"Arash Sufiyan bin Johar aku nikahkan kau dengan Hajar Anisa binti Ahmad Ruslan dengan mas kawinnya dua ratus lapan puluh ringgit tunai"selesai akad berlangsung.. aku sah menjadi isteri kepada mamat terpaling poyo dalam dunia.. ARASH sufiyan.. airmata gembira terbit dari mata ayah.akad nikah ku berlangsung dipejabat agama islam daerah. tiada resepsi atau kenduri.hanya koboi.
"ayong.. ayah tahu ayong boleh jadi isteri yang baik untuk arash... hormat dia layan dia sebaik mungkin..ingat dosa ayong dia tanggung juga.maruah suami kena jaga.. jangan buat apa apa yang boleh mendatangkan murka Allah"pesan ayah. aku hanya mengangguk.
"wah sedapnya makan malam hari ni.. "ujar qayyum.
"hari ni hari istimewa... "ujar maksu
"oh lupa.. ayong dah kawin"air yang aku teguk tersedak di kerongkong dek kerana kata kata qayyum.
"cuti sekolah tinggal lagi dua minggu... korang ada apa barang nak beli"soal maksu.
"anisa punya ok lagi maksu"ujarku
"apa lak maksu.. ibu la.. kami sungguh la kena panggil maksu"usik qayyum.aku menjengil kan mata ke arah qayyum.
"mulai hari ni korang semua panggil ibu..jangan panggil maksu dah ya.. "pinta maksu
"baik ibu"redza berseloroh
"adik kena beli baju baru kan.. tahun depan dah tingkatan satu"ingatku.
"ha ahkan.. ok esok kita beli baju.. "ujar maksu... eh ibu... janggal la pula.. hadooiiii..
Tinggal hanya aku dan ayah.mereka ke pekan membeli kelengkapan sekolah.aku mahu beri perhatian pada ayah.
"ayong.. "panggil ayah.aku masuk ke bilik ayah.
"ayong marah kan ayah"soal ayah
"tak ayah.. ayong nak marah ayah buat apa"ujar ku.tangan ayah aku urut lembut. tiada lagi pejal isi dan otot.. yang ada hanya tulang.
"ayah sayang ayong..ayah tahu ayong anak yang baik.. ayah bangga dengan ayong"aku memeluk ayah erat. aku rindukan pelukan hangat ayah.
"duit simpanan ayah..ayah bagi semua untuk ayong uruskan.. ayong bagi sama rata dengan adik adik ya.. sebahagiannya ayong gunakan untuk perbelanjaan adik adik."buku bank ayah diberikan padaku.
"baik ayah"buku itu kupegang kemas. amanah yang berat untukku.
Kedengaran suara redza ditangga memberi salam. aku ke ruang tamu mendapatkan mereka.
"banyaknya beli"soal ku
"ibu yang belikan"ujar redza. aku mengambil barang barang yang dibeli dan kubawa masuk kedalam.
"elok tak baju adik.."redza mencuba pakaiannya
"elok tapi kena auther sikit seluar. panjang sangat"tegurku.
"ok"seluar itu diletakkan di mesin jahit arwah ibu.
"ibu beli lauk dah siap.. tak payah la masak tengahari"ujar ibu mertuaku
"anisa dah masak dah pun"balasku
"hah dah masak, anisa masak apa"soal ibu
"lemak cili padi daging salai dengan sambal terung."ujarku
"mana dapat daging salai ni"aku disiasat lagi
"tok ketua bagi tadi katanya anak dia bawa balik dari perak."ceritaku
"ibu beli apa"soalku
"nasi arab.. nah bagi ayah kot ayah nak rasa"suruh ibu. nasi itu aku letakkan dalam pinggan lalu aku bawa bersama segelas air suam. nasi itu aku suap ke mulut ayah.hampir habis nasi itu dimakan ayah
"sedap. mana maksu beli"soal ayah.
"nanti ayong tanya ibu,ayah makan la.. "ujarku lagi. habis sepinggan nasi yang dibeli ibu.ayah kenyang.
"ayong keluar dulu ya. ayah nak apa apa ayah bagitahu ayong"aku keluar dari bilik ayah dan menuju ke dapur. Arash di dapur.
"kau cari apa"soalku
"aku lapar"ujarnya
"kau nak makan nasi arab ke"soal ku
"kau kata kau masak.. aku nak makan lauk kau masak"ujarnya sambil menarik kerusi. aku hidangkan lauk. matanya memerhati setiap gerak geriku.
