertua Hardin untuk menikah dengan Fea." luahnya sambil tersenyum bangga.
Mata Fea terbelalak.
"Oh, begitu.. Lega mama dengar" senyum Madam Shue lantas mencapai semula sudu dan garfu lalu menyambung makan.
Sekilas dia menoleh ke arah Fea.
"Fea..makan banyak-banyak ya. Jangan segan. Lebihkan sayuran supaya tubuhmu lebih bergizi dan sihat. Lepas menikah, mama sudah tidak sabar mahu menimang cucu."
Fea yang tadinya sedang meneguk air langsung tersedak,
"Uhuk! Uhuk!"
Fea!
Madam Shue nampak resah.
"Fea ok tak ni?"
Wajah Hardin ikut bimbang. Tapi, melihat anggukan dari Fea disela dengan lambaian tangan dari wanita itu sedikit sebanyak melegakan hati Madam Shue dan Hardin.
...
Ireland
Drake berjalan mundar mandir sejak tadi.
Sejak kehadiran Andrew dan Samuel semalam, keadaannya menjadi semakin tidak keruan.
Rey dan Taylor ikut tidak senang melihat riaksi Drake. Mereka juga risaukan keadaan Fea dan Fiona, tapi mereka sepatutnya lebih berfikiran jauh dalam mencari jalan penyelesaian. Tindak tanduk Drake sedikit sebanyak menambahkan lagi kerisauan mereka terhadap Fea dan Fiona.
"Kami hilang jejak Hardin dan orang-orangnya"
Rey menyentuh dadanya. Nafasnya rasa tersekat di tenggorakkan saat mengenang bagaimana nasib anak gadis tunggalnya ketika ini.
"Bagaimana boleh hilang!? Dua hari lepas awak cakap pasukan awak sudah dapat menjejaki Hardin di Kota Wales dan hari ni awak cakap hilang jejak?" Drake sudah naik gila!
Rambutnya yang kemas kelihatan berantakkan. Kemeja putih yang dipakainya dibuka dua kancing paling atas sehingga menampakkan tulang selangka dan tubuhnya yang sasa manakala lengan kemejanya dilipat hingga ke siku.
"Pasukan kami sudah tiba disana dan kami juga sudah meminta pertolongan pasukan polis di sana untuk mengesan keberadaan Hardin dan orang-orangnya."
Samuel cuba untuk menyejukkan hati keluarga Fea. Sudah hampir empat hari Fea dan Fiona diculik, tapi langsung tiada berita.
Drake mula menyesali dengan segala yang telah berlaku selama ini.
Drake terduduk disofa.
"Semua ni salah Drake" Drake meraup wajahnya kesal. Dia mencengkam kepalanya dan berdecak rambutnya geram. Geram dengan sikapnya yang terlalu ego terhadap adiknya sendiri.
Patutkah seorang abang bersikap keras dengan adik kandungnya sendiri? Sebagai abang, sepatutnya dia lebih bersikap protective dan penyayang kerana Fea merupakan satu-satunya adik dan saudara kandung yang dia ada. Dia sepatutnya menjaga dan melindungi Fea dengan baik.
"Apa yang kamu cakapkan ni?" Rey tidak bersetuju dengan kata-kata anak sulungnya.
"Kalau bukan kerana Drake yang desak Fea kesini, semua hal ni tak mungkin akan berlaku." Drake mengeluh kesal.
"Macam-macam yang berlaku pada Fea sejak dia kesini. Sepatutnya, dari awal lagi Drake patut terima yang Kana Hotel itu bukan sebahagian dari rezeki kita. Tapi.." matanya berkaca.
Senyuman Fea serta gelak tawanya mula terbayang diruang matanya. Hatinya semakin luluh. Melihat keadaan Taylor yang ditembak oleh Hardin, dia dapat meneka seberapa bahayanya Hardin. Dia risau jika Fea di apa-apakan.
Rey dan Taylor terkedu! Seorang Drake menangis?
"Drake sebenarnya terlalu sayangkan Fea." ucapnya sebak.
"Drake sengaja mencari hal untuk bergaduh dengan Fea.. dengan cara itu saja peluang untuk Drake dapat berbual dengan dia. Setiap kali Drake dekat dengan Fea, Drake rasa seperti mahu peluk tubuh Fea erat-erat."
Rey bangun. Dia berjalan menghampiri anak sulungnya lalu duduk disamping anak muda itu.
Satu tangannya menyentuh lembut bahu Drake lalu menepuk lembut.
Drake tersedu menangis.
"Papa mengerti" ucap Rey dengan mata berkaca.
"Naluri papa kuat menyatakan yang anak papa selamat" Drake dan Taylor menatap Rey dengan hairan.
Rey menoleh memandang anaknya. Lalu bibirnya bergerak seperti mahu membicarakan sesuatu.
"Hardin sendiri mengaku didepan Taylor bahawa dia cintakan Fea sejak dulu. Papa tak rasa, Hardin akan bertindak untuk melukakan Fea." Rey kemudian menatap wajah Taylor lalu berbicara dengan yakin,
"Mungkin dia membawa Fea ke suatu tempat dimana tidak ada sesiapa yang boleh melancak keberadaan dia dan Fea. Dan mungkin juga dia tengah merancang sesuatu"
Kening Drake dan Taylor berkerut.
"Maksud papa?" soal Taylor. Wajahnya tampak resah. Dia mengusir jauh sangkaan yang bakal dikatakan Rey sebentar nanti.
"Drake? Kamu sudah kenal Hardin dalam tempoh yang agak lama. Tentu kamu tahu dimana rumah keluarganya."
Drake dan Taylor sudah dapat mengagak kemana jalan cerita Rey sebenarnya.
Seketika Drake seperti tersedar. Dia menegakkan tubuhnya. Dahinya berkerut. Dia mencuba mengerah otaknya, mengingat kembali latar belakang Hardin.
Drake menggeleng perlahan. Dia bangun.
Dengan segera dia menghubungi bahagian Human Resources. Ya, segala pengkalan data pekerja tercatat disana.
Selesai mematikan talian, dia bergegas masuk ke bilik.
Sementara Rey dan Taylor masih bingung dengan apa yang berlaku.
Rey membuntuti langkah anaknya masuk ke dalam bilik. Begitu juga dengan Taylor. Bahagian pehanya masih sakit, tapi tidak seteruk sebelumnya. Dia sudah boleh berjalan walaupun perlahan.
"Kenapa dari awal lagi Drake tak terfikir akan hal ni." ujar Drake geram dengan dirinya.
"Kamu ada dapat apa-apa maklumat terbaru ke dari pejabat?" soal Rey hairan.
Drake sudah mempersiapkan beberapa helai pakaiannya.
Mata Rey terbelalak saat melihat sepucuk pistol dikeluarkan dari laci almari lalu dimasukkan ke dalam beg.
"Drake!" panggil Rey tegas. Kerana sikap Drake itu, jantungnya berdegup laju.
Kerja Drake terhenti. Dia menoleh memandang papanya.
"Jangkaan papa benar"
"Maksud kamu?" Rey semakin tidak mengerti.
"Ternyata Hardin membawa Fea ke rumah orang tuanya"
Bersambung...
Share this novel