"kau apahal tengok tengok aku.. "rungutku
"kau jangan nak perasan ye.. aku nak tengok kot kot kau bubuh racun ke dalam makanan aku.. bukan aku tengok kau"ujarnya.aku memandangnya tajam. dipaling mukanya kearah lain.
"ibu..jemput makan ibu"pelawa ku
"takpe kejap lagi ibu makan.. kami dah makan tadi dekat luar.. iyan ni perut dinosaur kot tak kenyang kenyang"perli ibu.dia tersedak. aku menghulurkan air kepadanya
"kan untung ada isteri.. ada orang jaga"usik ibu lalu masuk ke bilik air. aku diam.
"nasi arab tu kau taknak ke"soal arash
"hah.. kejap lagi aku makan"lamunan aku terhenti
"makan la nanti kang sakit perut pula.. susahkan aku pula"ujarnya
"kalau aku sakit apa kau kalut... yang sakit aku bukan kau"ujar ku
"oh lupa kau kan ada sir rahimi"perlinya.eeiiiiii...jariku genggam kemas. nasi arab aku suap ke mulut
"tak baik melawan cakap suami... marah tu tanda sayang"kali ini giliran aku pula di usik ibu. arash mengangguk sambil tersenyum. sewel... geram aku makin bertambah seperti nasi yang dimakan arash bertambah tambah.
Selesai solat, pintu bilikku diketuk. aku membuka
"nah untuk kau"ujar arash
"apa ni"soalku
"amik la.. kau buka la takkan aku yang bagi alu yang nak kena buka"perlinya.bungkusan itu aku ambil dan ku buka. bekas pensil berona pink dihujungnya ada gambar tangan bertulis A.S
"a.s ni apa"soalku
"amerika syarikat la ngok.. kau buta ke bendera amerika syarikat dekat tepi tu."perlinya.la..macam mana aku boleh tak perasan.
"terima kasih ya"aku menutup kembali pintu. aku menatap bekas pensil itu. cantik simple dan compartmentnya banyak.. tak bercampur la alat tulis aku lepas ni. aku mengemas bekas pensil ku.pintu ku diketuk lagi. aku menyarung tudungku lalu aku membuka pintu
"aku haus"adunya
"dah tu kenapa bagitahu aku pula, pergi la ambil kat dapur"suruh ku
"aku nak milo"pintanya
"pergilah buat sendiri"tolakku
"ayong.. suami nak minum tu..tak baik buat macam tu.. pergi buat"perbualan kami didengari ayah yang belum tidur.
"maaf ayah"ujarku dan ke dapur untuk membuat milo untuk anak manja itu.aku letakkan di atas meja kopi dihadapannya. bakul baju ku tarik untuk aku lipat. arash menonton tv. kami diam tiada apa yang mahu dibualkan.hanya suara tv kedengaran. tiba pintu rumah diketuk. arash membuka pintu
"abah"ujar arash.
"paksu"aku takut. badan ku mengeletar.lelaki itu duduk disofa.arash duduk disofa dibelakangku. ditarik baju ku kebelakang.aku menginjak sedikit ketepi.dia merapatiku.
"ibu mana"soal paksu
"ada dalam bilik, tidur dah"ujar arash. matanya tidak berhenti memerhati paksu.
"anisa ada masak tak paksu lapar"soalnya
"paksu nak makan.. kejap anisa panaskan lauk"aku bangun dan ke dapur. arash masih didepan. jantung aku berdegup laju. risau. paksu makan nasi dan lauk yang telah ku hidangkan. arash di ruang tamu.aku ke ruang tamu untuk menyambung kerja ku. aku duduk sedikit jauh dari arash tapi ditarik arash agar aku tetap dekat dengannya.
"kau duduk sini, jangan berganjak"suruhnya.aku diam. aku melipat baju manakala arash menonton tv. bunyi derapan kaki paksu yang ke ruang tamu.tanganku berhenti serta merta. arash yang tadinya duduk bersandar bergerak sedikit kedepan dan menongkat dagunya ke arahku.
"ahh kenyang"ujar paksu.
"siapa masak.. anisa ke"tekaannya tepat
"ha ah paksu"ujarku
"patut sedap"pujinya.aku tersenyum
"anisa paksu tengok makin berseri.. makin cantik"pujinya tapi kali ini pujiannya membuatkan aku tidak selesa.
"orang cantik ni buat apa pun pandai... memasak pandai.. kemas rumah pun pandai.. layan suami apatah lagi kan"ujarnya.aku mula kurang senang. arash membaiki duduknya.dilipat sebelah kakinya keatas sofa.dianjakkan badannya ke belakangku.
"bertuah sapa dapat anisa...serba serbi elok.. sedap mata memandang.. kulit gebu.. putih.. solehah pula tu.. tapi atas katil mesti liarkan. "ujarnya.
"abah dah lama tak balik pergi mana"soal arash
"abah kerja la"dalihnya.aku melepaskan keluh.lega.
"kerja..kerja apa"soalnya lembut
"adalah iyan mana tahu"ujarnya.lalu bangun masuk ke bilik ibu. aku juga bangun ke dapur mengemas dan balik semula ke ruang tamu.
"aku nak masuk tidur kau ada nak apa apa lagi"soalku.dia menggeleng. aku masuk ke bilik. badanku ku rebahkan ke tilam.aku terlena.pintu bilik ku diketuk. aku menyarung semula tudungku dan ku buka pintu. Arash bersiap bantal dan selimut masuk ke bilikku
"kau buat apa kat bilik aku"bisik ku agar tiada siapa dengar.
"abah ada... dia mundar mandir depan bilik kau.. "aku tersentak. mulut ku diterkup dengan tangannya.
"ishh diamm"pintanya.aku menepuk bahunya dan menunjukkan tangannya yang menekup mulut ku.
"eh.. sorry sorry"ujarnya.kami terdiam.aku duduk di katil. dadaku berdebar. jantungku berdegup kencang. terasa hangat.arash duduk dikerusi belajarku. dibuka tingkap kayu itu luas. kami tidak senang duduk
"ehemmm"dia berdehem. kolar bajunya dikibas kibas
"bantal selimut kau ni... "soalku
"hah.. errr.. ermmmm... aku tidur sini malam ni, aku takut abah akan apa apakan kau"ujarnya.ada getar ada suaranya.
"hah ok... "aku juga gugup
"tapi katil aku kecil.. muat untuk aku sorang je"dia bingkas bangun dari kerusi.
"aku tidur dekat lantai.. hah lantai"jawabnya kalut. aku keluarkan toto dari almariku dan aku bentang ditepi katil ku. aku kembali tidur.pertama kalinya aku tidur sebilik dengan lelaki dan kali pertamanya aku tidur dengan tudung.walaupun dia halal buatku tapi aku merasa janggal dan asing. lena ku tidak lelap. puas syiling ku tenung. aku mengadap ke dinding.. puas dinding aku tenung.. wajah arash di hadapanku. lelaki itu lelap dibuai mimpi.kulit sawo matang itu kelihatan tenang dalam lenanya. matanya hidungnya bibirnya cukup sempurna.patut la gadis gadis dekat sekolah gilakan dia.
"aku tahu aku handsome.. jangan tenung lama sangat nanti jatuh hati payah"ujarnya.aku mengalihkan badanku malu.
"abang kalau balik takat nak amik duit tak payah.. anak nak sekolah dah minggu depan"ujar ibu dari dalam bilik. aku yang baru terjaga bangun.arash masih di perbaringan.pancaran cahaya matahari yang mengenai wajahnya tampak kacak. tidak jemu mataku memandang.aku merapati tubuh itu.ku amati setiap pancainderanya. jariku ku lirik lembut dimatanya.bulu matanya yang panjang terasa dihujung jariku. kening lebat itu ku lirik. hidung mancungnya.. bibirnya yang lembut. arash terbatuk.aku tersentak.arash bangun dari baringnya dan menarik tangan ku agar tidak terantuk pada bucu meja.mata kami bertentang.dapat aku rasakan seolah dunia berhenti seketika.jantung ku terlalu laju berdegup.mata coklat itu menembak tepat ke mataku. terasa tusukan mata itu ke hatiku.
"uhukuhuk"aku terbatuk. kalut aku bangun. membaiki baju dan kain batikku. dia juga membaiki rambut dan mengelap mukanya dengan tangan. dia ambil bantal dan selimutnya lalu keluar. aku terduduk diatas katil.aku menarik nafas sedalam dalamnya dan aku lepaskan perlahan
"korang buat apa semalam"soal qayyum
"apa"soal aku malu
"ayong jangan nakal nakal ya.. angah tak nak anak sedara lagi... i muda lagi tau"usiknya.aku membaling bantal ke arahnya tapi terkena pintu. qayyum tertawa girang.
Kehadiran paksu yang juga ayah mertuaku tidak aku senangi bukan kerana dia ayah mertuaku tetapi sikapnya ibarat lintah menunggu betis. Ada masanya dia memerhati gerak geriku dengan renungan yang aku sendiri kurang selesa.buku sekolah yang aku dapat diawal cuti persekolahan aku balut kemas. begitu juga buku qayyum dan arash.lagi tiga hari persekolahan akan bermula. penggal baru.. sesi baru untuk tahun baru..
"anisa.. "panggil ibu di belakang rumah. aku ke dapur dan menjengoi ditingkap.
"ada apa ibu"soalku
"iyan mana, ibu panggil dia dari tadi tak menyahut"ujar ibu
"entah.. anisa tak tahu.. "pegi mana pula dah mamat ni.. hai kalau tak semak kan otak aku tak sah
"tengok dia ada tak dalam bilik.. kalau ada kejutkan dia.. ibu nak minta tolong cabut ubi kayu ni.. boleh buat bingka ubi kayu esok"ujar ibu. aku ke bilik arash.. tapi dia tiada. aku mahu keluar tapi paksu mendorong aku hingga aku terjatuh ke lantai.kakiku di pegangnya
"ibu.. ayah... tolonggg"tempikku.mulutku ditekup.aku meronta mahu melepaskan diri.tanganku mencapai sesuatu dibawah katil arash.. kotak kasutnya aku capai lalu aku ketuk kepala paksu berkali kali. aku bangun dan aku tendang paksu berkali kali agar aku dapat lepaskan diri. ibu yang datang dari dapur mendapatkan aku yang ketakutan.
"kenapa ibu, anisa"soal arash yang baru pulang entah dari mana.
"kau buat apa johar... "marah ibu. pelukannya erat.
"aku usik sikit je"ujar paksu. ibu memeriksa tubuh ku yang terketar ketar... ayah yang terlena gagah bangun dengan tongkat ditangan.
"kau jangan berani usik anisa.."marah ibu
"aku usik sikit je pun bukan buat apa apa pun.. aku pun tahu dia budak lagi.. mau meringkuk aku dalam penjara..tapi alang alang iyan dah rasa apa salahnya aku cuit sikit"ujarnya.
"kurang ajar"arash yang hilang sabar menumbuk paksu berkali kali.
"kau jangan nak kurang dengan abah.. kau dah makan dia kau nak tutup malu kau"ujar paksu
"anisa isteri iyan yang sah"tempik arash.aku tergamam. ayat itu keluar dari mulut Arash Sufiyan
"isteri.. kau buat lawak apa ni"gelak paksu
"ya aku walikan perkahwinan dorang... anisa isteri arash yang sah.. dia menantu kau.. kalau kau dah tak boleh berfikiran waras..dah tak boleh fikir halal haram dan dosa pahala.. kau boleh keluar dari rumah ni.. tapi sebelum tu kau lepaskan adik aku"ujar ayah tegas walaupun dalam keadaan yang tidak sihat. paksu keluar dengan amarah. ayah menahan langkah paksu dengan tongkatnya.
"aku nak kau lepaskan faridah.. kau ceraikan dia dan kau jangan datang balik ke rumah ni.. "ujar ayah.
"kalau aku taknak..kau nak buat apa... "paksu menguji kesabaran ayah
"aku akan buat laporan polis yang kau cuba perkosa menantu kau sendiri"ujar ibu dengan amarah. paksu merenung ibu dengan geram. dia mahu melangkah untuk menyerang ibu tapi di halang arash
"lagi setapak abah datang ke sini.. abah akan berdepan dengan iyan...kita tengok antara kita siapa mati dulu"ujarnya.tanganku dipegang arash erat.aku memerhati tubuh lelaki itu dari belakang.dadanya berombak menahan marah.
"faridah binti saidin, aku ceraikan dengan talak satu"ujar paksu dan beredar dari rumahku. aku memeluk ayah erat.ibu yang terduduk dipeluk arash.
"abang maaf kan Dah..dari kecil sampai besar Dah asyik susahkan abang"luah ibu
"kau adik aku.. kau satu satunya darah daging aku yang aku ada... aku sayang kau Dah.. takkan aku nak biarkan kau berduka sedangkan aku selesa"ujar ayah. aku duduk dihujung katil ayah. arash berdiri di bendul pintu
"Dah pun sayangkan abang"tangisan ibu memecah sunyi
"Kau dah selamat dari johar... kau dah tak perlu risau..kau uruslah hidup kau dan anak kau baik baik.. "ujar ayah
"baik bang..Dah akan jaga keluarga kita dengan baik"ujar ibu
"arash... "panggil ayah. arash berdiri disisi ayah.
"ayah nak arash janji dengan ayah.. jaga ibu.. jaga ayong dan keluarga ni baik baik.. arashlah ketua keluarga rumah ni sekarang"ujar ayah.
"arash janji ayah.. arash akan jaga keluarga ni dan anisa baik baik"tangan ayah digenggam arash.dia berpaling memandangku yang menyeka air mata.ayah tidur sambil ditemani qayyum dan redza.hati aku tidak selesa. mataku tidak boleh pejam seperti selalu. aku termenung diluar jendela.cahaya rembulan menerangi malam.bunyi cengkerik memecah sunyi.pintu bilik ku diketuk.
"ibu"panggilku
"boleh ibu masuk"tanyanya.aku memberi laluan kepada wanita itu.aku duduk di kerusi dan ibu duduk dikatilku
"ibu mak minta maaf atas apa yang dah abah niat dekat anisa"pintanya
"tak pe ibu.. bukan salah ibu"ujarku
"tapi ibu tetap rasa bersalah dengan apa yang jadi."luahnya.aku diam
"ibu harap anisa tak benci iyan"ujar ibu
"kenapa anisa nak benci iyan.. dia tak buat salah apa apapun"balasku
"ibu risau akan dia akan menanggung akibat dari perbuatan abah"ujar ibu
"ibu... anisa yang patut ucap terima kasih sebab ibu dah selamatkan anisa"ujarku.aku memeluk ibu erat.terasa hangat kasihnya.
Jam sudah dua pagi.mata aku masih tidak boleh dipejam lagi. aku memeriksa bilik ayah. mereka bertiga saling berpelukan. aku menyelimuti ayah dan adik adikku. aku melangkah perlahan dan daun pintu itu aku tutup rapat.aku nampak kelibat seseorang didapur. aku risau. aku mencapai kayu hoki milik qayyum dan ku pegang kemas.kelibat itu berpaling. kayu hoki itu dipegang. aku membuka mata. Arash Sufian.aku menelan air liurku kasar.mati akuuuu...
"kau nak bunuh aku ke"marahnya
"kau buat apa dalam gelap.. kenapa tak buka lampu.. "bisikku
"aku dahaga..kalau aku buka lampu semua terjaga nanti.. aku tak nak kacau orang tidur.. "bisiknya.Alamak tudung.. aku kalut mencari apa yang boleh menutup rambutku. aku berlari masuk ke bilik tapi pintu bilik aku ditahan. Arash menyelinap masuk ke bilikku.aku mencapai tuala dan menutup rambut ku.
"kau nak apa.. keluar.. aku nak tidur."bisik ku. tangannya menarik tuala yang aku pakai dikepala tapi tidak berjaya kerana aku menggenggam kemas tualaku. tangannya memegang tanganku.alamak apa bala pula ni.. dada aku berombak apatah lagi jantungku.
"kenapa kau menggeletar ni.. kau takut apa"bisik arash. aku mengundur setapak demi setapak.
"kau jangan macam macam"ugut ku
"kau nak buat apa"soalnya yang makin menghampiri ku
"aku jerit nanti"ugutku
"kau nak jerit.. sapa nak marah..kau isteri aku halal untuk aku sentuh"ujarnya.aku tersandar pada meja.badan aku menggigil.tuala yang menutup kepala ku ditarik arash. rambutku yang panjang beralun ditiup angin malam.diselak rambut yang menutup wajahku dan di belai lembut. kaki aku seakan lemah. tidak terasa pijaknya.
"kau halal untuk aku sentuh apatah lagi untuk aku gauli... jadi antara kau dan aku tiada aurat."ujarnya.
"hah ha ha.. ya ya"badanku menggigil sudah tidak terkawal. tanganku diletakkan dipinggangnya. Allahurabbi bala apa ni... tolong aku Ya Allah... rayu hatiku. tanganya diletakkan dipinggangku dan ditarik merapati dadanya.mataku ku pejam rapat. terasa tangannya membelai rambutku dan pipiku.
"jangan jangan jangan"mulutku terkumat kamit.
"mentera apa yang kau baca"soalnya
"hah.. "aku membuka mata. jarak wajah kami hanya seinci. jantung aku bekerja tanpa henti. degupannya mengalahkan watson nyambek. jarinya menyapu lembut bibirku. Tolong aku Ya Allah.. bantu hambaMu ini Ya Allah. doaku didalam hati.aku memijak kaki nya.
"aouchh"dia bertempik perlahan.
"sakit la"raungnya.
"iyan... anisa tidur.. korang jangan macam macam ye... tunggu spm dulu... baru bagi ibu cucu"ujar ibu. arash keluar dari bilikku.aku terduduk di lantai.lelahnya seperti berlari marathon.
Share this novel